5 research outputs found

    Taburan fosil dan penilaian semula usia formasi singa di Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia

    Get PDF
    Formasi Singa yang tersingkap di Kepulauan Langkawi terdiri daripada jujukan batuan sedimen argilit dan boleh dibahagikan kepada empat ahli iaitu Rebak, Kentut, Ular dan Selang. Formasi Singa kaya dengan fosil terutamanya daripada jenis brakiopod, bryozoa dan bivalvia yang boleh ditemui dalam Ahli Rebak dan Ahli Selang. Fosil yang ditemui semasa kajian dijalankan serta fosil yang pernah dilaporkan oleh penyelidik terdahulu telah dibuat penelitian semula untuk menentukan usia Formasi Singa dengan lebih tepat. Himpunan fosil Formasi Singa boleh dibahagikan kepada tiga julat usia, iaitu Visean, Asselian Akhir - Sakmarian Awal dan Sakmarian Akhir. Jujukan berusia Visean diwakili oleh Ahli Rebak, manakala jujukan Asselian Akhir - Sakmarian Awal dan jujukan Sakmarian Akhir diwakili oleh Ahli Selang. Dalam Ahli Ular dan Ahli Kentut tidak ditemui sebarang fosil. Keputusan daripada kertas ini memerlukan satu kajian semula dijalankan terhadap litostratigrafi Formasi Singa

    Pengelasan litostratigrafi baru untuk formasi singa di Langkawi, Kedah, Malaysia

    Get PDF
    Semakan semula litostratigrafi Formasi Singa dilakukan berdasarkan data-data baru yang diperoleh melalui kajian terbaru. Secara umumnya, Formasi Singa dominan dengan batu lumpur hitam yang berselang lapis dengan batu pasir nipis hingga sederhana tebal serta sedikit lapisan konglomerat. Kajian melibatkan analisis terhadap beberapa log sedimen yang telah direkodkan di lapangan. Kesemua log sedimen tersebut telah dikorelasikan untuk mendapatkan satu log komposit yang mewakili keseluruhan Formasi Singa. Berdasarkan kajian terperinci korelasi litologi yang dilakukan, cadangan litostratigrafi baru Formasi Singa mengandungi empat ahli iaitu Ahli Kentut, Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Ahli Kentut merupakan ahli yang paling tua diikuti dengan Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Ahli Ular di dalam Formasi Singa dianggap sebagai satu unit kekanta antara Ahli Kentut dengan Ahli Selang. Beberapa siri perubahan paras laut ditafsirkan sepanjang pengendapan batuan Formasi Singa dipercayai akibat daripada proses pencairan glasier yang menyebabkan paras laut meningkat dan pengendapan berterusan yang menyebabkan lembangan menjadi cetek dan paras laut menjadi rendah

    Fasies dan sekitaran sedimen formasi singa di Langkawi, Malaysia

    Get PDF
    Batuan Formasi Singa yang terdiri daripada batu lumpur dominan, berselang lapis dengan batu lodak, batu pasir dan juga sedikit unit konglomerat tertabur secara meluas di kepulauan Langkawi. Formasi Singa boleh dibahagikan kepada sepuluh fasies sedimen dan empat sekutuan fasies. Keputusan kajian menunjukkan Formasi Singa telah terendap di lautan cetek, iaitu di sub-sekitaran luar pesisir, transisi, muka pesisir serta dalam alur. Lautan cetek Lembangan Singa dipengaruhi oleh iklim sejuk kerana terdapat sedimen asalan glasier, iaitu fasies batu lumpur berpebel. Kertas kerja ini akan menjelas dan membincangkan segala aspek sedimentologi formasi batuan ini

    Pemetaan geotapak Pulau Ular di Langkawi, Malaysia

    Get PDF
    Pemetaan Geotapak untuk Pulau Ular telah dijalankan menggunakan kaedah penderiaan jauh yang melibatkan data peta topografi, gambar udara, imej satelit serta gambar yang diambil menggunakan dron. Analisis penderiaan jauh ini menghasilkan peta geomorfologi. Langkah seterusnya adalah melakukan kerja lapangan yang akhirnya menghasilkan satu peta geologi. Cerapan lapangan telah dapat mengenal pasti fitur geologi dan landskap yang penting dan menarik, dan sebanyak 10 lokaliti atau tapak telah dikenal pasti mempunyai fitur geologi atau landskap yang penting kepada pemahaman sejarah pembentukan pulau ini, antaranya kepelbagaian jenis batuan, fosil, struktur sedimen, struktur tektonik dan fitur hakisan. Berdasarkan semua maklumat yang diperoleh ini, peta geotapak Pulau Ular telah dibangunkan dan boleh digunakan dalam membuat perancangan pemuliharaan dan pembangunan geopelancongan
    corecore