14 research outputs found

    Transformasi tipologi bangunan kediaman di perkampungan bandar. Kajian kes : Kampong Bharu, Malaysia

    Get PDF
    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti transformasi tipologi pada bangunan kediaman ke atas kajian kes yang membawa kepada pembentukan dan perubahan fabrik bandar di Kampong Bharu. Kajian Kes Kampong Bharu dipilih kerana ia merupakan salah satu perkampungan bandar dengan landskap budaya Melayu di Kuala Lumpur serta komuniti tunggal yang mendiami kejiranannya. Kedua, transformasi tipologi kediaman di Kampong Bharu dikaji sebagai usaha untuk memahami lebih terperinci mengenai proses perubahan rupa bentuk bandar yang di sebabkan oleh tekanan pembangunan di sekelilingnya. Kaedah penyelidikan yang digunakan ini adalah dengan pemerhatian di tapak kajian serta menganalisis tipologi dan morfologi pada kajian kes. Kaedah kajian yang dijalankan adalah bagi mengenal pasti corak typologi bangunan dan perubahan morfologi bandar yang terbentuk dan berubah mengikut perubahan zaman, masa dan fasa pembangunan. Dengan itu, hasil dapatan kajian yang diperoleh ini akan dimanfaatkan sebagai pendedahan dan panduan kepada badan-badan profesional seperti arkitek, perakabandar, serta pihak berkuasa tempatan dalam memahami corak transformasi tipologi perumahan di perkampungan bandar Kampong Bharu, Kuala Lumpur

    Kualiti dan potensi bagi tipologi ruang awam terbuka di bawah jejambat dalam konteks bandar lama Kuala Lumpur kajian kes : kawasan LRT Pasar Seni

    Get PDF
    Kewujudan ruang awam terbuka menjadikan sesuatu bandar itu lebih bertenaga dan lestari untuk penduduk sekitarnya. Namun begitu, masih terdapat ruang terbiar yang tidak dimanfaatkan seperti ruang bawah jejambat walaupun mempunyai potensi yang besar bagi kegunaan masyarakat setempat. Ruang-ruang terbiar bawah jejambat ini telah memutuskan jaringan perhubungan di antara kawasan-kawasan kejiranan dan menjadi tempat berlakunya aktiviti gejala sosial. Hal ini telah mengakibatkan kelemahan dari aspek perancangan bandar dan menggalakkan terhasilnya “lost spaces” yang mencacatkan lagi fabrik bandar yang sedia ada. Oleh itu, kertas kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti kualiti dan mengkaji potensi bagi tipologi ruang awam terbuka bawah jejambat. Kawasan bagi kajian ini adalah di Stesen LRT Pasar Seni bagi Laluan Kelana Jaya di Bandar Lama Kuala Lumpur. Bagi mengumpul data-data dalam melengkapkan kertas kajian ini, metod kualitatif iaitu kajian lapangan serta pemerhatian dan juga metod kuantitatif iaitu kajian soal selidik bersama 30 pengguna ruang awam terbuka di bawah jejambat dijalankan untuk mengetahui pendapat mereka tentang ruang tersebut. Selain itu, metod kualitatif seperti temu bual bersama 10 responden dan pendokumentasian dari segi gambar-gambar direkod sebagai bahan rujukan dalam mengenal pasti kualiti ruang awam terbuka ini dari segi aksesibiliti, kepelbagaian, kebolehbacaan, fleksibiliti dan ketahanan, keselamatan serta identiti dan makna ruang. Hasil dapatan darikajian ini menunjukkan bahawa jejambat jalan raya yang dibina mampu memudahkan dan mempercepatkan pergerakan orang awam namun telah mengakibatkan wujudnya ruang-ruang awam terbiar di sekitar bandar. Melalui kertas kajian ini, pihak-pihak berkaitan yang terlibat dapat memperolehi input mengenai kualiti ruang awam terbuka ini dan mengenal pasti potensi sebenar ruang tersebut dalam menjadi ruang awam yang dapat digunakan oleh penduduk tempatan dan juga pengunjung luar

