10 research outputs found

    Faktor Penghalang Poligami: Kajian Kes Ke Atas Guru-Guru Lelaki di Daerah Kinabatangan, Sabah

    Get PDF
    Poligami merupakan syariat Islam yang sering disalah ertikan oleh masyarakat. Ini menyebabkan poligami semakin menjadi dagang dalam kalangan umat Islam, bahkan mereka yang terlibat dengan poligami dipalit dengan pelbagai tuduhan liar yang menggambarkan kebuasan nafsu, kezaliman kepada wanita, penderaan mental kepada anak-anak, punca keruntuhan rumahtangga, pengamalan sihir dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pandangan guru-guru lelaki di daerah Kinabatangan, Sabah terhadap amalan berpoligami serta mengenal pasti faktor penghalang dalam mengaplikasi poligami dalam kehidupan. Seramai 64 orang guru lelaki yang dipilih berdasarkan kemampuan, minat dan pandangan kritikal kepada poligami serta kesediaan mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan memfokus kepada temubual dengan responden dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor utama yang menjadi penghalang kepada guru-guru lelaki di daerah Kinabatagan untuk melaksanakan poligami iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman lebih mendominasi guru-guru lelaki berbanding faktor luaran. Bagi merealisasikan hasrat poligami ini, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam meyakinkan lelaki khususnya untuk berpoligami agar ia diterima baik oleh masyarakat

    Factors that Prevents Polygamy: A Case Study on Male teachers in the District of Kinabatangan, Sabah

    Get PDF
    Polygamy in Islam often misunderstood by many. This resulted in the proliferation of polygamy among Muslims, and that those practices polygamy generally being accused of depicting savagery, cruelty to women, mental abuse to children, the cause of the collapse of the household, the practice of magic and so on. This study looks at the views of male teachers in the district of Kinabatangan, Sabah on the practice of polygamy as well as to identify barriers to polygamy in their social life. A total of 64 male teachers were selected based on their ability, interest and critical views over polygamy as well as their willingness to provide full cooperation. This study applies qualitative methods which focuses on interviews with selected individuals. The findings of the study show that there are two main factors that hinder male teachers in Kinabatagan to practice polygamy, namely internal factors and external factors. It suggests that the internal factors impacted male teachers significantly as compared to external factors. Thus, it portrays that to realize this desire for polygamy, various parties need to play a role in convincing men to practice polygamy which acknowledged by the society

    Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam abad ke-21 di sekolan menengah kebangsaan Kota Kinabalu

    Get PDF
    Kaedah interaktif adalah satu kaedah interaksi secara digital yang merupakan medium alternatif dalam sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sejajar dengan perkembangan teknologi abad ke-21. Pelaksanaan aplikasi ini dalam (PdP) membuktikan bahawa konsep pendidikan kini berada selangkah maju ke hadapan sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaedah pembelajaran interaktif ini perlu diterapkan dalam setiap mata pelajaran termasuklah Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat pendekatan kaedah interaktif dalam (PdP) untuk mata pelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 dalam kalangan pelajar di sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti cabaran dalam (PdP) Pendidikan Islam abad ke-21 serta justifikasi signifikan pelaksanaannya terhadap pelajar di sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Kaedah kualitatif menerusi temu bual dan soal selidik dijadikan sebagai metodologi utama dalam kajian ini. Persampelan kajian terdiri para guru Pendidikan Islam, ibu bapa dan pelajar- pelajar Islam yang termasuk dalam lapan buah sekolah menengah di sekitar Daerah Kota Kinabalu. Hasil kajian menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam amat memerlukan pendekatan kaedah interaktif kerana mempunyai topik-topik pengajaran yang memerlukan huraian rinci dalam pemahaman pelajar. Kajian turut mengesahkan bahawa kaedah interaktif mampu memberi kefahaman yang gitu kepada pelajar secara langsung kerana pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara praktikal dan amali. Kajian ini mengharapkan agar platform kaedah interaktif dalam proses (PdP) khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam perlu selaras dengan perkembangan teknologi semasa bagi memastikan kelangsungan pendidikan sentiasa berada di mercu kejayaan sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia

