7 research outputs found
Keusahawanan Seni Kulinari: Alternatif Pelajar Diploma Seni Kulinari di Kolej Yayasan Pelajaran Johor dalam Menghadapi Pasaran Terbuka
Senario Pasaran Terbuka (Open Market) memberikan impak keresahan yang tinggi kepada graduan lepasan seni kulinari di mana mereka tidak lagi dijanjikan tempat di dalam sektor hospitaliti dan pelancongan sebaliknya perlu bersaing dengan graduan dari bidang lain untuk mendapat pekerjaan. Justeru itu, bidang keusahawanan dilihat sebagai satu alternatif dalam membina kerjaya yang boleh membantu dalam mengurangkan lambakan siswazah dalam pasaran kerja selaras dengan seruan kerajaan yang menggalakkan lebih ramai usahawan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar semester tahun akhir Diploma Seni Kulinari, Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (SHPKYPJ). Pengukuran bagi kajian ini pula adalah berasaskan kepada tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 21.0. Keputusan dari kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya responden mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan. Jika lebih tumpuan, galakan dan pendedahan diberikan kepada mereka, kebarangkalian untuk mereka menjadi usahawan setelah tamat pengajian kelak akan lebih tinggi
Faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Bukan Akademik anjuran Universiti
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di universiti tidak kira akademik atau bukan akademik haruslah boleh membentuk pelajar yang seimbang bukan sahaja dari aspek jasmani dan emosi, malah dari aspek rohani dan intelek juga. Walau bagaimanapun, trend terkini pelajar adalah kurang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti anjuran universiti Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti bukan akademik anjuran universiti dan mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil supaya lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik anjuran universiti. Ia dijalankan terhadap 888 orang responden daripada 5,534 pelajar diploma di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL). Berdasarkan kepada keputusan analisa menggunakan kaedah Relative Importance Index (RII), faktor pengaruh rakan telah dikenal pasti sebagai faktor yang paling mempengaruhi penglibatan pelajar terhadap aktiviti bukan akademik anjuran universiti iaitu dengan nilai RII sebanyak 0.79. Manakala faktor yang paling kurang mempengaruhi pelajar menyertai aktiviti bukan akademik anjuran universiti ialah faktor personaliti pelajar dengan nilai RII sebanyak 0.59. Maklum balas daripada pelajar berkenaan dengan langkah-langkah yang boleh diambil supaya lebih ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik anjuran universiti dianalisis menggunakan kaedah Analisa Bertema. Maklum balas pelajar telah dikelaskan kepada 6 tema iaitu penambahan aktiviti yang aktif dan menarik, penambahan infrastruktur oleh universiti, menambah baik saluran komunikasi pelaksanaan aktiviti, merancang pelaksanaan aktiviti, sokongan universiti dalam bentuk kewangan dan memberikan galakan dan motivasi. Hasil daripada kajian ini boleh diguna pakai dalam membuat perancangan aktiviti akademik di universiti bagi menarik lebih ramai pelajar melibatkan diri. Kajian seperti ini harus dijalankan pada masa akan datang. Perincian mengikut jenis aktiviti bukan akademik dan perbandingan mengikut jantina terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar terhadap aktiviti bukan akademik dapat membantu dalam menjelaskan dan memperincikan lagi penglibatan para pelajar dengan lebih menyeluruh
Kecenderungan Pemilihan Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis Pelajar Diploma di UTM Kuala Lumpur
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti secara terperinci tentang kursus kokurikulum berteraskan pembelajaran servis (CSL) dan kecenderungan pemilihan kursus mengikut persepktif pelajar diploma di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL). Kepentingan dalam berkokurikulum sangat penting dalam mengukuhkan sifat insaniah dalam diri seorang pelajar yang cemerlang. Kajian ini melibatkan 406 responden daripada 1,904 jumlah populasi pelajar diploma UTMKL. Data dikumpul melalui instrumen borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar diploma UTMKL. Analisis kajian mendapati terdapat pelbagai jenis kokurikulum dibahagikan mengikut empat (4) kluster masing-masing yang dikenal pasti bagi objektif pertama. Objektif kedua pula adalah mengenal pasti kecenderungan pelajar terhadap pilihan kursus CSL ini. Didapati bahawa kursus yang berteraskan kesukarelawan mencatatkan kecenderungan yang paling tinggi. Manakala skor kursus Memanah dari kluster sukan, rekreasi dan kebudayaan pula mencatatkan skor pelajar yang paling tinggi kecerungan pelajarnya. Kesimpulannya, walaupun jumlah respondan hanya 21.32% dari bilangan populasi yang memberikan maklumbalas kepada kajian ini, namun ia dapat memberikan indikator kepada kecenderungan pemilihan kursus CSL mengikut persektif pelajar diploma UTMKL. Hasil daripada kajian ini boleh digunapakai dalam membuat perancangan penawaran kursus CSL mengikut pilihan dan kehendak pelajar
Sistem Pementoran Berstrategi di kalangan Staf Akademik PPD SPACE UTM
