28 research outputs found

    Analisis penggunaan kesan khas visual digital (Dvfx) terhadap genre Dan naratologi filem pendek

    Get PDF
    Revolusi perkembangan teknologi di dalam dunia perfileman khasnya telah membawa kesan yang sangat mendalam terhadap penerbitan sesebuah filem. Sedar atau tidak pendigitalan atau teknologi akan mengubah lanskap pembikinan, pengedaran dan penerimaan sesebuah produksi filem. Penggunaan kesan khas visual digital (DVFx) misalnya, secara tidak langsung memberikan kesan terhadap aspek naratif serta estatik filem berkenaan dan juga tafsiran terhadap genre. Sejajar dengan perkembangan semasa, takrifan genre di dalam dunia perfileman turut mengalami situasi yang sama malah menurut Mcclean (2007), takrifan genre juga adalah berbeza mengikut sudut pandang pemain industri, pengkarya dan juga sarjana-sarjana filem malah dari kaca mata khalayak sendiri. Pengkaji telah membuat analisis terhadap filem-filem pencalonan akhir kategori filem pendek terbaik dalam Festival Filem Pelajar Malaysia dan corak penggunaan teknologi kesan khas digital (DVFx). Selain itu, kajian ini juga melihat corak penggunaan DVFx tersebut yang telah memberi implikasi dari aspek genre dan naratologi terhadap sesebuah filem pendek yang dihasilkan

    Privasi dan keselamatan maklumat dalam kalangan pengguna instagram ketika membeli produk secara dalam talian

    Get PDF
    Perkembangan aplikasi media sosial telah mengubah masyarakat untuk lebih terbuka dari segi komunikasi dan penggunaan teknologi komunikasi. Media sosial membolehkan pengguna mengakses maklumat dalam kehidupan seharian. Media sosial juga menjadi platform untuk para peniaga mempromosi, menjual produk dan berinteraksi dengan pengguna lain. Artikel ini membincangkan privasi dan keselamatan maklumat dalam kalangan pengguna Instagram ketika membeli secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu secara soal selidik yang diedarkan kepada 200 orang responden berbangsa Melayu di Lembah Klang. Kajian mendapati pengguna menggunakan Instagram untuk mendapatkan maklumat ketika proses pembelian produk. Selain itu, kajian juga menunjukkan pengguna mempunyai kesedaran serta pengetahuan mengenai privasi dan keselamatan maklumat. Namun begitu pengguna tidak risau untuk terus membeli produk melalui dalam talian. Kajian ini signifikan untuk dijadikan garis panduan bagi peniaga untuk mengetahui tingkah laku pembeli dalam talian

    Pengalaman dan kesedaran pengguna dewasa terhadap isu pengawasan di media sosial

    Get PDF
    Perkembangan Internet dan teknologi komunikasi seperti Web 2.0 telah memberi kesan dalam pembangunan pelbagai aplikasi yang lebih bersifat dinamik dan interaktif. Aplikasi-aplikasi yang dibangunkan merancakkan lagi pembentukan masyarakat jaringan, jaringan sosial dan proses komunikasi secara dalam talian. Sebagai contoh aplikasi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter memberi kesan baharu kepada pengguna untuk lebih aktif berinteraksi dengan pelbagai khalayak. Walau bagaimana pun, penggunaan media sosial telah mewujudkan satu fenomena baharu iaitu isu pengawasan. Pengawasan melalui media sosial bukan sahaja membawa kebaikan, malah juga menimbulkan kesan yang negatif. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan pengalaman, kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap isu pengawasan ketika mengguna media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temubual mendalam dan perbincangan kumpulan fokus dalam kalangan individu dewasa yang mengguna sekurang-kuranya satu aplikasi media sosial. Hasil kajian mendapati pengguna mempunyai pengalaman, kesedaran serta kefahaman terhadap isu pengawasan ketika mengguna aplikasi media sosial. Selain itu, mereka juga menggunakan aplikasi media sosial untuk mendapat dan mengawasi maklumat yang dikongsi oleh rakan. Majoriti pengguna sedar kepentingan untuk menjaga keselamatan dan privasi maklumat peribadi di media sosial. Kajian ini memberi implikasi terhadap kepentingan memahami pengawasan media sosial, keselamatan dan privasi maklumat peribadi ketika berkongsi melalui Internet

    Analisis persepsi ibu bapa terhadap manfaat dan risiko penggunaan internet dalam kalangan remaja di Lembah Klang

