22 research outputs found

    Fantasi atau realiti: transformasi RTM ke arah penyiaran radio digital

    Get PDF
    Objektif kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan transformasi industri radio di Radio Televisyen Malaysia. Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap dokumen kajian; (1) Pembangunan dan Perkembangan Penyiaran Radio Digital di Malaysia: Satu Kajian Kes di Radio Televisyen Malaysia; dan (2) Analisis Implikasi Perkembangan Industri Radio dari Era Penyiaran Konvensional ke Era Penyiaran Digital: 1996-2016.Transformasi penyiaran radio konvensional global tidak terhasil secara sendiri. Ia terhasil daripada fenomena digitalisasi dan dibentuk oleh senario industri media. Senario industri media mempunyai hubungan yang signifikan dengan ekonomi dan politik sesebuah negara. Setiap perubahan yang berlaku terhadap penyiaran radio dibuat adalah berasaskan kepada dasar dan perancangan sesebuah negara. Perancangan pendigitalan industri radio di Malaysia telah dimulakan seawal tahun 1997 oleh Radio Televisyen Malaysia. Langkah tersebut diambil selaras dengan Dasar Telekomunikasi Negara dan Dasar Pembangunan Nasional. Bagaimanapun, terdapat jurang pendigitalan yang ketara antara badan penyiaran nasional dan swasta. Hasil analisis mendapati bahawa badan penyiaran nasional itu mempunyai visi dan misi yang jelas mengenai pendigitalan radio, namun pelaksanaan kepada perancangan tersebut berhadapan dengan pelbagai kekangan dan cabaran. Ia menjadikan usaha pendigitalan radio free-to-air di Malaysia sebagai sesuatu yang tidak pasti

    Membudaya Kembali Kajian Radio: Perspektif Era Revolusi Industri 4.0

    Get PDF
    Teori elektromagnetik yang diformula oleh Maxwell telah menyumbang kepada pembentukan industri radio. Radio kemudiannya menjadi sebuah medium yang popular dan kajian terhadap radio menjadi fenomena apabila berperanan sebagai sebuah medium yang berupaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran masyarakat. Radio mempengaruhi masyarakat menerusi kandungan yang disusun dalam bentuk segmen. Drama radio terbitan Orson Welles yang berjudul The War of the Worlds yang disiarkan pada 30 Oktober 1938 telah menjadi pencetus kepada pembangunan ilmu komunikasi. Setelah globalisasi dan televisyen diperkenal, kajian terhadap radio mula berkurangan seolah-olah kajian radio telah mencapai tahap tepu yang tidak boleh berkembang. Penciptaan teknologi digital telah merubah permainan industri apabila berlakunya kebangkitan sarjana yang mengkaji radio dalam ruang lingkup digital. Sarjana lantang berhujah mengenai keperluan teori radio dalam era revolusi industri 4.0 atas justifikasi kekurangan kajian dan teori mengenai radio. Justeru itu, halatuju perbincangan makalah ini adalah untuk membincangkan perkembangan industri radio berdasarkan pemikiran ahli fikir dan sarjana terdahulu dan terkini. Makalah ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama membincangkan tentang idea dan pemikiran sarjana (1930-1950) terhadap radio. Bahagian kedua berhujah mengenai teori radio dan pemikiran sarjana dari tahun 1960 sehingga 1980. Bahagian ketiga membincang mengenai halatuju teori penyiaran radio dalam era digital. Makalah ini ialah usaha untuk menghidupkan dan membudaya kajian mengenai radio yang telah lama mengalami penurunan daripada segi angka

