2 research outputs found

    Peranan Sultan Abu al-Hasan ‘Ali al-Marini dalam kerajaan Banu Marin di Fas, al-Maghrib (1331-1351M) / Mariam Farhana Md Nasir … [et al.]

    Get PDF
    Pencapaian tamadun dalam Kerajaan Banu Marin era Sultan Abu Sa’id ‘Uthman II menyaksikan perkembangan yang berlaku secara perlahan dan mendatar. Namun begitu, pemerintahan Sultan Abu al-Hasan ‘Ali pada 731H/1331M telah menyaksikan beberapa perubahan yang berlaku dalam pemerintahan, sekaligus menjadikan era kegemilangan Kerajaan Banu Marin di al-Maghrib. Kerajaan Islam yang pernah bertapak sekitar tahun 1215M hingga 1465M di wilayah al-Maghrib, telah diperintah oleh 26 orang sultan yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan kehebatan yang tersendiri. Oleh itu, kajian ini membincangkan mengenai ketokohan Sultan Abu al-Hasan ‘Ali (731-751H/1331-1351M) sebagai sultan teragung dalam Kerajaan Banu Marin sehingga kerajaan tersebut mencapai era kegemilangan dan kemasyhurannya di al-Maghrib al-Aqsa pada abad pertengahan. Di samping itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji latar belakang Sultan Abu al-Hasan ‘Ali daripada pelbagai aspek, selain peranan yang dimainkan oleh beliau dalam mengangkat Kerajaan Banu Marin sebagai sebuah kerajaan yang gemilang. Metode kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu penyelidikan perpustakaan sepenuhnya melalui sumber bertulis sama ada sumber primer atau sekunder. Hasil kajian ini dapat mendedahkan kepada masyarakat usaha Sultan Abu al-Hasan ‘Ali dalam memastikan kerajaan yang dipimpin menjadi sebuah kerajaan yang berjaya dan cemerlang. Beliau merupakan pemerintah yang paling cemerlang dalam pemerintahan Kerajaan Banu Marin sehingga kerajaan tersebut mencapai ketamadunan yang tinggi dalam aspek politik, ekonomi, seni bina dan juga perkembangan ilmu pengetahuan

    Modul usahawan tani Islam / Noorfazreen Mohd Aris...[et.al]

    Get PDF
    Keusahawanan merupakan proses pencarian, pengembelingan dan pemanfaatan kurniaan Allah SWT untuk faedah sendiri, ummah dan makhluk yang lain sebagaimana yang digariskan di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji bidang keusahawanan tani menurut perspektif Islam. Aspek-aspek yang dikaji meliputi konsep, etika dan bidang keusahawanan tani. Bagi mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan metode pengumpulan data yang terdiri dari kajian perpustakaan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa keusahawanan merupakan salah satu bidang yang dapat menjana ekonomi umat Islam. Modul yang dihasilkan dapat memberikan garis panduan yang betul kepada umat Islam dalam menjalankan aktiviti keusahawanan tani. Keusahawanan adalah kerjaya yg dituntut oleh Islam kerana menyumbang kepada sumber rezeki individu & keluarga bagi menunaikan kewajipan menyara kehidupan seharian. Hasil kajian mendapati melalui aktiviti keusahawanan tani ini dapat memberi dan menyediakan sumber makanan untuk manfaat masyarakat dan disamping usahawan juga dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah iaitu kewajipan dan tanggungjawab pada masyarakat. Dengan niat dan cara yang diredhai Allah, keusahawanan menjadi satu cabang ibadat dan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT
    corecore