20 research outputs found

    Religiosity, personality development and protective mechanism against disobedience: a review

    Get PDF
    This paper reviews selected articles on the role of religiosity in two main aspects: personality development and protective mechanism against disobedience. In the first part, several studies consistently found that religiosity and personality are highly correlated. Agreeableness and Honesty-Humility are two main personality characteristics that reflect the personality of religious people. These findings correspond to the existing literature on Islamic principle of akhlak vis-àvis personality that indicated the desirable and virtuous characteristics of people with faith. The second part is on the role of religiosity as a protective mechanism against various acts of disobedience. Reviews of selected work indicated that generally, higher religiosity cause the lower involvement in alcoholic drinking, tax evasion, depressive syndrome and drug usages. New studies on exploring the underlying process on causation effects of religiosity from Islamic perspective, on the personality development and as protective mechanism against different forms of disobediences are thus, strongly recommended

    [Interaction Factors with Al-Quran in The Appreciation Process of Students’ Religious Lives in Ukm ] Faktor Interaksi dengan al-Quran dalam Proses Penghayatan Kehidupan Beragama Pelajar-Pelajar UKM

    Get PDF
    Al-Quran has elements of therapy to offer peace in daily life. Furthermore, the miracle of al-Quran via its sacred verses is able to treat the physical and spiritual illness. This miracle was revealed to the Prophet Muhammad as the Muslim holy book that is much different than any other books. However, the main concern to various parties, particularly among the students, is the neglect of interaction with al-Quran intensively. Thus, this study aimed to investigate the level of the UKM students’ internalization towards al-Quran and the differences among them in interacting with al-Quran. This study applied quantitative method and the findings were presented descriptively based on frequency and t-test analyses. The study concluded that the interaction between sub-factors believe and practice showed high mean score, while the mean scores of the other six sub-factors of interaction with al-Quran were found to tend to be higher. Further, the t-test showed a significant difference between genders in terms of interaction with al-Quran. Key Words: Miracle of al-Qur'an, interaction with al-Quran, internalization, religious life.   Al-Quran sebenarnya mempunyai unsur terapi bagi mendapatkan ketenangan dalam kehidupan seharian. Malah mukjizat al-Quran melalui ayat-ayat sucinya mampu merawat penyakit-penyakit zahir dan batin. Mukjizat ini telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai kitab suci umat Islam yang jauh berbeza dengan kitab-kitab lain. Namun, kenyataan yang sering membimbangkan banyak pihak khususnya terhadap para pelajar ialah pengabaian daripada sudut interaksi dengan al-Quran secara intensif. Justeru, kajian ini berusaha menjelaskan sejauh mana penghayatan para pelajar lelaki dan perempuan di UKM serta perbezaan di antara mereka dalam interaksi dengan al-Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan dapatan dipersembahkan secara deskriptif berasaskan ujian frekuensi dan ujian-t. Hasil kajian merumuskan bahawa sub faktor interaksi beriman dan mengamalkan menunjukkan nilai skor min yang tinggi, manakala enam sub faktor daripada interaksi dengan al-Quran berada pada skor min cenderung tinggi. Seterusnya, keputusan ujian-t menunjukkan perbezaan interaksi dengan al-Quran yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.   Kata kunci: Mukjizat al-Quran, interaksi dengan al-Quran, penghayatan, kehidupan beragama

    Religiositi sebagai faktor mediasi tingkah laku kerja muslim

    Get PDF
    Sorotan literatur mendapati bahawa tiada perkaitan yang jelas dan empirikal antara religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara empirikal hubungan antara personaliti, religiositi dan tingkah laku kerja dalam kalangan pentadbir Muslim di universiti awam Malaysia. Tiga instrument digunakan dalam pengukuran pembolehubah kajian iaitu NEO Five Factor Inventory (NEO FFI), Muslim Religiosity Personality Inventory (MRPI) dan Inventori Tingkah Laku Kerja Muslim (ITKM). Responden terdiri daripada 228 orang pentadbir dari lima institusi pengajian tinggi awam tempatan. Analisis korelasi, regresi dan mediasi digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara ketiga-tiga pembolehubah tersebut. Analisis korelasi antara ketiga-tiga pembolehubah mendapati bahawa hanya tret personaliti Neuroticism (r = -.21), Extraversion (r = .19) dan Conscientiousness (r = .22) mempunyai hubungan yang signifikan dengan religiositi. Ketiga-tiga tret ini juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan Tingkah Laku Kerja Muslim. Tret Neuroticism (r = -.32), Extraversion (r = .29) dan Conscientiousness (r = .22) juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku kerja Muslim. Analisis regresi menunjukkan bahawa tret Neuroticism, Extraversion, dan religiositi adalah faktor peramal kepada tingkah laku kerja Muslim secara signifikan [F(3,224) = 22.31, p < .05]. Analisis mediasi menunjukkan religiositi menjadi separa-perantara secara signifikan antara tret Neuroticism dengan tingkah laku kerja Muslim (B = -0.29; CI = -0.65 hingga -0.85) dan antara tret Extraversion dengan tingkah laku kerja Muslim (B = 0.28; CI = 0.08 hingga 0.58). Kajian ini mengesahkan peranan religiositi sebagai perantara kepada personaliti dan tingkah laku kerja Muslim serta menunjukkan kepentingan religiositi dalam mencorakkan tingkah laku kerja dalam kalangan pentadbir Muslim di universiti-universiti awam

    Penghayatan agama sebagai pengantara antara hubungan kecemerlangan hafazan dan sahsiah pelajar tahfiz

