Sinergi wakaf, pendidikan dan teknologi di Malaysia

Abstract

Kemajuan sains dan teknologi mencetuskan evolusi gaya hidup yang moden serta pantas. Setiap aspek kehidupan menerima impak dari fenomena tersebut termasuk pendidikan. Pendidikan kini berasimilasi dengan teknologi. Pembelajaran dalam talian, penggunaan internet dan media sosial antara senario baharu dalam pendidikan terutama selepas pandemik Covid-19 melanda. Persediaan rapi diperlukan dari segenap sudut sama ada fizikal, mental, spiritual, sosial, material dan sebagainya. Persiapan meliputi faktor manusiawi serta kebendaan seperti infrastruktur, dana, perisian komputer dan sebagainya. Kewangan yang besar dan mapan juga sangat genting. Dana daripada pelbagai sumber wajar diusahakan dan antaranya ialah wakaf. Artikel ini bertujuan mengkaji kebolehlaksanaan wakaf untuk peringkat sekolah di Malaysia sebagai instrumen kewangan sekunder selain peruntukan kerajaan terutama bagi membiayai pendidikan berasaskan teknologi semasa. Wakaf ini bersifat alternatif dan pelengkap, bukan sebagai pencabar atau pesaing status quo. Penulisan ini berbentuk kualitatif. Kutipan data menggunakan analisis dokumen dengan meneliti bahan ilmiah dalam pelbagai bentuk yang relevan. Data dianalisis secara deskriptif dan induktif. Hasil kajian mendapati wujud beberapa kekangan bagi pelaksanaan namun masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan untuk memperluaskan wakaf pendidikan sebagai satu momentum baru kewangan sokongan ke arah memajukan lagi bidang pendidikan seiring perubahan zaman. Semua pihak wajar berkolaborasi secara konstruktif bagi merealisasikan misi ini terutama di era Pendidikan Abad Ke-21

    Similar works