879 research outputs found

    Characterising the role of articular cartilage progenitor cells in osteoarthritis

    Get PDF
    Osteoarthritis (OA) is a chronic and highly prevalent degenerative disease of the synovial joint leading to cartilage destruction and bone remodelling. The current management of end-stage OA is joint replacement, however, this procedure is not suitable for a subset of patients hence there is a growing need for alternative treatments and technologies to address this limitation. One such approach to this problem is the application of cell-based therapies that regenerate areas of damaged cartilage. Recently discovered articular cartilage progenitor cells (CPC) have been hallmarked as a potential cell source for repair and/or regeneration of damaged articular cartilage. Initial focus was on the characterisation of human CPC isolated from healthy donors and compared with OA derived CPC and patient matched OA Bone Marrow Mesenchymal Stem Cells (BM-MSCs). Comparison of all cell types showed similar morphology and proliferative capacity. In addition, all cell types isolated showed positive expression of the putative mesenchymal stem cell makers; CD-90, CD-105 and CD-166 while lacking expression of CD-34. All cell types investigated showed successful osteogenic, chondrogenic and adipogenic differentiation, hence providing evidence of the mesenchymal stem cell properties of isolated CPC. A gene profiler array was used to identify the expression of Wnt pathway genes from RNA isolated from CPC cell lines originating from healthy and OA cartilage. Interestingly, the expression of Dkk-1 was observed to have the highest up-regulation in OA-derived CPC. The role of Dkk-1 was further studied in a number of CPC and chondrocyte cell lines from healthy and OA cartilage. It was found that normal CPC cell lines showed homogenously low expression and secretion of Dkk-1, however, OA-derived CPC cell lines exhibited a heterogeneous expression and secretion of Dkk-1. In a pellet culture model of chondrogenic differentiation, CPC cell lines secreting high levels of Dkk-1 failed to undergo chondrogenic differentiation, measured by diminished expression of chondrogenic differentiation markers, Type II collagen, ACAN and Sox-9 at both molecular and protein levels. Immunolocalisation of Dkk-1 in OA osteochondral plugs showed peri-cellular expression in chondrocytes located in all zones and around migratory endothelial cells invading articular cartilage where there was a quantifiable increase of blood vessel invasion. This later observation was further studied through a series of experiments to investigate the role of Dkk-1 in relation to endothelial cell migration and angiogenesis using an in vitro model of angiogenesis and migration/invasion assays. A novel finding emerged from these studies, which provides evidence for a pro-angiogenic and pro-migratory role of Dkk-1 and to a lesser extent Dkk-2 in human endothelial cell lines. A novel in vitro Transwell co-culture model was developed to study the interaction between chondrocytes and endothelial cells mimicking the osteochondral interface. A novel finding from these studies included the observation that normal or OA-derived chondrocytes appeared to induce an endothelial to mesenchymal transformation (EndMT) of the co-culture endothelial cells. This was assessed by a loss of the endothelial cobble stone morphology and a down-regulation of key factors implicated in endothelial cell phenotype, including VE-cadherin, Tie-2, e-NOS, PDGF-AA and PECAM-1. As endothelial cells lost their phenotype they adopted a spindle morphology and expressed mesenchymal cell markers including: Lumican, Snail, α-SMA, Vimentin and MMPs. Interestingly, this was also associated with an increase in Dkk-1 expression. To confirm a role for Dkk-1 in this process endothelial cells were cultured in the presence of Dkk-1 and were found to undergo EndMT when compared to the control. In summary, this thesis has uncovered several interesting differences in CPC phenotype. In addition, my results suggest that Dkk-1 has potential as a biomarker of OA pathology. This thesis highlights further the complex role of the Wnt Pathway and in particular Dkk-1 may play a role in the pathogenesis of osteoarthritis

    Fully Automated DCNN-Based Thermal Images Annotation Using Neural Network Pretrained on RGB Data

    Get PDF
    One of the biggest challenges of training deep neural network is the need for massive data annotation. To train the neural network for object detection, millions of annotated training images are required. However, currently, there are no large-scale thermal image datasets that could be used to train the state of the art neural networks, while voluminous RGB image datasets are available. This paper presents a method that allows to create hundreds of thousands of annotated thermal images using the RGB pre-trained object detector. A dataset created in this way can be used to train object detectors with improved performance. The main gain of this work is the novel method for fully automatic thermal image labeling. The proposed system uses the RGB camera, thermal camera, 3D LiDAR, and the pre-trained neural network that detects objects in the RGB domain. Using this setup, it is possible to run the fully automated process that annotates the thermal images and creates the automatically annotated thermal training dataset. As the result, we created a dataset containing hundreds of thousands of annotated objects. This approach allows to train deep learning models with similar performance as the common human-annotation-based methods do. This paper also proposes several improvements to fine-tune the results with minimal human intervention. Finally, the evaluation of the proposed solution shows that the method gives significantly better results than training the neural network with standard small-scale hand-annotated thermal image datasets

