116 research outputs found

    Reaksi Penduduk Sabah Terhadap Pembentukan Malaysia: Suatu Perbandingan Dulu dan Kini

    Get PDF
    Sejarah pembentukan Malaysia merupakan episod penting dalam konteks sejarah negara ini. Sekalipun Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada asalnya adalah melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, tetapi artikel ini hanya akan memberi tumpuan ke-atas Sabah sahaja, khususnya dalam aspek reaksi penduduk di negeri ini terhadap pembentukan persekutuan tersebut dalam dua era yang berbeza iaitu sebelum dan selepas pembentukannya. Penelitian reaksi penduduk Sabah terhadap pembentukan Malaysia sebelum persekutuan adalah berasaskan penelitian terhadap data sekunder yang diperoleh dari akhbar tempatan yang diterbitkan pada ketika itu. Sebaliknya, bagi menilai reaksi penduduk Sabah selepas pembentukan Malaysia adalah berdasarkan penggunaan survei. Berdasarkan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut maka adalah ditegaskan bahawa reaksi penduduk Sabah terhadap pembentukan Malaysia adalah pelbagai. Secara keseluruhannya dapatan tersebut memberi gambaran bahawa isu pembentukan Malaysia merupakan isu yang kekal hebat diperkatakan di negeri ini

    Majlis Gerakan Negara (MAGERAN): Usaha Memulihkan Semula Keamanan Negara Malaysia

    Get PDF
    Susulan peristiwa 13 Mei 1969, sehari kemudian kerajaan telah mengisytiharkan Darurat di seluruh negara. Sehubungan itu, bagi memulihkan keamanan, kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 16 Mei 1969. Pada umumnya, keanggotaan jawatankuasa dan matlamat MAGERAN telah banyak dibincangkan dalam mana-mana penulisan. Namun begitu, persoalan bagaimanakah pemimpin utama dalam MAGERAN dipilih masih belum begitu jelas dibincangkan lagi. Justeru itu, dengan berasaskan kaedah disiplin sejarah perkara ini akan dirungkaikan dalam artikel ini. Artikel ini juga akan membincangkan langkah-langkah yang telah diambil oleh MAGERAN untuk memulihkan semula keamanan dan sistem demokrasi yang telah lama diamalkan di negara ini. Dalam pada itu, kertas kerja ini menegaskan bahawa dengan adanya kepimpinan yang berwibawa dalam MAGERAN maka keamanan negara telah berjaya dipulihkan dalam masa yang singkat

    Menyingkap Peristiwa Penyingkiran Singapura dari Malaysia (1963-1965)

    Get PDF
    Sebaik sahaja penubuhan Malaysia, pemimpin Persekutuan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman-Tun Razak bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan konfrontasi Malaysia-Indonesia, tetapi juga masalah Singapura yang dicetuskan oleh Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew terus menerus mencetuskan provokasi dan tekanan kepada kerajaan pusat sehingga membawa kepada penyingkiran Singapura dari Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya salah seorang pemimpin utama Persekutuan, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak menganggap Singapura seumpama, ‘duri dalam daging’ selama berada dalam Malaysia. Persoalannya, mengapakah beliau mengungkapkan perumpamaan tersebut? Kertas kerja ini akan menyingkap peristiwa penyingkiran Singapura dari Malaysia (1963-1965), terutamanya dalam aspek peranan yang dimainkan oleh Tun Razak dalam usaha meleraikan isu berkaitan Singapura semasa dalam Persekutuan Malaysia

    Impak perintah kawalan pergerakan (PKP) ke atas pembangunan sosioekonomi keluarga di Sabah

