slides

Isu-isu perlaksanaan akta antipemerdagangan orang 2007 (Malaysia): Interpretasi dimensi sosiologikal.

Abstract

Akta Antipemerdagangan Orang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada tahun 2007 (AAPO 670-2007) dan diwartakan pada Februari 2008 selaras dengan Artikel 3 Protokol PBB mengenai human trafficking/smuggling dan sebagai respons Kerajaan Malaysia kepada aktiviti pemerdagangan orang transnasional yang melibatkan wilayahnya, sama ada sebagai negara transit, destinasi atau sumber. Persoalan yang timbul sekarang ialah sejauh manakah perlaksanaan AAPO telah dapat membendung jenayah pemerdagangan orang di Malaysia? Berdasarkan kajiankajian yang ada dan penelitian kes-kes yang dilaporkan oleh pihak berkuasa seperti polis dan imigresen, dan dengan menggunakan perspektif sosiologikal, makalah ini membincangkan isu-isu yang menjadi masalah dalam perlaksanaan AAPO. Hasil penelitian mendapati bahawa matlamat dalam Bahagian Pertama iaitu pencegahan menerusi pembudayaan kesedaran masyarakat ke atas keburukan akibat pemerdagangan orang dan Bahagian Ketiga iaitu menjadikan AAPO sebagai undang-undang peringkat transnasional dan antarabangsa, kerjasama pencegahan dan penguatkuasaan peringkat regional dan antarabangsa masih belum dapat dijayakan. Sebaliknya Bahagian Kedua iaitu Jaminan Hak Asasi Manusia Tidak Dicabul dapat dikatakan lebih berjaya dengan beberapa kejayaan pihak penguat kuasa menangkap dan memberikan perlindungan kepada para mangsa pemerdagangan orang

    Similar works