47 research outputs found

    Profil personaliti dan faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM

    Get PDF
    Kajian ini mengkaji profil personaliti dan faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM. Kajian ini menggunakan reka bentuk jenis kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 40 responden telah dipilih menggunakan persampelan purposif atau bertujuan. Terdapat tiga jenis soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Soal selidik Norlia Melawi (2000) pada bahagian B yang mempunyai nilai Cronbach alpha 0.89 digunakan bagi mendapatkan faktor pemilihan kerjaya perguruan responden, manakala soal selidik pada bahagian C mempunyai nilai Croanbach alpha 0.85 hingga 0.97 (Amla, 1992). Analisis deskriptif menunjukkan faktor utama dalam pemilihan profesion perguruan adalah faktor minat, diikuti dengan faktor ganjaran dan faktor dorongan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan keseluruhan responden memperolehi kod tiga huruf SCR yang hampir padan dengan kod tiga huruf Holland iaitu SER. Indek Kongruen Iachan menunjukkan 52.5% daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai tahap padanan yang baik antara darjah kongruen personaliti mereka dengan bidang kursus kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara profil personaliti dengan faktor minat, faktor dorongan dan faktor ganjaran yang dikaji dalam kajian ini

    Pengembangan dan validasi modul konseling pasca bencana untuk konselor

    Get PDF
    Penelitian ini bertujuan untuk: (1) mendeskripsikan desain modul konseling pasca bencana (2) melakukan tes validitas modul dan (3) melakukan tes reliabilitas modul. Penelitian ini adalah deskriptif melibatkan 4 orang ahli dan 12 orang konselor dari beberapa daerah di Sumatera Barat sebagai subjek uji coba. Instrument yang digunakan mencakup (1) Instrumen Pengujian Validitas Isi Modul (2) Penilaian Pelatihan Peningkatan Pengetahuan Pelayanan Konseling pasca bencana (3) Penilaian Kemahiran Pelayanan Konseling pasca bencana (4) Instrumen Keterandalan Modul (5) Instrumen Sesi Pelatihan dan. Hasil penelitian ini mengungkapkan Modul Konseling Mental Pasca Bencana dapat diterima dan dapat digunakan untuk program peningkatan kesadaran diri, pengetahuan dan kompetensi konselor dalam melakukan konseling pasca bencana. Diharapkan modul ini dapat digunakan oleh konselor dan dikembangkan oleh peneliti lanjut

    Hubungan Trait Personaliti Dengan Pemilihan Kursus Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Elektrik

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan bagi mengkaji hubungan trait personaliti dengan pemilihan kursus di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Kajian ini menggunakan rekabentuk kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan persampelan purposif atau bertujuan. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi mendapatkan trait personaliti responden, manakala Indeks Kongruen Iachan digunakan bagi mendapatkan darjah kekongruenan trait personaliti. Soal selidik Norlia Melawi (2000) yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082 digunakan untuk mendapatkan faktor pemilihan kursus di kalangan responden. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) V15.0.1 for Windows. Analisis data secara deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kursus responden adalah faktor persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan trait personaliti utama keseluruhan responden adalah RSE. Selain itu dapatan kajian menunjukkan 46.2% daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai tahap padanan yang lemah berdasarkan Indeks Kongruen Iachan. Analisis inferensi kolerasi Pearson ‘r’ digunakan bagi melihat hubungan di antara darjah kongruen trait personaliti responden dengan faktor pemilihan kursus responden. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen trait personaliti responden dengan faktor minat, keluarga, ganjaran dan persekitaran

    Peranan Kauselor dalam Perkhidmatan Kaunseling Pasca Bencana di Indonesia

    Get PDF
    Indonesia merupakan salah sebuah negara di dunia yang paling terdedah kepada bencana alam yang mengakibat pelbagai kerosakan muka bumi, kemusnahan harta benda di samping mendatangkan kecerderaan fizikal serta gangguan emosi dan psikologi. Keadaan ini jika tidak ditangani dengan kaedah yang tepat boleh mendatangkan masalah kesihatan mental dan psikososial di kalangan mangsa bencana. Kajian kuantitatif deskriptif ini bertujuan untuk melihat profil kaunselor, peranan, pengetahuan, dan minat dalam mengendalikan perkhidmatan kaunseling pasca bencana. Hasil kajian mendapati bahawa 69%, responden pernah terlibat dalam kaunseling pasca bencana manakala 58.6% tidak mempunyai latihan asas dalam kaunseling pasca bencana. Dapatan kajian juga mendapati 100% responden berminat dan memerlukan latihan khusus dalam memberi perkhidmatan kaunseling pasca bencana. Implikasi dari kajian ini seterusnya membincangkan peranan kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling pasca bencana, keperluan garis panduan dan latihan khusus kaunseling pasca bencana di Indonesia

    Pengembangan dan validasi modul konseling pasca bencana untuk konselor

    Get PDF
    This research objective to: (1) describe the design of Module counseling postdisaster (2) perform the module validity test and (3) perform the module reliability test. This study is a descriptive study involving 4 experts and 12 counselors from several areas in West Sumatra as the subject of trials. Instrument used includes (1) instrument validity content of module (2) Inventory training knowledge improvement counseling service for post disaster (3) Inventory of proficiency of post disaster counseling service (4) reliability module instrument (5) training session instrument. The result of this study reveals the post-disease counseling module can be accepted and can be used for self awareness program, knowledge and counselor competence in doing conscience post disaster event. It is expected that this module can be used by counselors and developed by advanced researchers

