21 research outputs found

    Isu pembangunan kesihatan luar bandar di Sabah, dari perspektif komuniti

    Get PDF
    Kesihatan merupakan satu dimensi pembangunan mikro, yang tergolong dalam keperluan asas penduduk sesebuah negara. Kesihatan bukan sekadar komponen pembangunan, malahan ia mempengaruhi prestasi pembangunan sesebuah negara. Atas sebab demikian, di Malaysia negara memperuntukkan bajet tahunan yang besar dalam pembangunan kesihatan. Menggunakan data empirical dan sekunder, Kertas kerja ini membincangkan isu-isu pembangunan kesihatan luar bandar di Sabah dari perspektif komuniti. Sebanyak 30 buah komuniti luar bandar dari 5 daerah di Sabah telah dikaji, menggunakan kaedah temu-bual berstruktur ke atas ketua isi rumah terpilih. Dapatan kajian menunjukkan, pada keseluruhan tahap kesedaran komuniti terhadap isu kesihatan adalah tinggi seperti sumber penyakit, penjagaan kesihatan, halangan-halangan kesampaian kepada pengesanan penyakit, rawatan dan penyembuhan. Pada pendapat komuniti, tahap pembangunan kesihatan luar bandar Sabah masih rendah baik yang bersifat fizikal, infrastruktur, sumber manusia mahupun perkhidmatan

    Antara identiti Bajau Samah dan Bajau Ubian, sejauh mana perbezaannya: kajian kes di kampung Pulau Gaya asal, Kota Kinabalu, Sabah

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan sejauhmana wujudnya persamaan dan perbezaan amalan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan antara kumpulan Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif yang menjadikan informan utama sebagai sumber utama data empirikal. Dapatan kajian menunjukkan umumnya identiti sepunya etnik Sama-Bajau mempunyai pengaruh ke atas persamaan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan subetnik Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Dari segi bahasa, sebutan istilah-istilah antara Bahasa Bajau Ubian dan Bajau Samah pada dasarnya adalah sama. Hal ini disebabkan kedua-dua kumpulan etnik Sama-Bajau ini berkongsi identiti bahasa iaitu menuturkan bahasa keluarga Sinama/Sama. Dalam soal budaya perkahwinan pula, ternyata Islam sebagai identiti sepunya komuniti Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal telah membentuk acuan adat-adat perkahwinan mereka. Akad nikah yang mempunyai perkaitan adat nampaknya masih bertaut pada syariat Islam. Unsur-unsur perbezaan amat sedikit berbanding dengan unsur-unsur persamaan adat perkahwinan dan bahasa antara dua kelompok Sama-Bajau. Selain pengaruh identiti sepunya, ia juga terjadi disebabkan oleh jarak sosial yang begitu rapat antara dua kumpulan kerana mereka tinggal bersebelahan dalam sebuah petempatan yang sama. Hubungan sosial yang terjalin begitu lama antara dua kumpulan menyebabkan proses adaptasi dan asimilasi budaya berlaku antara satu sama lain

    Faktor Kelangsungan Penyeludupan Barangan di Sempadan Malaysia, Sarawak (Lubok Antu) dan Indonesia, Kalimantan Barat (Badau)

