41 research outputs found

    Teachers' job satisfaction as mediator of the relationship between teachers' motivation and teachers' work performance: survey from secondary schools in Sarawak

    Get PDF
    This paper is a quantitative research and procedures used to access and evaluate the statistical significance of relevant path coefficients were Smart-PLS measurement and structural model evaluation. The findings showed that the teaching task, additional task and administrative task have increased extrinsic and intrinsic satisfaction. Thus, this will improve teachers' performance more effectively because they have appropriate tasks in their working environment

    Pengaruh aspek konteks, input dan proses terhadap pencapaian pentaksiran kerja amali Sains

    Get PDF
    Senario program PEKA Sains pada masa ini ialah guru melaksanakannya seperti yang diarahkan oleh KPM namun pelaksanaannya kurang mengambil kira aspek manakah yang sepatutnya dititikberatkan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaruh aspek konteks, input, dan proses Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains terhadap pencapaian PEKA Sains dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 di Negeri Sabah. Seramai 447 orang pelajar Tingkatan 4 telah dipilih dengan kaedah persampelan berstrata. Kajian ini adalah kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data. Instrumen yang telah digunakan untuk memungut data terdiri daripada Seal Selidik Aspek Konteks (SSAK), Soal Selidik Aspek Input (SSAI) dan Seal Selidik Aspek Proses (SSAP) manakala keputusan pencapaian PEKA Sains diperolehi daripada guru Sains Tingkatan 4 yang menilai pelajar menggunakan rubrik petunjuk prestasi mengikut piawaian yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pakej analisis statistik \ Statistical Package for Social Sdence' (SPSS) for Windows version 20.0, perisian analisis item 'QUE5r dan perisian 'Smart Partial Least Square' (SmartPLS) version 2.0 telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan tahap PEKA Sains bagi aspek konteks, input dan proses adalah pada tahap 'Tinggi' (3.41-4.20) manakala min pencapaian pelajar mengikut kemahiran PEKA Sains adalah pada tahap cemerlang (8 atau 9, Gred A). Selain itu, dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat korelasi dan juga pengaruh antara aspek konteks, input dan proses terhadap pencapaian PEKA Sains. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi dan juga pengaruh antara aspek konteks dengan input dan antara aspek input dengan proses. Dapatan analisis lintasan mendapati aspek konteks, input dan proses PEKA Sains tidak mempunyai korelasi dengan pencapaian PEKA Sains. Model struktur yang dijanakan dalam kajian ini tidak dapat meramalkan pencapaian produk PEKA Sains. Dapatan-dapatan kajian memberi implikasi khususnya keperluan untuk meneliti semula aspek proses, memastikan aspek input yang menepati dengan keperluan PEKA Sains, dan mempertimbangkan faktor-faktor lain yang dapat memenuhi keperluan pelajar. Pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum sains perlu meneliti semula pelaksanaan PEKA Sains terutama sekali dalam pelaksanaan aspek proses

    The evaluation of science module implementation of teaching for change community project

    Get PDF
    This community development project was carried out at a Primary School located at Kota Belud, Sabah, Malaysia. The aim is to construct and implement these modules for Year 1 to Year 6 students to master the skills in English, Mathematics, and Science. The purpose of the process evaluation is to identify and monitor continuously various elements of project operation. The CIPP (Context, Input, Process, and Product) Model of D.L. Stufflebeam (1985) was used to evaluate the implementation of the project. This study focuses on the process evaluation of the Science module implementation. A qualitative study was conducted. A purposive sample of twelve informants participated in the study. Data was garnered using a focus group discussion interview. Several themes were identified from the final findings of this study. Emerging themes were development and enhancement of the teaching and learning skills. Development and enhancement of teaching focuses on module construction and application, creativity application, SCL (Student Centered Learning) strategy, multimedia approach, class control skill, confidence level, peers learning, teacher responsibility, time organization, lesson plan preparation, and evaluation focused on the design illuminating the procedures and strengths weaknesses. Overall, the module for Science has shown positive outcomes

    The Influence of School Climate, Teachers' Commitment, Teachers' Motivation on Teachers' Work Performance Through Teachers' Job Satisfaction