    Perkhidmatan Kaunseling di Institusi Penjagaan Kesihatan: Isu dan Cabaran Kaunselor di Sarawak

    Get PDF
    Perkhidmatan kaunseling di Malaysia tidak hanya bertapak di institusi pendidikan tetapi telah berkembang dengan pesat di pelbagai agensi kerajaan dan swasta mulai 1990an dengan tertubuhnya Unit Psikologi dan Kaunseling oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Perkhidmatan kaunseling di institusi penjagaan kesihatan adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dan berupaya menghadapi perasaan dan emosi berkaitan dengan masalah kesihatan di samping membantu klien untuk berkembang serta memberi sokongan yang berterusan sepanjang proses rawatan. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh para kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling di institusi penjagaan kesihatan. Dapatan kajian mendapati enam tema utama isu dan cabaran yang dihadapi oleh kaunselor iaitu peranan kaunselor (24.6%), limitasi perkhidmatan (22.8%) kelayakan kaunselor (19.3%), aplikasi perkhidmatan kaunseling kesihatan (15.5%), cadangan penambahbaikan (14%) dan keperluan garis panduan (3.8%). Seterusnya, kajian ini juga membincangkan implikasi kajian terhadap peranan, latihan dan aplikasi kaunseling kesihatan di institusi penjagaan kesihatan

    Validity and reliability analysis of the 'SayangKU' (MyLove) in intervention for addressing adolescents involved in free sex

    Get PDF
    A module entitled ‘SayangKU’ (MyLove), based on the Islamic perspective, was developed as an instrument to assist adolescents that involved in premarital sexual activity. The module comprises four phases: Love of God (Allah), Love of the Prophet, Love of Oneself, and Love of the Ummah (world). From analysis of Rasch, the value of item reliability was.80 and an individual reliability was.95. Dimensionality value was more than 40 % variance explained by measures, and level of agreement among experts was 86.88 %. The posttest shows the better result from pretest and proves the effectiveness of the module

    Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan klien Saudara Kita di Malaysia

    Get PDF
    Membuat keputusan masuk Islam bukan satu perkara yang mudah kepada saudara kita. Malah, adakalanya mereka terpaksa berdepan dengan cabaran kehidupan seperti dibuang keluarga, masalah kebajikan dan ekonomi, penyesuaian hidup serta tekanan psikologi amat membimbangkan. Pengelibatan organisasi samada badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam proses tolong bantu klien saudara kita tidak dinafikan kepentingannya dalam usaha kaunselor membantu golongan ini menangani cabaran tersebut. Fokus kajian ini ingin bertumpu kepada badan bukan kerajaan yang terlibat dalam membantu klien saudara baru. Sehubungan itu, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang diperolehi melalui temubual dengan kaunselor di Majlis Jabatan Agama Islam di Malaysia dan Jabatan Agama Islam di Borneo. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Kajian ini melibatkan empat (4) kaunselor dari Majlis Agama Islam dan seorang kaunselor dari Jabatan Agama Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan N'Vivo 10.0 untuk analisis data untuk membangunkan tema dan sub tema yang berkaitan dengan kajian ini. Penemuan menunjukkan bahawa terdapat sepuluh badan bukan kerajaan iaitu sepuluh (10) sub tema yang terdiri; Lembaga Kaunselor Malaysia, Unit Saudara Baru, Unit Ukhuwah, Pusat Saudara Baru Darul Saadah, Darul Ukhuwah Yayasan Kasih Sayang, Badan Sukarelawan, Persatuan Muslim Cina Malaysia (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Skuad Mubaligh Seremban. Kesimpulannya, kajian ini boleh digunakan sebagai panduan bagi kaunselor untuk menyediakan maklumat badan bukan kerajaan yang dapat mudah cara, tolong bantu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk klien saudara kita yang apabila masuk Islam mereka banyak berdepan dengan cabaran hidup dari pelbagai sudut. Apa yang membimbangkan jika tidak dibantu dengan sebaiknya, jalan penyelesaian terakhir yang mereka pilih adalah kembali kepada agama asal mereka iaitu murtad. Kata kunci: Badan bukan kerajaan, Organisasi, sistem sokongan, klien dan saudara kit

    System Support in Counselling among Muslim Convert Clients in Malaysia

    Get PDF
    This study aims to identify the use of external support systems by counsellors located at the Council within the Islamic Religious Department in Malaysia. Data for this research was collected using a case study. The case study included an interview of five (5) registered counsellors in Islamic Organization in Malaysia. This study was based on a qualitative approach and data were analyzed using N’Vivo 7.0. The data were developed into appropriate themes and sub-themes. The study revealed that the external support system (community support, peer counsellor, Islamic law and Islamic organization) should be applied to Muslim counsellors and Muslim converts. This research could be used as a guide for a counsellor to be more robust in providing guidance and counselling services to specific clients, such as, new Muslim converts
    corecore