11 research outputs found

    Kesan tahap realistik karakter animasi talking-head ke atas emosi dan prestasi pelajar : satu kajian awal

    Get PDF
    Animasi talking-head merupakan animasi arahan yang mampu membantu pembelajaran kemahiran sebutan sesuatu perkataan secara betul dan tepat. Namun, kesilapan dalam penggunaan karakter animasi memberi kesan negatif kepada pelajar. Kajian ini memfokus kepada isu Uncanny Valley yang dapat memberi kesan kepada emosi pelajar akibat daripada karakter animasi yang hampir menyerupai manusia. Justeru, kajian ini menilai penggunaan animasi talking-head yang berbeza tahap realistik terhadap pembelajaran sebutan perkataan di Kolej Komuniti. Penilaian keberkesanan animasi ini diukur melalui ujian sebutan dan ujian emosi mengguna soal selidik AEQ. Empat perisian animasi talking-head dengan tahap realistik berbeza dibangun untuk diuji dan setiap perisian tersebut dipelajari secara kendiri oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 20 orang. Jumlah keseluruhan sampel ialah 80 orang terdiri daripada pelajar di empat buah kolej komuniti di Perak. Ujian statistik deskriptif seperti nilai min, sisihan piawai dan peratus diguna bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan perisian animasi talking-headtiga dimensi tidak realistik (3D-TR) memperoleh peratusan tertinggi dari sudut emosi dan prestasi sebutan pelajar manakala perisian animasi talking-head tiga dimensi realistik (3D-R) memperoleh peratusan terendah dari kedua-dua aspek tersebut. Justeru, penggunaan karakter animasi tiga dimensi talking-head yang tidak realistik merupakan tahap realistik yang terbaik untuk membentuk emosi yang positif seterusnya berpotensi meningkat prestasi pelajar

    Kesan Pelbagai Strategi Kawalan Pengguna Animasi Bersegmen Terhadap Prestasi Pelajar

    Get PDF
    Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan animasi bersegmen dengan pelbagai strategi kawalan pengguna terhadap prestasi pelajar. Lima strategi kawalan tersebut ialah strategi Kawalan Pengguna Linear (KPL), Kawalan Pengguna Rawak (KPR), Kawalan Program (KP), Kawalan Berterusan (KB) dan Tanpa Kawalan (TK). Metodologi - Reka bentuk kajian berbentuk kuasi eksperimen dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 265 orang pelajar semester 2 kursus Diploma Sistem Rangkaian dari lima buah Politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Penilaian dilakukan melalui ujian pos. Dapatan - Secara keseluruhan, ujian statistik ANCOVA digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi ujian pos antara kumpulan pelajar yang menerima strategi kawalan paparan animasi bersegmen yang berbeza. Kepentingan - Dapatan kajian menunjukkan faktor reka bentuk paparan animasi bersegmen yang disertakan dengan strategi kawalan pengguna yang bersesuaian berkemampuan mengatasi masalah keciciran maklumat. Strategi KPR dan KPL didapati membantu dalam memperuntukkan masa yang bersesuaian bagi memori sensori pelajar untuk mengekstrak maklumat bermakna daripada animasi untuk diproses di dalam memori jangka pendek yang agak terbatas sebelum didaftarkan ke dalam memori jangka panjang. Kedua-dua strategi ini juga didapati berupaya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar

    A review of ex-mining land reclamation as construction project activities : focusing in City of Ipoh / Mohd Najib Abd Rashid ... [et al.]

