38 research outputs found

    Mikorot dalam konteks kebudayaan etnik dusun di Sabah: Analisis dari perspektif hubungan etnik

    Get PDF
    Kebanyakan negara di dunia yang mempunyai komposisi etnik yang pelbagai sering kali berhadapan dengan situasi ketegangan etnik, isu kuasa politik etnik, persaingan etnik, malah ada yang memuncak dengan konflik fizikal yang lebih radikal sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Isu etnik sentiasa mewarnai hubungan antara masyarakat dan keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan hubungan antara etnik di Malaysia akan terus kekal harmoni sehingga kini. Usaha tersebut dilaksanakan melalui pelbagai program dan turut diterjemahkan dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Menariknya, usaha kerajaan dalam memastikan hubungan etnik sentiasa harmoni bukanlah perkara yang baharu dan menghairankan dalam masyarakat Dusun di Sabah. Amalan cara hidup dan sikap toleransi yang tinggi dalam komuniti ini sudah berakar umbi sejak sekian lama. Salah satu amalan yang menunjukkan sikap keterbukaan mereka yang tinggi terhadap perbezaan etnik dan agama ialah amalan mikorot. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan makna dan konsep mikorot dalam budaya masyarakat Dusun, menjelaskan ritual pelaksanaan mikorot dan yang terakhir mengetahui implikasi mikorot dan cabarannya dalam masyarakat. Hasil kajian yang diperoleh melalui kaedah kualitatif menggunakan temu bual mendapati mikorot adalah satu upacara yang dilaksanakan oleh etnik Dusun di Sabah sebagai cara untuk mengesahkan nilai kekeluargaan mereka terhadap individu yang bukan ahli keluarga mereka tanpa melibatkan perkahwinan atau hubungan biologi. Selain itu, amalan mikorot ini juga berjaya memupuk hubungan yang harmoni antara etnik Dusun dengan etnik Dusun yang lain dan antara etnik Dusun dengan masyarakat lain di negeri Sabah

    Pattern of inter-marriage in Keningau: a preliminary study towards religious tolerance

    Get PDF
    This paper seeks to discuss the profiling pattern of inter-marriage among the Keningau community and how the inter-marriage can be a social indicator towards the practice of religious tolerance. This has been done through analyzing the quantitative data collected randomly from some folk villages in Keningau. The concept of inter-marriage as discussed in this paper broadly means inter-marriage between different ethnic groups, inter-faith marriage between different religions and inter-faith marriage that leads to conversion to Islam. The findings show that there are some cases or incidents whereby the inter-faith marriage happened to be the couples from Muslim and non-Muslim. The other findings to be discussed in which the inter-marriage is concerned are mixed-faith family (one family different religion), conversion to other religion and inter-faith marriage among the siblings and relatives. Therefore, the study shows that most of the respondents gain positive experience either involve inter-ethnic or inter-religious relation which leads to their good response on the readiness to get marriage with other religion and do not feel hesitate in attending family meal from other religion. The findings conclude that the profiling pattern of inter-marriage in Keningau is very encouraging sign towards religious tolerance as inter-marriage seems acceptable by the respondents involved in this study

    Amalan Kahwin Campur Dalam Kalangan Masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah

    Get PDF
    Umumnya perkahwinan campur berlaku disebabkan oleh faktor perasaan tetapi perasaan yang wujud antara dua pasangan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor penggalak lain seperti demografi penduduk, interaksi, polisi kerajaan, budaya, agama dan toleransi. Pada hari ini, perkahwinan campur sering kali dijadikan sebagai salah satu indikator untuk menilai hubungan antara kelompok dalam masyarakat atau negara sama ada baik ataupun sebaliknya. Toleransi yang tinggi dalam sesebuah masyarakat dilihat apabila perkahwinan campur merupakan sesuatu amalan yang biasa dalam masyarakat. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan amalan kahwin campur dalam masyarakat di Kota Kinabalu dengan menjadikan remaja bumiputera sebagai responden kajian. Hasil kajian menggunakan kaedah soal selidik yang melibatkan seramai 731 orang responden mendapati amalan perkahwinan campur dalam keluarga responden adalah tinggi. Amalan kahwin campur dalam keluarga responden bukan sahaja merentasi kaum tetapi juga merentasi agama dan kewarganegaraan. Ini menunjukkan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Kota Kinabalu adalah baik

