13 research outputs found

    Pengaplikasian Kerangka Semantik Inkuisitif Melalui Slanga

    Get PDF
    Slanga merupakan bahasa tidak formal yang telah digunakan dalam sesuatu kelompok komunitinya tersendiri malahan dapat menonjolkan identiti sesuatu kelompok masyarakat yang membawanya sebagai contohnya dalam kalangan remaja. Melalui ujaran slanga ini terdapatnya keimplisitan ujaran yang telah dikesan oleh pengkaji yang mampu dianalisis menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hal ini demikian kerana penganalisisan semantik inkuisitif sebelum ini hanyalah melibatkan data-data peribahasa - lihat kajian [6-9], [18-20], [23-24], [26] dan [30]. Oleh itu, kajian ini cuba membuktikan bahawa dengan menggunakan slanga juga mampu dicungkil maknanya dengan menggabungkan data, teori, kognitif dan akal budi atau intelektual Melayu seperti mana kajian-kajian SI telah dijalankan sebelum ini. Sejumlah tiga data telah diperoleh daripada perbualan tidak formal masyarakat Melayu di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia dan Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia yang mengandungi slanga berimplisit yang akan dianalisis oleh pengkaji melalui pendekatan SI. Seterusnya, Rangka Rujuk Silang (RRS) juga diaplikasikan bagi membantu pengkaji mendapatkan anteseden tambahan kepada pengkaji dalam memahami konteks sebenar ujaran tersebut sehingga ke akal budi penuturnya

    Unsur Semiotik dalam Persembahan Hadrah

    Get PDF
    Persembahan hadrah merupakan satu bentuk hiburan masyarakat awam yang masih mendapat sambutan ramai (walaupun sudah banyak berkurangan atau kurang permintaan). Persembahan hadrah ini masih banyak dipersembahkan di majlis kahwin dan juga di majlis keramaian yang lain. Kebiasaannya, hadrah dipersembahkan semasa mengiringi kehadiran pasangan pengantin. Menurut pandangan peribadi Abang Ali (17 November 2015), tradisi hadrah ini wujud di Tanah Arab terlebih dahulu dan disebarkan di Sarawak oleh para pedagang Arab yang datang berdagang di Sarawak. Ada juga yang menyatakan bahawa hadrah wujud dalam kalangan masyarakat kampung tetapi kesahihannya masih diragui.Banyak cerita menarik berkaitan dengan seni hadrah ini, sama ada dalam bentuk kenyataan benar atau pun mitos. Namun semua ini menarik untuk diketahui

    “Giler” atau “Gile”: Slanga Kata Penguat

    Get PDF
    Makalah ini bertujuan meninjau pemilihan ejaan “giler” ataupun “gile” yang kerap digunakan dalam slanga yang dijadikan sebagai kata penguat. Tinjauan dibuat untuk menentukan sama ada perkataan ini mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif berkenaan. Data dikutip melalui temu bual secara rawak dan pengisian borang soal selidik oleh 360 orang responden secara dalam talian dengan aplikasi Google Forms. Kajian mendapati dua perkataan ini telah berfungsi sebagai slanga kata penguat yang sering digunakan, dan menjadi bahasa kebiasaan dalam pertuturan mahupun dalam penulisan tidak formal bagi kalangan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, taraf pendidikan, pekerjaan mahupun etnik

    Elemen Perlambangan Unggas dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

    Get PDF
    Pemilihan leksikal unggas dalam peribahasa Melayu ini dapat mengaitkan makna implisit serta pemikiran masyarakat Melayu pada zaman dahulu Oleh itu dengan bantuan pendekatan Semantik Inkuisitif (oleh Nor Hashimah Jalaluddin 2014 di samping mengaplikasikan pendekatan Rangka Rujuk Silang oleh Kempson 1986 berpandukan data korpus yang diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (PDK DBP) serta Malay Concordance Project MCP dapat merungkai sebab pemilihan imej perlambangan unggas dalam peribahasa ini P endekatan sebegini mampu mengetengahkan makna sebenar peribahasa tersebut sehingga ke akal budi penuturnya atau keintelektualan masyarakat M elayu pada zaman dahul

