7 research outputs found

    Teori kepimpinan transformasi menurut perspektif islam: Satu analisis

    Get PDF
    Teori kepimpinan transformasi Burn 1978, Bass 1985, Leithwood 1994 dan Slocum dan Hellriegel 2007 seringkali dijadikan sebagai indikator kepada seseorang pemimpin khususnya dalam landskap kepimpinan organisasi. Kepemimpinan transformasi dilihat sebagai sangat sesuai bagi menggantikan amalan kepemimpinan transaksi kerana ia dapat mengubah struktur organisasi mereka dari sistem kawalan berpusat, amalan kuasa hierarki yang mutlak, perbezaan status yang ketara di antara tahap-tahap autoriti serta proses membuat keputusan yang bersifat ‘top-down’ di mana pemimpin mempunyai kuasa mutlak membuat keputusan tanpa penglibatan subordinat. Kekerapan implementasinya dalam kepimpinan organisasi menarik minat pengkaji untuk melihat apakah teori kepimpinan transformasi ini selaras dengan tuntutan syarak? Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat teori kepimpinan transformasi menurut perspektif Islam sama ada ia bertepatan dengan kehendak syarak ataupun sebaliknya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen di mana pengkaji merujuk kepada kajian literatur berkaitan dengan kepimpinan transformasi serta melihatnya menurut perspektif Islam dengan bertunjangkan kepada sumber rujukan utama dalam Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Hasil dapatan kajian menunjukkan teori kepimpinan transformasi seperti pertimbangan individu, kepimpinan berkarisma, motivasi berinspirasi dan rangsangan intelektual adalah bertepatan dengan kehendak Islam. Walau bagaimanapun, pemahaman dan penekanan teori kepimpinan ini tidaklah dikaitkan sepenuhnya dengan nilai-nilai keagamaan malah ia disandarkan kepada pengalaman dan buah fikiran pencipta asal teori kempimpinan tersebut. Kajian ini mengharapkan agar pengaplikasian teori kepimpinan transformasi perlulah disulami dengan kehendak syarak agar corak pentadbiran seseorang pemimpin itu mendapat keberkatan dan kerahmatan di dunia dan akhirat

    Syarikat Megaqua Sdn. Bhd. / Muhamad Ismail Omar ... [et al.]

    Get PDF
    Ikan air tawar merupakan sumber protein yang terpenting di negara ini disamping sumber protein daripada ikan air masin. Rata-rata masyarakat di negara ini mula meminati mahupun menggemari akan ikan air tawar ini memandang mereka seiama ini disogokkan dengan kenikmatan ikan air masin sahaja. Di samping itu juga, pasaran untuk pengeluaran ikan air tawar ini menunjukan perkembangan yang agak memuaskan. Sebagai menyahut seruan kerajaan yakni mengurangkan pergantungan import terutamanya daripada sumber protein ikan, maka telah wujudnya pusat pembenihan serta penternakan ikan air tawar yang diusahakan sepenuhnya oleh Bumiputera yang diberi nama Syarikat Megaqua Sdn.Bhd. Dalam Dasar Pertanian Negara (DPN), akuakultur telah dikenalpasti sebagai industri utama di dalam sektor pertanian. Pada tahun 2010, pengeluran akuakultur dijangka mencapai 350,000 metrik tan dimana sebanyak 115,721 tan metrik datangnya dari perusahaan ikan air tawar. Selebihnya adalah hasil pengeluaran daripada sumber laut dan udang air tawar. Maka dengan ini pengeluaran benih yang mencukupi adalah amat perlu supaya industri ini dapat berkembang sejajar dengan keperluan negara

    Priority Factor Influencing Public Interest In Owning Vehicle With AEB System

    Get PDF
    The Autonomous Emergency Brake (AEB) is a part of autonomous vehicle technologies and the technology was developed to reduce human errors that lead to a road accident. This survey investigates the priority factor influencing the public in acquiring vehicles with the AEB system. In this study, the Analytic Hierarchy Process (AHP) framework was used to determine the public’s rating of importance of the availability of the AEB system in their vehicles. Cronbach’s alpha was used to check for reliability of survey items. With a score of 0.8, it suggested that the items had relatively high internal consistency. The results show that the top factors that influence public interest in having vehicle with AEB are the reduction of the severity of injury and crashes

    Hak persaudaraan dan persahabatan menurut perspektif islam: Satu tinjauan awal

    Get PDF
    Persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada kesatuan umat manusia dalam sesebuah entiti masyarakat. Citra dan hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Dalam kerangka persaudaraan ini, interaksi sosial sesama manusia perlu mengikut adab-adab yang telah digariskan oleh Islam. Bagi mencerminkan persaudaraan menurut batas-batas syara’ maka konsep persaudaraan ini perlu didasari dengan ikatan akidah yang luhur dan mantap. Pengabaian hak-hak ini akan menimbulkan perselisihan faham, persengketaan serta memutuskan hubungan silaturahim antara Muslim. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis konsep persaudaraan dan persahabatan dalam Islam serta melihat bagaimana semangat persaudaraan dan persahabatan ini dapat diterapkan dalam seharian umat Islam. Kajian ini menjurus kepada kajian analisis dokumen iaitu dengan melihat kepada tafsir al-Quran dan coretan hadis serta kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan persaudaraan dan persahabatan. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai bentuk hak persaudaraan dan persahabatan yang telah disarankan oleh Islam bagi memastikan hubungan antara seorang Muslim dengan Muslim lain terbina seperti hak dalam bidang harta, hak memberi bantuan jiwa dan raga, hak memelihara lidah dan hati, hak memelihara ucapan, hak memberi kemafaan, hak mendoakan sahabat, hak menepati janji dan ikhlas diri dan hak memberi kemudahan. Dengan melaksanakan seluruh hak persaudaraan dan persahabatan tersebut dalam kehidupan, maka sudah pasti masyarakat Islam dapat mengelakkan perselisihan faham antara Muslim serta terus kekal dalam keharmonian dan kesejahteraan sejajar dengan melestarikan masyarakat madani yang diimpikan di bawah payung Rahmat Allah SWT

    A survey on applications of black hole algorithm

    No full text
    In recent years, there is a growing interest in the design and development of nature-inspired optimization algorithms. One of the algorithms is black hole algorithm (BHA), which is inspired by the black hole in general relativity and cosmology. This paper reports a review of the black hole algorithm (BHA). This survey emphasizes on the applications of BHA

    A review on fundamental advancements of black hole algorithm

    No full text
    In recent years, there is a growing interest in the design and development of nature-inspired optimization algorithms. One of the algorithms is black hole algorithm (BHA), which is inspired by the black hole in general relativity and cosmology. This paper reports a review of the BHA. This review emphasizes on the fundamental advancements of BHA. A brief research gap is presented at the end of this paper
    corecore