4 research outputs found

    Faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk menerokai penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Teluk Kemang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktorfaktor yang mempengaruhi motivasi pelajar Cina terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan ekstrinsik berdasarkan pelajar Cina yang dikaji. Responden kajian ini terdiri daripada sekumpulan pelajar tahap 2 yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Telok Kemang. Kajian ini telah mengaplikasikan Teori Motivasi Robert C. Gardner (2005) untuk melihat faktor intrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi motivasi pelajar Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu. Keseluruhan sampel ialah seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor ekstrinsik lebih mempengaruhi motivasi dan minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah. Hal ini demikian kerana rakan sebaya yang sering membantu dan menjadi rujukan para pelajar menjadi faktor utama dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar ini

    Analisis kesalahan dalam penulisan pelajar bahasa kedua dari aspek morfologi

    Get PDF
    Dalam proses penguasaan bahasa kedua, kesalahan dalam penggunaan bahasa sering kali dilakukan oleh murid-murid bahasa kedua tersebut. Kesalahan yang dilakukan biasanya bermula daripada kesalahan bahasa dalam pertuturan. Kemudian, kesalahan tersebut akan terbawa-bawa dalam penulisan pengguna bahasa kedua tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesalahan bahasa dari aspek morfologi dalam penulisan murid-murid Cina tahun 5. Dalam pada itu, skrip jawapan bahagian C kertas penulisan beberapa orang murid tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Telok Kemang telah dijadikan sebagai bahan kajian. Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Bahan kajian yang telah dipilih dianalisis menggunakan Teori Analisis Kesalahan oleh Corder (1981). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks. Hasil kajian menunjukkan kesalahan morfologi yang dilakukan oleh murid-murid Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ialah kesalahan dalam penggunaan imbuhan awalan “di-”, imbuhan awalan “meN-” dan alomorfnya, serta kesalahan dalam pemilihan istilah dalam penulisan murid-murid Cina

    Athlete's dependence and acceptance on the language of health article writing in the press

    No full text
    Malaysians today are beginning to realize the importance of improving their health both physical fitness and mental intelligence. Nowadays, the press is one of the mediums that can be accessed by the public to obtain health information through health articles. Therefore, this study was conducted to examine the extent to which athlete’s dependence on newspaper health articles to obtain information related to health aspects as well as their acceptance of the language used of health article writing in newspapers. This study uses two methods, namely field study (80%) and content analysis (20%). The research tool in this study is a questionnaire, distributed to 50 respondents consisting of university / state and national athletes. The findings of the study show that the dependence of athletes on health articles in the press is at an excellent level with a mean score of 4.24 (standard deviation: 0.65). Besides, the level of acceptance of athletes towards the language used of health articles writing in the press is at a good level, with a mean score of 4.09 (standard deviation: 4.41). These findings indicate that the newspaper is an option among athletes to obtain information related to health, and the language used in the newspaper is easy to understand and able to influence their cognition, feelings, and behavior
    corecore