26 research outputs found

    Constructive Possession in the Sale and Purchase of Gold According to Changes in the Customary Practice

    Get PDF
    In a sales and purchase transaction, gold is a ribawī item that requires taking possession (qabḍ) of goods on a spot basis. Since the al-Qur’an and al-Sunnah have not specifically mentioned the form of qabḍ in a sales and purchase transaction, the ulama has made customary practice (‘urf) as a reference when determining whether a card is appropriate or otherwise. Besides that, the ulama has also accepted constructive possession (qabḍ ḥukmī) as a substitute for physical possession (qabḍ ḥaqīqī) in a sales and purchase transaction. The purpose of this study is to examine the validity of qabḍ, the forms of qabḍ, the classification of qabḍ ḥukmī in buying and selling gold, and the application of 'urf as a reference in the validity of qabḍ. The study is a normative legal study using uṣūl al-fiqh and fiqh al-mu'āmalāt analysis tools. The results of the study show that rapid technological developments have changed some forms of buying and selling transactions, including those involving gold. The main challenge in transactions involving gold is the issue of qabḍ, especially those that do not involve physical gold. This is due to certain constraints, especially buying and selling online. Based on the views of the scholars in determining the forms of qabḍ ḥukmī to see the suitability of gold buying and selling applications at this time, this kind of buying and selling is permissible. As long as there is takhliyyah and tamkin in the gold being traded, then it may be accepted as qabḍ ḥukmī. In addition, it must be ensured that the allocation steps, such as tagging of the physical gold, are implemented on the day of the contract to avoid ribā al-nasī’ah

    Standard penarafan hotel mesra Muslim berdasarkan maqasid syariah : satu sorotan

    Get PDF
    Hotel mesra Muslim merupakan satu produk yang semakin berkembang dalam industri pelancongan di Malaysia. Sesuai dengan kemeriahannya, pelbagai penarafan hotel mesra Muslim telah diwujudkan oleh pelbagai agensi sebagai nilai tambah kepada segmen ini dalam penawaran perkhidmatan yang lebih kompetitif. Persoalannya adakah penarafan yang diwujudkan ini benar-benar memenuhi keperluan pelancong Muslim dan bersifat holistik? Justeru, artikel ini akan meninjau kajian-kajian lepas berkenaan standard penarafan hotel mesra Muslim, adakah ia memenuhi kayu ukur Maqasid Syariah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Data kajian dikumpulkan melalui metode kajian literatur dan temu bual. Kajian literatur dikutip daripada kajian-kajian lepas, merangkumi artikel dan dokumen tentang standard penarafan hotel mesra Muslim. Sesi temu bual bersama dua informan yang berkaitan dengan industri pelancongan juga dijalankan. Kemudian, data dianalisis secara tematik. Hasilnya menunjukkan standard penarafan ini masih tidak mencapai sasaran syariah dalam memenuhi keperluan pelancong Muslim. Keselamatan nyawa dan harta tidak menjadi unsur yang penting dalam penilaian mereka. Hal ini tidak selari dengan fungsi hotel sebagai tempat perlindungan. Tuntutan Maqasid Syariah perlu dipatuhi sepenuhnya dalam menjadikan penarafan hotel mesra Muslim bersifat holistik

    Mohd Daud Bakar : tokoh keusahawanan syariah

    Get PDF
    Kajian ini berkaitan Mohd Daud Bakar yang menduduki tempat keenam dalam kalangan 10 orang cendekiawan kewangan Islam dunia menurut Global Islamic Finance Report 2015. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam bagi tahun 2022. Kajian ini dilakukan bagi menelusuri latar kehidupan tokoh kewangan Islam dan penasihatan syariah terkemuka. Beliau pernah dikritik kerana memberikan pandangan yang bertentangan dengan pendirian penasihat syariah lain di peringkat nasional mahupun antarabangsa terutamanya Timur Tengah berkaitan mata wang kripto. Tokoh ini bukan sahaja pakar dalam bidang Usul Fiqh tetapi memindahkan kepakaran itu dalam bidang keusahawanan yang baharu iaitu keusahawanan syariah yang merupakan satu inovasi dalam keusahawanan Islam. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan pengumpulan data menggunakan temu bual dan analisis kandungan. Data dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mohd Daud Bakar adalah seorang tokoh dalam kalangan cendekiawan syariah yang telah mentransformasikan bidang penasihatan syariah dalam kewangan Islam daripada hanya kerjaya separuh masa kepada satu bentuk keusahawanan Islam iaitu Keusahawanan Syariah