    AYAM SEBAGAI RUJUKAN MAKNA INKUISITIF BERHATI-HATI, SIA-SIA DAN KHIANAT DALAM PERIBAHASA MELAYU : CHICKEN AS INQUISITIVE MEANING REFERENCE FOR CAREFULNESS, USELESSNESS AND BETRAYAL IN MALAY PROVERBS

    Get PDF
    Malay proverbs which are sourced from chicken, are 90 in total. Various references of chicken have been created by the Malays to mirror the behaviours and actions of human beings implicitly. Each of the references can provide lessons, advices and reprimands in a gentle manner and can still be used up to today. The attributes of “careful”, “useless” and “betrayal” are among these references. In order to analyse the data of these proverbs, the research will use the Inquisitive Semantics Approach, besides the application of bridging cross reference (BCR) based on the corpus data obtained from Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) and Malay Concordance Project (MCP). Therefore, as the objective of this study, the researchers will explore the reasons why the Malay community choose the imagery of chicken. Each of these references will benefit the authentic data which are related to the cognition, culture and intellect of the Malay community in itself. This research employs fully qualitative approaches through documentary analysis that involves the Malay proverb data which have been recorded beforehand. The findings of these proverbs data are collected from Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua and Kamus Peribahasa Melayu using the purposive sampling method. In conclusion, this study finds that the inquisitive semantics approach is capable of uncovering the Malay proverbs’ meanings which are not confined only to literal and cognitive understandings but reflect also the height of intellect and philosophy of the Malays themselves

    Analisis Semiotik Peribahasa Banjar Bersumberkan Ular (Serpentes)

    Get PDF
    Kajian ini akan berpandukan kerangka semiotik oleh Pierce (1965) dalam menganalisis peribahasa masyarakat Banjar. Sejumlah tiga data telah diperoleh melalui Ayuhak Bapandik – Supaan Bapandir Bahasa Rangkai, Kada Bapandir Bahasa Pupus yang bersumberkan ular (Serpentes). Hasil kajian mendapati bahawa, perlambangan ular dalam peribahasa masyarakat Banjar merujuk kepada aspek kelemahan berdasarkan makna harfiah peribahasa tersebut dan disokong menggunakan pendekatan semiotik Pierce (1965). Oleh hal demikian, kajian ini mampu menghuraikan pertalian antara pemikiran dan perlambangan yang digunakan oleh masyarakat Banjar dan seterusnya menjawab persoalan tentang lambang ular dalam peribahasa Banjar ini

    Persembahan Hadrah di Sarawak: Pendekatan Etnografi Komunikasi

    Get PDF
    Negeri Sarawak tidak terkecuali daripada persembahan Hadrah yang sememangnya telah mendapat sambutan di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Persembahan Hadrah ini merupakan satu bentuk hiburan masyarakat awam yang masih mendapat sambutan ramai. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis makna tersirat di dalam persembahan Hadrah melalui pendekatan etnografi komunikasi (ethnography of speaking) oleh Hymes (1972) di samping memperlihatkan unsur-unsur budaya lain yang meresapi dalam persembahan Hadrah di negeri Sarawak seperti melibatkan unsur interpretif, metapragmatik, bahasa dan komuniti serta metafora dan bahasa yang semestinya tidak dapat lari dalam suatu persembahan hadarah. Pengumpulan data kajian ini dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu penyelidikan perpustakaan dan penelitian lapangan. Kajian ini mendapati bahawa persembahan Hadrah bukan sahaja bersifat untuk menghiburkan tetamu yang hadir, namun bersifat implisit kerana pemilihan lagu-lagu yang dinyanyikan dalam persembahan tersebut melengkapi aspek nasihat dan ironi/sindiran yang seharusnya menjadi panduan kepada pendengar terutamanya pasangan yang baharu berkahwin

