15 research outputs found

    Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan Komitmen Kerja dalam kalangan Guru Sekolah Rendah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah

    Get PDF
    Komitmen kerja guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi sesebuah organisasi sekolah. Peranan gaya kepemimpinan transformasi dapat membantu dalam meningkatkan komitmen kerja guru bagi mencapai matlamat sekolah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja di kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah. Sampel kajian ini terdiri daripada 200 orang guru dari 17 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu yang dipilih secara rawak. Soal selidik kajian tinjauan ini mengandungi 62 item dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha sebanyak 0.96 (Bahagian B) dan 0.95 (Bahagian C). Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Korelasi Pearson. Dapatan deskriptif menunjukkan bahawa tahap komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu adalah tinggi. Seterusnya, analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif dan sederhana antara gaya kepemimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu. Di samping itu, analisis Korelasi Pearson turut menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif dan lemah antara dimensi-dimensi gaya kepemimpinan transformasi guru besar seperti karismatik, motivasi inspirasi, stimulasi intelektual dan pertimbangan secara individu dengan komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa gaya kepemimpinan transformasi guru besar mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen kerja guru

    Kajian penghargaan kendiri dan kepuasan hidup pelajar

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan di antara penghargaan kendiri dengan kepuasan hidup dalam kalangan remaja. Kajian ini juga ingin mengenal pasti sama ada dimensi-dimensi penghargaan kendiri iaitu rakan, sekolah dan keluarga adalah peramal utama terhadap kepuasan hidup remaja. Kajian ini melibatkan seramai 316 orang pelajar Tingkatan Dua dari beberapa buah sekolah menengah. Data-data kajian dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Alat ukur yang digunakan di dalam kajian ini ialah Self Esteem Questionnaires (SEQ dan Multidimensional Students’ Life Satisfaction Scale (MSLSS). Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana di antara penghargaan kendiri dan kepuasan hidup dalam kalangan remaja (r = .505). Analisis regresi menunjukkan bahawa faktor penghargaan kendiri iaitu rakan, sekolah dan keluarga adalah peramal yang signifikan kepada kepuasan hidup dalam kalangan remaja. Faktor penghargaan kendiri iaitu rakan dikenal pasti sebagai peramal yang paling kuat (β = .192) berbanding faktor penghargaan kendiri sekolah dan keluarga terhadap kepuasan hidup remaja

    Pengaruh Faktor Psikologi Terhadap Pembelajaran Regulasi Kendiri Murid Sekolah Rendah (The Influence Of Psychological Factors On Primary School Pupils’ Self-Regulated Learning)