    Get PDF
    Fenomena budaya “penyeludupan” di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia, terutamayang melibatkan barangan keperluan asas,telah berlaku sejak sebelum terbentuknya negara persekutuan Malaysia. Hasil kajian-kajian terdahulu menunjukkan, walaupun terdapat kawalan ketat di setiap pintu sempadan antara dua buah negara tetapi kegiatan penyeludupan barangan masih berlangsung. Persoalannya kenapa penyeludupan barangan ini terus berlaku? Tujuan kajian ini adalah untuk memahami kenapa kegiatan penyeludupan barangan di sempadan Malaysia-Indonesia iaitu Lubok Antu dan Badau terus berlangsung dalam keadaan kuat-kuasa undang-undang penyeludupan. Lebih khusus lagi, maka kajian ini telah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan berkenaan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan rekabentuk kajian kes. Kaedah temubual mendalam ke atas 15 orang informan yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan dan pemerhatian telah dijalankan untuk memperoleh dapatan yang kukuh. Data kajian dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Kajian ini mendapati,terdapat dua faktor penyumbang kepada faktor-faktor kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan. Pertama, faktor wujudulu yang merangkumi sejarah perdagangan, hubungan kekeluargaan, sentimen kekitaan,budaya dan geografi. Kedua, faktor wujudkemudian yang merangkumi pintu sempadan dan perjanjian-perjanjian sempadan. Kajian mendapati bahawa faktor-faktor wujudulu adalah penyumbang utama kelangsungan kegiatan penyeludupan barangan di kawasan kajian, ia menolak konsep “penyeludupan barangan” dibawah faktor wujudkemudian. Sebaliknya faktor wujudulu mempertahankan konsep bahawa “penyeludupan” hanya melibatkan barangan merbahaya seperti senjata dan dadah. Hal ini seterusnya mempengaruhi persepsi dalam kalangan pihak penguatkuasa pintu sempadan kedua-dua negara, bahawa kegiatan penyeludupan barangan keperluan asasadalah budaya komuniti sempadan yang harus diteruskan

    Diaspora impact to indigenous of Sama Dilaut in Sabah, Malaysia

    Get PDF
    Sama Dilaut is sub-ethnicity, and being a social group belong to the Sama-Bajau of Southeast Asia. Their ancestral settlement scattered along the Sulawesi-Sulu Seas in Sabah and Southern Philippines, and the eastern Indonesian archipelago. Due to the formation of the independent nation-statein the region, today they are separated into different citizens that the Philippines, Malaysia and Indonesia. In Sabah Sama-Bajau, were divided into four social categories, namely diLaut; sea-fisherman; land-agriculturaland urban. After Sabah obtained independence status in 1963, all Sama-Bajau social groups, except diLaut social type, being Malaysian nationality. The question is why the Sama Dilaut as the social category of diLaut, was excluded from Malaysian citizen? This paper identifies and discusses the effects of the diaspora to the indigenous status of Sama Dilaut in Sabah. It‟s found out diaspora factors determined the ability of Sama Dilaut to secure the citizenship. The main consequences of the diaspora factors were i) the failure of mainstream society to understanding diaspora concept of the Sama Dilaut;ii) the mainstream society has been misled Sama Dilaut as illegal immigrants and iii)identity contestation among the social groups of Sama-Bajau. This structural factor has formed the perception among the mainstream society in Malaysia that the Sama Dilaut in Sabah is illegal immigrants or the sea peoples without the country (statelessness)

    Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah (Local knowledge and its potential as a community-based tourism attraction: The case of the Bajau Ubian Community in Mantanani Island, Sabah)

    Get PDF
    Community-based tourism is a type of tourism which seeks to achieve sustainable development of rural communities whereby their standard of living can be improved without jeopardising environmental integrity. Sabah is one of the states in Malaysia that is well-endowed with tourism attractions based on culture and environment. This state has more than thirty ethnic tribes that are rich in native art and distinctive local knowledge and culture among which is the Bajau Ubian tribe of the scenic Mantanani Island. This study found six classifications of local knowledge that could be turned into tourist attractions, namely, cuisine, handicrafts and carpentry, traditional games, life skills, several arts of dance and music, and festival celebrations. Each of these local knowledge had the potential to become a community-based tourist attraction for the Mantanani Island

    Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah (Local knowledge and its potential as a community-based tourism attraction: The case of the Bajau Ubian Community in Mantanani Island, Sabah)