    Thermal Performance of Horizontal Fixed Sun Shading Device

    Get PDF
    Earlier investigations on passive cooling methods applied software modelling, and the findings were not confirmed through field measurement. Hence, this study applied a stationary experiment on a real structure and weather conditions employing horizontal sun shading (SDH). The purpose of this study was to compare the performance of fixed passive sun-shading devices put on to the bare façade of three-story terrace shophouses in Malaysia. The experiment findings revealed that SDH significantly improved the internal thermal environment by lowering the average monthly indoor air temperature (Ta) by 0.98 K and the peak temperature by 2.11 K. SDH is also effective during the warmest sunny days, lowering 1.23 K on average for the day. Meanwhile, SDH reduced the temperature in the control room by 5.40 K during the warmest peak time. When it came to indoor mean radiant temperature (Tmrt), SDH performed better than the control room in the very hot peak over a month (2.38 K) and on the highest temperature of the day (7.70 K). Finally, it can be inferred that SDH worked better from late at night until early in the morning, cooling the room temperature faster. This quiescent choice is one of the best for enhancing a building's internal thermal performance while also possibly contributing to a decrease in operational energy consumption

    Elemen dan karakter fizikal di kawasan kaki lima rumah kedai Jalan Tuanku Abdul Rahman

    Get PDF
    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti serta mengkaji secara kritis hubungan antara rumah kedai vernakular dan kontemporari untuk memahami rekabentuk rumah kedai serta kaki lima yang respon kepada konteks setempat. Usaha pemuliharaan tentang rumah kedai vernakular tidak berlaku secara menyeluruh kerana hanya fasad bangunan sahaja ditekankan dalam agenda pemuliharaan bandar sedia ada. Terdapat elemen warisan lain yang tidak diambil berat antaranya ialah kaki lima. Deretan Rumah kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman telah dipilih untuk menjalan kajian terhadap penggunaan dan karakter fizikal I kawasan kaki lima rumah kedai. Kajian kes ini dipilih kerana merupakan fabrik bandar rumah kedai lama serta mempunyai kepentingan dan keistimewaan sejarah yang tersendiri. Kajian ini mengaplikasikan kaedah metodologi kualitatif dimana ia melibatkan beberapa teknik kajian iaitu kajian kes, pemerhatian di tapak kajian serta kajian literatur. Teknik pemerhatian dianalisa secara kualitatif di mana pendekatan pemerhatian berstruktur digunakan. Dengan itu, hasil dapatan kajian yang diperoleh ini dapat menjadi panduan kepada badan-badan profesional serta pihak berkuasa tempatan dalam memahami kepentingan ruang kaki lima di rumah kedai yang menyumbang kepada karakter tempat dan identiti setempat di Malaysia amnya

    Tipologi perumahan bandar mikro bagi golongan bujang B40 di Kuala Lumpur

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti dan memahami tipologi rekabentuk perumahan bandar mikro yang sedang mengambil tempat di Bandaraya Kuala Lumpur. Tipologi perumahan bandar mikro yang dibangunkan ini terletak di tengah pusat bandar dan dikhususkan kepada golongan sasar B40 yang baru memulakan karier serta mempunyai pendapatan yang rendah. Kedua, cadangan tipologi perumahan bandar mikro juga dikaji sebagai usaha untuk memahami lebih terperinci mengenai konsep perumahan bandar mikro, reka bentuk dan kepentingannya di kawasan perbandaran. Kaedah yang digunakan untuk penyelidikan ini adalah dengan pemerhatian di tapak kajian melalui kaedah kajian kes. Kajian ini akan dijalankan ke atas perumahan bandar mikro DBKL serta cadangan rekabentuk dari firma arkitek tempatan iaitu Firma Tetowowe Atelier sebagai kajian kes bagi memastikan matlamat kajian ini dapat dicapai. Oleh itu, hasil kajian dan dapatan yang diperoleh ini akan dimanfaatkan sebagai pendedahan dan panduan kepada para arkitek dan perekabandar dalam memahami rekabentuk tipologi perumahan bandar mikro khususnya di Malaysia

    Kajian Penggunaan Alat Bantu dalam Pembelajaran Rangkaian Internet Protokol Versi 6 (IPv6)