    Peranan, Kandungan & Penyampaian Radio dalam Arus Pendigitalan di Malaysia

    Get PDF
    Peranan radio sebagai alat penyampaian maklumat, hiburan dan pendidikan tidak boleh dinafikan. Secara umumnya, sebelum kehadiran televisyen dan pendigitalan ke atas industri radio konvensional, setiap rumah di Malaysia pasti memiliki set radio kerana fungsi radio yang penting dalam kehidupan masyarakat. Teknologi penyiaran digital telah diguna di Malaysia pada tahun 1996 apabila Astro secara rasmi beroperasi sebagai radio dan televisyen digital berbayar pertama negara. Sebelum Astro beroperasi, kerajaan telah membentuk National Telecommunication Policy (1994-2020) (NTP). NTP dibentuk untuk memastikan pertumbuhan perkhidmatan telekomunikasi dan penggunaannya menyokong pembangunan kebangsaan, sejajar dengan aspirasi negara. Radio yang merupakan salah satu alat komunikasi moden tertua di negara ini sudah semestinya mengalami banyak perubahan secara fizikalnya apabila teknologi penyiaran digital diperkenalkan di negara ini. Akses kepada radio tidak lagi terhad kepada penyiaran FM semata-mata, malah teknologi internet telah meledakkan pertumbuhan industri radio tempatan apabila lebih banyak stesen radio atas talian diperkenalkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan radio samada sebagai sumber maklumat dan hiburan adalah bergantung kepada tujuan industri penyiaran sesebuah negara dibentuk yang dapat dibahagikan kepada dua peranan utama iaitu sebagai pemberi maklumat yang dapat dilihat sebagai agen pembangunan negara/nasional. Di Malaysia, pembangunan pesat dalam industri radio selepas era digital secara umumnya masih mengekalkan peranan radio sebagai agen penyampai maklumat, hiburan dan pendidikan kepada masyarakat. Selain itu radio juga boleh berperanan untuk memaksimakan keuntungan berdasarkan kepada kandungan hiburan semata-mata terutamanya apabila industri radio ditubuhkan berdasarkan kehendak pasaran. Malah peranan radio turut mengubah kandungan dan corak penyampaian radio

    Radio in the disintegration era: Migration of the conventional radio in Malaysia

    Get PDF
    Radio is often regarded as one of the important mediums to reach the masses. In the last decade or so, the radio industry has faced unprecedented challenges with new developments in broadcast technology where digital media and digital content have become popular amongst the public. In the past, the development of radio lagged compared to television and other forms of new media in reaching out to the mass listeners. However, digitalisation and convergence in the radio industry have changed the way listeners consume radio content. Migration to digital technology has made access to radio more convenient than ever. We can now tune to radio from various platforms such as smartphones, radio apps, online radio, and television to enjoy music and obtain the latest information about the world around us. This article aims to highlight the issues and challenges faced by the conventional radio in the disintegration era, specifically looking at the development of the radio industry in Malaysia. The lack of academic work about radio within the local context has left a void in understanding the latest developments of the radio industry. This study used a qualitative approach by conducting in-depth interviews with key market players to examine the survival of radio in the disintegration era. The findings show that the migration from conventional to digital radio is gradual and uncertain. Government, industry players and listeners play vital roles in the development and future of digital radio in this era

    Tinjauan awal penerimaan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap radio kampus UMS

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerimaan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap radio kampus milik universiti tersebut dan peranannya. Radio Universiti Malaysia Sabah telah mengalami penjenamaan semula sebanyak dua kali sejak ia ditubuhkan pada tahun 2010. Namun, sepanjang ia ditubuhkan, kajian mengenai penerimaan dan peranan radio tersebut adalah kurang dilakukan. Maka timbul persoalan, masihkah ada yang mendengar radio kampus? Adakah ia diterima baik oleh pelajar universiti? Apakah intervensi yang perlu dilakukan oleh pihak radio kampus sekiranya penerimaan pelajar adalah sebaliknya? Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan seramai 357 orang responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan yang positif pada kadar lemah disebabkan ramai yang masih tidak mengetahui tentang kewujudan radio kampus. Oleh itu radio kampus perlu berani dan keluar daripada kepompong selesa jika ingin memastikan keberkesanan dan kejayaan radio tersebut. Pelajar sepatutnya memanfaatkan kemudahan radio yang disediakan oleh pihak universiti. Selain itu, radio kampus juga perlu lebih berani melakukan perubahan dan menambahbaik penggunaan teknologi sedia ada

    RTM Goes Digital: Process & Challenges

    Get PDF
    Radio and Television Malaysia (RTM) is a broadcasting station own by The Malaysian Government. The study is to examine RTM’s readiness and preparation intended for digital radio broadcasting. These studies apply qualitative approach through in-depth interviews. Issue regarding digital radio are complex and subjective. Moreover, the implementation of digital radio involved technology, organisation and the readiness of RTM. Radio established in Malaya (Malaysia) through electromagnetic wave (analogue) in 1920. As a result of Malaysia formation in 1963, RTM functioned in analogue wave until present. Astro is the first digital broadcasting station in Malaysia. Astro officially aired in 1996 and became a push factor for RTM to begin with the digital project in 2000

    Cabaran dalam Proses Kutipan Data Kaedah Kualitatif Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pandemik Covid-19

