3 research outputs found

    Pembayaran Nafkah Anak Melalui Potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja: Suatu Alternatif

    Get PDF
    Nafkah anak merupakan suatu kefarduan yang wajib ditunaikan secara berterusan oleh bapa atau penjaga menurut hukum syarak dan undang-undang. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa wujudnya pengabaian nafkah daripada pihak bapa kepada anak-anak disebabkan pelbagai faktor. Pengabaian nafkah ini menyebabkan kehidupan anak-anak terjejas dan tidak mendapat hak yang sepatutnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai suatu alternatif untuk pembayaran nafkah anak di Mahkamah Syariah sekaligus mencadangkan potongan simpanan KWSP bapa sebagai salah satu mekanisma pembayaran nafkah. Data utama dalam kajian ini diperolehi melalui kajian perpustakaan dan juga kajian lapangan yang melibatkan temubual dengan Peguam Syarie bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan kaedah-kaedah pembayaran nafkah yang sedia ada serta keperluan pelaksanaan potongan KWSP sebagai kaedah alternatif. Metodologi yang digunakan ini boleh menyoroti potongan wang KWSP bagi tujuan nafkah dibuat melalui undang-undang seterusnya boleh mengesahkan kepentingan potongan wang KWSP bagi membela hak anak-anak untuk mendapatkan nafkah. Kajian ini penting khususnya kepada pihak kerajaan dan pembuat dasar di KWSP bagi meminda dasar yang sedia ada untuk membantu memelihara hak anak-anak daripada sikap culas bapa yang mencarum di KWSP

    Dato’ Yutitam in the Civil Court System of Thailand

    Get PDF
    Dato’ Yutitam is a Muslim judge authorized to deal with cases related to Islam together with a civil judge in the First Instance Court in the four Islamic provinces in southern Thailand. This authority is based on the provisions of the Act on the Application of Islamic Law in Pattani, Yala, Narathiwat and Satun 1946. Without Dato’ Yutitam, family cases cannot be decided. However, the power given to him is very limited, and his decisions cannot be appealed. This study relies on the study of documents and interviews with judges and the President of the Yala Islamic Religious Council to analyze the extent of the role taken by Dato’ Yutitam in making decisions on cases under the civil justice system of Thailand. This study reveals that a Dato’ Yutitam has limited power compared to civil judges, but he has a very positive impact on the Muslim community in the four southern regions of Thailand.  Abstrak: Dato’ Yutitam adalah seorang hakim Muslim yang berwenang menangani kasus-kasus yang berkaitan dengan Islam bersama dengan seorang hakim sipil di Pengadilan Tingkat Pertama di empat provinsi Islam di Thailand Selatan. Kewenangan ini didasarkan pada ketentuan Undang-Undang Penerapan Hukum Islam di Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun 1946. Tanpa Dato’ Yutitam, kasus keluarga tidak dapat diputuskan. Namun, kekuasaan yang diberikan kepadanya sangat terbatas, dan keputusannya tidak dapat diajukan banding. Studi ini mengandalkan studi dokumen dan wawancara dengan hakim dan Presiden Dewan Agama Islam Yala untuk menganalisis sejauh mana peran yang diambil oleh Dato Yutitam dalam membuat keputusan kasus di bawah sistem peradilan perdata Thailand. Kajian ini mengungkapkan bahwa seorang Dato’ Yutitam memiliki kekuasaan yang terbatas dibandingkan dengan hakim sipil, namun ia memiliki dampak yang sangat positif bagi umat Islam di empat wilayah Thailand Selatan.
    corecore