1 research outputs found

    Tahap Pengetahuan, Penerimaan, Kesediaan dan Amalan Pengajaran Guru Pemulihan Khas Terhadap Pengajaran Terbeza

    No full text
    Pengajaran terbeza merupakan pendekatan pedagogi yang diamalkan dalam institusi pendidikan dalam menggalas masalah keterbezaan murid dari segi kognitif, kecerdasan pelbagai, minat dan gaya pembelajaran murid. Pengajaran terbeza memberi impak positif kepada tahap pencapaian murid yang berkeperluan khas dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaanya secara berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan dan amalan pengajaran Guru Pemulihan Khas (GPK) terhadap pelaksanaan pengajaran terbeza di kelas pemulihan. Kajian kuantitatif deskriptif ini melibatkan seramai 190 orang GPK sekolah rendah dari tujuh buah daerah di Negeri Sembilan. Satu kajian rintis juga dijalankan terhadap 30 orang guru yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 40 item soal selidik menunjukkan nilai yang tinggi iatu Alpha Cronbach= α= .960. Data min, kekerapan dan peratusan juga diukur berdasarkan pengukuran skala likert dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Data kajian menunjukkan keempat empat aspek yang diukur terhadap GPK masing-masing mencatatkan nilai skor min keseluruhan yang sangat tinggi iaitu tahap pengetahuan (M=4.32, SP =0 .406), tahap penerimaan guru (M=4.56, SP= 0.414), tahap kesediaan guru (M=4.09, SP= 0.511) dan amalan pengajaran guru (M=4.14, SP= 0.470). Walaupun keempat empat aspek yang dikaji min keseluruhannya tinggi, namun GPK masih menujukkan minat dan kesediaan untuk meningkatkan pengetahuan dengan menghadiri kursus, bengkel jika diberi peluang. Tambahan pula, GPK juga menghadapi pelbagai kekangan dalam melaksanakan pengajaran terbeza di kelas pemulihan seperti kekurangan sumber dan bahan mengajar serta masalah pengurusan masa
    corecore