35 research outputs found

    Filmografi ā€˜Anak Mamiā€™ dan wacana keetnikan: sebuah perspektif kritis

    Get PDF
    Filmografi pengarah A. Razak Mohaideen telah dikritik selama hampir dua dekad kerana sebahagian besarnya dianggap tidak berkualiti serta gagal mengangkat martabat filem Melayu walaupun mampu mencatat pulangan pelaburan yang besar. Sebenarnya, filmografi beliau sangat bernilai dan menarik dari aspek wacana keetnikan kerana ia menyajikan dengan konsisten sebuah representasi sosiobudaya komuniti etnik Jawi Peranakan di Malaysia secara berurutan selama satu dekad lebih. Hal ini kerana secara empirikal, perjuangan serta kegigihan A. Razak dalam mengangkat wacana keetnikan belum pernah diperlihatkan oleh sebarang pembikin filem Melayu sebelum ini. Justeru, makalah ini mempertanyakan persoalan besarnya: ā€˜Ada apa dengan Jawi Peranakan?ā€™. Untuk mendalami fenomena di atas, makalah ini mengkaji wacana dari filmografi ā€˜Anak Mamiā€™, iaitu, sejumlah naskah bergenre komedi bertemakan kehidupan komuniti etnik Jawi Peranakan di Pulau Pinang. Makalah ini mengemukakan perspektif batas etnik sebagai paradigma analitik yang dapat meningkatkan kefahaman dan keupayaan teoretis dalam menanggapi representasi keetnikan yang dinamik pada hari ini

    Sepet : sisi semantik, sisi sinematik / Badrul Redzuan Abu Hassan

    Get PDF
    Sebagai sebuah wahana yang luwes, pembikinan filem merupakan proses kesenian yang semestinya mencabar seorang karyawan filem memperlihatkan daya imaginasi dan kreativiti sinematiknya. Beliau bertanggungjawab menentukan kod-kod sinematik yang untuk dimanipulasikan dalam filemnya untuk menjadikan naratif sesebuah filem itu dipikul dan dikuasai oleh kekuatan naratif semiotiknya. Inilah antara cabaran besar khalayak filem yang mungkin "menonton" dengan mata yang "rabun" tetapi tidak celik "membaca" kod-kod sinematik yang disulam halus oleh pengarah dan editor filem. Bertolak daripada tanggapan ini, makalah ini mencadangkan bahawa filem SEPET arahan Yasmin Ahmad ini telah menggunakan beberapa aspek sinematik filem yang telah mencabar khalayaknya dalam menemukan interpretasi atau semantik filem yang tuntas. Dengan memfokus kepada babak tragis di penghujung filem ini, makalah ini akan cuba mendekonstruksikan kod-kod sinematik yang sepatutnya dibaca oleh khalayak dalam usaha membina sesuatu interpretasi yang kreatif serta kesimpulan yang munasabah

    Enhancing employability via ā€˜Thirdspaceā€™ pedagogy and ethics

    Get PDF
    Although the diversity of Malaysian pluralistic sociocultural society may present itself as a challenge in the maintenance of ethnic relations, it can perhaps be transformed, nevertheless, into a critical resource for graduate employability. Formal qualifications aside, Malaysian local graduates should be asking themselves whether they have the civic capacity and universal prerequisites as ā€˜glocalisedā€™ employees of the future. In this paper, we will attempt to situate the discourse of employability within an ethical-pedagogical dimension of globalisation through social semiotics. It is suggested that insight into the ways of the globalised world may be provided through a pedagogic dimension known as ā€˜the Thirdspaceā€™ (Bhabha, 1994), comprising a hybridized and cutting-edge space of ā€˜in-betweennessā€™ where diverse cultures meet and engage each other. This study takes off from a research on the perceived cultural and language competencies of undergraduates undertaken by a Malaysian university. Based on the findings of this research on the benchmarks for graduate competencies for future employability painted, a profile that went beyond the communicative and linguistic capabilities into elements such as attitudes, mindset and cultural awareness. With this in mind, this paper proposed that university curriculum utilises a Thirdspace pedagogy to expose and enhance cross-cultural literacies of Malaysian university undergraduates through socioculturally resonant Malaysian cinema