    Hubungan Kaum di Sabah: Suatu Pemerhatian Awal

    Get PDF
    Komposisi penduduk Sabah yang memperlihatkan kerencaman yang terlalu tinggi dilihat agak kompleks berbanding di Tanah Melayu yang secara umumnya hanya tertumpu kepada tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun begitu, pelbagai analogi mahupun kenyataan telah dikeluarkan oleh ramai ahli politik mahupun media dengan memberikan kenyataan bahawa penduduk di negeri Sabah memiliki sikap keterbukaan atau toleransi yang tinggi. Kenyataan tersebut dibuktikan dengan keadaan masyarakat di Sabah yang tidak pernah berhadapan dengan konflik etnik mahupun menimbulkan isu-isu yang menjadi kegusaran penduduk disebabkan oleh perbezaan etnik. Justeru itu, objektif utama makalah ini adalah menjelaskan keadaan hubungan etnik di Sabah dengan menggunakan kaedah analisis kajian-kajian lepas. Kenyataan mengenai keadaan hubungan antara etnik di Sabah yang harmoni perlu disandarkan dengan bukti asas yang kukuh melalui kajian-kajian saintifik dan bukannya berdasarkan kepada pendapat peribadi semata-mata. Hasil analisis beberapa kajian lepas menunjukkan hubungan kaum atau etnik di Sabah sememangnya baik. Faktor-faktor seperti sistem pemerintahan penjajah, keadaan masyarakat yang bercampur secara semuala jadi sebelum kedatangan penjajah, ikatan kekeluargaan melalui kahwin campur berbeza etnik mahupun agama merupakan asas kepada keharmonian dalam masyarakat

    Toleransi Penduduk Bumiputera Terhadap Kaum Cina di Sabah: Kajian Kes dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Kota Kinabalu, Sabah

    Get PDF
    Isu hubungan antara masyarakat tempatan dengan masyarakat keturunan imigran merupakan isu biasa dalam mana-mana negara di seluruh dunia. Kesan penjajahan pada suatu masa dahulu telah menyebabkan komposisi penduduk di sesebuah negara pada hari ini telah bercampur malah sesetengah negara telah mengalami pertambahan penduduk yang agak drastik kesan daripada pengaruh penjajahan yang membawa penduduk dari tempat lain ke kawasan jajahan mereka. Pergerakan masyarakat kesan daripada keperluan ekonomi mahupun untuk keselamatan akhirnya juga menyebabkan sesebuah negara menerima ramai imigran. Malaysia sendiri telah melalui pengalaman demikian dan komposisi penduduk khususnya di Tanah Melayu memperlihatkan kemasukan orang Cina dan India secara besar-besaran semasa penjajahan British. Hubungan masyarakat Melayu dengan kaum imigran ini sehingga kini sering kali menimbulkan pelbagai masalah dan digambarkan sebagai mempunyai hubungan pasang surut. Malah kemuncak kepada hubungan tersebut adalah dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Justeru itu, kajian ini yang menggunakan soal-selidik dan melibatkan seramai 731 orang pelajar di sekolah menengah bertujuan untuk melihat bagaimana toleransi penduduk Bumiputera Sabah khususnya pelajar-pelajar di sekolah Menengah terhadap kaum Cina. Penduduk Sabah dan khususnya Kota Kinabalu juga memiliki ramai penduduk Cina dan komposisi ini amat sesuai untuk menguji penerimaan masyarakat Bumiputera terhadap kaum Cina. Hasil kajian mendapati toleransi pelajar Bumiputera adalah tinggi terhadap kaum Cina. Dapatan kajian ini agak selari dengan kajian-kajian lepas yang mengatakan penduduk Sabah mempunyai tahap toleransi etnik yang tinggi

    Hubungan Kaum dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Pantai Barat Sabah

    Get PDF
    Matlamat penubuhan Rukun tetangga pada awalnya adalah untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin tetapi sedikit demi sedikit sehingga kini telah melalui perubahan kepada pelaksanaan atau penganjuran pelbagai program yang lebih bersifat menuntut kerjasama dan interaksi dalam kalangan penduduk. Kewujudan rukun tetangga ini memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan hubungan yang baik antara penduduk pelbagai kaum dan agama di sesuatu kawasan petempatan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai 357 orang responden untuk menjelaskan bagaimana hubungan masyarakat pelbagai etnik dan agama di kawasan rukun tetangga yang terlibat. Hasil kajian mendapati, hubungan kaum dan agama di kawasan rukun tetangga di Pantai Barat Sabah adalah baik dan rukun tetangga telah menyebabkan interaksi masyarakat pelbagai etnik dan agama semakin baik

