17 research outputs found

    Pelaksanaan Pedagogi Inklusif bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran

    Get PDF
    Pedagogi inklusif merupakan amalan pengajaran yang melibatkan penyertaan semua murid tanpa mendiskriminasikan berdasarkan latar belakang sosioekonomi, tahap kognitif, gender, budaya dan gaya pembelajaran yang berbeza. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pedagogi inklusif dan meninjau kesan pedagogi inklusif kepada perkembangan sosial murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Tiga orang guru aliran perdana ditemu bual dan data dianalisis menggunakan kaedah analisis tema berpandukan model pengajaran Le Francois. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian kaedah yang digunakan iaitu pembelajaran secara koperatif, pembelajaran secara aktif, pembelajaran Non-Directive Teaching Model, kaedah bercerita dan kaedah pengajaran bersama (co-teaching). Antara kelebihan amalan pedagogi inklusif adalah peningkatan kemahiran sosial murid dari aspek keyakinan diri, bekerjasama, penyertaan bersama, perkongsian idea, dan berdikari. Kepentingan kajian ini telah memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran menerusi akomodasi persekitaran yang menyokong perkembangan kemahiran sosial murid berdasarkan peluang pembelajaran yang disediakan oleh guru

    Peranan sokongan sosial, kekuatan dalaman dan ketahanan diri pelajar berbakat sukan semasa pandemik COVID-19: suatu kajian tinjauan di Malaysia

    Get PDF
    Ketahanan diri seseorang pelajar berbakat sukan boleh dikaitkan dengan peranan persekitaran terhadap dirinya serta keupayaan dalam diri. Dalam konteks situasi semasa seperti pandemik COVID-19, ketahanan diri menjadi semakin penting dan bertindak sebagai faktor pelindung daripada risiko kegagalan pengembangan bakat. Namun, ketahanan diri tidak wujud dengan sendiri dan perlu kepada sumbangan pelbagai faktor. Sehingga kini, kajian terhadap faktor yang menyumbang kepada ketahanan diri yang kukuh terutama semasa menghadapi pandemik COVID-19 masih menjadi topik utama penyelidikan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk meninjau impak sokongan sosial dan kekuatan dalaman terhadap ketahanan diri pelajar berbakat sukan di Malaysia semasa penularan wabak COVID-19. Kajian ini melibatkan pengumpulan data sekunder dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada ketahanan diri pelajar berbakat sukan semasa pandemik COVID-19 iaitu faktor sokongan sosial di persekitaran seperti keluarga, rakan-rakan dan jurulatih, serta faktor kekuatan dalaman seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kesedaran kendiri dan efikasi kendiri. Kajian ini dirujuk penting dalam memberi gambaran berkenaan isu ketahanan diri yang berlaku dalam situasi semasa seperti pandemik COVID-19 yang boleh menjejaskan pengembangan bakat sukan khususnya di Malaysia

    Covid-19's impact on the physical environments of people with intellectual disabilities: a systematic literature review

    Get PDF
    COVID-19 pandemic is a public health issue. From 2019 to 2022, 4.5 million people died from the COVID-19 epidemic. Consequently, COVID-19 has put a significant strain on every single creature in this world. COVID-19 has been associated with lockdown, thus resulting in lockdown related inequities towards most people in this world, with unanticipated consequences for people with disabilities. Building in this debate, this paper aimed to discuss on the impacts of COVID-19 on the physical health of People with Intellectual Disabilities. Based on the Prisma protocol, this systematic literature review examined 28 publications from Web Sources of Science and Scopus.The study identified three themes regarding the impact of COVID-19 on the physical environment of people with intellectual disabilities namely mental health, social isolation, severe health problems, socioeconomic and psychology. This study has significant implications in understanding how PWID are impacted by COVID 19 and urged that early preventative measures should be taken since People with Intellectual Disabilities are considered a vulnerable population, therefore it is crucial to ensure that their health status are sustained