    Get PDF
    Kertas kerja ini menerangkan kaedah pembelajaran rangkaian internet protokol versi 6 (IPv6) kepada pelajar sarjana muda dan diploma di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Di sini, penerangan mengenai rangkaian IPv6 didalam bidang teknologi maklumat dilaksanakan melalui sokongan alat bantu simulasi rangkaian untuk memantapkan tahap pemahaman para pelajar. Oleh itu, langkah selanjutnya telah dilaksanakan bagi membuktikan di mana sistem alat bantu ini lebih efektif berbanding cara pembelajaran konvensional. Kajian telah dijalankan terhadap dua kumpulan pelajar daripada semester pengajian yang berbeza di mana hanya satu kumpulan sahaja diberi pendedahan kepada alat bantu tersebut. Melalui kaedah soal-selidik dan keputusan ujian pelajar, beberapa permasalahan dan penemuan berkaitan pembelajaran ini berjaya dihasilkan. Pelbagai kelebihan terdapat pada alat bantu simulasi yang berperanan dalam memudahkan pemahaman tentang rangkaian IPv6 merangkumi proses pemilihan, pengurusan dan pengkonfigurasian perkakasan dan rangkaian. Kaedah pembelajaran turut menjadi lebih mudah serta menarik melalui pendekatan opsyen samada Grafic Computer Interface (GUI) atau Command Line Interface (CLI). Penggunaan alat bantu simulasi oleh para pelajar secara langsung mempertingkatkan penguasaan kemahiran merekacipta dan membangunkan rangkaian IPv6. Jesteru itu, perlaksanaan pembelajaran berasaskan alat bantu seperti simulasi ini semakin mendapat galakan khususnya di dalam sektor pendidikan secara teknikal. Ini adalah berikutan pendekatan tersebut bersesuaian dengan kemudahan teknologi terkini

    Keberkesanan ruangan lebuh medan pasar dalam mempengaruhi aktiviti masyarakat setempat

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti dan memahami sejauh manakah kepenggunaan sesebuah ruangan awam serta mengkaji karakter fizikal dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh masyarakat sekeliling yang mempengaruhi aktiviti tersebut. Ruangan awam yang telah dipilih ialah ruangan Lebuh Medan Pasar yang terletak di tengah kawasan Kuala Lumpur Lama. Ruang awam tersebut dipilih kerana menjadi tumpuan masyarakat di ibu kota serta mempunyai kepentingan dan keistimewaan sejarah yang tersendiri. Kajian ini mengaplikasikan kaedah metodologi kualitatif dimana ia melibatkan dua teknik pengumpulan data iaitu kajian kes, pemerhatian di tapak kajian serta kajian literatur. Teknik pemerhatian akan dianalisa secara kualitatif di mana pendekatan pemerhatian berstruktur digunakan. Oleh itu, hasil penemuan dan dapatan kajian ini akan membantu dalam membangunkan kawasan kajian serta mengekalkan elemen penting sebagai identiti setempat terhadap ruangan awam tersebut

    E-procurement adoption in the Malaysian construction sector : integrating diffusionof innovations and theory of planned behaviour framework

    Get PDF
    In recent years, environmental problems have become more prominent in the construction industry. The production and use of building materials are still one of the main reasons for various ecological and environmental challenges in the industry. Compared with traditional building materials, green building materials are environmentally friendly. Therefore, the adoption of green building materials in the construction industry can generally solve the industry’s ecological and environmental problems and promote green and low-carbon development. Research on contractors’ green procurement behaviour can promote the construction industry’s sustainable development. Many scholars discuss and agree that the implementation of e-procurement is a green approach towards sustainable construction. However, current evidence indicates that procurement stakeholders, especially contractors, are struggling to implement e-procurement effectively. Therefore, there is a need to study contractors’ behaviour in relation to green e-procurement. In response, this study investigates the adoption of e-procurement by Malaysian contractors by adopting planned behaviour theories and diffusion of innovations in their decision-making process. Here, a conceptual framework has been developed which focuses on factors influencing contractors’ adoptions. The framework can be used for understanding the contractors’ adoption decision of e-procurement. The result will help to find the critical key factors affecting green procurement behaviour from contractors’ perspectives and extend the theories further. This framework is also in tandem with the Construction Industry Development Board (CIDB), Construction 4.0 Strategic Plan (2021-2025) in identifying critical factors that affect the adoption of green procurement on construction projects

    Mixed-Use, Mixed-Income Neighbourhood Typo-Morphology: The Case of Kampong Bharu, Kuala Lumpur, Malaysia