    Analisis kaedah menghilangkan kemudaratan dalam penstrukturan semula pembiayaan Islam

    Get PDF
    Penstrukturan semula pembiayaan merupakan salah satu kemudahan yang sudah biasa ditawarkan oleh institusi perbankan Islam untuk memberi keringanan kepada pelanggan yang berhadapan dengan bebanan dan masalah kewangan. Kemudahan ini dilihat mampu mengurangkan serta menghilangkan kemudaratan yang berlaku khususnya kepada pelanggan dalam situasi tertentu seperti bencana. Namun, sejauh manakah kemudahan ini dapat mencapai matlamat dan mengaplikasikan kaedah tersebut. Matlamat utama kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah menghilangkan kemudaratan dalam penstrukturan semula pembiayaan Islam. Tujuan kaedah ini dikenal pasti adalah untuk melihat sejauh mana kebajikan dan keprihatinan institusi perbankan Islam dalam menjaga kepentingan dan kemaslahatan pelanggan khususnya ketika berlaku bencana alam dan kemalangan yang memerlukan kepada perancangan serta pengurusan kewangan yang lebih teratur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kandungan. Data-data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah menghilangkan kemudaratan telah diaplikasikan dalam penstrukturan semula pembiayaan melalui beberapa kaedah pecahan sama ada melibatkan pertembungan situasi umum dan khusus, kemudaratan besar dan ringan, atau kemudaratan dan kemaslahatan. Kemudaratan yang berlaku secara umum dan lebih besar atau ditanggung oleh masyarakat keseluruhannya sudah pasti lebih diutamakan daripada kemudaratan yang berlaku secara khusus atau kepada bank selagi mana tidak menyebabkan institusi perbankan lumpuh dan gagal. Walau bagaimanapun, kemudahan yang diberikan dengan sebab kemudaratan yang berlaku itu perlu ditentukan kadarnya agar kepentingan dan keadilan kedua-dua belah pihak terpelihara

    Haid daripada perspektif sains dan maqasid syariah

    Get PDF
    Setiap kejadian semula jadi merupakan rahmat dan memberi kemaslahatan kepada manusia termasuklah pendarahan haid dalam kalangan wanita. Haid merupakan suatu proses yang unik dan terancang yang melibatkan tiga fasa utama iaitu fasa haid, fasa folikel dan fasa luteal. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji dan menghubungkaitkan kebaikan haid daripada perspektif sains dan maqasid syariah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ulasan literatur secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa perubahan hormon, warna darah dan faktor fiziokimia lain memberi kesan terhadap kenormalan kitaran haid. Darah haid juga dikenal pasti mempunyai agen antimikrob terutamanya terhadap bakteria E. coli dan bakteria Gram-negatif lain. Hal ini bertepatan dengan maqasid syariah memelihara jiwa kerana haid mampu juga memelihara kesihatan wanita. Selain itu, kajian lepas menemukan bahawa darah haid terdiri daripada sel stem yang boleh digunakan dalam aktiviti klinikal pada masa akan datang. Maqasid syariah melindungi keturunan juga dapat dilihat dengan kehadiran haid yang sering digunakan bagi menjangkakan waktu subur bagi merancang kehamilan. Hikmah Islam melarang mendekatkan diri (bersetubuh) dengan wanita yang sedang haid adalah satu rahmat yang besar, kerana wanita yang sedang haid biasanya mempunyai kelaziman gejala prahaid (PMS) yang melibatkan isu kesihatan. Oleh itu, haid daripada perspektif sains adalah bertepatan dengan maqasid syariah

