12 research outputs found

    Faktor penulisan ilmu dakwah dalam Islam

    Get PDF
    Penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor penulisan ilmu dakwah dalam kalangan para ulama. Perbincangan ini memfokuskan mengenai penulisan ilmu dalam pelbagai kecenderungan terutamanya penyebaran dan pembentukan pelaksanaan dakwah secara menyeluruh. Faktor mengenai penulisan ilmu dakwah dalam Islam ini boleh diaplikasikan dalam penerapan ilmu dakwah kepada masyarakat majmuk di Malaysia

    Tazkiyat al-nafs dalam kerangka maqasid al-shari'ah

    Get PDF
    Takziyat al-nafs ialah suatu proses pendidikan jiwa yang berpandukan Islam dalam bentuk penyucian dalaman dan perkembangan luaran supaya dapat mengekang kemahuan dan sifat buruk yang membawa kepada kerosakan kepada jiwa. Ia dilihat selari dengan salah satu perbahasan maqasid al-sharicah iaitu hifz al-nafs. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan konsep tazkiyat al-nafs seterusnya konsep maqasid al-sharicah itu sendiri secara umum dan hifz al-nafs secara khusus bagi melihat keberadaan tazkiyat al-nafs dalam kerangka maqasid al-sharicah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tazkiyat al-nafs ialah salah satu cabang maqasid al-sharicah yang terkandung dalam hifz al-nafs

    Pengurusan tabayyun dalam dakwah

    Get PDF
    Penyebaran dakwah dalam dunia masa kini memerlukan pengurusan yang cekap dan mantap berpandukan kaedah yang telah diajarkan oleh Islam. Kehidupan masyarakat masa kini sangat mencabar dan berliku disebabkan oleh pelbagai maklumat yang tersebar bercampur antara hak dan batil. Bagi menjayakan misi penyebaran yang berkesan ia memerlukan proses tabayyun. Kemampuan masyarakat dalam tabayyun membawa kepada penerimaan maklumat yang benar, kefahaman yang betul dan pengamalan yang tepat. Dengan itu, fitnah dapat dielakkan, ajaran songsang dapat ditangkis dan pandangan buruk terhadap Islam dan umatnya dapat dapat dijawab. Oleh yang demikian, tulisan ini bertujuan untuk mencadangkan pengurusan dan strategi dakwah berkonsepkan pengurusan tabayyun dengan mengambil kira persekitaran masyarakat yang pelbagai. Pengurusan tabayyun dalam dakwah melalui enam T iaitu terima, teliti, tashih, tekun, terbit dan teguh ingin diketengahkan. Pengurusan tabayyun ini bertunjangkan kepada peringkat dakwah iaitu Tabligh, taᶜlīm dan taṭbīq. Pengurusan ini mampu mengekalkan jati diri umat Islam dengan ajaran Islam. Menggunakan strategi dan pengurusan yang baik merupakan tuntutan dalam pelaksanaan dakwah

    Penerapan fiqh awlawiyyat dalam dakwah kepada saudara baru

    Get PDF
    Islam ialah agama milik semua manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan budaya. Umat Islam perlu memainkan peranan utama dalam menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam dengan cara terbaik. Mereka yang berjinak-jinak dengan Islam dan memeluk agama Islam perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam memantapkan kefahaman mereka terhadap Islam. Manakala bagi mereka yang belum menerima Islam juga tidak dipinggirkan bahkan perlu diberi perhatian dengan memberi penerangan yang jelas tentang Islam. Kajian ini akan memberi penumpuan khusus kepada aplikasi dakwah kepada saudara baru dari perspektif fiqh awlawiyyat. Berdakwah merupakan kewajipan umat Islam dan wajar dilaksanakan dengan mengutamakan kaedah yang berkesan mengikut kepada sasaran. Antara salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam melaksanakan tugasan dakwah kepada saudara baru ialah melalui fiqh awlawiyyat

    Gaya Dakwah Bil-Lisan Pendakwah Bebas di Instagram Melalui Video Pendek [Speaking Style of Freelance Preachers on Instagram Through Short Videos]

