47 research outputs found

    Pemerolehan Dan Penguasaan Sintaksis Bahasa Melayu di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah

    Get PDF
    Bahasa merupakan satu sistem yang unik dan melibatkan proses kognitif. Bahasa juga merupakan wadah untuk menyampaikan mesej kepada individu lain untuk difahami dan memberi makna. Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 5 tahun merupakan tahap penguasaan bahasa yang paling kritikal. Sehubungan itu, kajian ini dapat memberikan maklumat sebenar tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak khasnya di prasekolah. Persampelan kajian ini sebanyak 48 kanak-kanak, iaitu 25 kanak-kanak di dalam bandar dan 23 kanak-kanak luar bandar di daerah Ampang, Selangor dan jenis ayat yang dikaji ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Tinjauan perbualan dan transkripsi digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data bentuk ujaran ayat kanak-kanak prasekolah. Sehubungan itu, hasil kajian menunjukkan ayat penyata ialah jenis ayat yang paling kerap dihasilkan, iaitu 53.8%, diikuti oleh ayat tanya (25.7%), ayat seruan (11.8%), dan ayat perintah (8.7%). Berdasarkan Min Panjang Ujaran, ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak di dalam bandar ialah ayat penyata (4.85 perkataan), ayat tanya (4.41 perkataan), ayat seruan (4.18 perkataan) dan ayat perintah (4.19 perkataan). Manakala kanak-kanak di luar bandar pula ialah ayat penyata (4.40 perkataan), ayat tanya (4.19 perkataan), ayat seruan (4.72 perkataan), dan ayat perintah (4.29 perkataan). Penghasilan binaan ayat pula, dapatan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dalam kajian ini, menghasilkan ayat yang berstruktur Frasa Nama + Frasa Kerja dan Frasa Nama + Frasa Adjektif. Selain itu, taraf sosioekonomi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan jenis ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak prasekolah. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kanak-kanak di dalam bandar dengan luar bandar dalam menghasilkan ayat penyata (X2 = 5.59) dan ayat tanya (X2 = 30.44) tetapi tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam ayat seruan dan ayat perintah. Secara keseluruhan pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah merangkumi pelbagai jenis ayat. Mereka berkebolehan menghasilkan jenis-jenis ayat bahasa Melayu terutamanya jenis ayat penyata, ayat tanya dan ayat seruan dengan mudah berbanding ayat perintah. Kesimpulannya, didapati lokasi tempat tinggal, kedudukan taraf sosioekonomi keluarga dan pendedahan serta rangsangan merupakan agen yang mempengaruhi pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah

    Kesan bercerita terhadap pencapaian penulisan karangan naratif Bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan penggunaan teknik bercerita dalam pembelajaran penulisan karangan naratif murid-murid tingkatan satu. Teknik bercerita merupakan satu bentuk teknik pembelajaran yang dapat menimbulkan minat belajar dalam kalangan murid. Cerita yang mengandungi tema dan plot juga diwarnai dengan penggunaan gaya bahasa, latar, situasi, dan sudut pandangan yang baik mencorak penceritaan yang baik. Justeru, kajian ini telah dijalankan kepada seramai 66 orang sampel kajian murid tingkatan satu di sebuah sekolah menengah kebangsaan di negeri Selangor bagi mengetahui kesan bercerita terhadap hasil penulisan karangan naratif murid-murid. Sampel diberi praujian dan pascaujianrawatan pengajaran menggunakan teknik bercerita. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi penulisan karangan naratif murid-murid sebelum dan selepas diberikan rawatan teknik bercerita,iaitu t (33) = 5.36, p = 0.01, d = 0.92. Markah penulisan karangan naratif murid-murid kumpulan eksperimen juga menunjukkan peningkatan, iaitu semasa praujian dengan markah 14.74 kepada 23.15 semasa pasca ujian. Oleh itu, bercerita boleh dipertimbang oleh para guru sebagai teknik pengajaran alternatif dalam usaha meningkatkan pencapaian penulisan karangan naratif dalam kalangan murid-murid

    Keberkesanan cerpen dalam mempertingkatkan prestasi penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid

    Get PDF
    This research analyses the effectiveness of literature texts to upgrade the performance of 64 average-achiever students in Form Two. This experimental research was conducted to compare the effectiveness of the use of literature texts and conventional methods of teaching composition. Both groups were given two tests, namely pre-test and post-test to compare the performance of the overall composition, elaboration of points and sentence type. The research findings of the pre-test and post-test show that the teaching of composition using the literature texts is more effective than the conventional method

    Penggunaan peta pemikiran I-Think dalam pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan untuk menganalisis keberkesanan penggunaan lapan peta pemikiran i-Think dalam pemahaman KOMSAS bagi genre novel. Kajian ini melibatkan sebanyak 60 orang murid Tingkatan Empat daripada dua buah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, di Serdang, Selangor. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen bagi melihat pencapaian murid dalam pemahaman KOMSAS. Instrumen yang digunakan bagi soalan praujian dan pascaujian ialah enam soalan novel yang bertajuk PAPA (akhirnya kau tewas jua!). Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Pemerolehan data telah dianalisis oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu melibatkan ujian t, min dan sisihan piawai. Hasil daripada analisis ujian t dalam pascaujian, pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pencapaian pemahaman KOMSAS Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Eksperimen, t (58) = 2.189, p = 0.033 (signifikan jika p < 0.05). Walaupun peningkatan skornya adalah sederhana namun, penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pemahaman KOMSAS. Selain itu, dapatan juga menunjukkan adanya peningkatan dalam skor pascaujian berbanding praujian bagi Kumpulan Eksperimen, iaitu t (29) = -14.194 dan p = 0.000 (signifikan jika p < 0.05). Dapatan yang seterusnya dilihat daripada analisis ujian-t dalam pascaujian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian murid bukan Melayu dalam pemahaman KOMSAS antara Kumpulan Eksperimen dengan Kumpulan Kawalan, iaitu t (41) = 2.929 dan p = 0.006, (signifikan jika p < 0.05). Hasil kajian menunjukkan penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think yang digunakan dalam proses PdP memudahkan murid memahami jalan cerita sesebuah novel yang dipelajari dan menggalakkan proses Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penggunaan kaedah ini telah meningkatkan pemahaman murid terhadap elemen sastera dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Oleh itu, murid dapat menguasai hasil pembelajaran Bahasa Melayu dan KBAT dengan lebih berkesan sekaligus meningkatkan motivasi diri untuk terus mempelajari KOMSAS

    Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peningkatan penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu di kawasan Putrajaya. Kajian ini untuk mengenal pasti strategi dan teknik yang digunakan dan mengenal pasti elemen lakonan yang digunakan dalam pengajaran penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur. Sebanyak 80 orang sampel yang terdiri daripada guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah menengah di kawasan Putrajaya telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik tersebut mengandungi demografi responden, strategi dan teknik pengajaran penulisan karangan yang digunakan melalui teknik didik hibur, elemen lakonan yang digunakan dalam teknik didik hibur dan permasalahan yang dihadapi dalam pengajaran penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi dan teknik pengajaran penulisan karangan yang digunakan melalui teknik didik hibur secara keseluruhannya min 3.16 (S.P = 0.68). Dari segi elemen lakonan dalam teknik didik hibur yang digunakan secara keseluruhannya memperoleh min 3.69 (S.P = 0.55). Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa teknik didik hibur yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan penulisan karangan

    Student teachers of malay language as a first language: do they have the confident?

    Get PDF
    The objective of the study was to assess the teaching confidence of student teacher who’s specialization is Teaching of Malay as a First Language. The specific objectives were to determine the teaching confidence in terms of student engagement; instructional strategies; classroom management and teaching with computers in classroom. Data were gathered from a sample of 53 student teachers. Findings indicate that a majority of the respondents had a high level of confidence in terms of student engagement (Mean: 3.97, S.D: 0.29), instructional strategies (Mean: 3.93, S.D: 0.38), classroom management (Mean: 3.90, S.D: 0.32) and teaching with computers in classroom (Mean: 3.83, S.D: 0.57)

    Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah: kajian satu kes pelbagai lokasi

