15 research outputs found

    Spesies Tumbuhan Dalam Makanan Tradisi Masyarakat Bugis Di Pulau Sebatik, Malaysia

    Get PDF
    Kebergantungan manusia terhadap tumbuhan dapat dikenalpasti melalui penggunaan tumbuhan dalam kehidupan. Kertas kerja ini membincangkan nilai tumbuhan yang digunakan dalam makanan tradisi masyarakat Bugis di Pualu Sebatik, Malaysia, semasa menyambut perayaan Hari Raya Aidilfiitri. Kawasan kajian tertumpu di Wallace Bay, iaitu kawasan tumpuan masyarakat Bugis yang masih giat membuat makanan tradisi semasa perayaan. Pengumpulan data dilakukan melaui kaedah pemerhatian ikut serta di lapangan dan temubual. Maklumat yang dikumpul kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat 15 spesies tumbuhan daripada 12 famili digunakan dalam makanan tradisi sebagai bahan utama, pembungkus makanan dan penambah perisa. Manakala analisis bentuk hidup dan kegunaan tumbuhan menunjukkan masyarakat Bugis sangat bergantung kepada spesies tumbuhan daripada famili Zingiberaceae dalam masakan tradisi. Kajian ini penting bagi mengenal pasti nilai spesies tumbuhan dalam kehidupan masyarakat Bugis dan memahami kaedah pengurusan spesies tumbuhan tersebut bagi tersebut bagi kelangsungna makanan tradisi

    Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Dalam Talian Ke Atas Kursus Terpilih Bagi Komponen Kesenian Dan Kebudayaan Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah

    Get PDF
    Susulan penularan wabak COVID-19, institusi pendidikan termasuk Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat penyelarasan kurikulum mereka. Pendidikan secara dalam talian adalah kaedah utama penyampaian kurikulum bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan dalam Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hinggalah ke Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selepas lapan minggu pembelajaran dalam talian diadakan, tinjauan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran khususnya komponen Kesenian dan Kebudayaan ini telah dijalankan. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengalaman baharu pelajar dengan pembelajaran dalam talian dan daya maju pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar. Matlamat kajian ini dapat dicapai dengan meneliti respons daripada 226 pelajar terhadap soal selidik berasaskan kaedah tinjauan. Maklum balas pelajar dalam bentuk skala Likert dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berpuas hati dengan pembelajaran dalam talian yang berterusan kerana mereka menikmati akses berterusan ke atas bahan dalam talian, fleksibiliti untuk belajar mengikut keupayaan mereka sendiri, suasana yang selesa dan keupayaan untuk bercakap dengan bebas. Namun, masalah teknikal dan isu peralatan merupakan halangan yang ketara ke atas pembelajaran bidang Kesenian dan Kebudayaan dalam talian semasa pandemik COVID-19. Pembelajaran dalam talian adalah diterima baik oleh pelajar yang mendaftar dalam komponen Kebudayaan dan Kesenian. Namun, penyepaduan pembelajaran talian terhadap kurikulum bidang Kesenian dan Kebudayaan memerlukan strategi yang lebih baik dan pendekatan yang lebih proaktif

    Struktural Ekosistem dan Tadbir Urus Mahkamah Anak Negeri di Sabah

    Get PDF
    Sistem perundangan tradisional dalam kalangan masyarakat orang asal merupakan sebuah peninggalan unik dari segi sistem kawalan sosial tingkah laku masyarakat serta banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat peribumi di seluruh dunia. Mahkamah Anak Negeri di Sabah merupakan institusi kehakiman yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal perbicaraan yang berlaku dalam kalangan penduduk orang asal atau yang lebih dikenali sebagai Anak Negeri di negeri ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi gambaran secara lebih mendalam berkenaan latar belakang ataupun sorotan literatur berkenaan struktural ekosistem dan tadbir urus yang dilaksanakan khususnya di Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kajian ini menggunakan kualitatif sebagai metodologi kajian iaitu meruju dan menganalisis sumber-sumber primer dan sekunder dalam menghasilkan dapatan kajian. Antara dapatan kajian yang ditemui adalah penjelasan berkenaan struktural ekosistem Mahkamah Anak Negeri Sabah dan tadbir urus Mahkamah Anak Negeri Sabah pada masa kini. Misalnya, hasil daripada penelitian, didapati bahawa bidang tugas Ketua Kampung adalah agak banyak berbanding bidang tugas yang dipegang oleh perjawatan lain yang terdapat dalam struktur pentadbiran Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Oleh itu, penelitian yang lebih menyeluruh dalam struktural ekosistem dan tadbir urus Mahkamah Anak Negeri adalah amat penting untuk memastikan fungsi Mahkamah Anak Negeri Sabah ini dapat dioptimumkan

    The perception and resilience of Bagang community on climate change in Marine Protected Area, Pitas, Sabah, Malaysia

