15 research outputs found

    Etika alam sekitar dalam novel Jong Chian Lai dari perspektif pribumi

    Get PDF
    Masyarakat pribumi sangat beretika apabila berinteraksi dengan alam sekitar. Cara hidup seharian mereka penuh dengan elemen kasih sayang dan penghormatan terhadap alam. Mereka bukan sahaja menjadikan hutan dan alam semula jadi sebagai tempat tinggal yang aman tetapi memperoleh sumber makanan, ubat-ubatan, air minuman dan semua keperluan hidup, selain menyerlahkan manifestasi amalan, kepercayaan dan pemujaan terhadap kuasa ghaib. Kajian ini menganalisis tentang bagaimana interaksi yang beretika antara masyarakat pribumi di Sarawak dan alam sekitar yang diterjemahkan dalam karya kreatif. Analisis ini menggunakan kritikan eko (ecocriticism), hanya melibatkan tiga buah novel Jong Chian Lai iaitu Gugurnya langit Hijau Nanga Tiga (1990), Pindah (1988) dan Suara dari Rimba (2008). Amalan beretika apabila berinteraksi dengan persekitaran dalam kajian ini diteliti dari sudut hubungan mereka dengan alam semula jadi (flora, fauna dan alam sekitar fizikal), hubungan dengan manusia yang lain, orang yang telah mati (roh) dan hubungan dengan Pencipta (Tuhan). Berdasarkan analisis teks tersebut didapati bahawa masyarakat pribumi menitikberatkan hubungan yang harmoni dengan persekitaran dalam kehidupan mereka. Hubungan yang beretika antara masyarakat pribumi di Sarawak diketengahkan oleh penulis Jong Chian Lai melalui tiga bentuk interaksi utama, iaitu, interaksi antara pribumi dan alam sekitar, antara pribumi dengan roh dan tuhan, termasuk menghormati kawasan perkuburan nenek moyang mereka dan juga interaksi antara pribumi dan masyarakat luar yang lain. Hubungan ini bukan sahaja kerana masyarakat pribumi ini perlu menjaga kelestarian persekitaran bagi menjamin kesinambungan hidup mereka, tetapi juga didorong oleh amalan, kepercayaan dan pegangan hidup masyarakat itu sendiri. Kehadiran elemen alam sekitar dalam karya kreatif terutama novel pula menjadikan cakupan hasil kesusasteraan Melayu lebih mencabar dan lebih luas rangkumannya

    Tun Seri Lanang: dari Istana Batu Sawar ke Naggaroe Acheh Darussalam

    Get PDF
    Tun Seri Lanang adalah seorang ahli politik dan pujangga ternama yang berasal dari istana Johor di Batu Sawar. Pada tahun 1613, Tun Seri Lanang telah di tawan oleh bala tentera Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Acheh, kemudian dibawa ke Acheh bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III dan adindanya Raja Abdullah. Sumber sejarah di Tanah Melayu menganggap Tun Seri Lanang meninggal dunia di Acheh. Peranannya selepas ditawan dan dibawa ke Acheh tidak banyak diperkatakan. Sungguh pun begitu, sumber-sumber sejarah dari Acheh menunjukkan bahawa Tun Seri Lanang tidak dipenjarakan atau meninggal dunia di dalam penjara, sebaliknya beliau telah dilantik menjadi Raja Samarlanga. Beliau juga dilantik menjadi penasihat kepada paduka Sultan Mahkota Alam dan dua orang penggantinya. Beliau mungkin telah diselamatkan atas pengaruh Raja Puteri Kamaliah, iaitu puteri Pahang yang telah dikahwini Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang kemudiannya menjadi permaisuri Acheh. Artikel ini merupakan laporan penyelidikan mengenai kehidupan dan sumbangan Tun Seri Lanang semasa di Acheh. Pada masa ini Tun Seri Lanang menjadi tokoh kepada tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Naggaroe Acheh Darussalam

    Analysis on Sex Education in Schools Across Malaysia

    Get PDF
    AbstractThe objective of this research is to analyse the respondent's perceptions on whether sex education or elements of it are being taught in Malaysian schools. This issue should be highlighted since there are so many sex-related social problems among the teenagers.Before giving their feedback, the respondents were first introduced on the aspects of sexuality education based on UNESCO's 2009 curriculum guideline. Based from the data received, 90% of the respondents agreed that sex education has not been taught in Malaysian schools. The respondents explained that the informal information given by most of the teachers were vague thus defeating the purpose of the students to learn on the issues

    Tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab at-Taisir dalam kalangan murid tahap 2 di Sekolah Rendah Islam (Sri) al-Amin, Nilai: satu kajian awal

    Get PDF
    Buku teks merupakan salah satu bahan bacaan pengajaran utama dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Kajian para sarjana mendapati penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur masih berada pada tahap yang rendah kerana pelbagai faktor termasuk kandungan buku teks yang kurang berkesan. Penilaian terhadap sesuatu bahan bacaan mengambil kira banyak aspek termasuk terutama tahap kebolehbacaan. Kebolehbacaan merupakan tahap atau aras senang-sukar sesuatu bahan bacaan. Buku teks yang berkualiti merupakan satu teks bacaan yang mudah difahami. Kajian ini membincangkan kebolehbacaan teks berbahasa Arab dalam kalangan murid tahap dua di sekolah rendah melalui ujian kloz dan soal selidik dalam mempertingkatkan keupayaan kefahaman dan penguasaan bahasa Arab. Kajian kebolehbacaan ini berperanan sebagai satu dokumen yang dapat membantu Kementerian Pendidikan, para guru, penyedia dasar, penulis buku teks, dan pihak lain terlibat

    The Management Fund Classification to Determine Reliable Maintenance Fees of High-Rise Residential in Malaysia

    Get PDF
    High-rise residential building is a type of housing that has multi-dwelling units built on the same land. This type of housing has become popular each year in urban area due to the increasing cost of land. Unfortunately, there are several issues occurred in managing high rise residential building especially in maintenance fund. Thus, distribution of maintenance fund need to be clarified in order to make it well organized. The purpose of this paper is to identify the classification of maintenance fund distribution at high rise residential building. The survey was done on 170 high-rise residential schemes within Klang Valley area. The result, there are five classification of maintenance fund allocation identified namely, management fund for administration and utilities, maintenance fund for exclusive facilities, maintenance fund for basic facilities, maintenance fund for support facilities and management sinking fund. Then, all the items in these five factors undergo descriptive analysis to identify the importance of maintenance fund allocation for non-low cost of high rise residential building in Malaysia

    Keris: mengenal asal-usul, falsafah dan fungsi

    Get PDF
    Keris bukanlah budaya yang asing dalam masyarakat Melayu Nusantara kerana ia mempunyai simbolik kepada konsep ketuanan dan kedaulatan bangsa Melayu sejak dahulu lagi. Keris dikenali sebagai salah satu daripada alat persenjataan orang Melayu selain tombak, pedang, badik, kelewang, kerambit dan sebagainya lagi. Ia adalah sebuah senjata yang telah diangkat martabatnya ke kedudukan paling tinggi dalam ketamadunan Melayu melebihi senjata lain kerana fungsi, ketinggian falsafah dan nilai seni estetiknya. Kajian ini bertujuan mendalami tentang sejarah asal usul, falsafah dan fungsi keris yang terdapat di alam Melayu. Artikel ini juga turut membincangkan tentang latar belakang keris, jenis-jenis keris, bahagian-bahagian keris dan falsafah di sebalik fungsi dan peranan tersebut sebagai sebahagian daripada cara untuk mengenali peradaban, dan susur galur asal usul budaya bangsa yang bertamadun ini. Fungsi keris telah banyak mengalami perubahan, dari penciptaan asal sebagai senjata, kemudian berubah menjadi barang keramat, pusaka yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat atau darjat, sehinggalah menjadi sebagai barang seni dan cenderamata. Semua ini tersimpul pelbagai falsafah dan nilai peradaban dan ketamadunan bangsa Melayu yang tinggi. Keunikan keris diperjelaskan dalam bentuk fizikal dan non-fizikal oleh pandai besi atau empu yang menciptanya. Frey (2010) menyatakan keris adalah lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sebagai sebuah lambang budaya yang terpenting, ia juga mempamerkan maruah dan status bangsa Melayu itu sendiri sebagai bangsa yang bertamadun dan berperadaban. Orang lelaki tidak akan keluar tanpa berkeris, kerana ia dianggap seperti bertelanjang. Teras dan fungsi keris masih lagi sama walaupun mempunyai perbezaan dari pelbagai bentuk rupa dan gaya kerana pemisahan dan perbezaan antara sempadan lokasi, suku kaum dan etnik. Secara umumnya, keris bukanlah semata-mata menjadi senjata mahupun sebahagian daripada busana, tetapi fungsinya lebih besar daripada itu. Ia menjadi lambang jati diri orang Melayu