    Get PDF
    Pembelajaran regulasi kendiri merujuk kepada kemahiran murid menyusun atur pembelajarannya secara efektif bagi mencapai matlamat pembelajarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologi terhadap pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Faktor psikologi diri yang dikaji adalah efikasi kendiri, orientasi matlamat pembelajaran (intrinsik dan ekstrinsik) dan kepercayaan tentang kepintaran (entiti dan usaha). Kaedah penyelidikan kuantitatif telah digunakan untuk mencapai objektif penyelidikan. Sampel kajian terdiri daripada 639 orang murid Tahun 4 dan 5 dari 10 buah sekolah kebangsaan di Pulau Pinang. Teknik persampelan kelompok telah digunakan untuk memilih responden kajian. Instrumen Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) digunakan untuk mengukur kemahiran pembelajaran regulasi kendiri murid manakala faktor psikologi mereka pula diukur dengan Skala Efikasi Kendiri Kanak-kanak Skala Orientasi Matlamat dan Skala Beliefs of Intelligence. Instrumen-instrumen ini telah diubahsuai untuk digunakan dalam konteks Malaysia. Korelasi Pearson r dan analisis Regresi Berganda Stepwise digunakan untuk menganalisis data kajian. Keputusan pekali korelasi Pearson r menunjukkan bahawa kesemua faktor psikologi yang dikaji mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan pembelajaran regulasi kendiri, kecuali kepercayaan entiti (r = .01, p > .05). Orientasi matlamat intrinsik (r = .52, p < .01) didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan pembelajaran regulasi kendiri manakala efikasi kendiri mencatatkan korelasi yang sederhana (r = .39, p < .01). Faktor psikologi yang mempunyai hubungan lemah namun signifikan dengan pembelajaran regulasi kendiri ialah orientasi matlamat ekstrinsik (r = .08, p < .05) dan kepercayaan usaha (r = .27, p < .01). Hasil analisis Regresi Berganda Stepwise menunjukkan bahawa Model Regresi P3 (orientasi matlamat intrinsik, efikasi kendiri dan kepercayaan entiti) menyumbang sebanyak 31.3% (R2 = .313) perubahan varians terhadap pembelajaran regulasi kendiri [F(3,583) = 88.559, p < .05]. Pengaruh orientasi matlamat intrinsik (β = .473, p < .05) adalah paling tinggi, diikuti dengan efikasi kendiri (β = .128, p < .05) dan kepercayaan entiti (β = .081, p < .05). Model psikologi diri ini memberi sumbangan dalam meramal pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah rendah. Kajian ini menunjukkan bahawa faktor psikologi diri harus diambil kira dalam usaha melahirkan murid yang lebih berdikari dan berkemahiran menyusun atur pembelajaran secara kendiri

    Knowledge sharing among academics in institutions of higher learning

    Get PDF
    The emergence of a new economy has been viewed by many for latest developments where knowledge has become a valuable asset and resource.Since things have changed rapidly in this new economy, the concern is not just what you learn, but also how you can apply what you learn quickly and capture what you have learned. In many ways, knowledge sharing is seen as one of the academic institutions’ natural activities. The academic number of conferences, seminars, workshops and publications far exceeds any other signifying the eagerness, profession and kindness of academics to share knowledge.This paper aimed to identify the current state of knowledge sharing activities among academic staff in Institutions of Higher Learning (IHLs), to point out the important knowledge sharing activities for academics, to find out the most important technologies that are used in developing and gaining knowledge sharing. In addition, it is also aimed at understanding general attitude towards of academics knowledge sharing, to ascertain knowledge sharing motivators and to determine the possible factors that, in their opinion, pose barriers in knowledge sharing activities among academics in IHLs. The overall findings revealed that Knowledge sharing is vital to the success of knowledge management practices in all organizations, inclusive of IHLs and effective knowledge sharing among academics is essential for IHLs

    Review paper on Assessing of depression by Beck Depression Inventory (BDI)

    Get PDF
    The study aimed at investigating the impact of depression on mental health and assessing this disease by Beck Depression Inventory (BDI). Depression is the significant mental disorder that has effect on quality of life and it is one of the main reasons for death in the world. Assessing depression can have an important role to play .The study discusses about measurement that is such an important issue needs to receive a great deal of attention in order to create grounds to be prevented or cured. This tool is appropriate for the study because it allows the reader to understand how to measure and identify symptoms of depression. One of the recommendations of the paper is that the tool should be carefully applied in order to improve mental health and reduce the prevalence of depression

    The effectiveness of psychiatric therapy against Malaysian cancer patients with depressive disorders: a systematic review

    Get PDF
    The aim of this study is to compare depression in terms of treatment between psychotherapy and medical approach or to combine these approaches among cancer patients in Malaysia with respect to the cancer categories. It also studies the major prevalence of depressive disorder in the group together with the specialized clinical connection to the health outcomes. The annual incidence of cancer cases in Malaysia is 30,000 at late stage of the disease. We found 17 eligible researches out of 142 articles which most were under designed of cross-sectional or prospective study, and contained 2,523 cancer patients. This study was conducted on systematic electronic review using the databases such as Pub-Med, Scopus, ScienceDirect, Google Scholar, Wiley Online Library were carried out from the period of time between 2006 and 2015. For data collection purposes, the study goes through the Malaysian articles in English language, in which some of the considered factors were general management principles, cancer level among the depressed patients, the selection of the psychological therapies and the use of antidepressant medication. However, the evidences are still not enough to present an effective diagnostic method for the depressive disorders in cancer patients, and to find a successful antidepressant drug and/or an appropriate psychotherapy in this group of patients. Hence, many different approaches could be presented for psychotherapy. In conclusion, we found increased hazard rates for the cancer death among psychiatric patients compared to the control group without a registered mental illness