    Get PDF
    A large demand of housing and land development in Malaysia since the last two decades has resulted in the reduction of suitable and proper spot for housing development. This kind of land can now only be found in the area far away from the cities. However, most people choose to be near or not too far from the cities. This has led to the development of the less desirable area such as ex-mining land.A study of completed and ongoing development in the above mentioned areas reveal that there are less than adequate guidelines, laws or policies to ensure development in these areas are given proper attention in term of safety and environmental provisions. This paper discussed several issues regarding to the construction of housing and development in the difficult and less desirable areas.As land is getting scarce due to rapid development, an abandoned ex-mining area hasbecome valuable lands for developments

    A comparative study on the performance of side-lit atria and top-lit atria in low latitude tropics Kuala Lumpur Malaysia

    Get PDF
    Top-lit atria are more popular than side-lit atria because they are believed to have a better distribution and higher daylighting level. However, in low latitude humid tropics they may cause over lighting and thus overheating. Using computer simulation, this study attempts to compare the distribution and level ofdaylighting in top-lit atria with those in the side-lit atri

    Fostering inter Group Contacts among multiracial students in higher education

    Get PDF
    Banks (l995) names prejudice reduction as one of five dimensions of multicultural education. Within this context, a study on the role of curriculum programmes in fostering intergroup contacts among the multiracial students of higher education was conducted in Univcrsiti Teknologi Malaysia, Johor. The main purpose of this study was to determine the level of knowledge(K), attitude(A) and practice(P) of students from difference ethnic groups in fostering intergroup contacts. A total number of 130 undergraduate students participated in the study. The study revealed that the students fall into the medium level of knowledge (3.22), attitude (3.67) and practice (3.39) towards fostering intergroup contacts. Spearman correlation coefficient test results showed there is no significant relationship between the levels of KAP across gender and race. Conversely, analyses of ANOVA divulged a significant racial group difference in the levels of knowledge; meanwhile attitude and practice had no significance racial group difference in fostering intergroup contacts. It is hoped that the findings on the levels of KAP in fostering intergroup contacts among the multiracial students would provide significant information where the Issues of multiculturalism is concern

    Implikasi Animasi Talking-Head yang Berbeza Tahap Realistik Terhadap Prestasi Pembelajaran Sebutan Perkataan

    Get PDF
    Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan penggunaan animasi talking-head yang berbeza tahap realistik terhadap prestasi pembelajaran sebutan perkataan. Penilaian penggunaan animasi ini diukur melalui ujian sebutan setelah pelajar selesai menerokai koswer secara kendiri. Metodologi - Empat koswer animasi talking-head dengan tahap realistik berbeza iaitu karakter animasi tiga dimensi tidak realistik (3D-TR), karakter animasi tiga dimensi realistik (3D-R), karakter animasi dua dimensi (2D) dan koswer talking-head menggunakan manusia sebenar (MANUSIA) dibangunkan untuk diuji. Reka bentuk kajian berbentuk kuasi eksperimen dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 150 orang pelajar semester 1 kursus Sijil Multimedia Kreatif Animasi dari empat buah Kolej Komuniti dipilih sebagai sampel kajian. Secara keseluruhan, ujian statistik ANCOVA dan Bonferonni digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan - Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi sebutan pelajar antara kumpulan pelajar yang menerima strategi tahap realistik animasi talking-head yang berbeza. Kumpulan karakter animasi tiga dimensi tidak realistik (3D-TR) merupakan kumpulan pelajar yang telah memperoleh min skor tertinggi dalam ujian sebutan manakala kumpulan pelajar karakter animasi tiga dimensi realistik (3D-R) pula memperoleh min skor yang terendah dalam kedua-dua ujian tersebut. Kepentingan - Kajian ini memberikan implikasi kepada pengajar bahasa Inggeris tentang perspektif penggunaan animasi taking-head pada tahap realistik tertentu terhadap pembelajaran sebutan perkataan. Dapatan kajian diharapkan dapat memberikan gambaran bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan penggunaan karakter animasi talking-head 3D-TR adalah strategi yang terbaik untuk pembelajaran sebutan perkataan

    Tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih

    No full text
    Kertas kerja ini melihat tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan gurupelatih UTM yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan semasalatihan mengajar. Objektif kajian ialah mengenalpasti jenis alat bantu mengajaryang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mendapatpandangan guru pelatih terhadap kemahiran dan kepentingan penggunaan alatbantu mengajar serta mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-gurupelatih dalam penggunaan alat bantu mengajar. Seramai 40 responden terlibatdalam kajian ini. Segala data dianalisis menggunakan perisian komputer“Statistical Package for Social Science” (SPSS versi 12.0) untuk mendapatkankekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahappenggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih adalah tinggi.Penggunaan bahan bercetak pada setiap kali pengajaran berada pada tahapyang tinggi dengan nilai min 4.40. Kemahiran guru pelatih dalam penggunaanalat bantu mengajar berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai min 3.70. Manakala kepentingan alat bantu mengajar berada pada tahap yang tinggi 3.85. Terdapatbeberapa cadangan untuk meningkatkan tahap penggunaan alat bantu mengajarseperti mengadakan bengkel, kursus dan seminar

    Pelajar berisiko: langkah penambahbaikan proaktif

    Get PDF
    Perubahan yang berlaku telah menyebabkan keperluan untuk meningkatkan prestasi pelajar berisiko di sekolah menjadi semakin penting. Usaha meningkatkan prestasi pelajar berisiko menghadapi masalah kerana banyak pihak yang masih keliru atau belum dapat mengenal pasti siapakah sebenarnya pelajar yang berisiko, ciri-ciri pelajar yang berisiko dan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk membantu pelajar-pelajar berisiko ini sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah. Sebelum ini perbincangan banyak memberi tumpuan terhadap masalah disiplin dan pencapaian pelajar, tetapi kurang memberi perhatian terhadap persoalan mengapa pelajar-pelajar ini dikatakan sebagai pelajar berisiko. Tambah mengelirukan perbincangan-perbincangan dalam literatur sentiasa berubah-ubah, pelbagai dan berbeza-beza penjelasan tentang pelajar berisiko. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan definisi pelajar berisiko, ciri-ciri pelajar berisiko dan strategi yang sesuai digunakan untuk menangani masalah pelajar berisiko. Sembilan bidang utama (identifikasi, kurikulum, perancangan untuk perubahan, kepimpinan, persekitaran pembelajaran, staf berkualiti, komuniti sekolah, kolaborasi antara agensi dan sumber, peruntukan dan perkhidmatan) telah dikenal pasti sebagai faktor kritikal dalam menangani pelajar berisiko di sekolah. Implikasi pelajar berisiko kepada sekolah turut dibincangkan dalam kertas kerja ini

    Human platelet lysate promotes proliferation but fails to maintain chondrogenic markers of chondrocytes

    Get PDF
    Traditionally, foetal bovine serum (FBS) is used as a serum supplement for stem cell expansion in vitro. However, it is associated with xenoimmunisation and the transmission of animal pathogens, which may cause harm to stem cell recipients. As a safer alternative, human platelet lysate (HPL) has been introduced for propagating stem cells. Chondrocytes are expanded in vitro for cartilage repair via autologous chondrocyte implantation (ACI). In this study, we compare the efficacy of HPL prepared from expired platelet concentrates with that of FBS for promoting the proliferation and maintenance of the chondrogenic markers of primary human chondrocytes expanded in vitro. Chondrocytes were cultured in F12:Dulbecco’s modified Eagle’s medium (DMEM) supplemented with 5% HPL, 10% HPL and 10% FBS. The cell morphology, viability and growth rate were examined from passage 1 (P1) to P3. RNA was isolated from P3 cells for quantitative polymerase chain reaction (qPCR) to determine the gene expression level of the chondrogenic, dedifferentiation and hypertrophic markers. HPL promoted chondrocyte proliferation without compromising cell viability. In addition, the chondrocytes cultured with HPL were smaller. However, HPL failed to maintain the chondrogenic markers, except SOX 9 (SRY-box transcription factor 9), which was upregulated, but not significantly. Nonetheless, HPL also suppressed the expression of type X collagen (Col X), a chondrocyte hypertrophic marker. In summary, we demonstrate the benefits of HPL supplementation in human chondrocyte culture, where it enhances cell proliferation and suppresses chondrocyte hypertrophy. In the future, HPL can be used for the large-scale expansion of chondrocytes for ACI
    corecore