5 research outputs found

    The performance of students in university subjects at UTM’s

    Get PDF
    TITAS has been introduced in the university curriculum as one of the general subjects/courses that all students are required to take. At UTM’s franchised centres, it has been discovered that many students have obtained very poor grades for this subject. The reasons for the poor performance had to be determined and this study attempted to discover the main reasons why students performed badly in the subject. The study found that among others it was a problem of attitudes both on the part of the teacher as well as the student besides communication problems between UTM and its franchised centres that contributed to the problem

    Pedagogi Terbeza Untuk Pengajaran Guru Terhadap Kepelbagaian Murid

    Get PDF
    Beberapa kajian telah menunjukkan terdapat murid kurang menguasai isi pelajaran disebabkan faktor kepelbagaian murid di dalam bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, hal ini tidak akan selesai sehingga wujudnya kaedah pengajaran yang baharu yang dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai untuk kepelbagaian murid di bilik darjah. Antara faktor yang menyumbang kepada murid tidak menguasai isi pelajaran ialah faktor gaya pengajaran guru yang mengajar dengan gaya “one-size-fits-all” tidak sesuai diguna pakai memandangkan murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar, tahap penguasaan dan berlainan kecerdasan berada di dalam bilik darjah yang sama. Oleh itu, bagi membantu guru dalam menangani masalah murid yang pelbagai di dalam bilik darjah dan guru dapat mengaplikasikan satu bentuk pengajaran yang dapat melengkapi keperluan murid yang pelbagai, satu pendekatan baharu diperkenalkan iaitu melalui Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy). Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) merupakan satu konsep pengajaran di mana guru mengubahsuai kandungan iaitu isi pelajaran yang disampaikan oleh guru, proses iaitu strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran, produk merujuk kepada hasil kemahiran yang murid dapat dan dinilai guru dan persekitaran merujuk kepada suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Elemen-elemen ini akan diubah suai oleh guru mengikut kepelbagaian murid iaitu kesediaan belajar murid, minat murid terhadap pembelajaran dan profil pembelajaran di mana kecenderungan kecerdasan murid dikesan. Kertas konsep ini membincangkan Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) untuk digunakan dalam membantu pengajaran guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian murid

    Kaedah Fuzzy Delphi: Reka Bentuk Pembangunan Model Pedagogi Terbeza Berasaskan Elemen Proses Pengajaran Dalam Mata Pelajaran Tilawah Al-Quran

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap keperluan elemen utama dan turutan kedudukan (ranking) keutamaan bagi setiap item dalam reka bentuk pembangunan Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen proses pengajaran bagi mata pelajaran tilawah al-Quran. Dalam kajian ini, kaedah Fuzzy Delphi digunakan dengan menggunakan tujuh skala likert. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mereka bentuk Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran tilawah al-Quran mengikut konsensus pakar. Oleh itu, pengkaji mendapatkan konsensus pakar seramai 16 orang pakar dari pelbagai bidang terutamanya bidang pedagogi dan tilawah al-Quran. Borang soal selidik kajian mengandungi 39 item yang melibatkan lima elemen utama iaitu (i) pengetahuan pedagogi kandungan, (ii) perancangan guru berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai dengan, (iii) keadilan kepada murid, (iv) pelaksanaan kaedah pengajaran dan (v) amalan guru dalam mengubah suai proses pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis dengan menggunakan penomboran segi tiga Fuzzy. Kedudukan (ranking) setiap item ditentukan dengan menggunakan Defuzzification Process. Dapatan kajian menunjukkan konsensus pakar terhadap semua item dalam elemen utama. Dapatan menunjukkan kesemua item diterima dan melepasi tiga syarat Fuzzy iaitu nilai threshold (d) tidak melebihi atau sama dengan 0.2, peratus kesepakatan pakar melebihi atau sama dengan 75% dan nilai Defuzzification (alpha cut) melebihi atau sama dengan 0.5. Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen proses pengajaran di harap dapat memberi idea baharu kepada sektor pendidikan khususnya guru Pendidikan Islam dalam mempelbagaikan metodologi pengajaran kepada murid yang pelbagai

    Kaedah Fuzzy Delphi: Reka Bentuk Pembangunan Model Pedagogi Terbeza Berasaskan Elemen Proses Pengajaran dalam Mata Pelajaran Tilawah Al-Quran

    Full text link

    Psikoterapi islam menurut al-quran & sunnah dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara

    No full text
    Breast cancer is one of the most feared diseases among women all around the world. It is a disease that does not only affects the physical, but also the state of soul and emotions of breast cancer patients to a very critical level. It is undeniably that most of them will experience a long-term stress while undergoing treatment or through their daily life. Hence, Islamic psychotherapy based on the Qur'an and Sunnah is a spiritual healing effort (nafs) of humanity. The results of this study conclude that the concept of Islamic psychotherapy according to the Qur'an and Sunnah has the ability to help patients in healing their emotions, behaviours and mind as well as strengthening their spirituality. This study is expected to be a useful guide for patients suffering from mental disorders especially to those with a serious illness such as breast cancer patients
    corecore