    Get PDF
    Tanggal 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan susulan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri. Selaras dengan pengumuman itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melancarkan PKP bagi membendung penularan wabak Covid-19. Kerajaan telah melaksanakan Standard Operating Procedure (SOP) yang boleh dibahagikan kepada beberapa aspek seperti kesihatan awam, kawalan sempadan, tahap sektor ekonomi, perlindungan golongan berisiko dan penguatkuasaan undang-undang. Natijahnya, wabak Covid-19 telah mengubah kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat. Justeru, perbincangan difokuskan kepada isu-isu semasa di sebalik pragmatik PKP yang mempunyai impak ke atas pembangunan lestari sosioekonomi keluarga di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan berasaskan sumber sekunder, di samping disokong oleh sumber awalan seperti laporan dan dokumen polisi yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa PKP secara relatifnya telah memberikan kesan besar kepada kelestarian pembangunan sosioekonomi keluarga di Sabah

    Reaksi penduduk sabah ke atas penubuhan Malaysia 1961-1963

    Get PDF
    Penyelidikan ini berusaha untuk menilai reaksi penduduk Sabah ke atas penubuhan Malaysia bermula dari tarikh idea ini dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman, 27 Mei 1961 sehingga terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Reaksi penduduk negeri ini dilihat dari segi penentangan atau menyokong secara bersyarat atau menyokong sepenuhnya ke atas gagasan tersebut. Reaksi awal menunjukkan penduduk Sabah menentang gagasan ini sebagaimana suara-suara daripada para pemimpin masyarakat dan laporan yang terdapat dalam akhbar-akhbar tempatan. Walau bagaimanapun, setelah ditubuhkan beberapa jawatankuasa khas untuk merealisasikan penubuhan Malaysia didapati sokongan telah diberikan oleh penduduk negeri ini sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rentetan peristiwa berkenaan telah dilaporkan dan diulas oleh pengarang akhbar-akhbar tempatan, antaranya North Borneo News and Sabah Times

    Hubungan Kaum dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Pantai Barat Sabah

    Get PDF
    Matlamat penubuhan Rukun tetangga pada awalnya adalah untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin tetapi sedikit demi sedikit sehingga kini telah melalui perubahan kepada pelaksanaan atau penganjuran pelbagai program yang lebih bersifat menuntut kerjasama dan interaksi dalam kalangan penduduk. Kewujudan rukun tetangga ini memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan hubungan yang baik antara penduduk pelbagai kaum dan agama di sesuatu kawasan petempatan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai 357 orang responden untuk menjelaskan bagaimana hubungan masyarakat pelbagai etnik dan agama di kawasan rukun tetangga yang terlibat. Hasil kajian mendapati, hubungan kaum dan agama di kawasan rukun tetangga di Pantai Barat Sabah adalah baik dan rukun tetangga telah menyebabkan interaksi masyarakat pelbagai etnik dan agama semakin baik

    Understanding the Link Between Inter-Group Relations and Psychological Issues

    Get PDF
    Understanding the relationship between inter-group relations, stress and copying strategies will continue to be an integral part of modern society. However, many still tend to misunderstood about the impact of intergroup relations towards stress. Apart from that, many still lacking in understating how to deal with stress caused by inter-group relations. For this reason, explaining the significant of inter-group relations in people’s stress and the way the people should deal with stress caused by inter-group relations is immensely valuable. This paper presents a discussion on the relationship between inter-group relations, stress and the way the people should deal with stress caused by inter-group relations. It is hoped that the paper provides room for improved knowledge and understanding on the relationship between inter-group relations and stress, and the way they should be dealt with stress caused by inter-group relations

    Analisis Pola Pengundian dan Senario Politik Semasa di Malaysia Era Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Berdasarkan Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan, Sabah