    Get PDF
    The purpose of this study is to examine the influence of school climate, teachers’ commitment, teachers’ motivation on teachers’ work performance through teachers’ job satisfaction as a mediator. The sample used in this study consisted of 2738 responses from Sarawak secondary school teachers collected through a structured questionnaire. The study used Partial Least Square (PLS) analysis technique using the Smart-PLS 3.2.7 software. Findings confirmed that school climate, teachers’ commitment, teachers’ motivation, and teachers’ job satisfaction were the key constructs for increasing teachers’ work performance among secondary school teachers in Sarawak. Furthermore, the importance-performance matrix analysis (IPMA) has shown that teachers’ job satisfaction was the most important factor. The study results also stated that teachers’ job satisfaction mediates the relationship between school climate and teachers’ work performance; teachers’ commitment and teachers’ work performance; and teachers’ motivation and teachers’ work performance

    Hubungan Kepimpinan Pengetua dan Iklim Sekolah dengan Motivasi Guru

    Get PDF
    Kajian yang bertajuk hubungan kepimpinan pengetua dan iklim sekolah dengan motivasi guru dalam kalangan guru-guru sekolah menengah dilaksanakan di daerah Sri Aman, Sarawak. Seramai 188 responden dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Kepimpinan pengetua telah diukur menggunakan instrumen The Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ) dan iklim sekolah diukur menggunakan School-Level Environment Questionnaire (SLEQ). Instrumen soal selidik, A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendecy (QMAT) pula digunakan untuk mengukur tahap motivasi guru. Nilai alpha Cronbach soal selidik ialah .926, .747 dan .792. Dapatan kajian mendapati kepimpinan pengetua, iklim sekolah dan motivasi guru adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepimpinan pengetua berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar, iklim sekolah berdasarkan kelayakan ikhtisas, motivasi guru berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan bagi iklim sekolah berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan positif yang lemah antara iklim sekolah dengan motivasi guru (r=.358, p<.05) dan antara hubungan kepimpinan pengetua dengan motivasi guru (r=.206, p<.05)

    Pembinaan dan Pengesahan Soal Selidik Penerimaan Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan Soal Selidik Penerimaan Pelaksanaan Elemen Pendidikan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru dari perspektif guru sebagai pelaksana di Sekolah Menengah. Berdasarkan penerokaan literatur, konstruk dan item yang dikenal pasti menyumbang kepada pelaksanaan elemen STEM dalam pengajaran dan pembelajaran dari aspek penerimaan guru berjaya dibangunkan. Soal Selidik telah disahkan melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen yang melibatkan 13 orang pakar manakala, kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen di analisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 25.0. Seramai 825 orang guru sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Muatan faktor bagi setiap item berada dalam julat 0.562 hingga 0.799, manakala keputusan analisis kebolehpercayaan adalah, a=0.974. Keputusan menunjukkan instrumen mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai diaplikasikan dalam kajian sebenar

    Pembinaan dan pengesahan instrumen pengetahuan, afektif dan motivasi guru sains terhadap pengajaran dan pembelajaran stem (PAMPDPSTEM)

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan instrumen PAMPDPSTEM untuk menilai pengetahuan, afektif dan motivasi guru sains terhadap pelaksanaan PdP STEM di Sekolah Menengah. Berdasarkan kajian literatur dan analisis instrumen sedia ada, konstruk dikenalpasti dan item yang menyumbang kepada pelaksanaan PdP STEM telah dibangunkan. Instrumen ini terdiri daripada Soal Selidik Aspek Pengetahuan (SSAP), Soal Selidik Aspek Afektif (SSAA), Soal Selidik Aspek Motivasi (SSAM) dan Soal Selidik Tahap Pelaksanaan PdP STEM (SSTP). Kesahan kandungan instrumen melibatkan empat orang pakar. Manakala, Kesahan gagasan dan kebolehpercayaan instrumen telah disemak dengan menganalisis item-item soal selidik menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 23.0. Seramai 104 orang guru telah terlibat dalam kajian ini. Muatan faktor untuk setiap item adalah dalam julat 0.547 hingga 0.930 dan nilai kebolehpercayaan (alpha) adalah dalam julat 0.840 hingga 0.930. Keputusan kesahan dan kebolehpercayaan ini menunjukkan instrumen sesuai digunakan untuk kajian sebenar. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan instrumen ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunapakai dalam kajian sebenar

