18 research outputs found

    Simbolisme Dalam Seni Pertukangan Perahu Tradisional Melayu Di Pantai Timur

    Get PDF
    Masyarakat di Pantai Timur sangat kaya dengan seni tampak dan seni persembahan yang diwarisi sejak zaman berzaman. Seni ini juga didapati mempunyai persamaan di tiga buah negeri yang berbeza walau pun terdapat jurang perbezaan geografi. Persamaan ini boleh didapati dalam dialek, bahasa, persembahan, binaan dan artifak warisan silam. Kemahiran pertukangan Melayu juga dikuasai oleh masyarakat Melayu di Pantai Timur dan ia juga dihasilkan dengan penuh seni dan bergaya. Artifak seperti perahu, rumah dan perabot masih lagi dapat dilihat sehingga sekarang dan mempunyai nilai seni yang tinggi. Kertas ini bertujuan untuk memaparkan simbol-simbol yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu pada seni pertukangan perahu. Seni ini dapat dilihat pada ukiran dan lukisan yang dihasilkan pada perahu tradisional Melayu di Pantai Timur. Kesenian ini yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan dan keindahan malah ia mempunyai perlambangan dan simbolik yang tersendiri. Seni perhiasan yang dihasilkan ini menunjukkan bahawa 3 perkara utama perlu ada dalam kesenian Melayu iaitu fungsi, estetika dan etika. Kepercayaan tentang adanya kuasa ghaib yang memelihara dan menjaga keselamatan mereka di laut dan keupayaan mereka mendapatkan sumber pendapatan daripada hasil laut mendasari penghasilan kesenian perhiasan perahu in

    Analysis decorating design on Perahu Buatan Barat, the Malay traditional boat by using frieze pattern

    Get PDF
    Boat building tradition is one of the skills mastered by Malay craftsmen. Decoration on the Perahu Buatan Barat, the Malay traditional boat is one of the uniqueness of the production of traditional boats in East Coast of Malaysia. The tradition of Malay boat building, each plank was given specific names based on the line of planks. There is one line called ‘papan tarik’ or ‘papan cantik’ was usually decorated with paintings by a variety of motifs and patterns from the bow to the stern of the boat. The motifs usually taken from the surrounding environment as well as flora and fauna will be painted with motifs repeated but with differing formations. The aim of this study is to identify the motifs and analyze the formation of motifs by using mathematical methods of frieze pattern

    Rehal tradisional di pantai timur Semenanjung Malaysia: analisis bahan, teknik dan ukuran

    Get PDF
    Ajaran Islam dan kitab al-Quran sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bahkan, ke mana sahaja Islam diajarkan wajiblah al-Quran turut dibawa bersama. Kecintaan terhadap kitab suci ini telah membawa kemajuan kepada beberapa cabang kesenian yang berkaitannya seperti seni tulisan khat, seni hiasan manuskrip dan seni penjilidan. Tidak ketinggalan, kesenian rehal yang dicipta khas untuk meletakkan al-Quran bagi tujuan bacaan, turut berkembang seiring dengan tersebarnya al-Quran ke seluruh pelosok dunia. Tersebarnya rekaan rehal telah mempelbagaikan reka bentuk dan cara menghiasnya, yang secara tidak langsung mencerminkan identiti seni dan budaya masyarakat yang menghasilkannya. Kajian ini cuba mengenal pasti ciri-ciri khas rehal tradisional di pantai timur semenanjung Malaysia. Fokus perbincangan ialah pada aspek reka bentuk, khususnya tentang bahan, teknik dan ukuran. Sampel kajian diperoleh daripada koleksi muzium, pengukir, selain beberapa surau dan masjid tempatan

    Tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan ibu muda

    Get PDF
    Pengenalan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Acquired Immuno Deficiency Syndrome (AIDS) adalah berpunca daripada jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan merupakan penyakit dengan morbiditi dan mortaliti yang tinggi. Ibu muda adalah sub-populasi yang berisiko tinggi untuk memperoleh HIV melalui aktiviti seksual. Maklumat mengenai tahap pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan ibu muda di Malaysia mengenai pencegahan HIV/AIDS adalah masih terhad. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan ibu muda serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kaedah Satu kajian keratan rentas telah dijalankan di sebuah hospital tertiari di pusat bandar dalam kalangan seramai 147 orang ibu muda yang berusia 18-30 tahun dan mendapatkan rawatan di Post Natal dan Wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Pengumpulan data telah dijalankan pada bulan AprilNovember 2014 dan pemilihan responden adalah berdasarkan persampelan rawak mudah. Soalselidik yang mengandungi instrumen-instrumen yang telah divalidasi digunakan di dalam kajian ini. Kelulusan untuk menjalankan kajian ini telah diperoleh dari Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM sebelum prosedur pengumpulan data dilaksanakan. Keputusan Majoriti daripada ibu muda mempunyai pengetahuan (78.8%) dan amalan (71.2%) yang baik terhadap pencegahan HIV/AIDS. Lebih separuh (56.7%) daripada mereka mempunyai sikap yang positif terhadap pencegahan HIV/AIDS. Hasil kajian mendapati, status perkahwinan dan kawasan tempat tinggal ibu muda adalah berkait rapat dengan pengetahuan yang baik dan sikap yang positif terhadap pencegahan HIV/AIDS. Manakala dari segi amalan pula, ibu muda yang berkahwin dan berumur 5 tahun lebih tua mempunyai keberangkalian tiga kali ganda untuk mempunyai amalan yang baik terhadap pencegahan HIV/AIDS berbanding dengan ibu yang 5 tahun lebih muda. Kesimpulan Kesimpulannya, tahap pengetahuan, sikap dan amalan serta faktor yang berkaitan dengan pencegahan HIV/AIDS boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk merancang program kesihatan di masa akan datang dalam usaha mencegah HIV/AIDS di kalangan golongan ibu muda yang tidak berkahwin bagi memastikan program pencegahan dapat dilaksanakan secara efektif khususnya dalam meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan serta faktor yang berkaitan bagi membantu pencegahan HIV/AIDS di negara ini

    Rehal tradisional di pantai timur Semenanjunag Malaysia: analisis bahan, teknik dan ukuran

    Get PDF
    Ajaran Islam dan kitab al-Quran sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bahkan, ke mana sahaja Islam diajarkan wajiblah al-Quran turut dibawa bersama. Kecintaan terhadap kitab suci ini telah membawa kemajuan kepada beberapa cabang kesenian yang berkaitannya seperti seni tulisan khat, seni hiasan manuskrip dan seni penjilidan. Tidak ketinggalan, kesenian rehal yang dicipta khas untuk meletakkan al-Quran bagi tujuan bacaan, turut berkembang seiring dengan tersebarnya al-Quran ke seluruh pelosok dunia. Tersebarnya rekaan rehal telah mempelbagaikan reka bentuk dan cara menghiasnya, yang secara tidak langsung mencerminkan identiti seni dan budaya masyarakat yang menghasilkannya. Kajian ini cuba mengenal pasti ciri-ciri khas rehal tradisional di pantai timur semenanjung Malaysia. Fokus perbincangan ialah pada aspek reka bentuk, khususnya tentang bahan, teknik dan ukuran. Sampel kajian diperoleh daripada koleksi muzium, pengukir, selain beberapa surau dan masjid tempatan

    Community and government involvement in preserving the buatan barat boat in Southern Thailand

    Get PDF
    The traditional Malay boat is one of the Malay art objects that have now been gradually forgotten by the Malay community in the East Coast. Preservation of traditional boats is important to keep this cultural heritage from being vanished and constantly forgotten. The preservation of Buatan Barat boats made by the Malay community in Southern Thailand is one way to maintain the Malay cultural heritage. Even though there is no specific planning in preserving this heritage, the arising awareness in the community shows the existence of one main purpose, which is to preserve the Buatan Barat boat in Southern Thailand

    Faktor-Faktor yang mempengaruhi persepsi ibu terhadap kanak-kanak dengan kecacatan klef

