17 research outputs found

    Perbezaan Latar Belakang Pendidikan Agama Islam dan Kesannya Terhadap Tanggapan serta Keinginan Masyarakat Kedayan, Sabah Mengamalkan Amalan Tradisi

    Get PDF
    Kedayan ethnic is one of the ethnic groups inhabiting Borneo island including Brunei, Sarawak and Sabah. All of them are Muslims who are believed to have been exposed to the spread of Islam during the Sultanate of Brunei at the end of the 15th century. As such, they are seen as those who understand Islam better than other ethnic groups on Borneo Island. Their awareness of Islamic education is also good. This can be seen in the numerous religious schools founded to teach Islamic education in Sipitang where Kedayan form the majority population. At the same time, Kedayan people also being associated with the uniqueness of their customs and traditions which they inherited for several centuries. Therefore, this study will focus on the differences in the attitude and intention of this community in performing their customs and traditions due to different levels of religious education. This study used a questionnaire distributed to 414 respondents. The findings of this study revealed high correlation between the attitude of Kedayan people toward customs and traditions and their intention to continue practicing their customs and traditions. Moreover, there was a statistically significant difference between attitude and intention of this community to practice their customs and traditions as far as different religious education backgrounds are concerned

    Konsep sinkretisme menurut perspektif Islam

    Get PDF
    Konsep sinkretisme sangat luas skopnya. Ia telah dibincangkan dalam pelbagai aspek oleh sarjana dalam pelbagai bidang ilmu seperti teologi, sejarah agama dan juga antropologi. Sejak terminologi sinkretisme diperkenalkan ke dalam arus akademik, pelbagai definisi telah diberikan oleh para sarjana bagi menjelaskan fenomema sinkretisme dalam masyarakat sama ada secara positif mahupun negatif (pejoratif). Dalam kajian agama, sinkretisme telah menjadi salah satu kategori konsep yang dibahaskan dan kontroversi disebabkan terma ini memberi gambaran ‘tidak suci’ atau ‘tidak tulen’. Walaupun terminologi sinkretisme telah berkembang di Barat dan kajian sinkretisme dilakukan dengan meluas terhadap masyarakat Barat kuno dan Kristian, namun terminologi ini turut digunakan dalam menerangkan fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam. Justeru itu, makalah ini akan meneliti persoalan sinkretisme dari perspektif Islam bagi memastikan istilah yang tepat digunakan bagi menerangkan fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam

    Agama dan budaya berpisah tiada: tinjauan terhadap masyarakat Murut Tahol di Sabah

    Get PDF
    Agama dan budaya adalah dua elemen penting dalam kehidupan masyarakat Murut Tahol di Sabah. Walaupun zaman sentiasa berubah dan bersilih ganti, kedua-dua elemen ini masih kekal dan berjalan seiringan memperkukuh jati diri etnik ini. Apa yang menarik di sini ialah perubahan agama dan kepercayaan tidak menjadikan budaya mereka terpinggir atau ditinggalkan. Apakah rahsianya? Makalah ini akan membincangkan tentang keupayaan masyarakat Murut Tahol mengekalkan amalan budayanya walaupun pegangan agama mereka telah berubah daripada animisme kepada Kristian. Perbincangan ini adalah berdasarkan kepada kajian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan etnografi di Ulu Tomani, Daerah Kecil Kemabong, Tenom, Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat ini mempunyai kekuatan untuk membuat pilihan tentang apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan budaya tradisionalnya dalam kerangka kepercayaan yang baharu. Dengan lain perkataan mereka adalah agen kepada perubahan masyarakatnya sendiri atau disebut sebagai localized social change. Keupayaan inilah yang menjadikan masyarakat Murut Tahol masih dapat mengekalkan amalan budayanya seperti adat merisik (pamalaan), adat pertunangan (antamong), adat perkahwinan (ahuot), adat menghantar berian akhir (tinauh), dan adat mencuci benih padi (amparawak ra Vivit)

    Sinkretisme dalam adat tradisi masyarakat Islam

    Get PDF
    In the study of religion, syncretism has conveyed a controversial concept and become one of the issues being debated because it depicted “impurity” or “not authentic”. The term definitely has been widely used by Western scholars to elaborate the phenomenon of syncretism among ancient and Christian societies, but, at the same time it is also used in the context of the Muslim community, particularly in describing the practice of traditional culture in Malaysia and elsewhere that led to the rejection of traditional culture by the Muslim reformers. Therefore, this paper aims to describe the concept of syncretism as well as to analyze this concept from Islamic perspective in order to explain how it appeared in the context of traditional culture and how we could perceive or deal with it. In this study, library research is used for the purpose of collecting data. The data were then analyzed in descriptive and analytical way in order to explain the syncretism within traditional culture of the Muslim society. The study found that the image of “impurity” or “not authentic” brought about by syncretism within the traditional culture of Muslim society related to the mixing of Islam and pre-Islamic elements which are still in conflict with the principle of Tawhid. It is temporary and can be extinguished, while the traditional culture may be continued if the conflict no longer exists