    Get PDF
    Penggunaan Internet dan peranti pintar yang meresap ke dalam masyarakat menjadikan golongan remaja antara yang aktif menggunakan Internet dan pelbagai peralatan digital dalam kehidupan harian. Di sebalik penggunaan Internet sebagai satu keperluan pada masa kini, timbul persoalan tentang manfaat dan risiko penggunaan Internet kepada remaja. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang persepsi ibu bapa terhadap manfaat dan risiko penggunaan Internet kepada remaja. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif menerusi borang soal selidik. Seramai 384 orang ibu bapa di sekitar Lembah Klang yang mempunyai anak remaja berusia 13 hingga 17 tahun dan menggunakan Internet menjadi responden melalui proses persampelan bertujuan. Analisis data dijalankan secara deskriptif dan berdasarkan inferens bagi mengkaji min dan sisihan piawai serta ujian t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan ibu bapa berpandangan bahawa remaja menggunakan Internet untuk pembelajaran, hiburan, berkomunikasi dan memperoleh maklumat. Namun penggunaan Internet berupaya mendedahkan remaja kepada orang yang tidak dikenali serta pengaruh negatif daripada kandungan dalam talian. Sementara itu, dapatan kajian juga menunjukkan persepsi terhadap manfaat dan risiko penggunaan Internet kepada remaja tidak dipengaruhi oleh faktor jantina ibu bapa. Dapatan kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya mengambil perhatian tentang penggunaan Internet oleh anak-anak pada masa kini khususnya remaja supaya dapat memantau penggunaan Internet bagi tujuan yang bermanfaat dan menghindari aktiviti berisiko dalam talian

    Keibubapaan Digital dan Mediasi Ibu Bapa Terhadap Penggunaan Internet Remaja di Malaysia

    Get PDF
    Internet dan penggunaan peranti digital adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian di persekitaran digital. Kini penggunaan teknologi digunakan untuk pelbagai tujuan seperti hiburan, pengetahuan dan tujuan interaksi. Bagaimanapun, internet pada asasnya diperkenalkan dengan anggapan bahawa pengguna adalah golongan dewasa. Namun pada era ini, kanak-kanak dan remaja tidak ketinggalan dengan arus teknologi ini. Akibatnya mereka berkemungkinan terdedah kepada risiko seperti isi kandungan yang tidak sesuai dengan usia dan masalah ketagihan internet. Oleh itu, ibu bapa pada era digital perlu ambil perhatian dalam usaha untuk memantau penggunaan internet anak-anak mereka. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan secara konsep tentang strategi ibu bapa dalam memantau penggunaan internet remaja. Tujuannya adalah kerana remaja sedang mengalami proses peralihan daripada kanak-kanak menuju kematangan dan sentiasa inginkan autonomi dan mencari identiti mereka. Internet menjadi platform untuk memenuhi keperluan masa lapang dan emosi mereka. Sehubungan itu, artikel ini turut mengupas tentang keibubapaan pada era digital, penggunaan internet oleh remaja serta kesan internet terhadap remaja. Berdasarkan kupasan itu, artikel ini mengetengahkan mediasi ibu bapa sebagai strategi pemantauan terhadap penggunaan internet remaja. Terdapat tiga dimensi mediasi yang dibincangkan iaitu mediasi aktif, mediasi sekatan dan mediasi penggunaan bersama. Dalam konteks artikel ini, mediasi ibu bapa merujuk kepada pendekatan komunikasi interpersonal di antara ibu bapa dan anak-anak berhubung dengan perihal penggunaan internet. Pelaksanaan pemantauan ibu bapa ini menjadi asas untuk remaja mengakses internet bagi tujuan kebaikan. Seterusnya memupuk keprihatinan ibu bapa terhadap keselamatan dalam talian disamping menyokong penggunaan internet secara positif dan meminimumkan kesan negatif dalam kalangan remaja

    STRATEGIC COMMUNICATION THROUGH DIGITAL PUBLIC RELATIONS AND ITS TREND IN MALAYSIA

    Get PDF
    The development of strategic communication practices through the use of digital platforms is seen to have an impact on the sustainability of strategic communication in the public and private sectors. Strategic communication is a process that determines the stability of an organization’s image, reputation, and position. The digital platform now not only serves as the main communication medium, but also able to function as a platform for dialogue communication between content creators and followers of the platform. Accordingly, the theory used to explain this article is the strategic communication theory (Hallahan et.al, 2007) According to Hallahan, strategic communication is involved in the development, implementation, and assessment of communication. This research aims to understand the impact and the role of strategic communication through digital public relations and its trends in Malaysia. The discussion and fndings in this research are based on a qualitative study that uses an in-depth interview method as a data collection technique and 12 informants among communication practitioners in Malaysia were selected through a purposive sampling technique. The results of the study found that strategic communication through digital public relations is used continuously and has a very important role to ensure that all communication strategies are used to reach the target audience. However, the function and impact of using digital platforms as the main medium of strategic communication still cannot guarantee the sustainability of corporate communication in the future

