5 research outputs found

    Unsur budaya kaum lain sebagai Jati Diri Kebangsaan dan pemersatu bangsa Malaysia dalam sajak pilihan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

    Get PDF
    Jati Diri Kebangsaan (JDK) ialah teras pembinaan negara bangsa khususnya bagi rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berlainan latar budaya seperti di Malaysia. Oleh sebab itu, pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap JDK menjadi tonggak penting kepada negara. Kajian ini bertujuan menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak yang dikaji dan seterusnya merumuskan pelestarian jati diri kebangsaan dalam sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini dilakukan secara kaedah membaca teliti dan secara analisis kandungan terhadap sajak-sajak terpilih terbitan DBP dari tahun 2010 sehingga tahun 2015. Analisis kajian menggunakan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 sebagai kerangka konseptual dengan menumpukan pada aspek unsur budaya kaum lain sebagai elemen JDK. Dapatan kajian mendapati sajak yang dikaji memperakukan bahawa unsur kebudayaan kaum lain bebas diamalkan, manakala unsur budaya kaum lain yang sesuai berdasarkan prinsip DKK menjadi elemen pemersatu rakyat dan pemangkin semangat JDK di Malaysia

    Jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman

    Get PDF
    Kajian ini merupakan satu analisis tentang jati diri Melayu dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman iaitu Kau dan Aku (1994), Bahtera Madani (2001), Gapura Diri (2002), Bicara Kasih (2004), Zaman Baru (2006) dan Mahligai Kencana (2009). Jati diri Melayu merupakan elemen yang terpenting kerana di dalamnya terkandung khazanah bangsa yang harus dipertahankan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam konteks pembangunan dan pemantapan jati diri masyarakat Melayu kajian ini adalah penting kerana melalui pemahaman jati diri yang mantap akan terpancar ketatasusilaan, kebijaksanaan, ketaatan, akhlak dan pekerti bangsa Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Hal ini wajar diberi perhatian yang serius terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi yang dikatakan mampu mengubah jati diri sesuatu bangsa. Hasil penelitian kajian-kajian lepas rata-rata menyentuh unsur-unsur jati diri. Namun penerokaan aspek jati diri Melayu secara khusus dalam kumpulan puisi pilihan A. Aziz Deraman masih belum diusahakan dengan lebih mendalam. Pengkaji melihat bahawa hasil sastera Melayu seperti ini haruslah dikaji, dinilai, difahami dan dibongkar maknanya kerana bermanfaat untuk masyarakat. Teori Pengkaedahan Melayu janaan Hashim Awang memperkenalkan dua pengkaedahan iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Kedua-dua pengkaedahan utama ini turut memperlihatkan pertalian dan perkaitan antara satu sama lain. Dua objektif kajian adalah pertama, mengenalpasti dan menganalisis jati diri Melayu dalam puisi-puisi A. Aziz Deraman dari sudut teori Pengkaedahan Melayu. Kedua, mengutarakan faktor-faktor yang membantu pencitraan jati diri Melayu dalam puisipuisi A. Aziz Deraman. Teori Pengkaedahan Melayu telah diaplikasikan untuk mengenalpasti dan menganalisis jati diri Melayu yang terdapat dalam kumpulan puisi karya A. Aziz Deraman. Hasil dapatan menunjukkan puisi-puisi A. Aziz Deraman jelas mengutarakan jati diri Melayu. Ini dapat dikenalpasti melalui pemaparan dan pandangan penyair terhadap jati diri Melayu dalam aspek bahasa dan sastera Melayu, jati diri Melayu dalam aspek keagamaan dan jati diri Melayu dalam aspek kebudayaan Melayu. Ketiga-tiga teras jati diri Melayu dalam puisi-puisi A. Aziz Deraman ini menggambarkan pemahaman dan kesedaran A. Aziz Deraman tentang aspek jati diri Melayu yang harus kekal wujud dalam dirinya sekali gus sebagai pembinaan bangsa Melayu. Penganalisisan terhadap puisi-puisi A. Aziz Deraman membuktikan bahawa faktor-faktor yang dijana dari dalam diri penyair seperti iltizam yang padu, minat yang mendalam, pendirian penyair yang teguh dan disebatikan dengan keyakinan Islam digembleng dengan faktor-faktor lain seperti kepelbagaian pengalaman, latar pendidikan, pemerhatian dan renungan, institusi kekeluargaan yang mesra, peningkatan usia, kembara penyair, serta keterlibatan secara langsung dalam institusi seni, budaya, bahasa dan sastera menjadi faktor utama kepada pencetus kelahiran puisi-puisinya yang jelas mencitrakan jati diri Melayunya. Kajian juga mendapati bahawa ketulenan jati diri kemelayuan yang dimiliki oleh A. Aziz Deraman yang terpancar melalui puisi- puisinya dapat berperanan sebagai pengiktibaran dan peringatan, penyampai nasihat, membawa kemanfaatan dan menemukan kemuafakatan kepada masyarakat berlandaskan kepada ajaran dan etika Islam yang menjadi jalinan prinsip penting dalam Pengkaedahan Melayu. Sekali gus mencirikan kepenyairannya yang mempunyai jati diri kemelayuan yang mantap. Oleh yang demikian, pengkajian jati diri Melayu dalam puisi-puisi beliau adalah relevan untuk kepentingan masyarakat, bangsa dan negara pada masa kini dan akan datang

    Jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengenal pasti jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji, menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan DBP dan seterusnya merumuskan pelestarian jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji. Kajian ini mengaplikasikan prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 sebagai kerangka konseptual dengan menggunakan kaedah kajian iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan yang terdiri daripada sajak-sajak terbitan DBP dari tahun 2010 sehingga tahun 2015, merangkumi kumpulan sajak perseorangan dan antologi sajak bersama. Dapatan kajian mendapati sajak-sajak yang dikaji memperakukan bahawa bahasa Melayu, kebudayaan Melayu, dan agama Islam sebagai jati diri kebangsaan manakala, unsur kebudayaan kaum lain diterima selagi ia tidak bercanggah dengan agama Islam. Hal ini sekali gus memperakukan tiga prinsip DKK iaitu kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat rantau ini, unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Di samping itu, DBP didapati melaksanakan peranannya sebagai satu badan autoriti dalam melestarikan jati diri kebangsaan dalam konteks penerbitan sajak-sajak di Malaysia

    Background and language of the Narum community in Marudi, Sarawak

    Get PDF
    The Narum community is located in Marudi, Sarawak and belongs to a minority language community that is heading towards language extinction. In terms of language cognate, there are similarities between the language of the Narum community and the Kenyah community. However, the number of speakers of this language is declining and the number who can master the Narum language well, especially the younger generation is very limited. This puts the language of this minority community in a threatened position. This is a preliminary study aimed to introduce this language community. Data collection was gathered to document the linguistic and cultural situation practised in this language community. In this study, qualitative methods were applied. The data was collected by interviews to obtain data directly from this language community. The findings of this study describe the linguistic and cultural situation of the Narum language community. The attitude of the native speakers who do not pay much attention to their heritage has become one of the causes of the language of this community is increasingly threatened, in fact, this community is also increasingly unknown for their existence. In addition, intermarriage also contributes to the loss of the language of the Narum community and will also destroy the identity of this community. Indeed, it would be a huge loss if this minority community became extinct. Therefore, immediate action needs to be taken to save and preserve it. It not only needs to be immediately recorded and documented, but more importantly, these language communities need to use and know their history and language actively in order to preserve and revitalize their language and cultural heritage for future generations

    Kamus Melayu Sarawak - Melayu Dewan

    Get PDF
    Kamus ini mengandungi 8120 kata dasar dan 5431 kata terbitan berserta contoh ayat dalam bahasa Melayu Sarawak. Kata dasar bahasa Melayu Sarawak ini dikumpulkan oleh pengkaji dari pelosok negeri Sarawak meliputi bahagian Limbang, Miri, Bintulu, Sibu, Mukah, Sri Aman, Betong, Samarahan, Serian dan Kuching. Kata dasar yang dikumpulkan merangkumi kata yang digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu Sarawak dalam kegiatan ekonomi dan sosial seperti flora dan fauna, anggota badan, kata sapaan dan gelaran, serta kesenian dan kebudayaan
    corecore