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menerangkan mengenai cabaran atau kesukaran yang berlaku dalam proses mengutip data bagi kajian yang menggunakan kaedah kualitatif ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berjalan disebabkan oleh pandemik Covid-19 di Malaysia. Sama ada kaedah kuantitatif mahupun kualitatif, kedua-duanya memerlukan data yang bersifat tulen, lengkap dan berkualiti. Untuk tujuan tersebut, maka proses pengutipan data memerlukan tatacara kutipan data dilakukan dengan berhati-hati dan pada masa yang sama mengikut prosedur terbaik. Kajian ini telah memilih satu entiti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan satu entiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai kajian kes untuk mencapai objektif kajian. Dapatan kajian mendapati terdapat isu dan cabaran yang agak berbeza dalam proses kutipan data melibatkan GLC dan NGO dalam konteks kajian menggunakan kaedah kualitatif. Entiti NGO didapati lebih terbuka dan bekerja sama berbanding entiti GLC dalam proses tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa data yang dikutip daripada NGO adalah lebih komprehensif dan berkualiti berbanding dengan GLC. Ini menunjukkan bahawa, terdapat banyak isu dan cabaran yang dihadapi dalam proses mengumpul data daripada GLC berbanding daripada NGO ketika PKP Covid-19 di Malaysia

    A study on perceived knowledge, attitude, and behaviour towards acceptance of the Covid-19 vaccine among the people of Sabah

    Get PDF
    The Malaysian government vaccination drive to curb the Covid-19 virus has received with mixed responses from the citizen. To manage the vaccination drive, the government urge the people to register their interest using a mobile apps called MySejahtera. However, in Sabah, the state located in Borneo Island the response was very slow. Therefore, this study aims to uncover the perceived knowledge, attitude, and behaviour among the people in Sabah toward the Covid-19 vaccine. It also aimed to find out the proportion of people who accept, refuse and indecisive in getting the vaccine. A survey was administered to 985 respondents inclusive of citizen and the undocumented from Sabah’s three largest urban centres. Both data collection procedures were conducted throughout March 2021.The result shows the overall perceived knowledge, attitudes and perceived behaviour among respondents were positive towards the vaccine. Information seeking and sharing behaviour about vaccines among the respondent are on the high side. Only 50.3% of the respondents indicated that they are willing to receive the vaccine, 27% are indecisive and 22.7% indicated refuse. Female respondents are more positive towards the vaccines. There is no significant difference between age group as well as between the economic background. The study implies that there was a need to have an additional key message on the content, development and how the vaccines work. Specific key messages for the undocumented need to be formulated to increase their overall experience with the vaccine. An investment in Interpersonal communication network was needed in engaging the fence-sitter

    The impact on usage of social media on academic Performance among university students in Sabah – a conceptual paper

    Get PDF
    This is a conceptual paper that attempts to show that social media can improve the academic performance of university students. The study assumes that it is interesting to investigate the impact of social media on university students' academic performance, given the explosion in the number and use of social media sites worldwide. In addition, social media offers new opportunities to engage learners and teachers and can also be used in face-to-face, blended and e-learning settings. This paper highlights the benefits of using social media for effective communication between lecturers and students, and students and fellow students during the online teaching and learning process. Interestingly, the literature in this area also highlights the benefits and risks of using social media in teaching and learning. The findings of the study will also be useful for academics, researchers and policy makers in the context of innovations in teaching and learnin

    A Meta-Synthesis Study on Adaptation of Academic and Research Management during the COVID-19 Pandemic in Public Universities

    Get PDF
    The ability of a tertiary institution to pursue academic studies and research during the pandemic and now endemic covid-19 is a measure of the strength of the university or college in facing the biggest test of this decade. Thus, various measures and approaches have been taken by the university management, especially in ensuring the momentum of study operations and even research at the university does not stop just like that. However, the biggest challenge seen and felt by all parties including students as the most important stakeholders is the online teaching and learning mechanism. Similarly, research planning and the ability of researchers are seen as very critical, especially in the success of data collection activities with the community and matters related to the study location. This meta-synthesis study potrayed the continuous efforts of the university in adapting and at the same time maintaining the quality of knowledge and skills taught are so significant and become the reason for the development of academic activities in crisis situations especially covid-19 pandemic. Studies from 2020 to 2021 were referred specifically to review teaching and learning situations as well as research during pandemics and endemics show that academics and researchers have an optimistic and dynamic attitude in adapting their respective teaching and research approaches
    corecore