22 research outputs found

    Hubungan pekerjaan di Indonesia: perspektif sejarah-perundangan

    Get PDF
    Tujuan makalah ini ialah untuk membincangkan hubungan kerja di Indonesia, khsususnya dalam sektor swasta, menurut perspektif sejarah-perundangan. Permasalahan hubungan kerja pekerja di Indonesia sudah wujud sejak sebelum pengisytiharan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. Metodologi kajian yang digunakan adalah metodologi deskriptif kualitatif dengan pendekatan perspektif sejarah-perundangan. Dapatan kajian pada peringkat awal sejarah hubungan kerja di Indonesia menunjukkan pihak pekerja adalah pihak yang secara sosio-ekonominya mempunyai kedudukan yang lemah sekiranya dibandingkan dengan pihak majikan, sehingga mereka perlu mendapat perlindungan undang-undang bagi memperjuangkan hak mereka. Perlindungan undang-undang terhadap golongan pekerja dan golongan majikan pada asasnya bersandarkan kepada dua prinsip iaitu asas undang-undang kerajaan dan hak asasi kemanusiaan. Semua ini tidak diperolehi oleh golongan pekerja sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan. Apabila Indonesia mencapai kemerdekaan, perundangan buruh baharu telah diperkenalkan bagi memberi perlindingan kepada pekerja

    The anomaly of contempt in the face of the court record

    Get PDF
    Categories and forms of contempt of court are not closed, whereby, judges have the discretion to use this power when they deem appropriate.However, there are a number of traditional categories that have been created and used by the courts in Malaysia and the United Kingdom.Contempt in the face of the court record has not been a traditional category of contempt in either country, and, thus far, has only been recognised in Malaysia in one case.The aims of this paper are to consider what the scope of contempt in the face of the court record is, when it should apply and whether this category is clearly distinct from the other existing categories of contempt of court.It is suggested that it may not have been necessary to create the category of contempt in the face of the court record as there appears to be an overlap between this category and the other categories of contempt of court

    HAK GANTI RUGI PENUMPANG DAN TANGGUNG JAWAB MASKAPAI PENERBANGAN TELAAH UNDANG-UNDANG PENERBANGAN INDONESIA

    Get PDF
    Air transportation is more interested in the various activities. As a flight service consumer, their rights are protected by law, both in the Law No. 1 of 2009 about Aviation and the Law No. 8 of 1999 about Consumer Protection. If passengers are at a lower position compared with airlines in the relationship between consumers and producer. Passengers tend to prefer to take no action if harmed by the airline. One of passenger rights of the most fundamental is the right to compensation effect using airline service as a carrier. When damaged by the airlines, passengers prefer to take no action event hough he has the rights to obtain compensation. This research analyzes about how the air carriers liability of damaged passengers and the concept of liability is applied in the Aviation Act. The data which is used in this research is secondary data and is supported by primary data and are distributed 100 questionnaires to domestic passengers which using purposive sampling. The purpose of this research to know whether the Aviation Act regulate expressly the air carrier liability for losses due to passengers using the airlines and analyze the concept of liability is used in theAviation Act. The results showed that the LawAviation is liable for the loss of passengers which is devided in 4 (four) articles, namely: the loss of passengers who died, permanent disability or injury; damaged or lost register baggage ; damaged or lost cabin baggage; and delaying in passengers, baggage and cargo carrier. There are 3 (three) concepts of legal liability in theAviation Act, they are; the concept of legal liability based on fault; concept of legal liability based on presumption (presumption of Liability); and the concept based on absolute liability. Recommendations of this research are creating immediately regulation of implementing the Aviation Act which related to compentation rights, need for increasing the empowerment of passengers to claim their rights, standard clause in the tickets, need repairing

    Undang-undang pekerjaan

    Get PDF
    Sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara Malaysia, DBP ingin menghadiahkan negara yang dicintai sejumlah 14 jilid buku undang-undang hasil tangan dan sumbangan fikiran 50 orang sarjana undang-undang dari univerisiti awam di Malaysia, iaitu Univerisiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Unviersiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia, dan Universiti Utara Malaysia, yang bermula penghujung tahun 2004. Empat belas jilid Siri Perkembangan Undang-Undang di Malaysia ini menelusuri perubahan serta perkembangan yang berlaku dalam beberapa aspek tertentu sistem perundangan di Malaysia, dalam tahun-tahun selepas merdeka sehingga akhir tahun 2006. Siri ini mengandungi 14 jilid, iaitu: 1. Perlembagaan dan Pentadbiran: Isu Kritikal 2. Sumber Undang-Undang Malaysia: Artikel Terpilih. 3. Pentadbiran Keadilan: Artikel Terpilih. 4. Trend Semasa 5. Undang-Undang Syarikat 6. Undang-Undang Komersial dan Pengguna 7. Undang-Undang Pekerjaan 8. Undang-Undang Alam Sekitar 9. Undang-Undang Keluarga (Sivil) 10. Undang-Undang Multimedia 11. Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa 12. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia 13. Undang-Undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur 14. Undang-Undang Keluarga (Islam). Semoga saranan bernas yang terkandung dalam kesemua jilid ini akan memacu pembentukan common law Malaysia yang sesuai dengan prinsip, aspirasi dan jiwa sebuah bangsa yang merdeka