    No full text
    The rapid development of the traditional urban village in relation to mixed-use, mixed-income neighbourhood are, typologically and morphologically being built and rebuilt, changing and evolving to meet the needs to contemporary society. Moreover, the fast pace of urban transformation has change the diversity of urban characters in a negative way as a result of unresponsive urban development decisions, which is showing a tendency to adopt new patterns, wipes out the more traditional character and weakens the rooted meanings of local places and neighbourhoods. Therefore, the aim of the research is to develop a conceptual framework and research methodology for identifying, analysing, and developing the locally appropriate urban design principles and characters of mixed-use, mixed-income neighbourhood typo-morphology through the integration of the traditional and modern urban development in the rapidly developing city and urban village of Kampong Bharu. Kampong Bharu, in the contemporary context was selected as a case study in which to carry out a rigorous and in-depth evaluation. By analysing Kampong Bharu, the research suggests that the local settlements are socially and culturally constructed and can understand the local form-production process that transform through morphological periods. Multi-faceted socio-spatial patterns re defined from the urban morphology and building typology, which are a foundation to interrogate aspects of changes and to interpret acceptable degrees of urban village development which varies between the patterns of form. The conceptual framework reviews theories and observes social phenomena in real settings to link the existing universal knowledge with local context. The methodology for identifying locally acceptable urban form was established by using a multi-method approach for analysing a case study of Kampong Bharu. Morphological and typological analytical methods were used to study its socio-spatial patterns of the city and identify key socio-spatial invariants of its urban character. A mixed qualitative methods were applied for assessing perception-based data of form-adaptations reflecting capacity for change. Data collection techniques include archival and map analysis, building and photographic surveys and semi-structured interviews. The data supported the development of initial proposals for improving the character of the neighbourhood area. Employing an inquiry by design method, the proposals were tested with local inhabitants in order to formulate final recommendations that inform the theories in a cyclical loop. As this research aims to demonstrate, the key challenge is to identify the appropriate urban design solutions to integrate the existing urban village settlements with the new urban developments that allows modernization without compromising the diversity of heritage characters, local place-identity and the sense of place. Once a locally acceptable urban form has been identified it fosters design change and alters processes in order to deliver a local urban design in a broader context which help in adding socio-economic value to the urban setting and support the needs of modern lifestyles

    Persepsi pengguna terhadap kontena sebagai alternatif bangunan komersial di Malaysia II: Kajian Kes

    Get PDF
    Kajian ini, yang merupakan bahagian kedua daripada dua bahagian, telah dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pengguna terhadap kontena sebagai alternatif bangunan komersial di Malaysia dan kriteria reka bentuk persekitaran yang dapat menyumbangkan kepada keselesaan termal di dalam kontena. Metodologi yang digunakan bagi kajian ini adal ah kaedah campur an. Konteks kajian penyelidikan ini melibatkan tiga projek kontena sedia ada di Lembah Klang. Teknik kajian bermula dengan soal selidik tertutup yang diedarkan kepada pengguna bagi mengenalpasti persepsi pengguna. Selepas itu, kajian kes dibangunkan dan dilakukan pemerhatian terhadap keadaan fizikal bagi ketiga-tiga lokasi kajian. Seterusnya analisa dilakukan berdasarkan dapatan dari soal selidik serta pemerhatian fizikal terhadap ketiga-tiga projek kontena tersebut bagi mengenalpasti kriteria reka bentuk persekitaran yang dapat menyumbangkan kepada keselesaan termal pada sesebuah kontena. Dapatan dari hasil kajian ini menunjukkan majoriti daripada pengguna secara relatifnya merasa selesa menginap dan menjalankan aktiviti di ketiga-tiga bangunan kontena tersebut dan bangunan kontena yang dikatakan mempunyai tahap keselesaan paling tinggi adalah dikelilingi dengan landskap lembut dan mempunyai kedudukan orientasi yang ideal terhadap sudut sinaran matahari. Hasil kajian ini merupakan dokumen yang boleh dijadikan rujukan dalam memahami persepsi pengguna terhadap keselesaan termal di dalam kontena serta mereka bentuk persekitaran kontena sebagai ruang bangunan komersial yang bersesuaian dengan iklim tropika. Kertas kerja ini memberi fokus terhadap dapatan dan analisa dari kajian kes yang dijalankan
    corecore