    Keberkesanan silibus modul komunikasi bahasa Melayu antarabangsa tahap asas sebagai strategi pembelajaran bahasa Melayu

    Get PDF
    Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa mempunyai teknik dan kaedah yang tersendiri bagi memastikan objektif kursus dicapai. Guru berpengalaman berupaya menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pencapaian pelajar. Salah satu kaedah yang kerap diamalkan dalam pembelajaran bahasa Melayu di UKM adalah melalui penggunaan modul. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Modul Komunkasi Bahasa Melayu Antarabangsa Tahap Asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan modul dari segi kandungan, latihan dan aspek kebahasaan berdasarkan tiga topik kajian yang dipilih iaitu sistem nombor, ucapan tegur sapa dan memperkenalkan diri. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analisis isi kandungan, kajian literatur dan rakaman video pengajaran. Instrumen analisis yang digunakan ialah Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa dan Proforma Kursus. Hasil kajian mendapati kewujudan modul ini mampu membantu pelajar menguasai bahasa Melayu dan berkesan kepada proses pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memantapkan lagi modul ini sebagai alat bantu pelajar untuk belajar bahasa Melayu

    Prinsip pembangunan mampan dalam novel ‘desir angin di pergunungan’

    Get PDF
    Sustainable development is a development that is conservatory in perspective. Sustainable development gives priority towards improving the quality of life by ensuring that developments do not exceed the carrying capacity of the natural environment while at the same time fulfills societal needs. This paper discusses how sustainable development principles are being applied in a Malay novel titled Desir Angin di Pergunungan. The author of this novel successfully ties the principles of sustainable development into his creative writing thus proves that creative writing can indeed contribute towards disseminating interdisciplinary knowledge to a larger audienc

    Alam sekitar dalam novel-novel penulis Sarawak : analisis kritikan Eko / Maharam binti Mamat

    Get PDF
    Kajian ini menggunakan pendekatan Eko untuk menganalisis bagaimana penulis Sarawak menterjemahkan alam sekitar dalam karya berdasarkan isu-isu yang diangkat dalam novel mereka. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis bentuk persaingan antara spesies yang terdapat dalam novel, mengkaji punca berlaku kemerosotan mutu alam sekitar akibat pencemaran dalam karya, meneliti kesan guna tanah terhadap alam sekitar dan menganalisis gaya bahasa bagi menggambarkan unsur alam yang terdapat dalam novel Sarawak terpilih. Kajian ini menemukan bahawa novel yang dihasilkan berjaya menyelami bagaimana kemerosotan mutu alam sekitar akibat pencemaran berlaku, seterusnya mempersembahkan kesan guna tanah terhadap alam sekitar akibat pelbagai aktiviti manusia terhadap alam. Berdasarkan analisis, didapati terdapat kecenderungan pengarang untuk mengangkat elemen alam sekitar dalam karya dan cuba meningkatkan kesedaran pembaca tentang kepentingan alam melalui paparan kesan dan impak terhadap alam sekitar. Persaingan antara spesies diaplikasikan dalam novel berdasarkan persaingan interspesies dan intraspesies melibatkan penjajah, orang yang dijajah, masyarakat peribumi dan kepercayaan terhadap kuasa supernatural. Impak terhadap persekitaran berlaku disebabkan degradasi hutan secara tidak terkawal, kemerosotan mutu kehidupan akibat pencemaran, kemusnahan ekologi, dan warisan budaya akibat penenggelaman hutan untuk pembinaan empangan. Kesedaran tentang kepentingan cara hidup yang seimbang antara pembangunan material dan kesejahteraan hidup secara semulajadi di persekitaran yang sihat menyebabkan wujud kesedaran untuk mengaplikasikan pembangunan lestari, serta corak pembalakan dan pertanian mampan. Elemen alam sekitar yang digunakan melalui bahasa dan ekologi dikesan berdasarkan bagaimana pengarang mengimplementasikan lambang dan bahasa kiasan dalam novel. Penggunaan lambang melibatkan unsur alam abiotik dan biotik, manakala kiasan tentang alam dalam karya diungkapkan melalui penggunaan personifikasi, metafora dan simili dalam novel

    Mencari struktur 'baru' dalam Jagat Kesusasteraan Melayu

    No full text
    corecore