    IST-2000-30148 I-METRA: D4 Performance evaluation

    Get PDF
    This document considers the performance of multiantenna transmit/receive techniques in high-speed downlink and uplink packet access. The evaluation is done using both link and system level simulations by taking into account link adaptation and packet retransmissions. The document is based on the initial studies carried out in deliverables D3.1 and D3.2.Preprin

    Persepsi kaum Melayu Brunei dalam penerimaan makanan tradisional “kelupis” di Sabah

    Get PDF
    Suku kaum di Sabah sangat terkenal dengan makanan yang beraneka jenis mengikut suku kaum masing-masing. Makanan tradisional di Sabah menarik perhatian masyarakat lain disebabkan kepelbagaian dan keunikan jenis makanan seperti Ambuyat, kuih-muih, Butod, Hinava dan sebagainya. Namun begitu, ada sesetengah suku kaum yang masih tidak mengetahui berkenaan makanan tradisi tersebut. Di Sabah, “Kelupis” terkenal sebagai makanan tradisional bagi kaum Melayu Brunei yang menjadi kegemaran mereka, bahkan Kelupis juga menjadi hidangan utama terutamanya pada sambutan perayaan, majlis pertunangan, perkahwinan dan bacaan doa selamat. Skop kajian ini tertumpu di Sabah khususnya kawasan pantai barat iaitu Kuala Penyu, Membakut, Beaufort, Bongawan, Kimanis, Benoni, Papar, Putatan dan beberapa kawasan yang terlibat dalam petempatan kaum Melayu Brunei di Sabah. Hal ini demikian kerana kawasan ini masih lagi mempraktikkan dan membuat makanan tradisi Melayu Brunei. Dalam kajian ini, pengkaji akan menjelaskan makanan tradisi Melayu Brunei iaitu Kelupis dari aspek penghasilan makanan seperti bahan-bahan dan peralatan yang digunakan, teknik pemprosesan Kelupis, reka bentuk dan sebagainya. Selain itu, pengkaji turut membincangkan persepsi kaum Melayu Brunei Sabah terhadap penerimaan makanan tradisi Kelupis. Kaum Melayu Brunei telah menghasilkan Kelupis bukan sahaja dimakan oleh masyarakat yang beragama Islam, malah turut disukai oleh masyarakat yang berlainan agama. Keunikan Kelupis ini mempunyai nilai komersil di samping mampu menarik minat kaum lain di Sabah. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah Kualitatif untuk mendapatkan data-data kajian melalui temu bual dan pemerhatian oleh pengkaji

    Perkembangan institusi muzium Eropah dalam mempengaruhi kewujudan muzium di Malaysia

    Get PDF
    Muzium memainkan peranan yang penting dalam menjaga dan memulihara segala artifak berkaitan sejarah lampau mahu pun warisan dan budaya sesebuah peradaban masyarakat. Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kaya dengan pelbagai warisan dan budaya, maka institusi muzium memainkan signifikan yang penting dalam menjaga warisan pengetahuan tersebut bagi generasi akan datang. Namun, masih ada segelintir individu dalam kalangan masyarakat masih menganggap bahawa institusi muzium tidak memberikan signifikasi yang positif dalam sosial masyarakat. Pemikiran ini boleh terjadi akibat daripada dasar pembentukan muzium di Malaysia yang dikawal oleh pemikiran kolonial suatu ketika dahulu. Institusi muzium mengalami perubahan mengikut peredaran masa ke arah positif dalam menghasilkan sebuah pengurusan yang terbaik dalam menjaga pengetahuan terhadap sejarah lampau. Perkembangan muzium di peringkat Eropah dilihat telah mempengaruhi kemasukan ideologi bidang permuziuman di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis terhadap datadata kajian terhadap sejarah perkembangan muzium di peringkat dunia sehingga ia dibawa masuk oleh kolonial British ke Malaysia pra merdeka. Tumpuan kajian memfokuskan kepada bagaimana dan apakah pengaruh yang dibawa oleh barat dalam institusi muzium di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa, falsafah Renaissance yang di amalkan oleh orang Eropah sekitar abad ke-14, telah menggesa mereka keluar berlayar ke lautan dan menerokai wilayah lain. Ini secara tidak langsung menjurus kepada penjajahan ke atas wilayah bukan Eropah. Dalam konteks kolonial British, kedatangan mereka menjajah Tanah Melayu tidak bertangan kosong, malah membawa masuk ilmu kolonial yang kemudiannya menjadi dasar kepada pembentukan institusi muzium di Malaysia. Namun, pentafsiran artifak, sejarah, warisan dan budaya yang bersifat euro-centric, menyebabkan berlakunya perlaksanaan dekolonisasi muzium selepas pasca merdeka. Ini bertujuan agar suatu sejarah tempatan dapat ditafsirkan dengan betul menerusi sudut pandang serta pengetahuan masyarakat tempatan

