4 research outputs found

    Increasing Technopreneurs for a Developing a Nation: The Majlis Amanah Rakyat (MARA) Experience

    Get PDF
    Prevalence of advanced technology necessitates a change in the way people do businesses where technology.  Techno-entrepreneurs are those who have technopreneurship skills where they operate businesses by optimising the use of technology to innovate new products and services. Technopreneurship is a process of merging technology prowess with entrepreneurial talent and skills. Thus, developing technopreneurship skills (to increase technopreneurs) is becoming an important goal of TVET in Malaysia.  Majlis Amanah Rakyat (MARA), being a statutory agency and the largest in the Ministry of Rural and Regional Development, plays a dual role in education and entrepreneurship development.   In line with its tagline “Entrepreneurship and Global Educationâ€, MARA has been successfully implementing its education transformation in TVET in line with the country’s economic direction.  MARA synergizes entrepreneurship and vocational training with the aim to create ‘glocal’ technopreneurs.    The aim of this study was to identify the factors that contribute to the success of MARA in transforming into an effective agency in providing Technopreneurship Development initiatives and programs. Literature study was the main method used to gather information.  The findings indicate that the success of the agency in increasing the number of technopreneurs was made possible through a well formulated and implemented strategic plan. Among the strateges adapted is the establishment of  an Incubator, MARA Technopreneur Program, Tech-Entrepreneur Program (PUTEK),  Innovation and Research Unit (UNI), International Relation Unit, and MARA Cooperation Alumni graduate TVE institutions  (KALAM). Through their implementations, MARA has supported Malaysian demand for technopreneurs

    Kesedaran Terhadap Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui dalam kalangan Remaja di Malaysia

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesedaran terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan remaja di Malaysia. Tahap kesedaran ini merangkumi elemen pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar terhadap tenaga boleh diperbaharui. Sorotan kajian lepas mendapati penyelidikan dalam kesedaran berkaitan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan remaja belum diteroka sepenuhnya di Malaysia. Justeru, kajian ini telah melibatkan seramai 384 orang responden yang terdiri daripada remaja berusia 10 hingga 19 tahun di beberapa buah negeri di Malaysia menggunakan persampelan rawak mudah. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik menggunakan medium Google Forms dan juga serahan borang soal selidik. Pautan Google Forms yang lengkap dengan kesemua bahagian soal selidik diberikan kepada responden melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Analisis data secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) digunakan dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan tahap kesedaran terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui di kalangan responden adalah sangat baik. Ini jelas menunjukkan remaja telah didedahkan sedari awal persekolahan berkaitan sumber tenaga. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui terutama penggunaan tenaga solar menjelang tahun 2040. Sebagai cadangan, reka bentuk kajian kualitatif boleh diaplikasikan bagi menyelidik isu ini pada masa hadapan. Kajian juga boleh dilaksanakan untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan dan sikap terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui dalam kalangan remaja Malaysia untuk mendapatkan maklum balas yang lebih tepat dan komprehensif

    Kepimpinan Pengajaran dalam Merealisasikan STEM Bersepadu

    Full text link
    Multidisiplin bidang STEM dengan bidang lain merupakan antara program yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semakin rancak memantapkan pendidikan STEM bagi menarik minat lebih ramai pelajar memasuki bidang STEM di peringkat sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kepimpinan pengajaran dalam merealisasikan pendidikan STEM bersepadu. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik dalam bentuk Google Form. Seramai 100 orang guru dari sekolah menengah daerah Seremban, Negeri Sembilan telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Dapatan menunjukkan tahap amalan kepimpinan pengajaran guru STEM dan tahap guru STEM mengintegrasikan pendidikan STEM dengan mata pelajaran lain adalah tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan kepimpinan pengajaran dalam merealisasikan pendidikan STEM bersepadu. Kesimpulannya, guru-guru yang mengamalkan kepimpinan dalam pengajaran mampu merealisasikan pelaksanaan mengintegrasikan pendidikan STEM dengan bidang lain. Sokongan, dorongan dan galakan daripada pihak pentadbir, rakan guru dan ibu bapa akan meningkatkan kesan terhadap kemahiran kepimpinan guru dalam melaksanakan pengintegrasian elemen STEM dengan bidang lain. Sekali gus akan mencapai matlamat dan objektif KPM yang mahu menghasilkan tenaga kerja mahir STEM untuk memenuhi keperluan industri seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.Oleh itu, bagi meningkatkan tahap kemahiran guru, latihan dan kursus profesional yang berterusan perlu disediakan agar pengajaran dan pembelajaran STEM lebih efektif dan bermakna

    corecore