    Get PDF
    Malaysia sebagai sebuah negara merdeka telah melaksanakan prinsip sistem politik demokrasi dengan mengadakan Pilihan Raya Umum sejak tahun 1955. Pilihan Raya Umum pada tahun 2018 merupakan PRU ke-14 (PRU-14) telah dilaksanakan di Malaysia. Pada PRU tersebut, sebanyak 25 kerusi parlimen dan 60 kerusi DUN telah dipertandingkan di negeri Sabah. Pilihan raya ini telah mencipta sejarah apabila gabungan parti-parti politik pembangkang iaitu Pakatan Harapan telah berjaya menewaskan parti Barisan Nasional yang menjadi pemerintah sejak Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Sehubungan itu, selepas PRU-14 arena politik negara telah diwarnai dengan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti di Sungai Kandis, Balakong dan Semenyih serta pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen seperti di Cameron Highland, Port Dickson dan Sandakan. PRK bagi P186 Sandakan merupakan pilihan raya kecil yang kelapan diadakan sejak PRU- 14. PRK ini diadakan berikutan kematian ahli parlimen Sandakan iaitu Datuk Wong Tien Fatt akibat serangan jantung. Bagi mengisi kekosongan kerusi P186 Sandakan ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi parlimen Sandakan supaya diadakan pada 11 Mei 2019 selepas proses penamaan calon selesai pada 27 April 2019. PRK Sandakan ini melibatkan pertandingan 5 penjuru iaitu diantara calon DAP, PBS dan calon bebas. Artikel ini bertujuan membicangkan pola pengundian dalam PRK Sandakan serta menganalisis senario politik negara pasca PRU-14 berdasarkan pengamatan keatas PRK bagi P186 Sandakan dengan menumpukan kepada aspek kerjasama dan persefahaman politik antara parti-parti politik. Melalui penjelasan khusus tentang pola pengundian pasca PRU-14 ini maka adalah diharapkan artikel ini dapat memberi pemahaman tentang perkembangan politik dan pilihanraya semasa di Malaysia secara umumnya dan di Sabah secara khususnya, agar ianya selari dengan prinsip demokrasi sebenar

    Open Migration Policy and Security

    Get PDF
    The advent of post-colonial era shows Asia-Pacific regions such as Malaysia, China, Korea, Australia, New Zealand, and Japan have restricted migration policy. Despite the restriction, intellectual debates about the prospect of having open migration grew. The debates generally concentrate on what exactly are the benefits and risks of introducing open migration. This paper seeks to discuss what exactly are the benefits and risk of having open migration policies. To do so, it is argued that explanation on what exactly are the benefits and risk of having open migration policy must be tracked down by analyzing the security, economic and cultural issues in receiving country. Accordingly, based on literature as well as documents review, this paper suggest that open migration policy can be a source of security threats in receiving country which including the way that open migration may bring about uncontrolled population growth. In contrast, open migration policy may bring about economic and cultural enrichment in receiving country. Therefore, given the fact that open migration may bring about risks and benefits to receiving countries, this paper also explores the prospect of migration policy improvement as means of application for not only preventing the country form any risks, but also consolidating the economic and cultural enrichment though migration policy

    Democratization and mature elections a study of youth political participation in voters 18 and automatic voter registration

    Get PDF
    The discussion in this paper pertains to the issue of Voters 18 and Automatic Voter Registration (AVR). The issues refined in this debate include: (1) The efforts of democratization that is mature, fair, and equitable elections to advance social and political development; (2) Studies on the impact of youth political participation in the General Election (GE); (3) Justification of the enforcement & implementation of Vote 18; (4) Improvisation of the work of the election series; and (5) Jurisdiction and responsibility of the Election Commission (EC). This paper uses secondary sources, such as research results published in journals, scholarly writing, online news sources, and public forums, to employ a qualitative methodology. The results of the study indicate that the participation of 18-year-old voters is an important factor in the formation of a government capable of representing the interests of all age groups and the community as a whole. It is hoped that the young generation or youth will now exercise their rights with maturity, discernment, and efficiency. Voting is a personal decision, and there is no incorrect vote, but all young Malaysians should have the right to vote. The future of the nation can be influenced by the rationale behind efforts to involve the youth in political power determination. Thus, the elaboration research of this study should concentrate on the significance of political system, state government, and the federal constitution education for the young generation in order to prepare them to participate in general elections
    • …
    corecore