    Get PDF
    Climate change had caused occurrence of more frequent big El Nino and La Nino phenomenon that led to drought and flood disasters onto coastal communities and affecting their quality of life. This study aims to ascertain the perceptions of the coastal community of Kampung Mempakad Laut, Pitas, Sabah, Malaysia which is in the boundary of Tun Mustapha Park on climate change. Data is collected through in-depth interviews with the Bagang community and the data was analysed by descriptive methods. The Bagang community members have knowledge and is aware of the changes in the climate conditions through the happenings of extreme event orchestrated by mother nature that relates to the change in climate phenomena despite not knowing or not familiar with the wellused terms ‘climate change’. Examples of those extreme events are major floods, changes in dry and wet seasons, as well as long unpredictable dry season. They perceive those events as pressure that ultimately threatens their safety and affects Bagang activities. However, they have come up with their own strategies in adapting to the phenomena including precautionary and preparatory measures for enduring natural disasters, modifications of dwelling houses, attempts to increase understanding and cognisance of the changes in environmental surroundings enabling them to come up with better predictions. The experience and resilience of Bagang community that had endured extreme events related to climate change had provided further insights in understanding human’s adaptations to climate change and could become useful guidelines to other coastline communities at large

    Gender roles in the Anchovies Food Supply Chain – Bagang System in Mempakad Laut, North Borneo, Malaysia

    Get PDF
    This article examines the roles of gender in the Bagang system, an organisation of the anchovy supply chain in Mempakad Laut, Sabah, Malaysia bordering the Marine Protected Area named Tun Mustapha Marine Park. Gender study on marine ecosystem management is important to understand the involvement of men and women specifically on how they are complementing each other in ensuring effective resource management. This exploratory study was obtained via qualitative approach as the data collections method including Focus Group Discussion (FGD), interviews as well as field observation. A total of 30 informants participated in this study which were selected through purposive sampling and snowball sampling method. Findings reveal that men and women are equally important in the Bagang system. Men work on marine affairs and material development, while women work on product processing and marketing. The contribution of women in the sustainability of the Bagang system was significantly visible and was treated equally in most aspects notably in financial management and in the decision-makings from the initial to the end of the anchovy supply chain. These findings are very important as guidelines to plan a better sustainable marine management for the future and a fine example of how sustainable fisheries can be achieved in supporting the United Nations Sustainable Development Goals No. 5 which is gender equality

    Sistem tagal dalam industri pelancongan: manfaat kepada komuniti (Tagal tourism, environmental management and the community)

    Get PDF
    Sistem tagal adalah satu kaedah pengurusan biosfera yang popular di Sabah. Ia juga dikenali sebagai bombon yang bermaksud jangan dalam bahasa Kadazandusun. Melalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi atau kawasan tertentu dihadkan bagi tujuan pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut secara berterusan. Pada hari ini, komuniti Kg. Luanti Baru telah mengambil inisiatif mengintegrasikan sistem tagal sebagai sebuah produk pelancongan. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam utilitarian sumber semulajadi tempatan. Kertas kerja ini menjelaskan peranan dan manfaat sistem tagal dalam industri pelancongan di Kg. Luanti Baru, Ranau Sabah terhadap komunit pelaksana. Data diperolehi berdasarkan kajian awal yang dilakukan dengan cara pemerhatian di kawasan kajian, temuramah dan juga kajian pustaka. Secara umumnya, kedudukan sistem tagal dalam industri pelancongan adalah sebagai satu produk pelancongan yang telah menyumbang kepada pengurusan persekitaran yang lebih cekap, penyumbang pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial komuniti. Katakunci: industri pelancongan, komunit

    Dokumentasi tumbuhan ubatan mengikut kearifan tempatan wanita Bugis di Pulau Sebatik, Sabah, Malaysia

    Get PDF
    Artikel ini menghuraikan penggunaan tumbuhan ubatan dalam kalangan wanita Bugis di Pulau Sebatik, Sabah, Malaysia berdasarkan kearifah tempatan. Tinjauan awal mendapati masyarakat Bugis masih mengamalkan tumbuhan untuk kesihatan. Oleh itu kajian dijalankan di Kampung Aji Kuning Sebatik untuk mendokumentasikan sespesies tumbuhan yang sering digunakan kaum wanita Bugis, termasuk kegunaan dan penggunaannya. Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan kajian kepustakaan. Hasil kajian merekodkan 18 spesies tumbuhan daripada 18 famili digunakan dengan kerap di kawasan kajian. Kajian ini penting bagi memahami kepentingan tumbuhan kepada manusia dari segi kesihatan

    Kepentingan pengurusan kolam pancing bagi tujuan aktiviti memancing ikan terhadap masyarakat tempatan: Satu kajian literatur

