10 research outputs found

    Pengaruh Faktor Bukan Akademik Terhadap Minat dan Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Prauniversiti

    Get PDF
    Kajian ini mengkaji pengaruh faktor bukan akademik terhadap minat dan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di kalangan pelajar prauniversiti. Sebanyak sepuluh buah sekolah di negeri Selangor dipilih secara rawak dan semua pelajar prauniversiti di sekolah tersebut menjadi responden kajian (N=415). Data kajian dikumpul dengan menggunakan tiga kaedah, iaitu Ujian Khas Tatabahasa Bahasa Melayu, Soal Selidlk Minat dan Ujian Menulis Karangan. Ujian-t dan ANOVA sehala digunakan untuk mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina, ras, Status Sosio Ekonomi (SSE) dan tempat tinggal pelajar terhadap minat dan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Hasil karangan pelajar dianalisis mengikut bilangan kesalahan aspek-aspek tatabahasa. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi penguasaan dan minat menguasai tatabahasa. Ras, SSE dan tempat tinggal mempengaruhi penguasaan tatabahasa dan minat menguasai tatabahasa. Analisis kesalahan tatabahasa dalam karangan juga menunjukkan pola yang tertentu mengikut jantina, ras, SSE dan tempat tinggal responden. Terdapat beberapa kajian lepas tidak disokong oIeh dapatan kajian ini. Oleh itu, berdasarkan hasil kajian ini, satu penilaian semula pengaruh faktor bukan akademik perlu dijalankan

    Penguasaan tatabahasa guru mata pelajaran bahasa Melayu tingkatan enam

    Get PDF
    Penyelidikan ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan tatabahasa bahasa Melayu guru-guru yang sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas yang merupakan pengajaran tertinggi di sekolah sebelum para pelajar mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Penyelidikan ini dijalankan dengan memilih lokasi sekolah secara rawak, tetapi haruslah terdiri dari sekolah yang berada di bandar dan di luar bandar di seluruh negara. Semua responden diminta memenuhkan soal selidik dan menjawab ujian tatabahasa bahasa Melayu dalam masa 90 minit. Data dalam soal selidik dan ujian tatabahasa ini dikumpulkan dan dianalisis. Penyelidikan ini mendapati bahawa semua responden menghadapi masalah dan masih keliru dalam semua aspek tatabahasa yang dikemukan dalam ujian. Aspek tatabahasa yang kesalahannya melebihi 50% ialah kata pemeri 82%, klausa 74%, predikat 58%, morfologi 53%, kata penguat 52%, golongan kata75% dan tanda baca 81%. Kesalahan aspek tatabahasa yang dilakukan oleh para guru yang sangat ketara ialah kata pemeri, klausa dan tanda baca, manakala aspek predikat, morfologi, kata penguat adalah pada sekitar 50% kesalahan. Para guru juga mempunyai masalah dalam aspek-aspek yang lain, cuma kurang ketara sangat dan berada di bawah 50% kesalahan seperti kata hubung, ayat majmuk, semantik, imbuhan, sintaksis, frasa, subjek, kata majmuk, kata ganda, dan ayat aktif. Hal ini mempunyai kesan kepada para pelajar mereka yang kurang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu STPM

    Hubungan antara kesantunan berbahasa dengan perlakuan tidak bermoral orang Melayu-Islam

    Get PDF
    Penyelidikan ini dijalankan untuk meneliti dan menganalisis pandangan sebilangan anggota masyarkat Melayu darpada segi hubungan antara kesantunan berbahasa dengan amalan yang negatif dalam kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif ini memilih sebanyak 30 orang informan dan telah memberikan maklumat untuk menghuraikan objektif kajian. Penyelidikan ini mendapati bahawa pandangan sebilangan anggota masyarakat terhadap fenomena kesantunan berbahasa pada zaman dahulu dan kini sudah berbeza sama sekali. Pada zaman dahulu, masyarakat yang mengamalkan kesantunan berbahasa dengan sendirinya terpelihara dengan sifat-sifat yang terpuji dan menjauhi perkara-perkara yang terlarang. Kini, pada pandangan sebilangan anggota masyarakat Melayu mengatakan bahawa ada manusia yang menggunakan bahasa yang santun dan berbudi pekerti semata-mata untuk mencapai hasrat dan niat untuk menipu dan pelbagai lagi perlakuan yang tidak bermoral. Desakan untuk hidup dalam dunia yang semakin mencabar, kedaan persekitaran dan keruntuhan nilai pekerti diri mendorong manusia menipu atas dasar untuk memenuhi naluri tarikan kepada kebendaan dan kesenangan secara mudah dan cepat dengan menjadikan bahasa itu sebagai wahana untuk mencapai hasrat tersebut tanpa menghiraukan lagi tentang agama Islam dan adat ketimuran masyarakat Melayu. Banyak saranan yang diberikan untuk mengatasi masalah ini seperti pendidikan kini haruslah terarah kepada ilmu bukan mengutamakan kemahiran semata-mata, menanamkan konsep nilai dan jati diri serta penerapan agama yang mendalam

