Konsep sinkretisme menurut perspektif Islam

Abstract

Konsep sinkretisme sangat luas skopnya. Ia telah dibincangkan dalam pelbagai aspek oleh sarjana dalam pelbagai bidang ilmu seperti teologi, sejarah agama dan juga antropologi. Sejak terminologi sinkretisme diperkenalkan ke dalam arus akademik, pelbagai definisi telah diberikan oleh para sarjana bagi menjelaskan fenomema sinkretisme dalam masyarakat sama ada secara positif mahupun negatif (pejoratif). Dalam kajian agama, sinkretisme telah menjadi salah satu kategori konsep yang dibahaskan dan kontroversi disebabkan terma ini memberi gambaran ‘tidak suci’ atau ‘tidak tulen’. Walaupun terminologi sinkretisme telah berkembang di Barat dan kajian sinkretisme dilakukan dengan meluas terhadap masyarakat Barat kuno dan Kristian, namun terminologi ini turut digunakan dalam menerangkan fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam. Justeru itu, makalah ini akan meneliti persoalan sinkretisme dari perspektif Islam bagi memastikan istilah yang tepat digunakan bagi menerangkan fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam

    Similar works