    Pemuliharaan warisan terpinggir: menanggap peranan medium sinema

    Get PDF
    Amalan pemuliharaan warisan kesenian dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang wujud di Malaysia adalah sebahagian daripada proses memperkasakan jati diri bangsa Malaysia yang terkenal dengan kerencaman etniknya. Amalan ini sering dikaitkan dengan impak fenomena ā€˜globalisasi budayaā€™. Hal ini berupaya ā€˜menenggelamkanā€™ budaya peribumi supaya menjadi semakin tidak signifikan lagi dalam arus modenisasi. Peranan filem dalam membentuk daya fikir masyarakat bertujuan agar masyarakat menghayati dan mengingati budaya bangsanya. Ini telah menimbulkan persoalan mengenai kemampuan filem dalam menyemai aspirasi perubahan sesebuah bangsa. Amnesia ini boleh dan sedang dicegah oleh sebilangan kecil intelektual seni dan budaya yang gigih membentuk daya imaginasi dan daya fikir masyarakat dengan menggunakan kerangka ā€˜voyage-inā€™ atau ā€˜mengarus-balikā€™ yang dikemukakan oleh Edward Said (1993). Makalah ini menyorot perjuangan pemuliharaan 2 antologi tarian zapin dan wayang kulit dalam filem Zaleha Ayam Patah dan Wayang. Hasil analisis kritis wacana menunjukkan pendidikan anak bangsa adalah strategi terampuh sebagai warisan kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu yang kian terpinggir

    Mengkonstruksi ā€˜kesabahanā€™: analisis kritis sinematik terhadap wacana kedaerahan

    Get PDF
    Secara umumnya, makalah ini memfokus kepada konstruksi sinematik ke atas identiti budaya lokal di negara ini. Filem memainkan peranan sebagai pencetus dan pembina imajinasi massa bagi tujuan memupuk hubungan sosial yang sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Pembikin filem kedaerahan bertanggungjawab mengkonstruksi naratif dan visualisasi masyarakat peribumi serta identiti kedaerahan atau kenegerian yang adil, progresif tanpa mencetuskan prasangka dan prejudis. Makalah ini meletakkan idealisma ini dalam konteks konstruksi sinematik ā€˜keSabahanā€™ yang direpresentasikan dalam beberapa naskah filem, teledrama dan drama bersiri. Makalah ini menggembelingkan konsep Orientalisma (Said, 1978) dan the voyage-in (Said, 1993) bagi menegaskan bahawa setiap masyarakat pribumi harus mengklaim jati diri mereka yang telah dieksploitasi dan dimanipulasi oleh golongan elit berkuasa. Kajian ini menggunakan kaedah analisis isi kandungan untuk mengupayakan operasi analisis kritis wacana terhadap naskah filem, telefilem dan drama tempatan terpilih, dan disusuli kaedah temubual temubual berfokus di kalangan pelajar Sabah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Analisis dapatan mencadangkan terjadinya pengherotan, keterasingan dan penstereotaipan terhadap representasi ā€˜keSabahanā€™ dalam naskah filem kedaerahan oleh pembikin filem Semenanjung. Dapatan kajian juga turut menegaskan fungsi utama golongan intelektual dalam melaksanakan agenda dekonstruksi demi kepentingan masyarakat peribumi Sabah yang dieksploitasi. Selain itu, makalah ini menyarankan terutamanya pembikin filem kedaerahan supaya berusaha memberikan pencerahan sinematik yang adil dan benar supaya konstruksi ā€˜keSabahanā€™ tidak lagi diremehkan di hadapan khalayak negara ini

    Cooperation amidst crises: dynamics of media strategic alliance networks between Thailand and Malaysia

    Get PDF
    Issues relating to globalization and cross-border cooperation in the contexts of political, economic and trade have been discussed and explored extensively across both developed and developing nations. Nevertheless, not much has been discussed on the role of media in enhancing cooperation between nations. In practice, the media is always looked upon as the crises builder or enhancer. Anyhow, the fact is that different groups of people use the same media content for different reasons. The media can be interpreted in the hands of the users. The media actually is a perfect tool to generate dialogue across borders. In this case, media institutions, which encompassed both electronic media and print media, together with the new media that focused on information and communication technologies, have the capacity to strategically enhance the extent of cooperation between governments, societies and nations. In relation to this, the article has undertaken to examine how media institutions in both countries can play a more proactive role in strengthening bilateral cooperation between Thailand and Malaysia in terms of projecting the political, economic, cultural, and social image of both countries through media coverage encompassing television programs, news, films, advertisements, as well as the new media such as Internet communication. The discussion will be conducted in two levels of analysis, the macro and the micro. The article shall focus on the end results of these two methods by which consumers use the media and the anticipation by the mass communicator. The article also investigates the opportunities of dynamics media strategic alliance in terms of structural, content and the end results of information, by media institutions of both countries