    Hati budi Melayu dalam warkah Melayu lama

    Get PDF
    Orang Melayu kaya dengan nilai kehidupan yang diwarisi turun-temurun. Salah satu daripada keperibadian sosial tersebut ialah berhati budi mulia, yang lahir melalui pertuturan mahupun catatan. Usaha-usaha pembugaran teras hati budi ini perlu sentiasa dilakukan supaya nilai estetika ini terus dijadikan panduan dalam memartabatkan bangsa Melayu. Banyak penulisan yang membuktikan bangsa Melayu mempunyai jati diri tersendiri serta disegani, hingga dapat menguasai kepulauan Melayu suatu ketika dahulu. Rentetan itu, penulisan ini dibuat bagi menambah pembuktian kemurnian hati budi orang Melayu yang digambarkan secara tersirat dalam warkah Melayu lama. Penelitian deskriptif dilakukan ke atas lima pucuk warkah Melayu abad ke-19, kiriman raja dan pembesar Melayu. Warkah-warkah ini mengandungi beberapa fokus teras hati budi Melayu, tetapi nilai mulia kehidupan dipilih untuk penulisan ini. Kaedah analisis kandungan digunakan dalam mengenal pasti nilai yang mencerminkan budi pekerti mulia, budi bahasa yang santun, dan akal budi yang tinggi orang Melayu. Terdapat 12 hati budi Melayu yang terjelma secara tersirat dalam warkah yang dipilih. Hati budi ini ternyata telah mengangkat kemuliaan orang Melayu di mata orang luar serta mengeratkan hubungan dengan orang Inggeris. Sesungguhnya, kekuatan hati budi ini penting kerana menjadi asas serta benteng dalam mengukuhkan peradaban bangsa Melayu

    Learning vocabulary through image sketching among primary school children.

    Get PDF
    Vocabulary has long been neglected by most linguists and language teachers who either regard the teaching of it as unnecessary or even determined to the learning of a second language. In recent years, however, interest in the teaching/learning vocabulary has revived and once again a number of linguists and language teachers are involved in attempts to facilitate vocabulary acquisition by the foreign learner of English. This paper introduces a technique of teaching/learning vocabulary that aims to make the task not only more enjoyable for both teacher and learner but also more meaningful. The technique in question is a variation of the so-called mnemonic techniques which seek to create an unusual association between the word form and its meaning. But the technique differs from the keyword technique in important ways. First of all, it makes no attempt to establish any link between the learner’s first language and English. Secondly, it involves the learners taking time – about 2 or 3 minutes – to sketch an image of the word or expression under study. The programme requires the retraining of service teachers who are provided with draw upon their experience in conducting of 20 students in Sek.Keb.Serdang, Selangor. The feedback received from the students supports the vocabulary programmes from image sketching

    Pengaruh latar belakang pelajar pra universiti dalam menguasai tatabahasa Bahasa Melayu

    No full text
    Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 Ceraian 1, berbunyi “bahasa kebagsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu." Sejajar dengan itu, kerajaan telah melaksanakan satu dasar pendidikan bahasa yang menyeluruh, sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Langkah pertama ke arah ini ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi secara berperingkat-peringkat hinggalah ke hari ini. Penguasaan bahasa yang baik dalam kemahiran berbahasa Kurikulum Baharu Sekolah Rendah (KBSR) dapat membantu murid-murid mengikuti pelajaran dengan lebih baik dan berkesan. Berdasarkan hakikat ini, maka kemahiran berbahasa diberi penekanan yang berat dalam kurikulum sekolah rendah supaya pada akhir persekolah nanti, murid-murid dapat menggunakan Bahasa Melayu sejajar dengan peringkat perkembangan umur mereka