    New media usage and youth participation

    Get PDF
    The Internet is considered a huge development in human civilization. It is literally considered as a practical key or essential to human development and social advancement causing massive innovation in the world. Over the years, the advent of new media has permeated most aspects of our lives, especially that of the young generation. It is against this background that this paper aims to analyse the present use of the new media by youth to gauge their usage in relation to participation and nation building. This study is a country wide survey covering Peninsula and East Malaysia. For sampling purposes the country is divided into six zones. A survey research using questionnaire as instrument was used to obtain data. Prior to the actual survey, a pilot study was first conducted. Some 1182 respondents’ age between 18 and 25 were randomly sampled from the six zones and selection was based on ethnic ratio. The data was analysed descriptively and inferentially using SPSS 20.0. From the results, majority of the respondents, 89% are social media users having a social media account. A discouraging trend with regard to participation is the very low level of giving comments on general societal issues ranging from social issues, the environmental to politics. As it is now, the youth are more inclined to using the new media for entertainment and social networking. It is time to use the new media to engage with community leaders and politicians and comment on issues related to nation building

    The importance of usability features in enhancing online communication satisfaction

    Get PDF
    Web 2.0 is providing more responsive, interactive and online platforms of participation and engagement within users in organizations. The growth of the Internet gives a significant contribution to the development of online systems. The acceptance and usage of online system in organizations depend on various key factors such as ease of use, interactivity and usability. This study evaluates the importance of usability of online information management systems (IMS) in the context of user attitudes to online communication satisfaction which drives usage. Based on a survey of 223 employees at four research universities in Malaysia, this study adapted the communication satisfaction and usability to examine the online satisfaction in using IMS. The results indicate that there is a positive and significant relationship between usability and online communication satisfaction toward IMS usage. This study reveals the importance of usability in understanding the requirements in improving communication satisfaction, especially in developing online systems

    Social media and agenda setting: implications on political agenda

    Get PDF
    Since the advent of the Internet, political information is now at the fingertips of every Malaysian, especially those living in the urban areas and having access to the Internet. One does not need to have the traditional media such as radio, television or Newspaper to understand what is happening in political set up in Malaysia these days. This is because the social media, especially Facebook and twitter have made access to information so easy to the larger population. The aim of this paper is to explore the role of social media as agenda setting mechanisms in the Malaysia political scenario. The study uses secondary data sources to obtain insight on the issue. It is evident from literature that the social media, especially the social media (eg. Facebook) play an important role in shaping public opinion on important political matters. The social media has been used by the public to express their concern and grievance on issues that concern their welfare which the traditional media may not dare to report or broadcast. Agenda setting needs to be relooked into as the public agenda is taking a central stage through the new/social media. Thus, it implies, the agenda setting model could be extended or remodeled to include the new/social media due to their influence on public agenda. Further implication of this is that politicians should keep abreast with the development in the social media so that they will understand current issues that are of great concern to the people and the society at large. We have to come to terms with the fact that we are now in the digital and globalised era, hence agenda setting needs to be relooked into as the public agenda is taking a central stage through the social media

    Memobilia dan kesedaran wasiat digital dalam kalangan belia Malaysia

    Get PDF
    Pembangunan gaya hidup digital dan pendigitalan aset melalui teknologi komunikasi dilihat bakal mencabar keberkesanan mekanisme pewarisan aset digital dalam kalangan pengguna. Telefon pintar merupakan peranti mudah alih moden yang berupaya menerima dan memproses sejumlah besar data dan maklumat dengan bantuan Internet. Sebagai teknologi yang melalui peralihan dari zaman perindustrian ke zaman teknologi maklumat, matlamat penggunaan telefon pintar sebagai medium komunikasi juga turut mengalami proses transformasi. Telefon pintar kini bukan sekadar berfungsi sebagai alat komunikasi utama, namun turut berupaya berfungsi sebagai alat memori digital yang dikonseptualisasi sebagai memobilia. Pengunaan telefon pintar sebagai memobilia merangkumi keupayaannya sebagai alat memori yang membantu pengguna dalam penghasilan, penyimpanan dan pengaksesan data. Keupayaan ini menyebabkan proses pendigitalan memori berlaku dalam kalangan pengguna individu yang turut diandaikan boleh menyumbang kepada penghasilan aset digital seperti aset digital peribadi, aset digital media sosial dan aset digital kewangan. Kajian ini bertujuan memahami peranan memobilia dan kesedaran wasiat digital dalam kalangan pengguna individu. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan temubual secara mendalam sebagai teknik pengumpulan data dan lapan orang informan dalam kalangan belia di Malaysia dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati pengguna sememangnya menggunakan telefon pintar sebagai alat memori digital yang membantu mereka menyimpan maklumat, mengakses aplikasi sosial dan menyunting pelbagai data. Namun, kesedaran pengguna mengenai wasiat digital adalah di tahap yang membimbangkan apabila mereka tidak sedar akan kepentingan pengurusan data yang terhasil daripada pendigitalan memori ini setelah mereka meninggal dunia
    corecore