58 research outputs found
Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi: Kriteria dan Pembentukan Kepimpinan
Pemimpin berprestasi tinggi jelas dinyatakan sebagai satu hasrat dalam Anjakan 5 PPPM 2013 -2025 iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah yang merujuk kepada pengetua dan guru besar cemerlang. Pemimpin berprestasi tinggi diakui dapat memacu pencapaian murid ke arah kecemerlangan disebabkan keupayaan mereka dalam memastikan peradaban dan suasana sekolah positif, hala tuju yang jelas, kolaborasi erat, berkomitmen tinggi, terdapat program peningkatan staf serta hubungan luar yang baik. Menyedari kepentingan pemimpin berprestasi tinggi dalam mewujudkan lebih banyak Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK), maka kriteria, latihan kepimpinan dan proses perkembangan pemimpin dijadikan sorotan di samping menghuraikan jurang kajian berlandaskan perkembangan kepimpinan berprestasi tinggi. Kriteria pemimpin berprestasi tinggi merangkumi amalan pemimpin, faktor awal, serta hala tuju masa depan pemimpin. Seterusnya latihan kepimpinan seperti NPQEL berkait rapat dengan Kontinum Pembangunan Kepimpinan. Manakala perkembangan pemimpin adalah berdasarkan fasa kepimpinan sebelum bekerja, perkembangan kepimpinan semasa bekerja sebelum menjadi guru besar, perkembangan kepimpinan semasa menjadi guru besar, perkembangan kepimpinan semasa menjadi Guru Besar SKK, dan fasa masa depan. Perbincangan berkaitan aspek-aspek ini telah membawa penemuan jurang kajian tentang perkara- perkara dalam fasa-fasa perkembangan guru besar SKK seperti pada kerangka konseptual yang memberi impak mendalam terhadap pemimpin berprestasi tinggi
Persepsi terhadap penilaian prestasi, komitmen dan motivasi kerja Guru Sekolah Menengah Teknik di Sabah
This study aims to identify the perception on performance assessment and teachers’ job commitment and motivation. A total of six technical schools and 248 teachers involved in this study. This study is a descriptive study using survey design. Data collected through a survey questionnaire containing 40 items. The results of the t-test performed showed significant difference between the performance assessment based on gender. However, One-way ANOVA analysis showed no significant differences in performance assessment based on the position and length of service. While Pearson Correlation (r) shows that there is a positive and moderate relationship between performance assessment with work commitments and there is a significant and strong correlation between the performance assessment of teachers' motivation. This study has some important implications to those who involve in the effort for improving the management of performance assessment in order to help teachers to be more committed and motivated
Students satisfaction of the industrial skills enhancement program (INSEP)
Policy makers in higher-education institutes have recently paid closer attention to graduate enrichment programs such as INSEP. The program aimed to prepare unemployed graduates with ‘ready to work’ knowledge and skills. The objectives of this study are to examine the satisfaction of the former students of the INSEP program in regards to three aspects, including inputs, implementation and learning impacts of the program. This study adopts the quantitative approach, using a set of questionnaires as an instrument. The sample size used for the study includes 71 respondents out of 82 graduates. This study was conducted one year after the students completed the INSEP program. The findings in regards to the program’s inputs showed that the students were satisfied with the content of the program, but were less satisfied with the quality of the teaching staff and infrastructure. The students were also less satisfied with the implementation of the program, especially the implementation of industrial training. In regards to learning impacts, the students were more satisfied with the program’s impacts on soft skills, compared to technological knowledge and skills. This study sheds light on several aspects of the program that need further improvemen
Rangsangan kemahiran motor halus dan kognitif murid prasekolah menggunakan playdough
Kajian ini mengkaji keberkesanan kemahiran motor halus dan kognitif kanak-kanak menggunakan aktiviti bermain playdough. Dalam kajian ini, reka bentuk ujian pra-pasca satu kumpulan menggunakan kaedah kuasi-eksperimental telah digunakan. Kumpulan rawatan terdiri daripada 15 orang murid prasekolah berumur 6 tahun sebagai sampel kajian. Data dikumpul menggunakan prosedur ujian pra, ujian pasca, dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan purata skor kemahiran motor halus daripada 60.53% peratus kepada 89.87% iaitu peningkatan sebanyak 27.47%. Kemahiran kognitif juga menunjukkan peningkatan purata skor daripada 66.53% kepada 95.20%. Hasil kajian ini menunjukkan aktiviti bermain playdough memberikan kesan positif kepada perkembangan Kemahiran motor halus dan kongitif kanak-kanak. Oleh yang demikian penggunaan playdough boleh diperluaskan sebagai salah satu aktiviti pembelajaran dalam kelas pendidikan prasekolah
