37 research outputs found

    Kedudukan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di Malaysia Pada Abad ke-21M

    Get PDF
    The doctrine of Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) is the basis of Islam as the federal religion of Malaysia. This doctrine has permeated the religious life of the Malaysian Muslim community for decades. However, in the 21st century, there is a growing debate concerning an array of issues of the doctrine, such as the various ideological representations in understanding the ASWJ itself. There is also a view that this doctrine is not central to the development of Islam in Malaysia. The doctrine also faces various challenges both internationally and domestically. This certainly calls a comprehensive study to unravel the aforementioned issues in ways to uphold ASWJ as the dominant Islamic doctrine in Malaysia. The study generally examines the position of Islam in Malaysia based on the ASWJ doctrine. In particular, the study aims to elucidate the concept of the ASWJ ideology among the Muslim community and describe its development in Malaysia. The study also seeks to analyse various challenges and solutions faced by this doctrine in Malaysia. This study is of qualitative orientation. It encompasses the data collection procedures of document analysis, interviews, and observations. The collected data were subsequently analyzed using Inductive-generative method and Nvivo 11 software. The results show that the ASWJ ideological thinking is dominated by the Khalaf and Salafi sects. Despite having differences in methodology, the goal remains similar, to uphold the religion of Islam. The study also found that the success of the ASWJ doctrine was underpinned by the educational and administrative initiatives which have been the backbone of the development of this doctrine since the beginning of the emergence of Islam in Malaysia. Furthermore, the doctrine also has always managed to curb the impending challenges through various responses as fatwa gazetted, law enforcement and book writing by engaging a variety of associated parties. Based on the findings of this study, the position of ASWJ ideology in Malaysia in the 21st century will remain relevant and continue to prosper given that the management of its pillars of thought, institutional development and challenges are kept in order

    Academic promotion in Malaysian public universities: a critical look at issues and challenges

    Get PDF
    The expansion and transformation of Malaysian universities have generated major changes in the nature of academic employment and the structure of academic promotion in higher education institutions. These changes have considerable implications, in particular for the policy and practice of academic promotion in the public universities. We argue that despite sharing one common grade and salary system, distinct and significant differences exist in the academic promotion systems of the public universities. Drawing on one recent study on the academic promotion process in Malaysian public universities to contextualise our discussion, this paper highlights the complexity in the promotion process in these institutions. It also discusses and articulates the attendant issues and challenging aspects of the academic promotion process. We argue that the interrelated issues and challenges, and certain academic practices and habits stemming from the pressure to gain a promotion are pervasive, and that they affect the academic value system and work culture. We conclude by asserting the importance of applying a consistent standard for promotion within a single salary system and that the academic promotion system in the public universities should ultimately affirm and communicate core academic values, and also aim at obtaining evidence of excellent accomplishments

    Pengalaman wanita yang hidup dengan AIDS: Peranan dan cabaran pekerja sosial

    Get PDF
    HIV/AIDS sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral yang menjadi punca jangkitan seterusnya menyebabkan epidemik ini masih mendapat stigma dalam kalangan masyarakat umum. Namun, bagi mereka yang menjadi mangsa keadaan, kesan dan tekanan yang dihadapi disebabkan jangkitan AIDS menyebabkan kehidupan harian mereka turut berubah. Kajian yang dilakukan ini bertujuan menerokai pengalaman yang dilalui oleh wanita yang menghidap AIDS, keperluan mereka dari segi emosi dan harapan terhadap bentuk sokongan yang diberikan terutama penglibatan pekerja sosial. Kajian yang dilakukan di negeri Kedah ini melibatkan tujuh orang wanita yang menghidap AIDS sebagai subjek kajian. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual seterusnya dianalisis melalui kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati empat isu yang di beri perhatian oleh subjek adalah 1)stigma dan diskriminasi, 2)teknik daya tindak yang dilakukan apabila disahkan menghidap AIDS, 3) peranan pekerja sosial dan 4)kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang HIV/AIDS. Hasil dari kajian ini juga mengemukakan cadangan terutama berkaitan peranan pekerja sosial dalam usaha membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang hidup dengan AIDS. Namun, terdapat cabaran tertentu dalam kalangan pekerja sosial sendiri yang mengendalikan kes penghidap HIV/AIDS disebabkan epidemik ini masih dikaitkan dengan stigma, malah stigma masih menjadi isu utama di setiap pelosok dunia