    Get PDF
    Introduction A study was conducted to determine the level of mothers' perception on children with cleft deformity and its associated factors Methods This was a cross sectional study involving 110 mothers with children attending the Plastic And Reconstructive Surgery Clinic. Data was gathered from a face to face interview based on a questionnaire that assesses the level of perception and its associated factors. The level of perception was evaluated from a scoring method and divided into four domains namely psychosocial, care management, treatment and education. Results The level of perception was high in all four domains ranged from 62% for treatment and 80% for education. Factors that were significantly associated with the level of perception were ethnicity, religion, type of cleft deformity and level of information. Conclusions Information regarding cleft deformity must be tailored toward mothers’ personal characteristics and type of cleft deformity to improve mothers' perception on this problem

    Symbolism in traditional Malay boat crafting in the East Coast

    Get PDF
    The culture in the East Coast are rich in visual arts and performing arts inherited over time immemorial. The art is also found to have similarities in three different states, despite their geographical gap. The similarities are shared in dialects, languages, presentations, builds, and past legacy artefacts. The Malay craftsmanship is also dominated by the Malay community in the East Coast and it is also produced in the form of art and fashion. Artefacts such as boats, houses, and furniture are still visible until now and they have high artistic value. This research is aimed at displaying symbols produced by the Malay community on the craft of the boat. This art can be seen in the carvings and paintings produced on traditional Malay boats in the East Coast. This art does not only serve as an ornament and for its aesthetics, but also has its own symbolism. The decorative art produced shows that the three main aspects necessary in Malay art are function, aesthetics, and ethics. The belief in the existence of supernatural powers - which preserve and safeguard their safety at sea and their ability to get income from marine products - underpins the craft of this decoration art

    Batu Acheh: jumpaan terbaharu di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

    Get PDF
    Batu Acheh adalah salah satu objek budaya yang menarik minat para penyelidik yang berkecimpung dalam bidang arkeologi, sejarah dan budaya. Batu Acheh telah dijadikan sebagai salah satu bukti pengIslaman raja-raja Melayu sejak abad ke-13 Masihi yang mana asal usul pembuatan batu Acheh ini adalah di Acheh. Keberadaan Batu Acheh di Pulau Langkawi sebelum ini hanya tertumpu kepada kehadiran sepasang Batu Acheh di Kampung Ulu Melaka dan dinamakan Makam Purba. Eksplorasi yang dijalankan pada tahun 2015 oleh pasukan arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia dalam mengidentifikasi penempatan purba di Langkawi telah menemukan tiga lagi makam yang menggunakan batu nisan Acheh. Dua makam ditemukan di Kampung Kubang Badak manakala sebuah lagi di Kampung Tanjung, Ulu Melaka, Langkawi. Berdasarkan kepada tipologi, batu Acheh yang di jumpai di Kampung Kubang Badak adalah daripada jenis H1 dan H2 yang mana tipologi tersebut sama seperti batu nisan di Makam Purba manakala Batu Acheh di makam Kampung Tanjung adalah daripada jenis M. Batu Aceh jenis H ini secara relatifnya dihasilkan pada abad ke-14 hingga 15 Masihi manakala jenis M pula dihasilkan pada abad ke-16 hingga 17 Masihi. Jumpaan batu nisan Acheh di Langkawi ini secara tidak langsung menunjukkan peranan dan kepentingan Langkawi sebagai salah satu daerah pentadbiran Kesultanan Melayu Kedah sejak abad ke-14 Masihi lagi

    Formal properties and characteristics of Malay rhythmic reduplication

    Get PDF
    Reduplication is a process of Malay word formation. Generally it can be divided into full, partial and rhythmic reduplication. Another set is the undefined group which is called free-form reduplication. Lexically, the rhythmic reduplication is systematically formed as some of its processes had been able to be identified. The semantical aspect of reduplication is to create ‘multiplicity’, ‘repetition’, ‘concentration’ and ‘variety’. Of these, the rhythmic reduplication is specialized with the latter. Functionally, rhythmic reduplication tends to diversify a set where others may just perform multiplication. Our analysis shows that rhythmic reduplication does exist with purpose. Its systematic formation and usage shows that Malay language had its own device to classify things which rigorously describe different sets of object or their properties
    corecore