    Get PDF
    Ramai pendakwah mahupun pengguna media sosial memanfaatkan platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan TikTok untuk menyebarkan dakwah dan untuk tujuan bersosial. Pendekatan dakwah bil-lisan menjadi satu elemen yang penting dalam uslub penyampaian dakwah oleh pendakwah melalui video pendek. Dakwah bil-lisan merupakan satu pendekatan yang sering digunakan oleh pendakwah untuk memudahkan komunikasi antara pendakwah dan juga masyarakat. Pelbagai permasalahan yang pernah berlaku dalam gaya penyampaian dakwah oleh pendakwah seperti penggunaan bahasa yang tidak betul, mengelirukan masyarakat dengan ilmu yang mereka sendiri tidak mengetahuinya dan sebagainya. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dakwah bil-lisan pendakwah bebas di Instagram melalui video pendek. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengadakan sesi temu bual bersama tiga orang informan yang telah dipilih. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan pendekatan analisis tematik. Dapatan kajian dari kajian ini mendapati bahawa pendekatan dakwah bil-lisan lebih efektif disampaikan melalui video pendek, pendekatan dakwah bil-lisan yang digunakan oleh pendakwah dalam video pendek dan pendekatan video pendek berkesan untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat. Pendekatan dakwah yang sering digunakan oleh pendakwah adalah dengan menggunakan intonasi yang betul, menggunakan bahasa yang tegas dan lembut, menggunakan bahasa pujukan dan ajakan dan sebagainya. Justeru itu, kajian ini perlu diteruskan bagi menjamin keberlangsungan kegiatan dakwah supaya sentiasa berkembang dan diterima baik oleh masyarakat. Many preachers and social media users take advantage of social media platforms such as Facebook, Instagram and TikTok to spread preaching and for socializing purposes. The oral da'wah approach becomes an important element in the method of da'wah delivery by preachers through short videos. Verbal preaching is an approach often used by preachers to facilitate communication between preachers and the community. Various problems that have occurred in the preaching style by preachers such as the use of incorrect language, confusing the community with knowledge that they themselves do not know and so on. Therefore, the objective of this study is to study the preaching of independent preachers on Instagram through short videos. This study uses a qualitative method by holding an interview session with three selected informants. Data analysis was done using a thematic analysis approach. The research findings from this study found that the oral preaching approach is more effective delivered through short videos, the oral preaching approach used by preachers in short videos and the short video approach is effective in spreading preaching to the community. The preaching approach often used by preachers is to use the right intonation, use firm and soft language, use the language of persuasion and invitation and so on. Therefore, this study needs to be continued to ensure the continuity of preaching activities so that they can always grow and be well received by the community

    Pemeliharaan harta: analisis menurut Diwan Imam Shafi‘i

    Get PDF
    Menjaga dan memelihara harta ialah salah satu daripada maqasid dalam Islam. Maqasid bertujuan untuk memelihara kemaslahatan manusia dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan. Seseorang mujtahid perlu memahami ilmu maqasid sebelum mengeluarkan pandangannya. Antara mujtahid yang sering diterima pandangannya ialah Imam Shafi’i, seorang sarjana yang mahir dalam segenap cabang ilmu termasuklah fiqah dan bahasa Arab. Akan tetapi populariti beliau dalam bidang fiqah lebih diketengahkan berbanding bidang bahasa Arab. Disebabkan maqasid syariah amat penting dalam muamalat berkaitan harta dan kewangan, maka kajian ini diperlukan. Selain itu, kajian juga penting untuk memfokuskan pandangan Imam Shafi’i berkaitan pemeliharaan harta yang diungkapkan melalui bait-bait puisi. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi diterjemahkan melalui kaedah komunikatif dan semantik seterusnya dianalisis menggunakan teori stilistik. Hasil kajian ini mendapati Imam Shafi’i menggalakkan kesungguhan dalam mengumpul harta akan tetapi harta tersebut hendaklah diagihkan dengan cara yang wajar demi pemeliharaannya. Selain itu, hutang juga wajar direkodkan sesuai dengan saranan al-Quran. Sebagai seorang yang faqih, pandangan beliau sesuai dengan teori al-Quran, Hadis dan pendapat ulama. Beliau turut menggunakan laras bahasa yang selari dengan pandangan sarjana lampau dan kini dalam mengungkapkan puisinya