    School Resource Officer (Sro) Competencies In Dealing With High School Students Criminal Behavior Based On SPPTP

    Get PDF
    This study focuses on the competencies of School Resource Officers (SRO) on dealing with the crime prevention system and the formation of the personality development using Sistem Pencegahan dan Pemantauan Tingkah laku Pelajar (SPPTP) or Prevention and Monitoring System on Students Behavior. The misconduct of students in secondary schools was identified and it was examined that the causes of serious offenses among school students had shown the tendency towards criminal behavior in schools. 14 schools in Middle Zone of Kedah were selected and 28 SRO were given the resposibilities to monitor the students according to regulation issued by the Inspector General of Police, Malaysia, IGP 96/19, in May 2014 Administrative Instruction No. 14/2004 regarding the misconduct of school students towards criminal behavior in schools

    The potential use of mobile phone technology for knowledge sharing among academics in institution of higher learning

    No full text
    The potentials of mobile phone technology are huge and it has opened possibilities and avenues for enhancing knowledge sharing activities among academics in Institutions of Higher Learning (IHLs).However, it was found that there was lack of academic research on the use of mobile phone technologies for knowledge sharing purposes in IHLs. In IHLs, technologies of mobile phones such as cell phones, smart phones, and PDAs provided with interesting features like camera, video, memory, player of MP3, internet approach and finally, presence in a device, by allowing study anywhere, anytime.This paper aimed to understand academics’ general attitudes towards the use of mobile phone technology in IHLs, to explore the academics perceived usefulness to use mobile phone technology in IHLs, to determine academics’ perceived ease of use of mobile phone technology in IHLs, to understand academics behavioral intention to use mobile phone technology in IHLs, to identify how will mobile phone technologies change the work situation of academics, and to identify the possible services that, in their opinion, can improve mobile phone technology and knowledge sharing among academics in IHLs. The overall findings revealed that there were at least four factors could lead to the adoption of mobile phone technology among academics in an Institution of Higher Learning.These factors were; attitudes towards the use of mobile phone technology, perceived usefulness to use mobile phone technology, perceived ease of use of mobile phone technology, and behavioral intention to use mobile phone technology

    Hubungan antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan Komitmen Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah

    Full text link
    Komitmen kerja guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi sesebuah organisasi sekolah. Peranan gaya kepemimpinan transformasi dapat membantu dalam meningkatkan komitmen kerja guru bagi mencapai matlamat sekolah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja di kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah. Sampel kajian ini terdiri daripada 200 orang guru dari 17 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu yang dipilih secara rawak. Soal selidik kajian tinjauan ini mengandungi 62 item dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha sebanyak 0.96 (Bahagian B) dan 0.95 (Bahagian C). Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Korelasi Pearson. Dapatan deskriptif menunjukkan bahawa tahap komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu adalah tinggi. Seterusnya, analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif dan sederhana antara gaya kepemimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu. Di samping itu, analisis Korelasi Pearson turut menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif dan lemah antara dimensi-dimensi gaya kepemimpinan transformasi guru besar seperti karismatik, motivasi inspirasi, stimulasi intelektual dan pertimbangan secara individu dengan komitmen kerja dalam kalangan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Kulim Bandar Baharu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa gaya kepemimpinan transformasi guru besar mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen kerja guru
    corecore