    Ethnic tolerance in Kota Kinabalu: a case study among Bumiputera students in secondary school

    Get PDF
    The harmoniousness and advancement of a country do not depend solely on economic development. It also depends on other factors, especially tolerance factor –a fundamental element of a country's politics. Many conflicts occur throughout the world due to factors such as racial or religious differences. These conflicts can be avoided if handled well. Therefore, to determine whether a community maintains good relationship among themselves, indicators of tolerance are often used as a benchmark. Therefore, this study aims to measure the level of ethnic tolerance among the Bumiputra students in secondary school in Kota Kinabalu. This study utilized questionnaire as the instrument and involved a total of 731 respondents. The findings revealed that the level of tolerance among the students is high. This shows that the relationship among multi-ethnic communities in Kota Kinabalu is good

    Toleransi etnik dalam kalangan pelajar bumiputera sekolah menengah di Kota Kinabalu Sabah

    Get PDF
    Keharmonian dan kemajuan sesebuah negara pada hari ini bukan sahaja bergantung terhadap kemajuan ekonomi semata-mata tetapi juga bergantung kepada faktor lain terutamanya faktor toleransi yang juga merupakan elemen asas dalam politik sesebuah negara. Banyak konflik berlaku diseluruh dunia disebabkan faktor perbezaan identiti sama ada perbezaan kaum, ras mahupun agama atau dengan erti kata lain jarak sosial yang tinggi dalam masyarakat. Perbezaan ini sekiranya diuruskan dengan baik sudah tentunya konflik dapat dielakkan. Justeru itu, untuk mengetahui sama ada masyarakat berada dalam keadaan hubungan yang baik, indikator toleransi sering kali dijadikan sebagai asas kayu ukur. Oleh yang demikian artikel ini bertujuan untuk mengukur tahap toleransi etnik masyarakat dengan menjadikan golongan remaja di sekolah menengah di Kota Kinabalu sebagai responden kajian. Hasil kajian menggunakan soal selidik terhadap 731 orang responden mendapati tahap toleransi etnik responden adalah tinggi. Keadaan ini menunjukkan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Kota Kinabalu adalah baik

    Ethnic Tolerance in Sabah: An Analysis of the Factors Affecting the Harmony of the People in Sabah

    Get PDF
    This paper explains the factors influencing the level of tolerance that exist among the various ethnics and religions in Sabah. It also analyses, at the macro level, the social cohesion of the societies in Sabah from the aspect of structural social relations as they relate to several micro-level studies made by researchers in Sabah, particularly in relation to issues of ethnic tolerance in the state. It therefore, appeared that the various ethnic and religious communities in Sabah are at a good ethnic tolerance level compared to other states in Peninsular Malaysia; this must be understood within a different context. This understanding must take into account the history of the various ethnic communities in Sabah as well as explain the cultural openness that causes the relaxation of cultural identity that is present among the population. Hence, it must be understood that the high ethnic tolerance level in Sabah is not something new, but have existed long before the arrival of the colonialists where the situation has manifested itself through the various forms of social relations, including the most intimate family relations (marriage)

    An analysis of ethnic relationship in Sabah based on the concept of Mikorot (Bloodbrothers) among Dusun community

    Get PDF
    Many countries with various ethnicities often encountering the issue of ethnic conflicts. This issue generally linked with social relationship among members of the different ethnic groups and that this situation can be seen in Malaysia. For this reason, numbers of efforts have been made by the government to ensure that ethnic relations in Malaysia continues to be harmonious. Such efforts have been implemented through various programs, including the implementation of the Malaysian education policy. Nevertheless, the government's efforts to ensure harmonious ethnic relations are not new within the Dusun community in Sabah. This especially true following the practice of ‘mikorot’ among the Dusun community. By employing a qualitative approach, this paper explains the meanings and concepts of ‘mikorot’ in the culture of the Dusun community as well as to explain the ritual implementation of ‘mikorot’ and to understand the implications and challenges of ‘mikorot’ in the society
    corecore