7 research outputs found

    Interaksi dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah dalam Kalangan Remaja

    Get PDF
    Kemampuan interaksi lisan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana interaksi lisan merupakan satu aspek penting dalam proses komunikasi. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh remaja dalam interaksi lisan, kemampuan berbahasa, dan pertimbangan-pertimbangan komunikatif dalam perbualan formal. Di samping itu kajian ini juga membincangkan aspek kognitif yang mempengaruhi interaksi lisan remaja. Perbincangan kedua-dua aspek ini dilaksanakan dalam kerangka teori etnografi komunikasi dan juga teori Relevan. Kajian ini berbentuk kajian lapangan menggunakan kaedah rakaman audio terhadap aktiviti interaksi lisan yang disertai oleh golongan remaja dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Empat buah sekolah di daerah Kuala Langat telah dijadikan tempat kajian. Rakaman interaksi lisan ditranskripsikan untuk dianalisis menggunakan teori etnografi komunikasi Saville-Troike (2003) dan Teori Relevan Sperber & Wilson (1999,2002). Menurut teori etnografi komunikasi Saville-Troike, setiap interaksi lisan perlu memenuhi kehendak-kehendak komponen yang disarankan, iaitu genre, topik, tujuan, latar, ragam, peserta interaksi, bentuk mesej, kandungan mesej, urutan lakuan, peraturan interaksi, dan norma-norma interpretasi. Manakala dari sudut relevan pula setiap sesi interaksi lisan itu mengambil kira aspek konteks, kesan konteks, dan kos proses dalam memastikan maklumat dapat disampaikan secara berkesan. Dapatan kajian ini membuktikan teori etnografi komunikasi dapat membina satu sistem keteraturan interaksi lisan dalam kalangan remaja dengan menggabungkan kemahiran linguistik dan juga sosiolinguistik. Remaja telah melakukan pelbagai pertimbangan komunikatif untuk memastikan interaksi lisan dilaksanakan dengan sempurna. Pada masa yang sama dari segi pragmatik pula, input kognitif remaja turut mempengaruhi kemampuan interaksi lisan dalam situasi formal. Remaja mengaplikasi pengalaman konteks untuk menyerlahkan pemikiran mereka melalui sesi interaksi yang yang disertai. Justeru, keberkesanan kerangka teori yang diguna pakai untuk mendasari kajian ini amat tinggi

    Penerimaan Masyarakat Terhadap Karya Sastera Di Media Sosial

    Get PDF
    Mengenal pasti penerimaan masyarakat terhadap bahan-bahan kesusasteraan yang terdapat dalam media sosial

    Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu

    Get PDF
    Pendidikan Kesusasteraan Melayu tidak dapat dipisahkan daripada etimologi kata ‘Melayu’ kerana mempunyai hubungan makna yang terikat dalam pengertian tersurat (bangsa) dan tersirat (Islam). Akal budi ‘Melayu’ merujuk kepada bangsa yang sedang melalui proses pemerkasaan bangsa seperti yang tercatat dalam karya (sastera moden mahupun karya Melayu klasik). Teks dan naskah Melayu ini sebenarnya sedang berhadapan dengan cabaran persaingan dalam lingkungan globalisasi yang berjungkir-balik. Kesepakatan sarjana terhadap konsep tamadun dan negara Melayu dilihat berada pada kesahihan bukti yang cukup kuat, iaitu sastera Melayu mempunyai akar tamadun yang hebat. Justeru, makalah ini akan melihat sejauh mana pendidikan Kesusasteraan Melayu yang sedang berjalan hari ini sesuai dengan keperluan tamadun bangsa serta dapat dikaitkan dengan lingkungan hidup masyarakat khususnya dalam situasi kebangkitan dan pertembungan dengan budaya-budaya lain yang kemudiannya terserap secara alamiah. Beberapa lontaran idea berkaitan permasalahan dan keraguan terhadap kesusasteraan Melayu turut disentuh. Justeru pendidikan Kesusasteraan Melayu pada hari ini dilihat sangat penting dalam usaha mewujudkan tamadun Melayu yang berjaya dalam usaha menyahut cabaran penting mempertahankan sistem nilai supaya tidak tergelincir daripada jati diri atau asas pembinaan gagasan muluk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

    Using Experiential Learning Theory to Design a Reflective Online Learning Environment (ROLE)

