53 research outputs found

    Program pertukaran jarum suntikan dan picagari di Malaysia : cabaran dalam mengkoordinasikan agensi berkepentingan sebagai satu jaringan sosial formal

    Get PDF
    Penglibatan agensi pelbagai sektor dalam melaksanakan Program Pertukaran Jarum Suntikan dan Picagari (NSEP) adalah penting. Walau bagaimanapun cabaran dalam mengkoordinasikan agensi-agensi ini sebagai aktor jaringan sosial masih kurang difahami. Agensi berkepentingan cenderung berbeza antara satu sama lain daripada segi pengalaman, perspektif, ideologi dan kedudukan organisasi. Kajian eksploritari ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran dalam mengkoordinasikan agensi-agensi berkepentingan bagi NSEP. Enam agensi telah dipilih secara bertujuan sebagai responden. Agensi-agensi ini merupakan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Setiap agensi telah memilih wakil mereka untuk ditemubual bagi pihak agensi. Kajian kualitatif ini menggunakan strategi abduktif dan kaedah temubual bersemuka dalam pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan agensi yang dipilih mempunyai pengetahuan yang baik tentang objektif, falsafah dan intervensi NSEP

    Impact of peer bullying on school students with and without ADHD symptoms: a cross-sectional study from Pakistan

    Get PDF
    The present study aims to identify the impact of peer bullying on school students with and without ADHD symptoms. Sample comprised of one thousand (N=1000) school going children with an age range 9-15 years whom belong to grades 6-10, were selected by using purposive sampling technique, taken from two major cities of Southern Punjab (Multan & Bahawalpur) Pakistan. Two scales were used for data collection; Conners Teacher Rating Scale – (Revised) developed by © Conners (1997), followed by Olweus Bullying Questionnaire by © Olweus (2007). Tools were formally translated by following the guidelines of Eremenco, Cella, and Arnold (2005) into national language of Pakistan (Urdu) and employing pilot study. ANOVA, standard deviation, t-test, and mean were calculated using SPSS (21.0) to process the results. Findings suggest (t=10.096, P-Value=0.000) showing that there is significant difference between the mean scores of bullying with ADHD and without ADHD symptoms students. However, results on gender differences indicate (t=2.260, P-Value=0.024) there is a significant difference between the impact of bullying on boys and girls. Results also show (F= 7.783, P= 0.000) there is also noticeable difference in terms of bullying among all students in different grades at 5% level of significance. Limitations of the study and recommendations for future research are also enclosed

    Meneroka strategi daya tindak golongan ibu dalam menjaga anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy

    Get PDF
    Pengalaman tinggal bersama individu yang mempunyai masalah ketidakupayaan mampu memberi kesan signifikan terhadap keseluruhan ahli keluarga terutamanya kepada ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara sehingga mempengaruhi kefungsian sesebuah keluarga. Oleh yang demikian, artikel ini mengenal pasti strategi daya tindak golongan ibu yang menjaga anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy (CP). Kajian menggunakan pendekatan kualitatif telah dijalankan terhadap enam orang ibu yang mempunyai anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy. Kaedah temubual mendalam digunakan untuk mengumpul data berkaitan strategi daya tindak yang dipraktikkan oleh golongan ibu dalam menjaga anak mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa informan yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada golongan ibu yang berusia 33 hingga 52 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,200 hingga RM3,000 serta mempunyai dua hingga tiga orang anak. Dapatan kajian juga mendapati bahawa informan mempraktikkan empat jenis strategi daya tindak iaitu; (i) strategi daya tindak kawalan diri, (ii) strategi daya tindak sokongan sosial, (iii) strategi daya tindak penerimaan tanggungjawab dan (iv) strategi daya tindak penyelesaian masalah secara terancang dalam menangani tekanan dan krisis dalam kehidupan mereka. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan dalam membantu golongan ibu bagi memperkasa serta memberikan perkhidmatan psikososial dan kaunseling agar cabaran penjagaan anak kurang upaya dapat dikurangkan

    PELAKSANAAN HUKUMAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT: SATU KAJIAN ULASAN SISTEMATIK (The Implementation of Community Service Order: A Systematic Review)