    Get PDF
    Pada masa ini, aktiviti memancing ikan telah menjadi satu aktiviti yang dikomersilkan dalam bentuk memancing di kolam pancing. Terdapat beberapa isu timbul sehingga berlaku kewujudan kolam pancing antaranya adalah pencemaran air laut dan air sungai, isu keselamatan, keperluan modal yang tinggi untuk melakukan aktiviti memancing ikan di laut, kekangan dalam mengakses ikan di laut yang memerlukan permit dan kebenaran seiring dengan peningkatan bilangan pemancing dan kini, harga ikan di pasaran yang bertambah mahal. Oleh itu, kertas kerja ini membincang tentang kepentingan aktiviti memancing ikan di kolam pancing dalam kalangan masyarakat tempatan agar dapat membuktikan potensi aktiviti memancing di kolam pancing terhadap penghidupan masyarakat tempatan. Maklumat dalam kertas kerja ini adalah dikumpul melalui rujukan kajian-kajian lepas yang akan digunakan untuk memahami fenomena dan isu perkembangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kolam pancing mampu memberi ruang kepada para pemancing untuk melakukan hobi mereka serta mereka juga mendapatkan sumber makanan yang berterusan. Pada masa yang sama, keadaan sedemikian turut memberi keuntungan kepada pengusaha kolam pancing sehingga mampu memperoleh pendapatan sampingan. Aktiviti memancing ikan juga memberi faedah dalam aktiviti pelancongan. Melalui aktiviti memancing ikan maka, ia mampu menarik pelancong ataupun orang luar untuk datang ke kolam pancing tersebut, Jadi, pengurusan ekosistem di kolam pancing sewajarnya perlu diberikan perhatian oleh semua orang kerana ia mampu memberi faedah dalam kehidupan manusia. Dengan keadaan tersebut maka, berlaku keseimbangan ekosistem yang sentiasa berterusan

    Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Tamu Pantai Barat Sabah: Satu tinjauan awal

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan faktor yang mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di pasar tempatan atau dikenali sebagai tamu di Pantai Barat, Sabah. Data dikumpul melalui pemerhatian tidak ikut serta dan temu bual di lima buah tamu di Penampang, Ranau, Tamparuli, Tuaran dan Pekanabalu. Seramai 26 orang responden dalam lingkungan umur 35 hinga 78 tahun telah mengambil bahagian. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penjual untuk terus memasarkan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Oleh yang demikian, responden terhad kepada kalangan penjual. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh faktor yang menyebabkan kelangsungan aktiviti pemasaran tumbuhan ubatan di kawasan kajian, iaitu sumber pendapatan, permintaan, harga, peluang, budaya, kemajuan teknologi komunikasi, pengetahuan tradisi, akses, kelimpahan dan produktiviti. Faktor tersebut seterusnya diklasifikasikan kepada tiga, iaitu faktor ekonomi, faktor sosial dan faktor ekologi. Analisis lanjut mendapati bahawa ketiga-tiga faktor ini sama penting dalam mempengaruhi kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan di Pantai Barat Sabah

    Keberkesanan kaedah pembelajaran dalam talian ke atas kursus terpilih bagi komponen kesenian dan kebudayaan pusat kokurikulum dan pemajuan pelajar, Universiti Malaysia Sabah

    Get PDF
    Susulan penularan wabak COVID-19, institusi pendidikan termasuk Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat penyelarasan kurikulum mereka. Pendidikan secara dalam talian adalah kaedah utama penyampaian kurikulum bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan dalam Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hinggalah ke Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selepas lapan minggu pembelajaran dalam talian diadakan, tinjauan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran khususnya komponen Kesenian dan Kebudayaan ini telah dijalankan. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengalaman baharu pelajar dengan pembelajaran dalam talian dan daya maju pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar. Matlamat kajian ini dapat dicapai dengan meneliti respons daripada 226 pelajar terhadap soal selidik berasaskan kaedah tinjauan. Maklum balas pelajar dalam bentuk skala Likert dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berpuas hati dengan pembelajaran dalam talian yang berterusan kerana mereka menikmati akses berterusan ke atas bahan dalam talian, fleksibiliti untuk belajar mengikut keupayaan mereka sendiri, suasana yang selesa dan keupayaan untuk bercakap dengan bebas. Namun, masalah teknikal dan isu peralatan merupakan halangan yang ketara ke atas pembelajaran bidang Kesenian dan Kebudayaan dalam talian semasa pandemik COVID-19. Pembelajaran dalam talian adalah diterima baik oleh pelajar yang mendaftar dalam komponen Kebudayaan dan Kesenian. Namun, penyepaduan pembelajaran dalamtalian terhadap kurikulum bidang Kesenian dan Kebudayaan memerlukan strategi yang lebih baik dan pendekatan yang lebih proaktif
    corecore