    Prospek dan cabaran implementasi dakwah dalam media kontemporari: Satu analisis

    Get PDF
    Pelaksanaan dakwah Islamiah adalah satu tuntutan yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadap seluruh umat Islam sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Walaupun pelaksanaan ini diwajibkan ke atas para rasul, namun ia sangat dituntut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mengikut peredaran masa. Kaedah pelaksanaan dakwah juga perlu sejajar dengan kecanggihan dan kepantasan teknologi kini di mana ia harus merentas inovasi dalam agen penyebaran dakwah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dakwah dalam era globalisasi ini tidak semudah yang disangka kerana kepantasan teknologi dan media kontemporari yang sangat meluas tanpa ada sempadan. Senario ini menggambarkan bahawa pendekatan dakwah dalam media kontemporari kini tidak terlepas daripada menghadapi cabaran yang harus ditempuhi oleh setiap pendakwah. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis prospek dan cabaran implementasi dakwah menerusi media kontemporari sebagai kayu ukur kepada kejayaan dakwah masa kini. Tahap keterbergantungan yang tinggi terhadap media massa telah memberi satu tamparan hebat kepada para pendakwah untuk menyebarkan risalah yang benar dan menangkis segala bentuk penyebaran maklumat palsu khususnya yang berkaitan dengan Islam. Kajian ini melibatkan analisis dokumen khususnya kepada artikel-artikel jurnal yang berkaitan dengan impak teknologi massa serta buku-buku yang berkaitan dengan media kontemporari. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai prospek dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pendakwah masa kini seperti menyiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat, menyekat kemunculan ustaz dan ustazah ‘maggi’, kebanjiran maklumat berkaitan isu-isu agama dan sebagainya. Kajian ini diharapkan berupaya dijadikan sebagai aspirasi kepada pendakwah masa kini sebagai persediaan awal sebelum mereka terjun ke bidang dakwah menerusi media kontemporari

    The relevance of the national entrepreneurship policy (Nep) 2030 in meeting the needs and strengthening the country’s entrepreneurial ecosystem: a snapshot

    Get PDF
    This paper established a snapshot on the relevance of the National Entrepreneurship Policy (NEP) 2030 in meeting the needs and strengthening the country’s entrepreneurial ecosystem. In this context, the focus is to identify various types of government development programmes in support of entrepreneurs, while creating a strong and competitive enterprise. Among the topics discussed were related to the significance of National Entrepreneurship Policy such as (a) cultural challenges and empower local entrepreneurs, (b) technology integration in entrepreneurship development, and (c) initiative for sustainable ecosystem. The direction of the discussion is on the country’s desire to realise superior entrepreneurship thus strengthening the entrepreneurial development ecosystem. In fact, the emphasis of government programme initiatives is focused on measuring results, intensifying collaboration across ministries, agencies and industries, enhancing the ability of entrepreneurs to be resilient, competitive and global in character and preparing entrepreneurs to be catalysts of trends and markets

    Dakwah bil akhlak kontemporari: satu pendekatan dalam konsep keusahawanan Islam

    No full text
    Dakwah adalah satu tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap manusia dalam segenap sudut kehidupan. Implementasi dakwah tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek bahkan ia lebih bersifat universal. Dalam konteks dakwah, terdapat aneka bentuk medium yang dapat digunakan bagi menyebarkan risalah Islam dan salah satunya adalah menerusi dakwah bil akhlak kontemporari. Pendekatan ini juga sangat sesuai untuk dilaksanakan dalam konsep keusahawanan Islam kerana ia menggambarkan peribadi seseorang usahawan itu sendiri. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat dakwah bil akhlak kontemporari seseorang usahawan dapat memenuhi konsep keusahawanan Islam serta bentuk-bentuk akhlak yang dikehendaki oleh Islam bagi seseorang usahawan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dimana al-Quran dan al-Sunnah dijadikan sebagai indikator utama penerapan nilai-nilai akhlak dalam Islam. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah bil akhlak kontemporari sangat memberikan kesan positif terhadap konsep keusahawanan Islam dengan mengaplikasikan akhlak-akhlak yang murni seperti jujur, benar, amanah, bertanggungjawab, ikhlas, menepati janji, sabar, adil, berilmu pengetahuan, bersyukur, optimis dan berserah diri kepada Allah SWT sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan bertunjangkan kepada implementasi dakwah bil akhlak kontemporari ini, seseorang usahawan itu akan mudah didekati, dipercayai dan dikunjungi oleh pelanggan seterusnya dapat memperkembangkan lagi hasil perniagaan mereka ke serata tempat

    The relevance of the National Entrepreneurship Policy (NEP) 2030 in meeting the needs and strengthening the country’s entrepreneurial ecosystem: A snapshot