    Get PDF
    Pelancongan berasaskan komuniti adalah pelancongan yang bertujuan mencapai pembangunan lestari agar komuniti luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan alam sekitar di Malaysia. Negeri ini mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik suku kaum yang kaya dengan seni dan kebudayaan masing-masing, antaranya ialah suku kaum Bajau Ubian. Kawasan kajian ini dijalankan di Pulau Mantanani kerana keunikan komunitinya yang hampir seratus peratus adalah daripada suku kaum Bajau Ubian. Pulau Mantanani adalah sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi manakala komuniti Bajau Ubian pula kaya dengan kearifan tempatan tersendiri. Terdapat enam klasifikasi kearifan tempatan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan iaitu masakan, kraftangan dan pertukangan, permainan tradisi, kemahiran hidup, seni tarian dan muzik, majlis keraian dan perayaan. Setiap kearifan tempatan ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti potensi kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian sebagai tarikan pelancongan di Pulau Mantanani

    The identity and social mobility of Sama-Bajau

    Get PDF
    This brief article deals with identity consolidation and its impact on the social mobility of Sama-Bajau in Malaysia, the Philippines and Indonesia. It interprets how identity consolidation among Sama-Bajau has improved their social status. There were three basic components of identity among Sama- Bajau throughout the Malay World during the colonial period: namely the common terms of reference, Sama or Bajau, their language and their religion, Islam. These were closely associated with their being boat people, being relatively un-Islamic, and having a maritime economic base. These characteristics were an embarrassment in the eyes of dominant neighbouring groups, and earned Sama-Bajau a low social status. The ability of Sama-Bajau to raise social status was strongly connected to the dynamic process of identity consolidation. Their history throughout the region implies that when their social status was raised, it was due to a transformation of those three elements of identity, a development which was strongly influenced by both structural and cultural factor

    Implikasi politik Melayuisme Sama-Bajau di Malaysia

    Get PDF
    This paper discusses political implications of Sama-Bajau’s Malayism in Malaysia. Sama-Bajau in Sabah claim that they came from Johor. This means ethnically and ideologically they are Malays. Whenever they encounter any local conflict, such as identity and political conflicts, a Sama-Bajau will look to the Malay culture for source of strength. This process is referred to as Malayism of the Sama-Bajaus. The argument of this paper is that the source of Malay political consolidation in Sabah is the Malayism of the Sama-Bajau and other Muslim indigenous people

    Isu-isu perlaksanaan akta antipemerdagangan orang 2007 (Malaysia): Interpretasi dimensi sosiologikal.

    Get PDF
    Akta Antipemerdagangan Orang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada tahun 2007 (AAPO 670-2007) dan diwartakan pada Februari 2008 selaras dengan Artikel 3 Protokol PBB mengenai human trafficking/smuggling dan sebagai respons Kerajaan Malaysia kepada aktiviti pemerdagangan orang transnasional yang melibatkan wilayahnya, sama ada sebagai negara transit, destinasi atau sumber. Persoalan yang timbul sekarang ialah sejauh manakah perlaksanaan AAPO telah dapat membendung jenayah pemerdagangan orang di Malaysia? Berdasarkan kajiankajian yang ada dan penelitian kes-kes yang dilaporkan oleh pihak berkuasa seperti polis dan imigresen, dan dengan menggunakan perspektif sosiologikal, makalah ini membincangkan isu-isu yang menjadi masalah dalam perlaksanaan AAPO. Hasil penelitian mendapati bahawa matlamat dalam Bahagian Pertama iaitu pencegahan menerusi pembudayaan kesedaran masyarakat ke atas keburukan akibat pemerdagangan orang dan Bahagian Ketiga iaitu menjadikan AAPO sebagai undang-undang peringkat transnasional dan antarabangsa, kerjasama pencegahan dan penguatkuasaan peringkat regional dan antarabangsa masih belum dapat dijayakan. Sebaliknya Bahagian Kedua iaitu Jaminan Hak Asasi Manusia Tidak Dicabul dapat dikatakan lebih berjaya dengan beberapa kejayaan pihak penguat kuasa menangkap dan memberikan perlindungan kepada para mangsa pemerdagangan orang

    Sama-Bajau dalam kanca urbanisasi : pengalaman di Teluk Bone, Sulawesi Selatan

    Get PDF
    corecore