    Individu dan Pemilihan Dialek: Kajian Kes di Kota Samarahan, Sarawak

    Get PDF
    Dialek boleh dirujuk sebagai kepelbagaian bentuk bahasa yang dapat dibezakan melalui cara sebutan dan tatabahasanya. Oleh itu, kajian ini akan meninjau perspektif dan sikap individu terhadap dialek mereka. Di samping itu, kajian ini turut melihat sebab pemilihan dialek mengikut situasi dibantu dengan Teori Pemilihan Bahasa (1970) dan Teori Akomodasi Pertuturan (1973). Titik penelitian kajian ini adalah di Kota Samarahan, Sarawak (Desa Ilmu, Taman Samarindah dan Universiti Malaysia Sarawak). Satu pendekatan kualitatif dan kuantitatif telah dijalankan terhadap 30 orang responden yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan umur iaitu lingkungan 20 tahun ke bawah (kumpulan A), kumpulan umur dalam lingkungan 21-25 tahun (kumpulan B) dan kumpulan umur lingkungan 26 tahun ke atas (kumpulan C). Pembahagian peringkat umur mengikut kumpulan ini bertujuan untuk melihat variasi pemilihan dialek individu terbabit. Dapat dirumuskan bahawa, hubungan individu dan pemilihan dialek mereka disebabkan oleh sikap dan perasaan individu dalam mengadaptasikan perbualan harian mereka mengikut situasi

    Analisis Stilistik Melalui Penggunaan Bahasa dalam Novel Sastera Indie: Karya Azwar Kamaruzaman

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa dalam novel Nasi Kangkang karya Azwar Kamaruzaman. Objektif kajian terarah kepada mengenal pasti fungsi penggunaan aspek diksi pada novel, menganalisis kesan penggunaan unsur bahasa dramatik dan mengenal pasti gaya peribadi penulis novel ini. Metodologi kajian melibatkan penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis teks novel Nasi Kangkang karya Azwar Kamaruzaman. Kajian ini menggunakan teori stilistik berlandaskan kepada Prinsip Webber (1989). Analisis juga melibatkan bacaan rapi dan teliti bagi tiap kata, frasa dan ayat bagi mengenal pasti aspek diksi dan unsur bahasa dramatik yang terdapat dalam novel tersebut. Hasil kajian mendapati penggunaan aspek diksi seperti slanga, dialek dan bahasa asing dapat memberi fungsi dalam novel ini misalnya, merealitikan latar-latar, mengenal pasti perwatakan, dan mewujudkan kesan kepada watak. Bagi kesan penggunaan unsur bahasa dramatik, analisis mendapati penggunaan tersebut dapat memberi kesan kepada konteks dan watak. Manakala gaya peribadi penulis novel ini banyak menggunakan slanga, dialek Utara dan gemar menggunakan penggunaan gaya bahasa hiperbola dan simile dalam novel Nasi Kangkang. Secara keseluruhannya, penggunaan Teori Stilistik ini dapat melihat gaya penggunaan bahasa dalam novel ini dan implikasi kajian ini adalah dapat memberi maklumat tentang definisi sastera Indie serta bagaimana gaya bahasa yang digunakan dalam karya-karya Indie

    REFLEKSI SISI NEGATIF BURUNG GAGAK DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF

    Get PDF
    Pandangan masyarakat Melayu pada masa dahulu telah menginterpretasikan burung gagak sebagai rupa yang buruk, sesuatu yang lemah, impian yang tidak kesampaian dan sukar untuk berubah. Oleh itu, objektif khusus kajian ini adalah untuk meneroka sebab pemilihan imej perlambangan gagak dalam peribahasa Melayu menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (Jalaluddin, 2014) serta dibantu dengan pendekatan Rangka Rujuk Silang (Kempson, 1986). Data peribahasa ini dikutip melalui pensampelan bertujuan dalam Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima oleh Rahman (2017), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua oleh Hussain (2016) serta Kamus Peribahasa Melayu oleh Said (2013). Keseluruhannya, terdapat sembilan data peribahasa Melayu yang bersumberkan burung gagak. Terdapat kajian terkini membuktikan burung gagak sebagai burung yang pintar, dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan boleh mengekspresikan perasaan yang rumit. Tetapi, berdasarkan keintelektulan dan akal budi masyarakat Melayu, mereka masih merefleksikan burung gagak mempunyai sisi yang negatif. Contohnya, pengkhianatan, tikam belakang, ada kepentingan tersendiri dan menunggu masa untuk menjatuhkan seseorang. Rumusannya, penilaian orang Melayu pada zaman dahulu mengenai burung gagak telah diteliti dan dinilai secara kompleks
    corecore