    Get PDF
    Artikel ini disediakan bagi mengulas pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di seluruh negara. Satu kajian ulasan sistematik telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan sejarah pelaksanaan PKM dengan menggunakan pangkalan data Emerald, Elsevier, Sage and Google Scholar. Keputusan kajian menunjukkan bahawa sistem perundangan di United Kingdom, Singapura, Hong Kong, Eropah, Uganda dan Malaysia melaksanakan hukuman PKM di negara masing-masing. Dapatan kajian turut mendapati bahawa hukuman PKM mampu mengurangkan kadar residivisme, meningkatkan sikap promasyarakat dalam diri banduan serta menjadi platform bagi mengintegrasikan banduan ke dalam komuniti. Hasil kajian memberi implikasi terhadap keperluan pihak berkepentingan mengenai kerelevanan konsep pemulihan dalam komuniti bagi memulihkan individu yang pernah terlibat dengan salah laku jenayah.KATA KUNCI: perintah khidmat masyarakat, ulasan sistematik ABSTRACTThis article is prepared to review the implementation of Community Service Order (CSO) in different counties around the world. A systematic review was conducted to obtain information regarding the history and implementation of CSO in databases such as Emerald, Elsevier, Sage and Google Scholar. The results indicate that United Kingdom, Singapore, Hong Kong, Europe, Uganda and Malaysia are among the counties which have implemented CSO through their legal system. The finding also stipulates that CSO has the potential to reduce the recidivism rate, enhance pro-social behavior among offenders and creates a platform to integrate offenders into a community. As an overall impact, the study provided implications to the concerned parties regarding the importance of community-based rehabilitation to refine individual who has involved in criminal activities.KEYWORDS: community service order, systematic revie

    PELAKSANAAN HUKUMAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT : SATU KAJIAN ULASAN SISTEMATIK (The Implementation of Community Service Order : A Systematic Review)

    Get PDF
    Artikel ini disediakan bagi mengulas pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di seluruh negara. Satu kajian ulasan sistematik telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan sejarah pelaksanaan PKM dengan menggunakan pangkalan data Emerald, Elsevier, Sage and Google Scholar. Keputusan kajian menunjukkan bahawa sistem perundangan di United Kingdom, Singapura, Hong Kong, Eropah, Uganda dan Malaysia melaksanakan hukuman PKM di negara masing-masing. Dapatan kajian turut mendapati bahawa hukuman PKM mampu mengurangkan kadar residivisme, meningkatkan sikap promasyarakat dalam diri banduan serta menjadi platform bagi mengintegrasikan banduan ke dalam komuniti. Hasil kajian memberi implikasi terhadap keperluan pihak berkepentingan mengenai kerelevanan konsep pemulihan dalam komuniti bagi memulihkan individu yang pernah terlibat dengan salah laku jenayah

    Datasets of demographic profile and perpetrator experience in committing crime among young offenders in Malaysia

    Get PDF
    The datasets in this article provides supplementary information related to: (1) demographic profile of young offenders and (2) perpetrator experience in committing a crime. A quantitative approach based on a cross-sectional survey design was employed to collect data among 306 young offenders undergoing Community Service Order initiated by the Malaysian Social Welfare Department. The resultant data were analysed descriptively using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). The result stipulates that the majority of respondents are consist of male young offenders aged 20 years old, Malays, single in marital status, and unemployed. Based on the crime involvement aspect, the result indicates that young offenders involved in stealing (26.1%), does not carry any weapons while committing a crime (50.0%), and entangled in criminal activity due to peer influence (40.0%). Moreover, unfavorable luck contributes to the failure in executing crime (52.6%) which subsequently leads them to be arrested by the police (52.0%)

    Meneroka kefungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal yang dirujuk ibu bapa untuk intervensi kerja sosial

    Get PDF
    Remaja berhadapan dengan cabaran perkembangan diri, namun turut terkesan dengan persekitaran keluarga yang berubah seiring kemajuan teknologi serta globalisasi. Dengan begitu banyak kes remaja perempuan yang terlibat dengan tingkah laku tidak terkawal dirujuk oleh ibu bapa mereka untuk tujuan pemulihan kepada pekerja sosial, maka timbul persoalan tentang bagaimana kefungsian keluarga mereka. Justeru kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes ini bertujuan untuk meneroka kefungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal. Pemilihan informan adalah secara persampelan bertujuan, terdiri daripada remaja perempuan berumur 13 hingga 18 tahun yang telah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana pelbagai masalah tingkah laku. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga ciri utama ketidakfungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal iaitu (i) sosioekonomi yang rendah; (ii) gaya keibubapaan tidak bersesuaian; dan (iii) tiada role model dalam keluarga. Perkembangan semulajadi remaja turut dilihat sebagai pengalaman yang berkaitan dengan tingkah laku tidak terkawal. Secara umumnya remaja perempuan tidak terkawal bukan sahaja mempunyai keluarga disfungsi, tetapi turut berhadapan dengan cabaran persekitaran negatif dan tidak mampu membuat penyesuaian dengan keluarga tersebut. Kesimpulannya, remaja perempuan yang tidak terkawal berhadapan dengan dilema dan kemelut kerana mempunyai keluarga yang tidak berfungsi. Beberapa cadangan program pemulihan turut diberikan seperti intervensi berasaskan keluarga, pemerkasaan remaja dan keluarga disamping pemantapan nilai-nilai murni, moral dan kerohanian. Ketidakfungsian keluarga turut diambil kira di dalam program intervensi bagi membantu remaja perempuan ke arah yang lebih produktif dan hidup dalam keluarga yang lebih sejahtera

    Pengaruh Personaliti Perfeksionisme terhadap Daya Tindak Diadik dalam Perkahwinan: Suatu Kertas Konseptual

