2 research outputs found

    Unsur-unsur romantisisme yang terdapat dalam filem lakonan dan arahan serta nyanyian P.Ramlee / Noor Hayati Itam Ganti

    Get PDF
    Tujuan dan matlamat: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji apakah unsur-unsur Romantisisme yang terdapat dalam lagu nyanyian , ciptaan mahupun filem lakonan atau arahannya, selain bertujuan unmk mengakaji bagaimana unsur-unsur tersebut dapat menjadikan filem-filem atau lagu-lagunya bukan sahaja berkualiti tetapi tahan ujian masa. Lagu-lagu beliau dan filem-filemnya kaya dengan tema masyarakat, justeru penulis juga akan cuba mengupas tema persoalan masyarakat yang sentiasa menjadi elemen utama yang merupakan fabor pendorong menjadikan filem dan lagunya digilai ramal

    Grafika design (pembuatan banner, bunting dan backdrop) / Abd. Razak Abd. Rahman...[et al.]

    Get PDF
    Dalam persediaan menuju ke alaf baru di samping dengan pertumbuhan ekonomi yang produktif, bidang perniagaan telah mengalami perubahan yang drastik yang mana kini semakin ramai golongan Bumiputera yang semakin berani menceburi bidang ini selari dengan inspirasi kerajaan yang inginkan penyertaan Bumiputra terlibat secara langsung di dalam program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang melibatkan bidang teknologi tinggi. Setelah mengkaji dan membuat penyelidikan kami telah sebulat suara dan bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat Grafika Design iaitu membuat kain rentang (banner), kain menegak (bunting) dan membuat backdrop. Selain membuat dan memasang backdrop kami juga menyediakan perkhidmatan pemasangan ‘banner’ dan ‘bunting’ secara percuma di dalam kawasan sekitar Bandar Melaka sebagai salah satu strategi perniagaan kami. Kami memilih bidang pemiagaan ini adalah untuk mewujudkan persaingan yang sihat kerana perniagaan seperti ini dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera. Kami juga yakin persaingan seperti ini menjadikan pemiagaan ini mempunyai prospek yang luas dan mempunyai potensi cerah untuk dimajukan lebih-lebih lagi hanya segelintir sahaja golongan Bumiputera yang berani menceburi bidang ini. Kami merancang untuk memulakan operasi perniagaan pada Januari 2001. Perniagaan ini dijalankan secara perkongsian yang terdiri daripada lima orang ahli rakan kongsi berdasarkan modal yang telah dipersetujui. Kami telah menetapkan modal keseluruhan sebanyak RM 80 000 dimana RM 30 ribu melalui pinjaman manakala RM 50 ribu lagi melalui perkongsian sama rata di antara rakan kongsi
    corecore