    Sinergi wakaf, pendidikan dan teknologi di Malaysia

    Get PDF
    Kemajuan sains dan teknologi mencetuskan evolusi gaya hidup yang moden serta pantas. Setiap aspek kehidupan menerima impak dari fenomena tersebut termasuk pendidikan. Pendidikan kini berasimilasi dengan teknologi. Pembelajaran dalam talian, penggunaan internet dan media sosial antara senario baharu dalam pendidikan terutama selepas pandemik Covid-19 melanda. Persediaan rapi diperlukan dari segenap sudut sama ada fizikal, mental, spiritual, sosial, material dan sebagainya. Persiapan meliputi faktor manusiawi serta kebendaan seperti infrastruktur, dana, perisian komputer dan sebagainya. Kewangan yang besar dan mapan juga sangat genting. Dana daripada pelbagai sumber wajar diusahakan dan antaranya ialah wakaf. Artikel ini bertujuan mengkaji kebolehlaksanaan wakaf untuk peringkat sekolah di Malaysia sebagai instrumen kewangan sekunder selain peruntukan kerajaan terutama bagi membiayai pendidikan berasaskan teknologi semasa. Wakaf ini bersifat alternatif dan pelengkap, bukan sebagai pencabar atau pesaing status quo. Penulisan ini berbentuk kualitatif. Kutipan data menggunakan analisis dokumen dengan meneliti bahan ilmiah dalam pelbagai bentuk yang relevan. Data dianalisis secara deskriptif dan induktif. Hasil kajian mendapati wujud beberapa kekangan bagi pelaksanaan namun masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan untuk memperluaskan wakaf pendidikan sebagai satu momentum baru kewangan sokongan ke arah memajukan lagi bidang pendidikan seiring perubahan zaman. Semua pihak wajar berkolaborasi secara konstruktif bagi merealisasikan misi ini terutama di era Pendidikan Abad Ke-21

    DETERMINATION OF VACCINATION RULE BASED ON NAJIS(IMPURITIES) NOTION ACCORDING TO ISLAM AND SCIENCE IN MALAYSIA

    Get PDF
    The spread of diseases prompted by dangerous viruses harms all walks of life, regardless of age or gender. The spread of these diseases is more likely to infect children, and it worsens the situation. The level of immunity of children is lower than that of adults due to their immature immune system and is still building resistance and immunity to disease attacks. In an attempt to overcome this problem, global doctors introduced vaccines to strengthen the human body’s immunity further to cope with various infectious diseases. Nevertheless, there is a group of anti-vaccines, particularly among Muslims who rejected vaccines because they are derived from najis (impurities). The allegation garnered attention from certain groups based on religious beliefs. Hence, this research’s objective was to study the fatwa determination of vaccine rule derived from najisaccording to Islamic perspective and analyse scientific views more clearly about vaccines. This study adopted a descriptive qualitative method of literature review and document analysis. The research outcomes revealed that, from an Islamic perspective, the use of najis-derived vaccines are required, and it is in line with Maqasid al- Syariah’s requirements. The use of vaccines is categorised in the emergency category, while the production of 100% halal vaccines in the future can be produced and used. The scientific perspective also establishes the need to use this vaccine to control infectious diseases and maintain universal human health

    Kedudukan dan implikasi Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan ke arah memartabatkan kedaulatan Islam

    Get PDF
    Islam bukan sekadar agama ritual, tetapi ia merupakan al-din iaitu satu sistem yang lengkap, berimbang dan menyeluruh dalam menyusun segenap aspek kehidupan. Dalam menelusuri hakikat ini, Tanah Melayu sejak sekian lama telah memperjuangkan ketinggian Islam sehingga akhirnya ia didaulatkan pada Bahagian I di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (PP). Malangnya, sekalipun peruntukan tersebut sudah jelas dikanunkan, namun masih mendapat pentafsiran berbeza sehingga memberi implikasi yang berlainan daripada tujuan sebenar pemaktubannya. Malah, keputusan mahkamah yang membabitkan Perkara 3(1) PP juga setakat ini hanya membantu sedikit sahaja, kecuali dalam beberapa keputusan mahkamah yang mutakhir. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menilai kedudukan dan implikasi Perkara 3(1) PP dengan cara membebaskan tafsiran sempit di bawah belenggu penjajah kepada tafsiran yang jelas sebagaimana ia dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan bersesuaian dengan keluasan konsep Islam yang komprehensif dalam mencakupi seluruh aspek kehidupan sekali-gus mengangkat unsur-unsur tradisi Tanah Melayu yang telah sekian lama mendaulatkan Islam sebagai agama negeri-negeri. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian analisis kandungan dimanfaatkan dengan merujuk kepada kajian kepustakaan melalui analisis dokumen yang kemudiannya data-data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasilnya, Perkara 3(1) PP jelas menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar menjadi agama untuk upacara-upacara keraian atau upacara rasmi sahaja, tetapi Islam menjadi agama negara dan seterusnya hendaklah berpengaruh dalam membentuk polisi pentadbiran dan hala tuju negara. Implikasi pengesahan Islam sebagai agama Persekutuan dan penafian pemisahan antara agama Islam dan pentadbiran negara juga telah menuntut anjakan hijrah minda supaya kedaulatan Islam sebagai agama negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dapat diimplimentasikan secara menyeluruh selaras dengan tuntutan Islam yang sebenar