    Get PDF
    Today, the methods of delivering knowledge online have become diverse, and online learning environments have reached maturity as evidenced by the fact that most institutions of higher learning are either using them or considering making them one of the leading modes of teaching and learning. Learners today are becoming open minded due to the technology that provides communication channels with different features and functionality. This study aims to observe the level of interaction between the facilitator-student and student-student in the Reflective Online Learning Environment (ROLE) and the progress of the learner's reflection and the facilitator’s feedback. Based on a case study and literature review, this study seeks to determine the components of Experiential Learning Theory to be visualized into the learning process to create an effective instructional strategy for effective lesson design. The study reveals that the reflective activity plays a vital role in the transformation of grasp experience to the new experiences. (Abstract by authors

    Tinjauan interaksi lisan bahasa Melayu dalam kalangan remaja Malaysia dari sudut etnografi komunikasi

    Get PDF
    Kemampuan interaksi lisan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana interaksi lisan merupakan satu aspek penting dalam proses komunikasi. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh sampel kajian dalam interaksi lisan, kemampuan berbahasa, dan pertimbangan-pertimbangan komunikatif dalam perbualan formal. Di samping itu kajian ini juga membincangkan aspek kognitif yang mempengaruhi interaksi lisan sampel kajian. Perbincangan kedua-dua aspek ini dilaksanakan dalam kerangka teori etnografi komunikasi dan juga teori Relevan. Kajian ini berbentuk kajian lapangan menggunakan kaedah rakaman audio terhadap aktiviti interaksi lisan yang disertai oleh golongan remaja dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Empat buah sekolah di daerah Kuala Langat telah dijadikan tempat kajian. Rakaman interaksi lisan ditranskripsikan untuk dianalisis menggunakan teori etnografi komunikasi Saville-Troike. Menurut teori etnografi komunikasi Saville-Troike, setiap interaksi lisan perlu memenuhi kehendak-kehendak komponen yang disarankan, iaitu genre, topik, tujuan, latar, ragam, peserta interaksi, bentuk mesej, kandungan mesej, urutan lakuan, peraturan interaksi, dan norma-norma interpretasi. Remaja telah melakukan pelbagai pertimbangan komunikatif untuk memastikan interaksi lisan dilaksanakan dengan sempurna. Pada masa yang sama dari segi pragmatik pula, input kognitif sampel kajian turut mempengaruhi kemampuan interaksi lisan dalam situasi formal. Sampel kajian mengaplikasikan pengalaman konteks untuk menyerlahkan pemikiran mereka melalui sesi interaksi yang disertai

    Penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah

    Get PDF
    Penggunaan bahan sastera terkandung di dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu. Justeru, kajian tentang penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di Selangor khususnya zon Puchong dalam peringkat sekolah menengah ini dijalankan bagi tujuan untuk mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu dan melihat sejauh mana keupayaan penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini seterusnya turut mengkaji dan mengenal pasti masalah pelaksanaan penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini telah dilaksanakan kepada 118 orang guru peringkat menengah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Zon Puchong, Selangor. Data dikumpulkan daripada soal selidik yang diedarkan kepada semua guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik deskriptif telah dilakukan untuk memperoleh peratus, min dan sisihan piawai. Selain itu, data juga dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta. Hasil kajian mendapati sebilangan besar responden menunjukkan persepsi yang positif tentang penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya daripada aspek keindahan sastera yang merujuk kepada bentuk perulangan dan perbandingan. Kebanyakan responden juga didapati berjaya mengaplikasi gaya bahasa sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Namun demikian masih terdapat sebilangan kecil responden mengalami kesukaran mengaplikasi gaya bahasa sastera dalam pengajarannya

    Conceptualization of Experiential Learning Theory for Reflective Online Learning Environment in OUM

    No full text
    Objectives of study 1. Analyze and operationalize components of ELT by Kolb & Kolb (2017) and design a working framework in context of instructional setting in OUM 2. establish indicators and criteria based on the working framework to be used as the guideline in lesson design in OUM 3. design the reflective online learning environment (ROLE) learning architecture based on the working framework and the guideline 4. develop the complete instructional system through two main ID process; skill hierarchy and task analysis 5. identify the strength and weaknesses of the delivery system perform Usability stud
    corecore