    Keindahan gaya bahasa simile dalam hadis ashrat al-sa’ah

    Get PDF
    Simile salah satu gaya bahasa figuratif berkaitan perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu. Melalui simile sesuatu perkara dapat difahami dan dihayati terutama perbincangan berkaitan dengan ashrat al-sa’ah. Namun begitu, terdapat segelintir pembaca dan ahli masyarakat yang berlebihan atau tersasar ketika menghuraikan perumpamaan sehingga menyebabkan tidak menepati maksud sebenar perumpamaan tersebut. Oleh yang demikian perbincangan tentang gaya bahasa simile terhadap hadis ashrat al-sa’ah sangat penting kerana hubungannya dengan perkara yang ghaibiyyat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur simile dalam hadis ashrat al-sa’ah dan menganalisis keindahan gaya bahasa simile dalam hadis-hadis tersebut. Penyelidikan ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Kandungan yang dipilih ialah hadis ashrat al-sa’ah yang bertaraf sahih. Sebanyak enam hadis ashrat al-sa’ah telah dipilih sebagai data kajian ini. Hadis-hadis yang dipilih akan diterjemahkan kepada bahasa Melayu menggunakan teori Semantik-Komunikatif. Hasil kajian ini menunjukkan kehadiran simile dalam ungkapan bertujuan untuk meringkaskan ayat, mengelakkan kekeliruan dan menegaskan maksud. Hasil kajian juga menunjukkan kata bandingan yang paling banyak digunakan dalam hadis ashrat al-sa’ah ialah kaf diikuti oleh kama. Manakala gaya bahasa simile digunakan untuk membandingkan dua jari, penyakit yang menimpa kambing, kepingan malam yang gelap-gelita, ombak di lautan, tersasarnya anak panah daripada haiwan buruan, tembolok burung merpati. Kesemua gaya bahasa simile ini menceminkan jawami’ al-kalim Rasulullah SAW melalui perbandingan yang sesuai dengan masyarakat sekali gus memastikan hadis tersebut dapat difahami dan dihayati dalam kehidupan manusia

    Parameter penulisan wasatiyyah pendakwah untuk menangani ekstremis Melayu muslim menerusi media sosial

    Get PDF
    Fenomena ekstremisme agama bukanlah perkara baru dalam kehidupan manusia. Perkembangan teknologi dalam dunia kini secara tidak langsung cuba menjejaskan kehidupan orang Melayu Islam khususnya dalam penulisan di media sosial. Kumpulan ekstremis menjadikan media sosial sebagai salah satu platform untuk menyebarkan ideologi mereka. Medium tanpa sempadan ini menyebabkan kumpulan pelampau menyebarkan maklumat secara bebas dan mudah sehingga menyebabkan masyarakat Melayu Islam terpedaya dengan fahaman ekstrem. Pelbagai tulisan yang berbentuk ekstremis dan longgar bertebaran dalam masyarakat seperti tulisan yang mengelirukan tanpa ada sandaran rujukan, berita yang dipenuhi dengan fitnah, berita yang tidak benar, tulisan yang memburukkan ulama silam dan tulisan yang meragui kesahihannya tanpa menggunakan kaedah yang betul. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji parameter penulisan pendakwah wasatiyyah dalam menangani pelampau Melayu Islam. Kajian ini diperoleh menggunakan metodologi kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual dengan 4 orang informan dan melalui perbincangan meja bulat yang terdiri daripada 5 orang panel. Pemilihan informan ditentukan secara persampelan bertujuan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian ini mendapati bahawa antara parameter pemikiran wasatiyyah pendakwah dalam menangani pelampau Melayu Islam ialah pembuktian kaedah (manhaj) pembuktian yang sah dan tepat menurut ahli sunnah wal jamaah, sumber rujukan yang muktabar dan mengiktiraf kesarjanaan keilmuan silam. Implikasi daripada ukuran ini boleh dijadikan panduan kepada pendakwah dalam menangani golongan ekstremis Melayu Islam

    Wasatiyyah Dakwah dari Perspektif Pendakwa

    No full text
    Dakwah islamiah dapat diterima, difahami dan dihayati melalui usaha para pendakwah. Para pendakwah sebagai nadi kepada penyebaran dan pengamalan Islam kepada masyarakat keseluruhannya. Masyarakat dapat memahami Islam secara keseluruhannya apabila para pendakwah menyampaikan dakwah secara sempurna. Namun begitu, berlaku sebaliknya jika penyampaian dakwah dilakukan secara tempang dan tidak menepati kehendak Islam yang sebenarny

    Adab Ikhtilaf dalam dakwah Islamiyah

    Get PDF
    Ikhtilaf merupakan lumrah kehidupan yang tidak dapat dielakkan bahkan perlu diuruskan mengikut ketetapan syarak. Dakwah islamiah sangat memerlukan kepada adab Ikhtilaf supaya pelaksanaan dakwah sampai, difahami dan dihayati dalam kehidupan masyarakat Muslim. Antara persoalan yang dikenal pasti dalam penulisan ini ialah adakah dakwah islamiah hari ini menepati kehendak adab Ikhtilaf dan bagaimana penerapan adab Ikhtilaf dalam dakwah? Justeru artikel ini bertujuan mengkaji maksud adab Ikhtilaf terutamanya dalam dakwah islamiah dan mengkaji pendekatan yang perlu dalam menjayakan penyebaran Islam secara menyeluruh. Kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa masyarakat perlu memahami adab Ikhtilaf dan pemahaman adab Ikhtilaf menjamin kejayaan dakwah pada hari ini. Pendekatan adab Ikhtilaf sangat perlu kepada para pendakwah, pemilihan isi yang tepat, penerapan wasilah semasa dan juga uslub yang bersesuaian
    corecore