3 research outputs found

    Improve Malay Vocabulary Among Year 5 National Type School Pupils Through Gape Activity

    Get PDF
    Malay language acquisition among National Type School (NTS) is not at a satisfactory level. Malay language is important for Malaysians because it is the main communication language all over Malaysia. The Ministry of Education also makes it compulsory to all Malaysian students to pass the Malay language in examinations. The researcher’s preliminary review shows that NTS pupils have difficulties in identifying verbs which is equivalent to Sivaneswary’s research (2019) which shows NTS pupils are weak in identifying verbs in Malay language. They also face difficulties communicating in Malay because lack in vocabulary of verbs. The previous studies show that NTS pupils need to improve in Malay language. Studies also show that lack in vocabulary can affect pupils’ ability in communicating in Malay. However, there is not much research done to NTS pupils in improving their vocabulary of verbs. Therefore, an action research which includes quantitative and qualitative approach has been done to 30 year 5 NTS pupils. A language activity was carried out to pupils to improve their vocabulary in verbs. Data from pre and post-examinations, and interviews were analysed to examine the effectiveness of the activity introduced. Data shows that the activity has improved pupils’ ability in finding correct verbs. Furthermore, they are found to be motivated to take part in Malay lessons and communications. This research can be done in NTS schools for Malay lessons to aid pupils to improve their Malay vocabulary in verbs and drive them to communicate this language. Teachers can create a lively and entertaining lesson too

    Penggunaan Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih dalam Pembelajaran Matematik bagi Pelajar Sekolah Menengah

    Get PDF
    Penggunaan aplikasi untuk peranti mudah alih telah berkembang dengan pesat dan menjadi isu yang hangat diperkatakan dalam bidang pendidikan serta perkembangan pelajar. Fleksibiliti, mesra pengguna, kecil, kemudahan akses dan pelbagai keupayaan teknologi mudah alih yang lain menjadikannya berharga dan menjadi keperluan pada masa kini. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pelajar sekolah menengah menggunakan aplikasi mudah alih bagi subjek matematik dalam pembelajaran secara kendiri melalui satu kajian kes. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di Terengganu. Pengumpulan data juga dilakukan dengan menggunakan instrumen temu bual kepada 10 orang pelajar daripada populasi 233 orang pelajar sekolah menengah di Terengganu. Hasilnya menunjukkan terdapat perbezaan pembelajaran secara kendiri bagi pelajar lelaki dan perempuan dalam penggunaan aplikasi mudah alih. Oleh itu, pelajar sekolah menengah masih perlu diberikan pengetahuan dan motivasi mengenai pembelajaran secara kendiri kerana penggunaan teknologi seperti aplikasi mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu strategi pengajaran untuk perkembangan kemahiran metakognisi dalam penyelesaian masalah matematik

    Penggunaan video YouTube bagi Meningkatkan Minat dan Pencapaian murid dalam Pembelajaran Geografi Fizikal di Sekolah Menengah

    Get PDF
    Pembelajaran berasaskan teknologi dilihat mampu memberi impak yang positif terhadap pencapaian murid di peringkat sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan video YouTube bagi meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam pembelajaran Geografi Fizikal di sekolah menengah. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah menengah sekitar daerah Kulim Kedah. Rekabentuk kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen yang terdiri daripada dua kumpulan dan menggunakan pendekatan kuantitatif dalam proses pengumpulan data dan penganalisisan data kajian. Populasi kajian adalah seramai 160 murid pelajar tingkatan 3 dan sampel kajian ini adalah persampelan bertujuan berdasarkan ciri yang di tetapkan yang terdiri daripada 64 orang murid-murid Tingkatan 3 yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan set ujian pencapaian untuk mengukur tahap pencapaian dan minat murid terhadap penggunaan video YouTube dalam pembelajaran Geografi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian markah yang ketara bagi kumpulan rawatan kerana sangat minat murid terhadap penggunaan video YouTube dalam Geografi fizikal berbanding dengan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan penggunaan bahan pengajaran seperti video YouTube dapat meningkatkan pencapaian dan ramai pelajar yang berminat untuk belajar Geografi atau mata pelajaran lain yang lebih berpotensi. Kesimpulannya kajian ini dapat memberi kesan positif kepada murid dan guru dalam mengaplikasikan penggunaan video YouTube dalam kelas
    corecore