1 research outputs found

    Hubungan di antara amalan pembuatan mampan dan prestasi mampan dalam sektor pembuatan

    Get PDF
    Pelaksanaan amalan pembuatan mampan telah membawa banyak keuntungan dan manfaat bukan sahaja kepada industri pembuatan itu sendiri malah kepada persekitaran. Antara manfaat tersebut ialah meningkatkan produktiviti, membawa imej yang baik, menghasilkan produk mesra alam. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak organisasi pembuatan yang masih tidak melaksanakan amalan pembuatan mampan oleh faktor kos yang tinggi dan budaya organisasi yang tidak menerima amalan tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan di antara amalan pembuatan mampan (SMP) dan prestasi mampan organisasi pembuatan. Data dikumpulkan berdasarkan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan SPSS digunakan untuk menganalisis data deskriptif dan korelasi. Sampel sebanyak 51 syarikat pembuatan di Johor digunakan untuk analisis bagi kajian yang akan dijalankan. Amalan pengeluaran bersih dan hubungan pekerja menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi mampan. Amalan eko efisiensi menunjukkan tiada hubungan terhadap kemampanan ekonomi, namun terdapat hubungan yang signifikan terhadap kemampanan persekitaran dan kemampanan sosial. Faedah daripada kajian ini ialah organisasi pembuatan dapat melihat beberapa SMP yang bertindak sebagai pemacu untuk meningkatkan prestasi mampan organisasi kerana manfaat jangka panjang yang ditawarkannya
    corecore