    The influence of context, input and process aspects on assessment of science practical work achievement

    Get PDF
    The purpose of this study was to examine the influence of context, input and process aspects on Assessment of Science Practical Work (ASPW) achievement among the form 4 students in Sabah. A total of 447 Form 4 students from all over Sabah were selected by using stratified sampling technique. Non-experimental quantitative research and survey method was used to collect data. Instruments used to collect data comprised Context Aspect Survey (CAS), Input Aspect Survey (IAS) and Process Aspect Survey (PAS), whereas result of ASPW was provided by the science Form 4 teachers who assessed the students using a standardized achievement indicator rubric provided by the Malaysian Examination Board. The Statistical Package for Social Sciences’ (SPSS) for Windows version 20.0, QUEST item analysis software, and Smart Partial Least Square (SmartPLS) version 2.0 software were used to analyze collected data. The findings showed that for the assessment of context, input and process aspect, the level of assessment was high (3.414.20) whereas the min of ASPW achievement according to the skills was at excellent level (8 or 9, Grade A). There was significant correlation and influence between context and input and between input and process. However, there was no significant correlation and influence between process and product. The result of paths analysis revealed that context, input and process aspects of ASPW do not correlate with the ASPW achievement. The findings of this study bring some implications especially the need to revise the process aspect, to ensure the input aspect fulfills the ASPW, and to consider other factors which are able to fulfill student’s requirement. Keyword: Assessment of Science Practical Work (ASPW), Context, Input and Process Aspect

    Perbezaan Faktor Demografi Dalam Efikasi Kendiri Guru Dan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke 21

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meninjau perbezaan faktor demografi (jantina, umur, kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar) dalam efikasi kendiri guru dan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di enam (6) buah sekolah menengah daerah Penampang di negeri Sabah. Seramai 329 guru-guru sekolah menengah telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata berkadar. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif bersifat tinjauan menggunakan sepenuhnya borang soal selidik untuk mengumpul data. Instrumen yang telah digunakan untuk memungut data terdiri daripada soal selidik Teachers’ Sense Of Efficacy (TSES) dan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Usaha penerokaan literatur mendapati faktor demografi yang telah dikenal pasti releven dalam konteks kajian ini ialah umur, jantina, pengalaman mengajar dan kelulusan ikhtisas. Pakej analisis statistik ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) for Windows version 25.0 telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang dikumpul. Analisis Ujian-t dan ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan faktor demografi guru seperti jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas. Demikian juga efikasi kendiri guru, turut didapati tidak berbeza secara signifikanberdasarkan faktor jantina, umur dan kelayakan ikhtisas. Namun, efikasi kendiri guru didapati berbeza secara signifikan berdasarkan faktor pengalaman mengajar

    Cabaran dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran STEM di Sekolah Menengah

    Get PDF
    Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) STEM mula diperkenalkan melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017. Lantas, kajian ini telah dijalankan untuk meninjau cabaran yang perlu ditempuhi oleh 128 guru sains dalam melaksanakan PdP STEM di sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Instrumen yang digunakan adalah Soal Selidik Aspek Pelakasanaan (SSAP) yang mengandungi 14 item. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 24.0. Analisis deskriptif menunjukkan 63.8% responden mempunyai bersetuju bahawa aspek kesediaan guru merupakan cabaran utama dalam melaksanakan PdP STEM. Selain itu, didapati bahawa kekurangan pengetahuan merupakan cabaran utama dalam melaksanakan PdP STEM. Dapatan kajian juga menunjukkan cabaran pelaksanaan PdP STEM adalah pada tahap sederhana (M = 3.43, SD = .395). Oleh itu, tindakan segera perlu untuk mengatasi cabaran ini bagi memastikan PdP STEM dapat dilaksanakan secara efektif
    corecore