    Kepentingan Sistem Sokongan Rakan Sebaya Terhadap Aspek Sosial Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pembelajaran dalam Kelas Inklusif

    No full text
    Program Pendidikan Inklusif merupakan salah satu platform yang mampu memberikan peluang kepada murid Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) untuk bersosial dengan murid di dalam kelas arus perdana. Disamping itu, murid arus perdana juga berpeluang untuk mengenali murid berkeperluan pendidikan khas secara dekat dan menjalin persahabatan serta bertindak sebagai sistem sokongan rakan sebaya. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka kepentingan sistem sokongan rakan sebaya terhadap aspek sosial Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pembelajaran melalui persahabatan dengan murid tipikal di dalam kelas inklusif. Persepsi Rakan Inklusif sebagai sistem sokongan rakan sebaya juga dikaji. Kajian ini melibatkan 12 orang peserta kajian yang terdiri daripada tiga orang MBPK, tiga orang rakan inklusif, tiga orang rakan sekelas dan juga tiga orang guru yang mengajar di kelas tersebut. Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah yang terletak dipinggir bandar. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian kes menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur dan dianalisis dengan cara analisis kandungan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sistem sokongan rakan sebaya membantu perkembangan sosial MBPK daripada lima aspek sosial iaitu; aspek sosio-emosi, aspek keyakinan diri, aspek penyertaan bersama, aspek bekerjasama, dan juga aspek perkongsian idea. Walau bagaimanapun, masalah kekurangan motivasi telah dikenalpasti terhadap Rakan Inklusif. Oleh itu, penekanan dalam perlantikan Rakan Inklusif yang mengikut garis panduan perlu dilakukan supaya boleh membantu mengoptimumkan perkembangan sosial MBPK

    Strategi Daya Tindak Pelajar Berkeperluan Khas Spesifik Disleksia Terhadap Tekanan Emosi

    No full text
    Tekanan emosi memberikan impak terhadap pembelajaran murid berkeperluan khas dan pentingnya untuk mempraktikkan strategi daya tindak bagi menangani tekanan tersebut. Kaedah kualitatif berbentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi daya tindak murid bermasalah pembelajaran spesifik disleksia. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah temubual digunakan untuk mendalami pengalaman peserta kajian. Sampel kajian adalah seramai 3 orang. Sampel kajian merupakan pelajar berumur tiga belas hingga lima belas tahun yang sedang menuntut di Sekolah Menengah dalam kategori Pendidikan Khas. Analisis bertema digunakan bagi menganalisis data dengan lebih terperinci. Selepas menjalankan analisis, didapati beberapa faktor penting yang dapat membantu memacu kepada daya tindak pelajar bermasalah pembelajaran disleksia seperti faktor emosi. Kajian ini memberikan implikasi kepada institusi pendidikan di samping memberikan kesedaran buat ibu bapa dan masyarakat mengenai kepentingan emosi dalam kalangan murid berkeperluan khas. Selain itu, pihak berkepentingan bertanggungjawab dalam merancang beberapa pelan tindakan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat

    Pemerkasaan Guru dalam Pengajaran dalam Talian untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Program Pendidikan Inklusif

    No full text
    Pengajaran dan pembelajaran untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah dilaksanakan secara dalam talian (PdPdt). Namun, kajian tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian masih kurang dilaksanakan untuk MBPK yang mengikuti PPI secara sepenuh masa. Satu kajian kes menggunakan pendekatan kualitatif dijalankan untuk mengenal pasti elemen penting yang perlu diberi keutamaan. Seramai tujuh orang guru aliran perdana yang berpengalaman mengajar MBPK selama lebih tiga tahun dan mengajar MBPK mata pelajaran teras di PPI dari tiga buah sekolah di dalam daerah Petaling Perdana dipilih sebagai peserta kajian. Kesemua peserta kajian menjalani sesi temu bual dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Data temu bual telah dianalisis secara tematik dengan berbantukan Nvivo versi 12. Hasil dapatan mendapati lima elemen penting yang perlu diutamakan dalam pelaksanaan PdPdt dikenal pasti iaitu (i) kesediaan guru, (ii) teknik pengajaran, (iii) kerjasama dan komunikasi antara guru, (iv) guru sebagai pembuat keputusan, dan (v) kesabaran. Secara keseluruhan, kemahiran guru aliran perdana yang melaksanakan PdPdt untuk MBPK di PPI perlu komprehensif. Maklumat ini penting untuk pelatih guru merangka kursus pembangunan profesional dalam meningkatkan kemahiran PdPdt