    Dakwah Islam di Sabah,Malaysia: Satu Eksplorasi Awal

    Get PDF
    Isu dakwah di Sabah, Malaysia adalah antara yang menarik perhatian ramai pengkaji. Sementara itu, secara hakikat, Sabah merupakan sebuah negeri yang amat terkenal dengan sikap toleransi masyarakatnya yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Di saat masyarakat Islam dan Kristian di Semenanjung Malaysia berselisih faham tentang penggunaan kalimah Allah, masyarakat di Sabah masih mampu bertenang dan menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam diam, Sabah mendahului negerinegeri lain di Malaysia dari segi bilangan orang yang memeluk Islam. Ironinya, kebanyakan mereka adalah dari penganut agama Kristian. Berdasarkan kepada dua fakta ini, tentunya hal berkaitan aktiviti dakwah di Sabah wajar untuk dikongsikan. Penelitian ini membincangkan tentang peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan agama Islam, seperti JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah), MUIS (Majlis Ugama Islam Sabah), dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) berkaitan aktiviti dakwah. Selain itu, perbincangan tentang cabaran dakwah juga disentuh secara sepintas lalu; diikuti dengan tinjauan tentang program-program peng-Islam-an yang dijalankan. Akhir sekali, penelitian ini membuat refl eksi terhadap usaha dakwah yang telah dijalankan. Meskipun perbincangan dan hasil kajian yang dilakukan pada 2008, namun perkembangan terkini juga diambil perkiraan dalam penulisan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh. KATA KUNCI: Islam; Dakwah; Mualaf; Sabah; Agensi Kerajaan Berasaskan Islam. ABSTRACT: “Proselytization of Islam in Sabah, Malaysia: An Early Exploration”. Proselytization issue in Sabah, Malaysia were among those attracted many researchers. Meanwhile, in fact, Sabah is a state well-known for its tolerant community that consists of diverse races, cultures, and religions. During the time when the Muslim and Christian communities in Malaysia Peninsula were in disagreement about the usage of the term Allah, the community in Sabah still managed to remain calm and carried on with their daily activities. However, Sabah has unobstrusively become one of the states in Malaysia that is leading in terms of Islamic conversion. Ironically, many of the converts were Christians. Based on these two facts, matters revolving the activity of Islamic proselytization in Sabah ought to be discussed. Th is paper examines the role of Islamic government agencies, such as JHEAINS (Sabah State Institution for Islamic Religious Aff airs), MUIS (Islamic Religious Body of Sabah), and JAKIM (Islamic Development Institution of Malaysia) in the activities of proselytization. Furthermore, a discussion on the challenges in proselytization will also be addressed briefl y; followed by a review on the programmes that are being implemented. Consequently, this paper refl ects on the eff orts of proselytization that have taken place. Eventhough the discussion in this paper is a result of a research conducted in 2008, however current development related to the issues are also taken into consideration. Th e research employs both the qualitative and quantitative approaches for a comprehensive view on the matter. KEY WORD: Islam; Proselytization; Convert; Sabah; Governmental Organization-Based Isla

    MUSLIM-CHRISTIAN RELATIONS IN MALAYSIA: ISSUES AND SOLUTIONS

    Get PDF
    Purpose: The issue of Muslim-Christian relations in Malaysia is often in the limelight of the mass media, domestic and foreign. Within recent years, there have been incidents directly related to this topic of discussion. This paper discusses these the issues and challenges faced by the Muslim and Christian communities in Malaysia. Methodology: This is a qualitative study, and the data were collected from library sources such as books, journals, newspapers, periodicals, websites, and detailed interviews with members of the Muslim and Christian faiths. The data was then analysed through a documentary analysis technique. Main Findings: This study found that Muslim-Christian relations often go through ebbs and flows. Generally, incidents involving religious sensitivities are fanned further by the mass media and interested politicians, although these issues are not as serious as reported. These situations then create an uneasy tension between the two communities, thus negatively affecting foster unity in diversity within the plural societies in Malaysia. What should be encouraged as an alternative is dialogue between adherents of different religions for them to know one another, and to promote religious harmony. Implications: In the New Malaysia era, room of dialogue seems to flourish with the inclusive approach of the Pakatan Harapan (PH) government. This is a positive development, which hopefully would be a catalyst to building a Malaysia society united in diversity