    Isu-isu syariah bagi aplikasi modal teroka di dalam koperasi

    Get PDF
    Terdapat cadangan bagi aplikasi modal teroka patuh syariah di dalam koperasi-koperasi di Malaysia. Oleh kerana aplikasi ini belum lagi ada di dalam amalan koperasi koperasi di Malaysia, terdapat keperluan menjelaskan apakah dorongan syariah melalui perspektif maqasid syariah serta isu-isu syariah yang berpotensi akan muncul. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan isu-isu syariah yang akan timbul apabila modal teroka Islam diaplikasikan oleh koperasi. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan penerokaan, di mana maklumat maklumat berkenaan pembolehubah pembolehubah yang berkait dengan aplikasi modal teroka dalam koperasi dikumpul dan dikenalpasti. Kajian ini akan menetilti risiko ketidak patuhan syariah dari sudut jalur masa sebelum, semasa dan selepas penawaran modal teroka. Risiko ini dinilai berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap potensi aplikasi modal teroka di dalam koperasi. Kajian ini akan menggunakan teknik analisis kandungan sama ada dari sumber primer dan sumber sekunder. Hasil kertas kerja ini menjelaskan dorongan syariah menurut perspektif maqasid syariah berkenaan aplikasi modal teroka Islam di dalam koperasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat isu isu syariah pada aplikasi modal teroka di dalam koperasi sepanjang jalur masa pelaburan. Isu-isu syariah tersebut adalah berkenaan sumber dana modal teroka, penempatan dana, sumber utama koperasi primer, tanda aras patuh syariah koperasi primer, pemasaran, jalan keluar dalam konteks koperasi, zakat dan penyucian bahagian tidak halal. Oleh itu penglibatan penasihat syariah adalah satu keperluan seawal yang boleh. Implikasi kajian ini adalah ia dapat dijadikan sumber rujukan bagi aplikasi modal teroka Islam di dalam koperasi kelak. Kajian ini juga mencadangkan supaya dijalankan kajian kes terhadap modal teroka yang telah dijalankan di dalam masyarakat koperasi

    Wakaf sebagai dana alternatif untuk pembiayaan pendidikan peringkat sekolah di Malaysia : satu tinjauan

    Get PDF
    Dana bersaiz mega diperlukan untuk kos operasi pendidikan. Sumber kewangan utama untuk pendidikan adalah peruntukan kerajaan. Namun, berdasarkan ketidaktentuan dan pelbagai cabaran ekonomi, pergantungan penuh secara berterusan kepada pembiayaan kerajaan bukan suatu amalan yang efisien. Maka, dana sekunder amat wajar diperkenalkan supaya bidang pendidikan mempunyai kemampuan kewangan yang tekal dalam apa sahaja keadaan bagi menyediakan pendidikan berkualiti. Instrumen kewangan alternatif yang boleh dicadangkan ialah wakaf. Aplikasi wakaf untuk pendidikan yang sedang dilaksanakan di Negeri Johor dan Selangor boleh dijadikan panduan. Objektif artikel ini ialah meninjau pengenalan wakaf sebagai mekanisme kewangan komplementatif untuk pendanaan pendidikan peringkat sekolah di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah analisis kandungan. Metode kutipan data ialah analisis dokumen dan data dianalisis secara deskriptif serta induktif. Hasil tinjauan awal mendapati wujud kekangan-kekangan bagi merealisasikan cadangan berkenaan seperti dari sudut perundangan. Namun, terdapat juga ruang-ruang yang boleh dieksploitasi secara optimum bagi menggagaskan wakaf pendidikan untuk peringkat sekolah seperti peranan yang boleh dimainkan oleh Kementerian Pendidikan. Implikasi kajian ini dapat menambah input dan informasi kepada pihak berkepentingan untuk merealisasikan tabung wakaf pendidikan untuk sekolah. Para pemegang taruh dalam pendidikan mesti menggembleng seluruh sumber dan keupayaan ke arah menjayakan hasrat murni ini agar pendidikan negara sentiasa di tahap terbaik seiring kemajuan dunia
    corecore