    Get PDF
    Isu perceraian dan keruntuhan institusi perkahwinan merupakan suatu isu global yang sering mendapat perhatian pelbagai pihak. Oleh kerana keluarga yang berkualiti adalah pemangkin kepada kemajuan sesebuah masyarakat, penekanan perlu diberikan kepada aspek daya tindak dalam kalangan suami isteri sewaktu menangani tekanan yang timbul. Hasil penelitian mendapati kajian berkenaan daya tindak diadik dalam perkahwinan semakin mendapat perhatian pengkaji. Banyak kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor personaliti memainkan peranan dalam menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang individu. Akan tetapi, penyelidikan terdahulu lebih memberi penekanan kepada teori personaliti lima tret besar berbanding tret personaliti yang lain seperti personaliti perfeksionisme. Dapatan kajian terdahulu membuktikan wujudnya perkaitan antara personaliti perfeksionisme dengan pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari segi kesihatan mental dan kualiti perkahwinan. Namun, sejauhmana pengaruh personaliti perfeksionisme terhadap daya tindak diadik dalam perkahwinan masih menjadi persoalan. Oleh yang demikian, kertas konseptual ini akan membincangkan potensi personaliti perfeksionisme dalam mempengaruhi daya tindak diadik berdasarkan hasil kajian terdahulu. Seterusnya, implikasi dan kepentingan kajian turut dibincangkan dalam usaha untuk menggalakkan pasangan suami isteri mengambil daya tindak yang lebih efektif sekaligus mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan

    Pengetahuan HIV/AIDS dan faktor keterlibatan dalam hubungan romantik serta ketertarikan seks sesama jantina: kajian kes dalam kalangan mahasiswa gay

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan meneroka pengetahuan mahasiswa tentang risiko jangkitan HIV/AIDS, faktor keterlibatan dalam hubungan romantik dan ketertarikan seks sesama jantina. Masih kurang kajian yang memberi tumpuan kepada amalan hubungan romantik dan ketertarikan seks sesama jantina serta kesedaran mahasiswa tentang HIV/AIDS impak daripada tingkah laku seks berisiko ini. Banyak kajian terdahulu lebih menumpu kepada faktor keterlibatan dalam hubungan romantik dan ketertarikan seks sesama jantina tanpa mengaitkannya dengan kesedaran mahasiswa gay terhadap jangkitan HIV. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes dan direkabentuk bersesuaian kaedah kajian kualitatif. Seramai empat informan dalam kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang membuat pengakuan identiti gay telah terlibat dalam kajian ini. Pemilihan informan adalah menggunakan teknik Persampelan Snow Ball. Pengumpulan data telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan medium Google Meet. Semua informan ditemubual dalam talian secara konferen video. Data temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil analisis menunjukkan terdapat empat faktor risiko keterlibatan mahasiswa dalam hubungan romantik dan tingkah laku seksual sesama jantina iaitu (i) pengalaman menjadi mangsa gangguan seksual semasa kecil, (ii) faktor naluri semulajadi, (iii) pengaruh rakan/komuniti berisiko gay dan (iv) pengaruh negatif daripada media sosial dan internet. Informan juga mempunyai pengetahuan asas tentang risiko jangkitan HIV. Walau bagaimanapun, kesemua informan percaya tingkah laku mereka mempunyai risiko rendah dan tidak mudah untuk dijangkiti HIV. Salah faham tentang risiko jangkitan HIV bagi seks tidak selamat dan seks luar tabi’ dipercayai mendorong amalan hubungan seks sesama jantina dilakukan tanpa rasa takut dan menurunnya keprihatinan kepada seks selamat dalam kalangan mahasiswa gay. Kajian mencadangkan salah faham tentang risiko jangkitan HIV sebagai faktor baharu penyebab amalan seks sesama jantina yang berterusan dalam kalangan informan yang dikaji. Intervensi perlu dibentuk bersesuaian faktor risiko hubungan romantik dan tingkah laku seksual sesama jantina agar ia dapat dibendung daripada menular dalam kalangan mahasiswa gay

    The perspective of social work education development in Malaysia and Australia

    Get PDF
    This article explored the development of social work education in Malaysia and Australia focusing on three areas; professions, standards and education. The findings indicated that social work programmes and courses should be more entrepreneurial, research-oriented, and more efficient in its teaching methodology. Additionally, social work programmes should emphasise on the development of social work as a profession, strengthen the governance of social work education, and develop programs that focus on the global agenda. In Malaysia, the social work education began in 1975 whereas in Australia, it started in 1940 with the launch of Social Work Degree Program in the University of Sydney. In Australia, social work programmes are accredited by a professional body known as the Australian Association for Social Work (AASW), while in Malaysia, there is no established or authorised professional body to accredit the programmes. Without it, the path for social work profession to develop may be affected or compromised. This could be the contributing factor causing the delay in the development of social work education in Malaysia when compared to Australia
    corecore