2 research outputs found

    CURRICULUM COMPACTING: DIFFERENTIATING ALGEBRA SYLLABUS ACCORDING TO THE READINESS LEVELS OF GIFTED STUDENTS

    Get PDF
    Gifted learners are unique, in the way they learn i.e. in processing new information and knowledge. Because of their uniqueness, teachers need to identify their learning preferences prior to lesson planning, and differentiate their instruction accordingly with appropriate classroom strategies. This study investigated a differentiation strategy called curriculum compacting, which was applied in the teaching of Algebra among gifted students. Curriculum compacting allows learners who have the potential to pursue higher level or more advanced topics at faster rate. Of the national standard, Algebra I, II, and III are introduced to Form 1, Form 2, and Form 3 respectively. However, at Kolej PERMATApintar, Algebra I, II, and III were compacted, in accordance with the gifted students’ learning preferences i.e. readiness levels, and taught to Form 1 gifted students. A total of 166 Form 1 gifted students participated in this experimental study. Test results were gathered and analyzed representing the effect of curriculum compacting on the gifted students’ achievement. The findings revealed that 38.6% students had excellent understanding of the compacted Algebra syllabus (marks between 85-100), 44% achieved good understanding (marks between 65-84), 11.4% had moderate understanding (marks between 50-64), and only 6% had poor understanding (marks between 0-49). From this study, we can conclude that curriculum compacting is a beneficial differentiation technique for gifted students in the teaching and learning of Algebra

    Persepsi Pelajar Pintar dan Berbakat Terhadap Penggunaan Filem dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Subjek Sejarah

    No full text
    Penggunaan filem dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) merupakan salah satu alternatif yang digunakan oleh para pendidik bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Sejarah. Ia merangkumi elemen penting seperti semangat patriotisme serta nilai-nilai murni yang dapat disampaikan kepada pelajar dengan kaedah santai dan menyeronokkan berbanding kaedah konservatif. Dalam kajian ini, terdapat tiga persoalan utama telah dikenal pasti antaranya tahap persepsi pelajar pintar dan berbakat (PB) terhadap keberkesanan filem dalam PdPc, perbezaan min bagi konstruk keberkesanan filem dalam PdPc, dan tahap kefahaman pelajar PB terhadap keberkesanan filem dalam PdPc subjek Sejarah. Oleh yang demikian, bagi menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan filem dalam PdPc bagi subjek Sejarah, seramai 84 orang pelajar PB dari Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM telah dipilih secara bertujuan bagi memenuhi keperluan kajian ini. Kesemua responden terdiri daripada pelajar Tahap 1 yang berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun. Instrumen skala likert digunakan bagi menilai item-item yang dijadikan kayu ukur terhadap persepsi pelajar PB antaranya konstruk sikap, motivasi, kemudahan akses dan kemahiran pemikiran Sejarah (KPS). Perisian SPSS V 2.0 digunakan bagi menganalisis data-data tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan filem dalam PdPc telah memberikan kesan yang memberangsangkan kepada pelajar PB untuk mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, inisiatif ini turut memberi galakan kepada pengkarya filem untuk menghasilkan lebih banyak lagi filem yang bergenre Sejarah kerana ia secara langsung dapat menyumbang dalam PdPc yang lebih kreatif. Kajian lanjutan berkaitan filem dalam PdPc subjek Sejarah juga harus dijalankan agar ianya dapat dimanfaatkan oleh para guru, pengkaji serta pengkarya seni tanah air pada masa akan datang
    corecore