    Suara isteri yang hidup dengan HIV/AIDS dan kematian suami disebabkan AIDS: Kajian kes di negeri Kedah, Malaysia

    Get PDF
    Bilangan wanita yang dijangkiti HIV terus meningkat di seluruh dunia dan kebanyakan jangkitan adalah melalui aktiviti seksual. Wanita (isteri) berisiko dijangkiti kerana ketidakupayaan mereka untuk menolak daripada melakukan hubungan seks atau mengadakan hubungan seks selamat dengan suami. Kajian yang berkaitan isu isteri yang telah dijangkiti HIV/AIDS dan kematian suami disebabkan AIDS telah dijalankan di negeri Kedah, Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah menerokai kesan HIVIAIDS ke atas kaum wanita. Temubual telah dijalankan ke atas tujuh wanita yang telah dijangkiti HIV/AIDS daripada suami masing-masing. Semua subjek yang terlibat tinggal di kawasan karnpung di negeri Kedah. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam proses menganalisis data. Hasil kajian mendapati terdapat empat tema utama iaitu; stigma dan diskriminasi, daya tindak, kematian dan penjagaan. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan subjek menderita disebabkan stigma dan diskriminasi, diasingkan, dihina oleh ahli keluarga dan masyarakat menyebabkan mereka juga mengasingkan diri disebabkan status HIV mereka. Isu penjagaan dan kewangan juga wujud selepas kematian suami disebabkan kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan.Kajian ini juga telah mencadangkan beberapa langkah bertujuan memberikan sokongan dan bantuan kepada wanita untuk lebih proaktif berdepan dengan status HIV mereka.Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu bekerjasama mengurangkan isu stigma dan diskriminasi, meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan sosial di kawasan utara Malaysia khususnya di kawasan yang dikenalpasti terdapat peningkatan bilangan wanita yang dijangkiti HIV

    Berhadapan isu kematian: Pengalaman dalam kalangan ahli keluarga orang yang hidup dengan AIDS (OHDA)

    Get PDF
    Kematian sering dikaitkan dengan perasaan sedih dan kehilangan dalam kalangan ahli keluarga si mati. Namun bagi kes kematian yang berpunca daripada HIV/AIDS terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan ahli keluarga apabila berhadapan dengan isu tersebut. Kajian yang dilakukan ini bertujuan menerokai pengalaman (perasaan) yang dilalui oleh ahli keluarga yang menjaga dan tinggal bersama OHDA sehingga kematianya, serta proses yang dilalui sebelum menerima kematian OHDA. Kajian yang dilakukan di negeri Kedah ini melibatkan sepuluh orang responden sebagai subjek kajian. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual seterusnya dianalisis melalui kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dalam kalangan isteri atau ibu OHDA dari aspek perasaan ketika menghadapi kematian OHDA dan setelah kematian, malah kesedihan bukan merupakan reaksi utama apabila berhadapan dengan kematian tersebut terutama bagi isteri OHDA. Daya tindak yang dilakukan oleh ibu atau isteri OHDA juga berbeza. Hasil dari kajian ini juga mengemukakan cadangan terutama berkaitan peranan pekerja sosial dalam usaha membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang hidup dengan AIDS serta ahli keluarga

    Penerapan konsep Islam dalam mencapai perpaduan di Malaysia

    Get PDF

    Pengaruh jaringan Timur Tengah dan Pattani terhadap perkembangan ASWJ di Tanah Melayu

    Get PDF
    Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti tentang pengaruh jaringan Timur Tengah dan Pattani terhadap perkembangan Ahli Sunnah Wal Jemaah di Tanah Melayu.Pengaruh jaringan ini merupakan suatu yang penting dalam pembangunan dan perkembangan ASWJ dalam masyarakat Islam di Tanah Melayu hingga ke hari ini.Walaupun kedatangan Islam ke Nusantara secara umum dan ke Tanah Melayu secara khusus sudah disepakati muncul pada abad ke13 dan 14M, namun kerancakan perkembangannya hanya terasa pada beberapa abad kemudiannya.Justeru itu, kertas kerja ini akan mengenengahkan perbincangan mengenai perkembangan Islam di Tanah Melayu hanya mulai rancak selepas munculnya ulama dan institusi pondok dalam kehidupan masyarakat. Wujudnya hubungan rentas sempadan antara Timur Tengah dan kawasan-kawasan tertentu di Nusantara dengan Tanah Melayu, kemunculan tokoh-tokoh ulama serta perkembangan institusi pendidikan di Tanah Melayu telah menjadi titik tolak kepada perkembangan dan kedudukan Islam berfahaman ASWJ dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu

    Pembudayaan nilai Islam dalam rekabentuk rumah tradisional masyarakat Melayu

    Get PDF
    Kertas kerja ini memfokuskan pembudayaan nilai Islam dalam rekabentuk rumah tradisional Melayu. Bagi masyarakat Melayu yang sinonim dengan Islam, rumah adalah harta, tempat perlindungan dan tempat menetap untuk pengibadatan di dunia. Justeru ia dibina dengan mengutamakan aspek-aspek keselesaan, keselamatan dan penuh dengan kesenian yang melambangkan keunikan masyarakat Melayu yang beteraskan kebudayaan Islam. Selain itu, struktur rumah Melayu juga menerapkan unsur–unsur syariat Islam seperti pengasingan antara lelaki dan perempuan seperti di bilik tidur, anjung, rumah ibu dan sebagainya. Justeru itu, kertas kerja ini mengupas secara keseluruhan rekabentuk rumah Melayu tradisional serta mengaitkannya dengan pengaruh alam Melayu dan syariat Islam. Untuk itu, kertas kerja ini menyarankan agar aspek keselesaan dan kemudahan rumah Melayu tradisional sewajarnya dijadikan contoh bagi rekabentuk rumah Melayu pada hari ini

    Spatial variations of drinking water quality monitoring in water treatment plant using environmetric techniques

    Get PDF
    This research investigates the relationship between the physicochemical levels and the drinking water quality in Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia based on three different classes of drinking water. The environmetric techniques such as the discriminant analysis (DA), the principal component analysis (PCA) and the factor analysis (FA) were applied to analyze the spatial variation of the most significant physicochemical parameters of the drinking water quality and to determine the source of pollution. Seven physicochemical variables were analyzed. The forward and backward stepwise DA managed to discriminate six and two variables, respectively from the original seven variables. PCA and FA (varimax functionality) were to identify the origin of each water quality variable based on the three different drinking water classes. This study shows that environmetric method is the ideal way into provide meaningful information on the spatial variability of sophisticated drinking water quality data

    Keperluan penyebaran fatwa kepada masyarakat oleh badan berautoriti fatwa negeri: Asas penilaian keberkesanan berdasarkan Kirpatrik Model of Evaluation

    Get PDF
    Fatwa adalah salah satu medium pemakluman hukum syarak dalam memberi jawapan kepada kemusykilan agama kepada masyarakat dan mempunyai peranan besar.Fatwa datang dari masyarakat dan mereka terlibat dalam menerima serta mengamalkan fatwa. Berdasarkan asas ini, fatwa adalah sangat perlu disebarkan.Dalam konteks Malaysia, setiap negeri mempunyai badan berautoriti fatwa masing-masing yang berperanan mengeluar dan menyebarkan fatwa. Dalam menyebarkan fatwa, pelbagai aktviti dan program telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun oleh Jabatan Mufti negeri masing-masing. Semua program tersebut adalah melibatkan masyarakat awam dan komuniti yang lebih khusus seperti kakitangan awam dan swasta, para pentadbir kakitangan masjid serta surau.Bagi menilai keberkesaan penyebaran fatwa di setiap negeri melalui program-program yang telah disusun, satu kaedah telah dipilih iaitu Kirkpatrik Model of Evaluation. Adaptasi model penilaian ini telah dilakukan bagi disesuaikan dengan objektif kajian merangkumi 3 peringkat penting iaitu reaksi peserta terhadap keperluan program yang dilaksanakan, proses pembelajaran yang berlaku daripada program yang dihadiri dan tingkah laku melibatkan pengamalan peserta terhadap kefahaman fatwa yang disebarkan melalui program tersebut. Proses penilaian dilakukan melibatkan perbandingan pengetahuan, kefahaman dan pengamalan audiens sebelum dan selepas program dilaksana.Satu analisis kandungan data kualitatif yang berasaskan kutipan data kepustakaan dan temubual dilakukan bagi memberi gambaran umum bersifat teoritikal tentang keperluan penyebaran fatwa dan adaptasi Kirkpatrik Model of Evaluation sebagai model yang digunapakai bagi menilai keberkesaan program- program penyebaran fatwa di peringkat negeri di Malaysia oleh Jabatan Mufti masing-masing
    corecore