    Facebook: Satu platform dalam membentuk kesepaduan nasional di Sabah

    Get PDF
    Matlamat utama dalam pembentukan sesebuah masyarakat adalah bertunjangkan kepada keharmornian dan kesejahteraan sejagat. Dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat khususnya masyarakat yang berbilang etnik, agama, adat dan budaya, kita perlu kepada suatu perubahan dan enjin dalam membentuk kesepaduan nasional tersebut. Dengan berpaksikan kepada kecanggihan teknologi maklumat, kita seharusnya menggunakan medium kontemporari dalam mengakses hubungan antara masyarakat kini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana aplikasi Facebook dapat dijadikan sebagai platform dalam membentuk kesepaduan nasional di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan melihat kepada kajian-kajian lepas berkaitan dengan keupayaan Facebook yang dijadikan sajian harian masyarakat khususnya dalam perkongsian maklumat dan info terkini. Hasil dapatan kajian mendapati, Facebook dapat dijadikan sebagai platform dalam membentuk kesepaduan nasional di Sabah menerusi penyertaan dalam pertandingan atas talian, melaksanakan tayangan video dan iklan yang berunsurkan kaum masing-masing serta kerjasama kerajaan negeri Sabah dalam mengetengahkan Facebook kepada masyarakat tempatan khususnya dalam aspek pekerjaan dan organisasi. Kajian ini turut menemui beberapa kesan penggunaan Facebook sebagai alat kesepaduan nasional di Sabah, cabaran dalam menggunakan Facebook serta cadangan penggunaan Facebook sebagai alat kesepaduan nasional di Sabah. Oleh itu, penggunaan Facebook ke arah perkara yang mendatangkan manfaat boleh dijadikan sebagai indikator dalam membentuk kesepaduan nasional khususnya di negeri Sabah

    Menyingkap sejarah awal dasar ekonomi baru pemacu kepada usaha kelestarian negara bangsa

    Get PDF
    Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990). Dasar ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak susulan tragedi 13 Mei 1969. Sebagai Perdana Menteri, beberapa isu dalam negara perlu ditangani secara bijaksana lagi berhikmah oleh Tun Abdul Razak. Antaranya termasuklah pengstrukturan semula dasar ekonomi agar dapat diperkukuhkan lagi perpaduan rakyat Malaysia. Justeru itu, kertas kerja ini akan berusaha untuk menyingkap sejarah awal Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai salah satu wadah penting dalam proses pembinaan negara bangsa. Dengan pendekatan ilmu sejarah, maka kajian ini menggunakan sumber primer dan sekunder untuk mejelaskan tercetusnya idea dasar yang lebih mapan, yakni DEB. Strategi dan pelaksanaan DEB pada peringkat awal juga dihuraikan dalam usaha mencapai objektif strategi serampang dua mata. Hasil dapatan kajian menunjukkan DEB boleh dianggap sebagai suatu langkah berani dalam usaha mengubah landskap ekonomi negara ini agar misi dan visi perpaduan nasional dapat dicapai. Hal yang penting juga menerusi DEB mencerminkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi yang memperlihatkan wujud diskriminasi positif dalam pengagihan kekayaan negara kepada rakyat, khususnya untuk masyarakat bumiputera

    Cabaran pendidikan pelajar bumiputera luar bandar di Sabah selepas merdeka

    Get PDF
    Artikel ini akan membincangkan tentang cabaran pendidikan terhadap pelajar bumiputera luar bandar di Sabah. Pada era globalisasi ini, kemajuan pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara. Pembangunan sistem pendidikan menjadi satu pelaburan yang bukan sahaja dapat menjamin kemakmuran negara tetapi juga melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi pada masa akan datang. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan keunikan masyarakat bumiputeranya terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Di negeri ini, pembangunan dalam bidang pendidikan sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaan, pemimpin mahupun masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun usaha pembangunan dalam bidang pendidikan ini tidaklah mudah kerana terdapat cabaran yang perlu dihadapi. Oleh itu, perbincangan dalam artikel ini difokuskan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang menjadi halangan terhadap pembangunan pendidikan pelajar bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar selepas Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963. Artikel ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif, kaedah kajian arkib dan kajian perpustakaan iaitu dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder seperti The Annual Summary Report of The Education Dept. 1962, North Borneo Annual Report 1952, akhbar, buku dan artikel untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Dapatan kajian ini menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk memperbaiki atau merangka polisi baru untuk meningkatkan lagi kemajuan pembangunan pendidikan pelajar bumiputera luar bandar di Sabah
    • …
    corecore