    LEGAL ANALYSIS ON FORCED LABOUR IN THE CONTEXT OF INTERNATIONAL LABOUR STANDARD AND MALAYSIAN LAW

    Get PDF
    ABSTRAK Isu eksploitasi buruh sehingga kini terus mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa. Ia adalah salah satu bentuk pemerdagangan orang yang ditempelak masyarakat dunia. Sebagai sebuah negara yang menjadi ahli kepada International Labour Organisation (ILO), isu ini perlu dipandang serius dan dibanteras. Artikel ini bertujuan mengkaji standard perburuhan antarabangsa dan peruntukan undang-undang di Malaysia berkaitan buruh paksa dan pemerdagangan orang dengan menganalisa kerangka perundangan dan isu-isu berkaitan menggunakan metodologi doktrinal dan kajian kepustakaan termasuk analisa beberapa kes-kes yang diputuskan di mahkamah. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang tempatan seperti Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)[Akta 670] yang mencakupi aspek eksploitasi dan paksaan, begitu juga Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], dan namun terdapat dakwaan bahawa masih terdapat lacuna dalam undang-undang ini dan ianya memerlukan penambahbaikan bagi menangani isu eksploitasi buruh atau amalan buruh paksa di Malaysia dengan jayanya. Dapat disimpulkan bahawa oleh kerana terma buruh paksa tidak didefinisikan dalam mana-mana undang-undang di Malaysia  ia menyebabkan ketidakjelasan dan kesukaran dalam pemakaian dan penguatkuasaan undang-undang. Justeru, amat penting untuk memahami dengan tepat sesuatu terma yang dimaksudkan dalam perundangan bagi memastikan sejauh mana ekstremnya eksploitasi buruh atau amalan buruh paksa dalam konteks negara MalaysiaABSTRACT The issue of labour exploitation has been given media coverage at local and international level, particularly in the oil palm plantation sector. It is one form of human trafficking which has been condemned by the international community.  As a member of the International Labor Organization (ILO), this issue needs to be taken seriously. This study aims to examine the international labour standard and the Malaysian law relating to forced labor and trafficking in person by analysing the related legal framework using a doctrinal methodology and library based research as well as analysis of selected decided cases. Although Malaysia has local laws such as the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling  of Migrants Act 2007 (ATIPSOM) [Act 670] which covers aspects of exploitation and coercion,as well as Employment Act 1955 [Act 265]and Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act, 1990 [Act 446), however, there are allegations that there are lacuna in these laws which need to be improved in order to address the issue of labour exploitation or forced labor practices in Malaysia successfully. It may be concluded that since the terms of forced labor are not defined in any law in Malaysia it causes ambiguity and difficulties in the application and enforcement of law. Thus, it is very important to carefully understand the intended meaning of a term in the legislation to ensure the extent of labour exploitation or forced labor practice in the Malaysian context.   ABSTRAK Isu eksploitasi buruh sehingga kini terus mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa. Ia adalah salah satu bentuk pemerdagangan orang yang ditempelak masyarakat dunia. Sebagai sebuah negara yang menjadi ahli kepada International Labour Organisation (ILO), isu ini perlu dipandang serius dan dibanteras. Artikel ini bertujuan mengkaji standard perburuhan antarabangsa dan peruntukan undang-undang di Malaysia berkaitan buruh paksa dan pemerdagangan orang dengan menganalisa kerangka perundangan dan isu-isu berkaitan menggunakan metodologi doktrinal dan kajian kepustakaan termasuk analisa beberapa kes-kes yang diputuskan di mahkamah.Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang tempatan seperti Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)[Akta 670] yang mencakupi aspek eksploitasi dan paksaan, begitu juga Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], namun terdapat dakwaan bahawa masih terdapat lacuna dalam undang-undang ini dan ianya memerlukan penambahbaikan bagi menangani isu eksploitasi buruh atau amalan buruh paksa di Malaysia dengan jayanya. Dapat disimpulkan bahawa oleh kerana terma buruh paksa tidak didefinisikan dalam mana-mana undang-undang di Malaysia  ia menyebabkan ketidakjelasan dan kesukaran dalam pemakaian dan penguatkuasaan undang-undang. Justeru, amat penting untuk memahami dengan tepat sesuatu terma yang dimaksudkan dalam perundangan bagi memastikan sejauh mana eksploitasi buruh atau amalan buruh paksa dalam konteks negara Malaysia.
    corecore