Hubungan kepimpinan teknologi guru besar dengan kepercayaan dan integrasi teknologi guru di sekolah rendah kebangsaan di daerah Kudat
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menuntut bahawa pengintegrasian ICT di sekolah perlu dilaksanakan berdasarkan piawaian yang dicadangkan oleh Persatuan Antarabangsa Teknologi Pendidikan (ISTE). Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan antara Kepimpinan Teknologi Guru Besar (KTGB) dan Kepercayaan Penggunaan Teknologi Guru (KPTG) di sekolah rendah kebangsaan di daerah Kudat. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam meneliti lima aspek KTGB. Persampelan dalam kajian ini adalah seramai 285 orang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan di Daerah Kudat. Instrumen kajian yang digunakan adalah daripada soal selidik Instrumen Principals' Technology Leadership Assessment (PTLA) yang diubahsuai dari International Society for Technology in Education-Standards for Administrators (ISTE-A, 2014) mengikut acuan budaya Malaysia, akan digunakan untuk mengumpul data KTGB. Instrumen kedua, merujuk Integrasi Teknologi Guru (ITG) adalah diubahsuai dari Learning with ICT: Measuring ICT Use in the Curriculum Instrument. Instrumen ketiga pula merujuk instrumen kepercayaan penggunaan teknologi guru yang dibina instrumen (TPACK Framework) iaitu rangka kerja Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (TPACK) direka bentuk oleh Koehler dan Mishra (2009). Pemprosesan data menggunakan perisian SPSS versi 21. Hasil kajian menunjukkan KTGB, KPTG dan ITG pada tahap yang tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan KTGB dan KPTG mengikut jantina. Terdapat hubungan antara KTGB dengan KPTG dan ITG. Hasil kajian ini mempunyai implikasi kepada pembuatan dasar berkaitan dengan ICT di sekolah
Penggunaan strategi pembelajaran koperatif untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan strategi pembelajaran koperatif bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar. Kajian dijalankan menggunakan kaedah eksperimen pengagihan rawak di tiga buah sekolah menengah di daerah Keningau dan melibatkan seramai 62 orang pelajar tingkatan lima yang mengambil subjek Ekonomi. Di setiap sekolah, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan kawalan yang diajar menggunakan strategi pembelajaran konvensional dan kumpulan rawatan yang diajar menggunakan strategi pembelajaran koperatif selama sembilan minggu. Markah kumpulan pelajar kemudian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows Version 17.0 (SPSS). Perisian SPSS digunakan untuk mendapatkan min keseluruhan markah kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pra pasca, nilai ujian-t, signifikan serta min persepsi pelajar mengenai keberkesanan strategi pembelajaran koperatif. Hasil daripada analisis data yang dilakukan terhadap ujian pra-pasca kumpulan rawatan dan kawalan mendapati terdapat peningkatan tahap KBAT pelajar dalam kumpulan rawatan dengan jumlah min markah 59.26 berbanding dengan kumpulan kawalan dengan jumlah min markah 50.45. Keadaan ini menunjukkan penggunaan strategi pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan KBAT pelajar. Proses interaksi yang berlaku melalui pembelajaran koperatif membantu meningkatkan keupayaan pelajar menganalisis, memberikan idea baharu serta membuat hubung kait. Kajian ini memberi implikasi penting untuk mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan KBAT pelajar
Status Sosioekonomi: Satu Cabaran Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah
Kajian ini membincangkan konsep cabaran status sosioekonomi dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Sosioekonomi ini merujuk kepada profil ibu bapa yang merangkumi tahap pendidikan, pekerjaan dan pendapatan. Sehubungan itu, kedudukan sosioekonomi merupakan salah satu konstruk yang mempunyai hubung kait dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Penglibatan pelajar merangkumi tiga aktiviti utama kokurikulum iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan. Sekolah memainkan peranan utama dalam menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum. Maka, pelbagai langkah perlu dibuat bagi mengenal pasti permasalahan yang mungkin timbul disebabkan kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut. Maka, status sosioekonomi dilihat mempunyai cabaran dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah
Toleransi etnik melalui perayaan Orang Asal di Sabah : aplikasi teori tingkah laku terancang
Penelitian terhadap hubungan etnik merupakan satu topik yang penting terutama sekali dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum. Masyarakat pelbagai kaum terdedah kepada konflik akibat perbezaan daripada pelbagai aspek seperti agama, kepercayaan dan budaya. Sejesteru itu, penulisan ini membincangkan tentang toleransi etnik dengan fokus kepada peranan perayaan sebagai medium memupuk toleransi. Perbincangan dikembangkan melalui aplikasi Teori Tingkah Laku Terancang oleh Ajzen (1991). Teori Tingkah Laku Terancang dipilih kerana ianya digunakan secara meluas dalam memahami tingkah laku sosial manusia. Dalam penulisan ini, teori digunakan untuk memahami perkaitan perayaan dengan toleransi etnik. Penulis menganalisis bahan yang terdiri daripada jurnal, prosiding seminar, bab dalam buku, tesis, buku serta laporan organisasi untuk melihat perkaitan antara perayaan dengan toleransi etnik. Teori Tingkah Laku Terancang menunjukkan bahawa perayaan boleh mempengaruhi sikap, norma subjektif dan persepsi tentang cara seseorang menangani toleransi etnik. Adalah disyorkan bahawa teori ini digunakan oleh kajian masa depan untuk mengembangkan lagi asas pengetahuan dalam penelitian mengenai toleransi etnik. Hasil sorotan kajian ini memberikan idea bukan sahaja kepada pengkaji toleransi etnik, malah kepada pihak berkepentingan untuk memupuk integrasi masyarakat melalui perayaan pelbagai etnik seperti di Sabah
Toleransi etnik melalui perayaan orang asal di Sabah: Aplikasi teori tingkah laku terancang
Penelitian terhadap hubungan etnik merupakan satu topik yang penting terutama sekali dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum. Masyarakat pelbagai kaum terdedah kepada konflik akibat perbezaan daripada pelbagai aspek seperti agama, kepercayaan dan budaya. Sejesteru itu, penulisan ini membincangkan tentang toleransi etnik dengan fokus kepada peranan perayaan sebagai medium memupuk toleransi. Perbincangan dikembangkan melalui aplikasi Teori Tingkah Laku Terancang oleh Ajzen (1991). Teori Tingkah Laku Terancang dipilih kerana ianya digunakan secara meluas dalam memahami tingkah laku sosial manusia. Dalam penulisan ini, teori digunakan untuk memahami perkaitan perayaan dengan toleransi etnik. Penulis menganalisis bahan yang terdiri daripada jurnal, prosiding seminar, bab dalam buku, tesis, buku serta laporan organisasi untuk melihat perkaitan antara perayaan dengan toleransi etnik. Teori Tingkah Laku Terancang menunjukkan bahawa perayaan boleh mempengaruhi sikap, norma subjektif dan persepsi tentang cara seseorang menangani toleransi etnik. Adalah disyorkan bahawa teori ini digunakan oleh kajian masa depan untuk mengembangkan lagi asas pengetahuan dalam penelitian mengenai toleransi etnik. Hasil sorotan kajian ini memberikan idea bukan sahaja kepada pengkaji toleransi etnik, malah kepada pihak berkepentingan untuk memupuk integrasi masyarakat melalui perayaan pelbagai etnik seperti di Sabah
The contribution of content knowledge, creativity and innovation towards teacher’s self-efficacy in teaching economics subject in Sabah
The main purpose of this study is to identify the direct and indirect contribution of content knowledge, creativity and innovation to the self-efficacy of Economics subject teachers in the teaching process. The total of 536 form six students representing the entire state of Sabah were selected using simple random sampling. This study is a non-experimental quantitative study using the survey method to answer the research objectives. The questionnaire used was developed based on Shulman’s PCK theory and Bandura’s theory which is the basis of this study. The SPSS Software and AMOS are used to analyze data and path between selected variables. Multiple regression tests showed that there was a contribution of independent variables to the dependent variables. The results of the path analysis test also prove that the content knowledge, creativity and innovation of Economics teachers show a direct and indirect contribution to the level of self-efficacy of the Economics teachers. The results of the structural equation modeling (SEM) analysis after modification showed that 83.6 per cent of the independent variable variance contributed to the self-efficacy of Economics teachers. This result indicates that there is a good fit of the measurement model in the structural equation model (SEM) generated in this study
- …