8 research outputs found

    Pengurusan warisan kebudayaan bawah air Sabah: satu pengenalan

    Get PDF
    Pengurusan warisan kebudayaan bawah air Malaysia wujud secara anti-tesis di awal perkembangannya. Kini ianya mula melakar sejarahnya tersendiri sebagai satu sub-bidang akademik dalam pengurusan warisan. Di Malaysia dan Sabah khususnya, perkembangan ini bermula dengan takrifan yang kurang jelas dalam peruntukan perundangan persekutuan iaitu akta Bendapurba 1976 (Akta 168) dan dua di negeri Sabah dengan memujuk Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977 (No.11) serta Enakmen Warisan Budaya (pemuliharaan) 1997.Setelah tiga dekad penubuhan Unit Arkeologi Bawah Air di Jabatan Muzium Sabah (JMS), perkembangan menampakan perubahan yang pesat. Artikel ini memberi latarbelakang perkembangannya sejak tahun 1976 hingga 2007. Disamping cuba membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam usaha memelindungi, memelihara dan mulihara warisan kebudayaan bawah air di Sabah dan Malaysia umumnya. Artikel ini diharapkan dapat memberi kefahaman mengenai pengurusan warisan kebudayaan bawah air yang kurang difahami atau disalah tafsirkan kerana hubungannya yang rapat dengan bidang arkeologi bawah air

    Tapak kilang Borneo fishing company di Pulau Banggi: satu survei awal arkeologi industri

    Get PDF
    Penyelidikan arkeologi berdasarkan pendekatan arkeologi industri masih kurang dilakukan di Malaysia. Apatah di negeri Sabah jauh sekali untuk direncanakan. Lantaran itu,satu survei awal telah dilakukan ke atas tapak industri terawal di Sabah berdasarkan bidang ini. Survei yang telah mengwujudkan satu medium khusus dalam mengkaji apa juga bentuk tinggalan budaya yang ditinggalkan oleh pembangunan industri di negeri ini. Survei ke atas bekas tapak kilang memproses dan mengetin ikan tuna milik Borneo Fishing Company (BFC) di Pulau Banggi telah menghasilkan penemuan dan pendokumentasian maklumat awal bagi membantu kajian arkeologi selanjutnya. Artikal ini cuba untuk memberi gambaran bentuk tinggalan yang dimaksudkan dan menyedarkan kepada pihak pentadbir tempatan bahawa tapak sedemikian wajar dipulihara dan dilindungi sebagai sebahagian dari warisan kebudayaan Sabah dan Malaysia umumnya

    Melestarikan Pengurusan dan Institusi Pemuziuman Borneo: Pengalaman Sarawak

    Get PDF
    Cultural heritage management play an important role in preservation, protection, and conservation of the cultural heritage. The management of Sarawak's cultural heritage has been well organized since 1947, particularly on cultural heritage sites damaged during the Second World War. The existence of ministries and museum department brought a positive impact in preserving every planned and practiced management practice. Museum department plays a role in research, education, documentation, and collection. Hence, then just a museum created in 1891, Sarawak now has about 10 museums. This paper attempts to share the experience of success achieved by the Sarawak Museum Department as one of the oldest museums in Malaysia and Borneo

    Penelitian Awal Terhadap Motif dan Pola Hiasan Timpanum Gendang Gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi, Sabah

    Get PDF
    Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah memberi impak yang signifikan kepada kajian Zaman Dongson di Malaysia khususnya di Sabah. Sebelumnya, gendang gangsa hanya ditemui di Semenanjung Malaysia iaitu di Sungai Lang, Selangor; Batu Burok, Kuala Terengganu; Tembeling, Pahang; dan Bukit Kuda, Klang, Selangor. Manakala penemuan lain di Borneo ialah dua buah gendang gangsa yang ditemui di Sambas, Kalimantan Barat. GGTD yang berkondisi 30% sempurna dan rapuh kini dipamerkan di Muzium Sabah. Kondisi fizikal ini telah menyukarkan proses kajian fizikalnya khususnya pengecaman motif yang terdapat pada permukaan timpanum dan mantel gendang. Lantaran itu, proses pendokumentasian fizikal gendang ini perlu dilakukan sebelum sebarang usaha konrservasi atau restorasi dilakukan. Sehubungan dengan itu, makalah ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai motif dan pola hiasan yang terdapat pada gendang ini. Kajian seumpama ini sangat penting bagi memberikan data dan nilai terhadap gendang ini. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan penjelasan terkini mengenai hiasan pada timpanum dan meletakkan GGTD setara dengan kajian gendang gangsa yang lain

    Sejarah penempatan dan perdagangan awal di utara Sabah abad ke-10 hingga ke-19

    Get PDF
    Kajian ini terpanggil untuk dilakukan kerana tidak ada satu survei arkeologi atau kajian sejarah yang terperinci mengenai kewujudan petempatan dan pelabuhan purba sebelum abad ke-19 di utara Sabah. Menggunakan gabungan metodologi kajian arkeologi dan sejarah, kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa kawasan utara tersebut telah pun menerima pengaruh dan kedatangan para pedagang Cina secara aktif seawal abad ke-10 lagi. Rekod-rekod Barat pula menunjukkan bahawa kawasan tersebut telah dikenali oleh dunia Barat seawal abad ke-16 lagi. Sumber-sumber ini menjustifikasikan bahawa perkembangan sejarah petempatan dan perdagangan telah membawa perubahan kepada kepulauan Borneo dan Asia Tenggara umumnya. Sumber tersebut dalam bentuk bah an arkeologi dan rekod sejarah telah dikumpul dan didokumentasikan. Interpretasi ke atas dua tapak petempatan dan berkemungkinan pernah menjadi pelabuhan suatu ketika dahulu telah dimenghasilkan pandangan bahawa Marudu dan Pulau Balambangan adalah dua tapak tertua untuk zaman Proto dan Pertengahan Sabah

    Penelitian awal terhadap motif hiasan timpanum Gendang Gangsa Timbang Dayang, Pulau Banggi, Sabah

    corecore