    Get PDF
    This paper established a snapshot on the relevance of the National Entrepreneurship Policy (NEP) 2030 in meeting the needs and strengthening the country’s entrepreneurial ecosystem. In this context, the focus is to identify various types of government development programmes in support of entrepreneurs, while creating a strong and competitive enterprise. Among the topics discussed were related to the significance of National Entrepreneurship Policy such as (a) cultural challenges and empower local entrepreneurs, (b) technology integration in entrepreneurship development, and (c) initiative for sustainable ecosystem. The direction of the discussion is on the country’s desire to realise superior entrepreneurship thus strengthening the entrepreneurial development ecosystem. In fact, the emphasis of government programme initiatives is focused on measuring results, intensifying collaboration across ministries, agencies and industries, enhancing the ability of entrepreneurs to be resilient, competitive and global in character and preparing entrepreneurs to be catalysts of trends and markets

    Cabaran keusahawanan tuisyen pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah interaktif: satu tinjauan awal

    Get PDF
    Kewujudan platform tuisyen menyokong untuk melahirkan kualiti pelajar yang berterusan tanpa bergantung sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun, sejak pandemik Covid-19 melanda, proses PdP terjejas walaupun menggunakan teknologi kini seperti kaedah interaktif. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti cabaran para keusahawanan tuisyen PdP dalam menggunakan kaedah interaktif. Beberapa tenaga pengajar tuisyen dipilih secara rawak sebagai instrument kajian. Hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama para keusahawanan yang juga pengajar tuisyen PdP dalam menggunakan kaedah interaktif iaitu pembelajaan kewangan, kemahiran ICT dan sosioekonomi pelajar. Oleh itu, implikasi kajian ini dapat menambahbaik kerjaya keusahawanan tuisyen PdP dalam penggunaan kaedah interaktif bagi menjamin kualiti pelajar yang berterusan mengikuti proses PdP. Hal ini juga selaras dengan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia dan menepati matlamat dalam industri revolusi 4.0 yang kini sedang diusahakan oleh negara mahupun diperingkat global

    Peranan motivasi dakwah dalam bidang keusahawanan: Satu tinjauan awal

    Get PDF
    Bidang keusahawanan adalah pemangkin kemampatan ekonomi negara. Ekonomi yang kukuh adalah nikmat kedua yang perlu disyukuri selepas nikmat keamanan. Dalam bidang keusahawanan dan dakwah, sejak zaman dahulu, kejayaan dakwah Islam itu sentiasa berhubungan dengan sokongan ahli-ahli korporat yang berjaya dalam bidang keusahawanan, dan mereka juga terdiri dari kalangan yang aktif berdakwah. Lantaran itu, kajian ini dilakukan untuk meninjau usaha dakwah memperkasa bidang keusahawanan agar umat Islam sentiasa bermotivasi dalam bidang keusahawanan. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kualitatif melalui tinjauan perpustakaan. Dapatan tinjauan awal menunjukkan, pemahaman tuntutan dakwah Islam berkaitan dengan jihad ekonomi, ibadat zakat, amalan sedekah, pementoran, etika dan akhlak dalam perniagaan, serta melazimkan zikir dan doa harian dilihat ada hubungannya, dan dapat dikaitkan dengan aplikasi motivasi dakwah dalam bidang keusahawanan, dan ia menjadi langkah positif ke arah pembentukan usahawan-usahawan yang cemerlang di dunia dan akhirat

    Peranan motivasi dakwah dalam bidang keusahawanan: satu tinjauan awal

    Get PDF
    Bidang keusahawanan adalah pemangkin kemampatan ekonomi negara. Ekonomi yang kukuh adalah nikmat kedua yang perlu disyukuri selepas nikmat keamanan. Dalam bidang keusahawanan dan dakwah, sejak zaman dahulu, kejayaan dakwah Islam itu sentiasa berhubungan dengan sokongan ahli-ahli korporat yang berjaya dalam bidang keusahawanan, dan mereka juga terdiri dari kalangan yang aktif berdakwah. Lantaran itu, kajian ini dilakukan untuk meninjau usaha dakwah memperkasa bidang keusahawanan agar umat Islam sentiasa bermotivasi dalam bidang keusahawanan. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kualitatif melalui tinjauan perpustakaan. Dapatan tinjauan awal menunjukkan, pemahaman tuntutan dakwah Islam berkaitan dengan jihad ekonomi, ibadat zakat, amalan sedekah, pementoran, etika dan akhlak dalam perniagaan, serta melazimkan zikir dan doa harian dilihat ada hubungannya, dan dapat dikaitkan dengan aplikasi motivasi dakwah dalam bidang keusahawanan, dan ia menjadi langkah positif ke arah pembentukan usahawan-usahawan yang cemerlang di dunia dan akhirat
    corecore