    Perubahan Struktur Kata Tunggal Bahasa Melayu Mengikut Aliran

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan struktur kata tunggal bahasa Melayu mengikut aliran, iaitu Tradisional, Struktural, dan Tranformasi Generatif. Ketiga-tiga aliran tersebut dianuti oleh penulis-penulis buku teks tatabahasa yang dikaji sesuai dengan sistem masa yang mereka lalui seperti Pelita Bahasa Melayu 1 oleh Za’ba (1958), dan Tatabahasa Baru Melayu / Indonesia oleh Sutan Takdir Alisjahbana (1963) (Aliran Tradisional), Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar (1980) (Aliran Struktural dan Sistemik), dan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim, et. al., (1993) (Aliran Transformasi Generatif dan bercampur dengan Tradisional dan Struktural). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan buku-buku yang terpilih dan sumber daripada informan. Analisis kandungan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk meneliti perubahan kata tunggal bahasa Melayu mengikut aliran. Selain itu, penyelidik menggunakan kaedah temu bual dengan beberapa orang informan yang terpilih untuk mendapatkan maklumat tentang kekuatan pegangan aliran tatabahasa yang menjadi anutan penulis-penulis teks yang dikaji. Kaedah analisis kandungan dibahagikan kepada lima, iaitu persampelan, kategori, unit catatan, unit konteks, dan sistem perhitungan. Sistem perhitungan menggunakan Pengekodan Binari. Penyelidik menggunakan Teori Carney (1994) dengan dua pendekatan, iaitu Filologi dan Fungsian dan deskripsi bahasa dengan tiga aliran, iaitu Tradisional, Struktural, dan Transformasi Generatif. Selain itu, kaedah menemu bual informan, penyelidik menggunakan pendekatan “Hermeneutic phenomenology, iaitu pendekatan yang mampu memberikan maklumat yang sebenarnya berdasarkan pengalaman seseorang terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Teknik perbualan terbuka digunakan semasa pengumpulan data daripada informan. Perbualan dirakamkan melalui pita rakaman dan ditranskrip secara vervatim. Analisis bermula sebaik sahaja data dikumpul. Analisis terperinci kemudiannya dijalankan untuk mendapatkan tema dan kategori. Tema telah dikategorikan kepada tiga, iaitu aliran Tradisional, aliran Struktural, dan aliran Transformasi Generatif. Penyelidikan ini telah memaparkan beberapa perubahan yang sememangnya berlaku terhadap bahasa Melayu dalam aspek perubahan makna kata tunggal, perubahan struktur dan perbandingan struktur kata tunggal bahasa Melayu empat buah teks tatabahasa yang dikaji. Perubahan ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu adalah bersifat hidup, berkembang dan berubah dari semasa ke semasa. Selain itu, penyelidik dapat menunjukkan dengan jelas tentang kekuatan pegangan aliran tatabahasa yang dianuti oleh penulis-penulis teks yang dikaji. Oleh sebab bahasa Melayu bersifat hidup, maka pengguna-pengguna yang ingin menguasai bahasa ini dengan baik, maka mereka haruslah sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan yang dilaluinya dari semasa ke semasa

    Learning style among native Iban students based on their gender in acquiring Malay as a second language

    No full text
    Most of the teachers pay less focus on students’ learning styles due to their obligation to finish the syllabus within the specified duration, which often resulted in the mismatched of teaching process and learning outcomes. This study aims to identify the different learning styles across gender in acquiring Malay language as a second language among native Iban students in Sarawak. 170 students were chosen from five high schools in Betong region (Sarawak) for analysis, based on the Dunn and Dunn Learning Model (1992). A combination of questionnaire survey and interviews helps to concrete our findings. Results reveal similarities in learning styles across gender in terms of emotional stimulation, psychological, environmental, and physiological factors but differences in sociological stimulation. On the whole, students have deep intrinsic motivation, low desire but positive sense of responsibility, and find it easier to learn Malay language via bonded learning structure compared to liberal ones

    Interference of mother tongue (L1) in the English translation materials

    No full text
    Malaysian philosophy, purpose and objective of the education system is rooted and based on policies stated in the National Education Policy 1956 and Education Act 1961. Whereas the Education Ordinance 1952 urged all Chinese and Tamil schools to be given equal opportunity to learn English and Malay language together with their mother tongue. This policy has open up opportunity to the non-Bumis to learn their mother tongue without any fixed rules. The learning of mother tongue was not only limited to the basic level, but it continues to the university level. The findings of this research is important especially in the teaching of Malay language as the medium of instruction in the education system. All these three parties the Ministry of Education, Translation Institute and Ministry of Higher Education play important roles in producing the quality translation materials
    corecore