Kajian ini dijalankan bertujuan membina satu sistem pementoran secara berstrategi untuk diguna pakai dan mengenal pasti tahap kesediaan staf akademik di PPD SPACE UTM terhadap sistem ini. Banyak kepentingan dan faedah sistem pementoran kepada staf akademik dan organisasi terutamanya dari segi kenaikan pangkat, pengurusan bakat dan lain-lain. Kajian ini melibatkan 87 responden daripada 94 populasi staf akademik di PPD SPACE UTM di Kampus Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Data telah dikumpulkan melalui instrumen borang soal selidik yang telah diedarkan kepada semua staf akademik. Hasil daripada kajian literatur yang telah dilaksanakan, satu sistem pementoran berstrategi telah dibangunkan iaitu objektif kajian pertama. Bagi objektif kedua, analisis kajian mendapati bahawa 97.70% staf akademik bersedia menerima pelaksanaan pementoran berstrategi. Didapati bahawa, faktor kepentingan sistem mentor-menti yang utama kepada staf akademik adalah dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran, penyelidikan dan perkembangan profesional iaitu 56.32%. Manakala 28.74% menyatakan pementoran menyokong prestasi kenaikan pangkat di kalangan staf dan 5.75% menyatakan ia meningkatkan minat dalam kerjaya akademik. Dan masing-masing 4.60% berpendapat faedah kepentingan sistem pementoran ini dapat mempromosikan perkembangan kerjaya dan kepuasan serta 4.60% lagi menyatakan ia dapat meningkatkan produktiviti PPD SPACE UTM. Kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang boleh diperoleh dari sistem pementoran berstrategi ini. Sokongan dan komitmen daripada staf akademik dan pihak pengurusan tertinggi UTMSPACE adalah diperlukan bagi menjayakan program pementoran berstrategi di peringkat PPD SPACE UTM dan seterusnya dikembangkan di peringkat UTMSPACE secara keseluruhannya
Quality teaching among lecturers and methods of improvement based on industral experience
The quality of graduates is one of the standards of measurement in meeting the demands of employers. However, the extent of our graduates’ employability to fulfil industrial demands does not rely solely on their theoretical skills, but their technical skills as well. Moreover, how the lessons were delivered by lecturers in universities may contribute to the quality of our graduates. Therefore, this study was conducted to determine the need for industrial experience amongst lecturers in teaching and learning. As well as determining the best approach that will assist fellow academicians in the quality of their teaching. A total of 30 out of 121 UTMSPACE lecturers participated as respondents in this study. Data were collected from the questionnaires which were disseminated to lecturers from Centre for Diploma Studies (PPD) and Centre for Degree and Foundation (PPI) in UTMSPACE. Based on the analysis, three (3) categories were determined as required for the first objective, that is; the need for industrial experience amongst lecturers in teaching and learning. While the second objective is to determine the best approach that can assist our lecturers in improving the quality of their teachings. The result shows for the first objective, with the highest average mean score, Program Learning Outcome is the main criteria, which requires lecturers with industrial experience in their teaching and learning. While objective two, majority of respondents (lecturers) prefer to collaborate with industries as the best approach in improving the quality of their teaching and learning in order to produce graduates that are able to meet the need of their potential employers. In conclusion, even though only 24.77% participated in this study, they have provide sufficient data; an indicator on the need of industrial experience in teaching and learning, as well as determining the best approach that may assist lecturers in UTMSPACE on improving the quality of their teachings. The result of this study may be use in devising improvements according to the lecturer’s needs and wants
Kecenderungan Pemilihan Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis Pelajar Diploma di UTM Kuala Lumpur
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti secara terperinci tentang kursus kokurikulum berteraskan pembelajaran servis (CSL) dan kecenderungan pemilihan kursus mengikut persepktif pelajar diploma di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL). Kepentingan dalam berkokurikulum sangat penting dalam mengukuhkan sifat insaniah dalam diri seorang pelajar yang cemerlang. Kajian ini melibatkan 406 responden daripada 1,904 jumlah populasi pelajar diploma UTMKL. Data dikumpul melalui instrumen borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar diploma UTMKL. Analisis kajian mendapati terdapat pelbagai jenis kokurikulum dibahagikan mengikut empat (4) kluster masing-masing yang dikenal pasti bagi objektif pertama. Objektif kedua pula adalah mengenal pasti kecenderungan pelajar terhadap pilihan kursus CSL ini. Didapati bahawa kursus yang berteraskan kesukarelawan mencatatkan kecenderungan yang paling tinggi. Manakala skor kursus Memanah dari kluster sukan, rekreasi dan kebudayaan pula mencatatkan skor pelajar yang paling tinggi kecerungan pelajarnya. Kesimpulannya, walaupun jumlah respondan hanya 21.32% dari bilangan populasi yang memberikan maklumbalas kepada kajian ini, namun ia dapat memberikan indikator kepada kecenderungan pemilihan kursus CSL mengikut persektif pelajar diploma UTMKL. Hasil daripada kajian ini boleh digunapakai dalam membuat perancangan penawaran kursus CSL mengikut pilihan dan kehendak pelajar