    Get PDF
    Peningkatan kemasukan pelajar ke dalam bidang pendidikan tahfiz menunjukkan bahawa masyarakat meyakini bidang ini sebagai salah satu medium pembentukan sahsiah. Namun, berlaku masalah sahsiah dalam kalangan pelajar tahfiz yang belum dikaji secara empirikal. Berdasarkan sorotan kajian, faktor kecemerlangan hafazan menjadi satu kayu ukur dalam pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Namun, faktor penghayatan agama merupakan salah satu faktor penting yang perlu difokuskan dalam pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis penghayatan agama sebagai pengantara antara kecemerlangan hafazan dan pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dengan pengumpulan data melalui soal selidik yang dibina hasil dari Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD). Seterusnya soal-selidik yang diedarkan kepada 905 orang pelajar tahfiz yang di maahad tahfiz di bawah Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (PITAS). Analisis EFA (Exploratory Factor Analysis) dan CFA (Confirmatory Factor Analysis) yang dijalankan mengesahkan bahawa terdapat dua sub-faktor penghayatan agama iaitu (i) makruf (ii) mungkar dan dua sub-faktor sahsiah iaitu (i) mahmudah (ii) mazmumah. Analisis Structural Equation Modelling SEM-AMOS digunakan dalam kajian bagi menguji hipotesis kajian. Analisis SEM menunjukkan model penghayatan agama sebagai pengantara dengan kecemerlangan hafazan dan sahsiah mencapai nilai kesepadanan yang baik iaitu (RMSEA=0.05, GFI=0.97, CFI=0.97 dan Chisq/df =3.39). Oleh itu, kajian mendapati penghayatan agama dianalisis sebagai pengantara separa dengan hubungan antara kecemerlangan hafazan dan sahsiah. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati penghayatan agama memberi pengaruh positif dalam pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Faktor penghayatan agama ini perlu diberi penekanan bagi meningkatkan kualiti sahsiah pelajar tahfiz seperti yang diharapkan oleh masyarakat

    Prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim

    Get PDF
    Pengukuran religiositi dan personaliti Muslim adalah penting dalam bidang pembangunan manusia dan psikologi. Persoalannya, adakah religiositi dan personality Muslim boleh diukur? Sekiranya boleh, apakah prinsip yang perlu dipatuhi untuk memastikan alat ukuran tersebut selaras dengan ajaran Islam dan dapat mengukur atribut yang hendak diukur? Justeru, kajian dibuat untuk mengenalpasti prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim. Kajian kualitatif Grounded Theory dilaksanakan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Data dikumpul melalui temubual separa berstruktur dengan enam orang pemikir Islam tersohor di Malaysia. Kajian mendapati, religiositi dan personaliti daripada perspektif Islam boleh diukur berasaskan tujuh prinsip asas. Prinsip tersebut adalah; 1) hukuman atau penilaian berasaskan perkara yang terzahir sahaja, 2) pengukuran religiositi daripada perspektif Islam boleh dibuat, namun nilaian sebenar adalah di sisi Allah, 3) asas pengukuran adalah manifestasi tiga rukun agama iaitu Iman (akidah Islam), Islam (syariat Islam) dan Ihsan (akhlak Islam), 4) Iman perlu dibuktikan dengan amalan, 5) penghayatan syariat Islam yang sempurna melahirkan akhlak yang mulia, 6) simbol yang berkaitan dengan religiositi tidak semestinya mencerminkan religiositi dan personaliti Muslim, dan 7) piawai pengukuran religiositi dan personaliti Muslim adalah Al-Quran dan sunnah. Sehubungan itu, ianya dicadangkan agar turut dijadikan sebagai garis panduan dalam membangun, menilai dan menggunapakai alat ukuran psikologi religiosity dan personaliti Muslim merentas sempadan budaya dan negara

    Penginstitusian pentadbiran hukum syarak di Semenanjung Malaysia

    Get PDF
    Hukum syarak adalah panduan bagi orang Islam. Apabila berdepan dengan masalah yang belum jelas hukumnya, mereka akan merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan. Pada peringkat awal, alim ulamak menjadi tempat rujukan orang ramai mendapatkan penjelasan hukum. Lama kelamaan urusan memberi penjelasan hukum syarak telah diselaraskan pihak berkuasa sehingga menjadi institusi hukum. Setelah melakukan penyelidikan sehubungan itu, ingin saya laporkan proses penginstitusian pentadbiran hukum di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysi

    Institusi fatwa dalam perundangan negara: Satu penilaian menurut siasah syar’iyyah

    Get PDF
    The fatwa intitution in Malaysia is the institution which provides the guide line for the practice of the muslim in the country. The study attempts to look into the fatwa released by the fatwa institution within the scope of the country legal system with emphasize to the appointment Mufti, the procedure to arrive at a particular fatwa and the fatwa enforcemen

    Prosedur mengeluar dan menguatkuasa fatwa di semenanjung Malaysia

    No full text
    Every activity of a muslim in Malaysia should be bound by fatwa. The religious authority has the authority to issue, declare and enforce the fatwa for an activity which is regarded as important. However there are individuals who questioned the fatwa. Among the reason given is that the authorised individual did not understand the procedure and process of the enforcement of fatwa. This article discusses the procedure which has been laid down by the legislature in the process of issuing, declaring and enforcing a particular fatwa until it is given the status of law which can be enforced and prosecuted on those who disobey the fatwa. This discussion includes those who are involved in declaring the fatwa, the procedure of issuing, declaring and the authority of the fatwa which has been issued and enforce
    corecore