    Get PDF
    Amalan pengajaran karangan Guru Cemerlang Bahasa Melayu di dalam bilik darjah yang difokuskan di dalam kajian ini bermaksud, apa-apa sahaja bentuk komunikasi lisan yang berkaitan dengan cara atau sistem mengajar sama ada dengan penggunaan pendekatan, kaedah atau teknik dalam melaksanakan segala sesuatu yang dirancang, disediakan, dikembangkan dan diakhiri dengan penilaian dan maklum balas. Pengkaji mendapati tahap penguasaan penulisan karangan pada peringkat sekolah menengah hari ini masih memerlukan pemantauan berkala yang tekal. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes, "satu kes pelbagai lokasi", iaitu menyelidik hakikat permasalahan pengajaran karangan dalam konteks keadaan sebenar. Maklumat kajian diperoleh menerusi kaedah rakaman video, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen berkaitan. Seramai lima orang Guru Cemerlang Bahasa Melayu telah dipilih menggunakan kaedah persampelan purposif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran penulisan karangan masih mengekalkan pendekatan tradisional iaitu guru memberikan segala perincian pelajaran kepada murid dan pengajaran berpusatkan guru masih mendominasi proses pengajaran karangan di dalam bilik darjah. Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa kekangan dan masalah yang nyata. Justeru, adalah dicadangkan supaya dalam usaha untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat sistem pendidikan bahasa, aspek pedagogi guru haruslah diberi penekanan sepenuhnya bagi memastikan amalan pengajaran guru dapat menzahirkan apa-apa yang telah digariskan sebagai matlamat pendidikan bahasa. Kajian mencadangkan supaya setiap guru seharusnya bertindak sebagai pengkaji yang sentiasa menyelidik perkaitan antara pengajaran dengan perkembangan penulisan murid di dalam bilik darjah masing-masing. Amalan pengajaran karangan yang berkualiti di dalam bilik darjah mampu melahirkan karya-karya penulisan yang segar dari kaca mata generasi muda demi memperkaya khazanah ilmu bangsa dan dunia

    Verbal interaction in teaching and learning of Malay language

    Get PDF
    Teachers' abilities in performing teaching and learning depends on the selection of teaching strategies. Teachers also need to be wise in selecting appropriate techniques, methods, and approaches. The impact of teaching depends on all the elements that are used by teachers to stimulate and encourage students to think critically and creatively, thus being able to communicate and interact effectively. This study aims to identify the form of verbal interaction frequently used by Malay Language teachers in teaching and learning activities in the classroom. The study samples are of 113 teachers from 13 mainstream secondary schools in the rural areas in Kluang, Johor. Data were analyzed by using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 16.0. The findings showed the mean of 2.78 (SD = 0.42) for verbal interaction initiatives frequently used by teachers during teaching and learning of the Malay Language. This is followed by a form of verbal interaction that is often used by teachers while delivering information with the mean of 2.88 (SD = 0:47), while the form of verbal interaction that is often used by teachers when giving instructions showed the mean of 2.68 (SD = 0.49), and the form of verbal that is used by teachers to end classes denotes the mean of 2.67 (SD = 0.49). Finally, this study shows the average mean and the verbal interaction between teachers and students is best when the use of strategies, methods, techniques, and approaches are appropriate

    Students' reading comprehension performance with emotional literacy-based strategy intervention

    Get PDF
    An effective reading comprehension process demands a strategy to enhance the cognitive ability to digest text information in the effort to elicit meaning contextually. In addition, the role of emotions also influences the efficacy of this process, especially in narrative text comprehension. This quasi-experimental study aims to observe students’ performance in the Reading Comprehension Test resulting from Emotional Literacy-Based Reading Comprehension Strategy (ELBRCS), which is a combination of cognitive and affective strategies. This study involved 90 students, whereby 45 students were clustered in the Experimental Group and received the ELBRCS intervension. The remaining 45 students were placed in the Control Group and underwent the conventional strategy (prevalent classroom method).The students’ reading comprehension performance was measured using the Reading Comprehension Test (RCT). The findings show that the experimental group received a higher score than the control group for RCT. The intervention has successfully increased student’s Reading Comprehension from literal comprehension to higher levels of comprehension i.e. inferential, evaluative and appreciative levels, as indicated by Barret’s Taxonomy
    corecore