2 research outputs found
Using youtube to improveefl reading comprehension among vocational
In Thailand, YouTube has not been widely used for educational purposes especially in Narathiwat. The purpose of this study was to investigate the effects of using YouTube on EFL reading comprehension among vocational students.A quasi-experimental design was adopted.Two groups of first year vocational students at Narathiwat Technical College were purposefully assigned to the experimental and the control groups.The instruments used in this study were pre-test and post-test. Students in the experimental group were taught reading comprehension using YouTube and the students in the control group were taught using conventional method.The results showed positive effects of using YouTube.Therefore, YouTube should be considered as an effective instructional tool for improving English reading comprehension and as an important teaching resource in English classrooms
Membina Dan Menguji Model Pembelajaran Dan Pengajaran Peribahasa Melayu Dengan Menggunakan Multimedia Visual Dinamik Dan Visual Statik
Kajian ini bertujuan membina model dan modul pengajaran peribahasa Melayu dengan menggunakan multimedia, visual dinamik (video), dan visual statik (PowerPoint) dalam kalangan murid sekolah rendah (SK, SRKC dan SRKT). Kesan penggunaan visual dinamik dan visual statik terhadap pencapaian peribahasa murid dan minat murid terhadap pembelajaran peribahasa turut diselisik dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dengan kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan visual dinamik (video), dan kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan visual statik (PowerPoint) selama enam minggu. Kajian melibatkan tiga kumpulan kuasi eksperimen, iaitu pelajar dari SK, SRKC dan SRKT di Pulau Pinang. Sampel kajian terdiri daripada 209 orang murid Tahun 5 (SK=74 orang murid, SRKC=75 orang murid dan SRKT= 60 orang murid). Instrumen yang digunakan untuk mengumpulkan data kajian, termasuklah praujian, pascaujian dan soal selidik berhubung minat. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Program SPSS Windows versi 22. Ujian t telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan murid SK, SRKC dan SRKT yang diajar dengan menggunakan visual dinamik mendapat pencapaian yang tinggi dan signifikan untuk soalan peribahasa yang berbentuk aneka pilihan dan membina ayat berbanding dengan murid daripada kumpulan kawalan. Minat murid daripada kumpulan eksperimen terhadap pembelajaran peribahasa Melayu di ketiga-tiga sekolah tersebut juga mencatatkan skor yang tinggi dan signifikan berbanding dengan murid daripada kumpulan kawalan. Kajian ini juga berjaya menghasilkan produk multimedia dalam bentuk visual dinamik/video untuk pengajaran peribahasa di sekolah rendah. Selain itu, model dan modul pengajaran peribahasa untuk murid sekolah rendah turut dihasilkan. Dapatan kajian ini meninggalkan implikasi pedagogi yang penting terhadap pengajaran peribahasa Melayu. Dari segi implikasi teori, kajian ini menyokong teori multimedia yang digagaskan oleh Mayer, teori konstruktivisme Vygotsky dan teori pembelajaran bermakna Ausubel. Dari segi implikasi praktikal pula, kajian ini menyarankan agar Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia melatih bakal guru untuk menggunakan visual dinamik/video dalam pengajaran peribahasa Melayu