4 research outputs found

    Relief for Psychiatric Patients in Malaysia: Results from expert interviews

    Get PDF
    This study aims to 1) identify and describe agencies’ role in helping psychiatric patients and 2) evaluate whether there is a synergy in building a concrete framework for the patients. Semi-structured interviews were conducted with eight mental health experts. The data were transcribed, and thematic analysis was performed using NVivo software. Findings revealed that empowering the patients was one of the strategies to assist them. Nevertheless, the multisectoral collaboration did not translate well within the aid networks despite the efforts by the government agencies to bridge their services to the patients. Keywords: Psychiatric Care, Aid Agencies, Integration Strategy, Collaboration Networks eISSN: 2398-4287 © 2022. The Authors. Published for AMER ABRA cE-Bs by e-International Publishing House, Ltd., U.K. This is an open-access article under the CC BYNC-ND license (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/). Peer-review under responsibility of AMER (Association of Malaysian Environment-Behaviour Researchers), ABRA (Association of Behavioural Researchers on Asians/Africans/Arabians) and cE-Bs (Centre for Environment-Behaviour Studies), Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA, Malaysia. DOI: https://doi.org/10.21834/ebpj.v7i20.344

    Pembangunan senarai semak untuk mendapatkan data-data sensitif (HSD) dalam penyelidikan / Zurina Md. Nen … [et al.]

    Get PDF
    Senarai Semak Highly Sensitive Data (HSD) adalah satu hasil inovasi yang dibangunkan sebagai pelengkap dan pemudah car a kepada kaedah penyelidikan sedia ada. Inovasi ini dilakukan khusus untuk membantu penyelidikyang ingin mendapatkan datayang bersifat sensitif terutamanya apabila ia melibatkan privasi kepada individu mahupun organisasi awam ataupun swasta. Pelbagai sebab menjadikan sesuatu data itu sensitif dan berbentuk rahsia kepada umum. Meskipun boleh diperoleh, usaha untuk mendapatkannya amatlah mencabar. Lazimnya, dalam penyelidikan yang melibatkan HSD, golongan penyelidik akan berhadapan dengan cabaran seperti penyaring maklumat dan pelbagai kerenah birokrasi. Proses ini menjadi lebih sukar apabila penyelidik tidak mempunyai pengalaman tentang bagaimana untuk menghadapi cabaran ini. Oleh itu, satu keperluan membangunkan satu senarai semak bagi memudahkan proses ini dilihat penting. Proses membangunkan senarai semak ini telah melalui proses kaji selidik atas talian bagi mendapatkan satu senarai yang menyeluruh. Kaji selidik ringkas yang telah dijalankan membuktikan bahawa proses mendapatkan HSD ini berdepan dengan pelbagai kekangan. Akibatnya, proses yang dianggap sukar dan rumit ini membantutkan minat golongan penyelidik untuk terus meneroka data-data penting seterusnya memberi kesan kepada hasil dapatan penyelidikan. Fakta ini telah menjadi asas kepadapenghasilan Senarai Semak HSD. Atas kesedaran ini, satu senarai semak yang komprehensif meliputi tiga fasa penting dalam mengakses HSD telah didokumenkan. Terdapat tiga objektif senarai semak ini, iaitu: (1) menonjolkan cabaran-cabaran dalam mengakses maklumat yang sensitif; (2) mengenal pasti prosedur-prosedur untuk mendapatkan maklumat ini; dan (3) menyediakan senarai semak untuk membantuprosesproses ini. Oleh itu, diharapkan Senarai Semak HSD ini dapat memberi manfaat kepada para penyelidik dari pelbagai cabang disiplin di institusi pengajian tinggi dan juga pihak industri, terutamanya dalam kalangan penyelidik baharu

    Pilihan Raya Kecil Slim 2020 di Perak, Malaysia : prestasi Perikatan Nasional

    Get PDF
    Artikel ini bertujuan membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim di peringkat negeri Perak yang diadakan pada 29 Ogos 2020. PRK Slim menyaksikan pergelutan kerusi DUN tiga penjuru antara gabungan parti kerajaan, Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) serta sebuah blok bebas. Dalam PRK ini, calon Barisan Nasional (BN) yang mewakili PN telah memenangi dan mengekalkan kerusi tradisi DUN Slim dengan mengalahkan parti PEJUANG, sebuah parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas perdana menteri ketujuh Malaysia, Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, artikel ini menjelaskan secara terperinci akan fenomena politik yang berlaku di dalam PRK DUN Slim, Perak, merangkumi prestasi gabungan parti PN yang terbentuk pada awal Mac 2020 berikutan tercetusnya “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah mentadbir negara selama 22 bulan. Selain itu, artikel ini juga menerangkan isu serta strategi parti-parti bertanding, termasuk faktor-faktor yang menjadi pemangkin ke atas kemenangan PN di Slim dan di antaranya adalah seperti kredibiliti calon, penglibatan serta sokongan parti gabungan, isu integriti, strategi kempen serta faktor politik perkauman. Artikel ini memberikan gambaran akan perubahan landskap politik negara yang telah memberikan satu perspektif baharu terhadap struktur keutuhan sistem politik di Malaysia setelah dilanda arus globalisasi, sekaligus merancakkan lagi perkembangan alur ilmu politik, percambahan pandangan serta buah fikiran terhadap dinamik politik negara
    corecore