    Ulun Antung (pemimpin) dan peranannya dalam organisasi sosial masyarakat Murut Tahol

    Get PDF
    Ulun Antung atau pemimpin masyarakat Murut Tahol mempunyai peranan yang besar dalam organisasi sosial mereka. Peranan tersebut bukan sahaja menyentuh soal politik, tetapi juga meliputi aspek ekonomi, sosial dan budaya. Makalah ini akan menyentuh tentang Ulun Antung dan beberapa aspek yang mempunyai kaitan dengan kepemimpinan masyarakat Murut Tahol seperti pahun (rumah panjang) dan persanakan. Hal ini penting agar kita dapat memahami kedudukan sebenar Ulun Antung dalam masyarakat ini. Makalah ini ditulis sebagai usaha bagi menambah koleksi khazanah budaya masyarakat tradisional Sabah. Maklumat atau data yang diperoleh adalah hasil kajian literatur, dan kajian lapangan yang dilakukan penulis di daerah Tenom, khususnya di Kampung Alutok, Ulu Tomani. Maklumat yang terdapat dalam makalah ini adalah bersifat khusus kepada masyarakat Murut Tahol di kawasan kajian sahaja. Moga makalah ini dapat memberikan ilmu dan manfaat khususnya kepada pencinta budaya dan generasi muda

    Konsep sinkretisme menurut perspektif Islam : kajian terhadap adat dan kepercayaan masyarakat Kedayan / Ros Aiza Mohd Mokhtar

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep sinkretisme dari perspektif Barat dan Islam, fenomena sinkretisme dalam adat dan kepercayaan tradisi masyarakat Kedayan dan perspektif Islam mengenainya serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah metode campuran yang terdiri daripada pendekatan kualitatif iaitu etnografi dan pendekatan kuantitatif iaitu tinjauan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah kepustakaan, pemerhatian ikut serta, temubual informan terpilih dan pengedaran soal selidik. Kajian kepustakaan penting bagi membentuk kerangka konsep iaitu menjelaskan sinkretisme dari sudut pandang Islam dengan mengemukakan dalil dan pandangan pemikir Islam. Pada dasarnya sinkretisme tidak dibenarkan oleh Islam, namun dalam konteks adat tradisi masyarakat, ia merupakan proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan pada peringkat awal memeluk Islam. Dapatan kualitatif menunjukkan masyarakat yang dikaji iaitu masyarakat Kedayan telah berusaha memurnikan atau menyesuaikan adat dan kepercayaan yang mereka warisi secara turun-temurun dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, masih terdapat saki baki sinkretisme khususnya dalam persepsi atau tanggapan mereka terhadap sesuatu adat tradisi yang lazimnya masih dipengaruhi oleh kepercayaan dinamisme-animisme. Manakala dapatan kuantitatif membuktikan wujudnya hubungan yang tinggi antara tanggapan terhadap amalan tradisi, norma subjektif dan keinginan mereka mengamalkan amalan tradisi tersebut. Dalam pada itu, skor min bagi keinginan mengamalkan adat tradisi yang berkemungkinan masih mengandungi saki baki sinkretisme adalah lebih rendah daripada skor min bagi keinginan mengamalkan adat tradisi yang telah dimurnikan agar selari dengan ajaran Islam. Di samping itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara tanggapan serta keinginan mengamalkan adat tradisi dengan latar belakang masyarakat seperti umur, tahap pendidikan, pekerjaan serta taraf ekonomi dan lain-lain. Dalam hal ini, pengkaji cenderung mengatakan golongan yang lebih muda, berpendidikan lebih baik serta mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik, kurang bersetuju dengan tanggapan umum terhadap sebahagian amalan tradisi yang dikhuatiri masih mengandungi saki baki sinkretisme. Lantaran itu, mereka kurang berminat meneruskan amalan tradisi tersebut kerana dikhuatiri ia akan menjejaskan keimanan mereka. Dengan itu, kajian ini mencadangkan saki baki tanggapan atau persepsi yang berunsur sinkretisme dimurnikan agar adat tradisi masyarakat boleh diteruskan oleh masyarakat. Kajian ini menyumbang kepada pengkonsepan sinkretisme dalam adat tradisi masyarakat dari perspektif Islam serta kajian fenomena sinkretisme dalam masyarakat Islam. Dapatan kajian dapat memberi informasi kepada agensi kerajaan dan institusi agama sesuai dengan peranan mereka yang mempromosi adat dan budaya tempatan tetapi dalam masa yang sama bertanggung jawab memantau tanggapan atau persepsi dan amalan adat tradisi agar selari dengan ajaran Islam
    corecore