    Pendidikan Inklusif Semasa Krisis COVID-19: Persepsi Guru Terhadap Pelaksanaannya untuk Murid Berkeperluan Khas Pendengaran

    No full text
    Kehadiran pandemik COVID-19 ini membawa kepada peningkatan pelbagai ketidaksamarataan di dalam sektor pendidikan bagi individu kurang upaya. Murid bermasalah pendengaran yang mendapatkan pendidikan inklusif terutamanya adalah lebih berisiko dikecualikan daripada mendapatkan pendidikan sama rata disebabkan oleh halangan yang wujud semasa pandemik ini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa fasa pandemik yang dilihat sebagai alternatif bagi pendidikan yang berterusan, mempunyai isu yang tersendiri daripada segi aksesibilitinya yang terhad dan tidak sama rata. Tambahan pula, polisi-polisi yang berkaitan pengawalan penularan wabak COVID-19 seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka juga mengubah sedikit sebanyak lanskap pembelajaran bagi Murid Berkeperluan Khas Pendengaran (MBKP) pasca pandemik. Sebuah kajian telah dijalankan di dua buah sekolah rendah, melibatkan temubual dengan guru inklusif yang terdiri daripada dua orang guru penolong kanan khas, dua orang guru pendidikan khas pendengaran dan dua orang guru aliran perdana di negeri Perak, dan menjawab persoalan kajian: ‘Apakah persepsi guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif MBKP pada era COVID-19?’. Hasil kajian mendapati persepsi guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dalam situasi COVID-19 ini berkait rapat dengan: i) pengetahuan dan pengalaman guru inklusif, ii) peranan dan tanggungjawab guru inklusif, iii) penerimaan guru inklusif terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dan iv) sokongan dan bantuan yang diterima guru inklusif. Kajian ini turut membincangkan bagaimana setiap aspek yang dikenalpasti tersebut terkait di antara satu sama lain dan bagaimana ia memberi implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran inklusif MBKP

    Deaf learners’ experiences in Malaysian schools:Access, equality and communication

    Get PDF
    The Government of Malaysia has embraced international policy guidelines relating to disability equality, including the United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities. Its aim is to ensure that 75% of children with disabilities are included in mainstream classrooms by 2025 as part of a wider agenda to eliminate discrimination against people with disabilities. Including deaf children on an equal basis in the linguistically diverse, exam-oriented Malaysian school system is an ambitious and complex task given the difficulties they face in developing effective language and communication skills. The data presented here are taken from a larger study which explored teachers’, head teachers’, parents’, and children’s experiences of inclusion through in-depth interviews in three Malaysian schools. The study design was informed by a framework developed in the UK to guide best practice of educating deaf children in mainstream schools and focused specifically on the learning environment. This article presents contrasting educational experiences of two deaf adults, and then considers the experiences of four deaf children in their government-funded primary schools. A series of inter-related dimensions of inclusion were identified—these include curricular, organisational, social, acoustic and linguistic dimensions, which impact upon children’s ability to communicate and learn on an equal basis. Poor maintenance of assistive technology, insufficient teacher training and awareness, inflexibility of the education system, and limited home-school communication are some of the factors constraining efforts to promote equal participation in learning. There are promising signs, however, of teacher collaboration and the creation of more equitable and child-centred educational opportunities for deaf children
    corecore