    Pembentukan identiti wanita berhijab melalui fesyen sub-budaya muzik metal di Indonesia

    Get PDF
    Secara umum, sub-budaya muzik metal sering dikaitkan dengan budaya maskulin, termasuk di Indonesia. Keadaan ini menjadikan wanita Indonesia bergabung dalam sub-budaya muzik metal sukar untuk menjauhkan diri daripada struktur tersebut yang membuat mereka tidak berdaya dengan diskriminasi oleh golongan lelaki. Seiring dengan perkembangannya, kumpulan wanita Indonesia secara perlahan diterima dalam dunia sub-budaya metal bawah tanah, walaupun ia sering meraih kebaikan dan keburukan orang ramai bahkan apabila sekumpulan wanita pragmatik muncul dalam pelbagai komuniti muzik metal Indonesia. Di zaman ini, penglibatan wanita dalam sub-budaya muzik metal melahirkan satu fenomena baharu. Wanita Indonesia mengamalkan gaya sub-budaya muzik metal dengan menggunakan fesyen metal sebagai perwakilan identiti budaya. Dalam kajian ini, penyelidikan didasarkan kepada enam wanita dalam komuniti muzik metal di Jakarta dan Bandung Jawa Barat. Kajian ini menggunakan metod etnografi serta kaedah temu bual dalam mengumpul data utama. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai amalan fesyen muzik metal dan hubungannya dengan identiti wanita berhijab dalam komuniti muzik metal. Melalui pemerhatian penggunaan fesyen metal pada gaya hidup mahupun sikap dan tingkah laku golongan wanita dalam sub-budaya muzik metal, melahirkan pemahaman yang lebih luas tentang fenomena "hijab metal". Fesyen boleh dianggap sebagai salah satu makna yang digunakan oleh golongan wanita berhijab dalam sub-budaya muzik metal (hijabers metal) dalam menyampaikan identiti mereka untuk membelokkan mentaliti rakyat Indonesia terhadap sub-budaya metal yang sentiasa mengaitkan golongan muda-mudi sebegini dengan perkara yang menyimpang

    Representasi ā€˜keKelantananā€™ dalam Sorok Bau Budu

    Get PDF
    Kajian ini menganalisis representasi ā€˜keKelantananā€™ menerusi telemovie Sorok Bau Budu (2011), arahan Sabri Yunus. Adalah penting untuk mendalami mengapa masyarakat Kelantan khususnya yang merantau di luar tanah air mereka menerima stigma yang cenderung menstereotaipkan identiti keMelayuan dan semangat kenegerian mereka oleh ā€˜masyarakat luarā€™. Fenomena ini akan cuba dihuraikan menerusi konsep batas etnik/sosial dan Teori Pilihan Rasional. Kedua-duanya digembelingkan untuk memberikan pencerahan betapa dinamika identiti etnik atau sosial seseorang individu bergantung kepada survival dan keperluan lingkungan sosiobudaya yang mendatangkan faedah bagi kepentingan individu. Menggunakan pendekatan interpretif, kaedah analisis kandungan menerusi analisis pembingkaian wacana kritis. Hasil dapatan kajian mendapati representasi ā€˜keKelantananā€™ dalam Sorok Bau Budu telah mengabsahkan tanggapan bahawa orang Kelantan sememangnya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap nilai sosiobudaya mereka. Namun penstereotaipan ciri ā€˜asobiyahā€™ sebenarnya bersifat dinamik khususnya apabila mereka merantau, iaitu apabila penyesuaian jati diri dibuat sebagai usaha untuk menyesuaikan diri di tempat orang

    Memahami Meme Sebagai Seloka Harian: Impak Dimensi Sosiobudaya Dan Politik

    Get PDF
    Kemajuan teknologi komunikasi pada hari ini telah banyak mendatangkan kemudahan kepada para penggunanya untuk berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain. Kebayakkan daripada penggunanya gemar menggunakan media sosial seperti Facebook sebagai medium utama menyalurkan sesuatu maklumat. Sejak akhir-akhir ini, fenomena penghasilan dan perkongsian maklumat berbentuk ā€˜Memeā€™ menjadi semakin popular dan telah menjadi trend bagi kebanyakkan pengguna di internet sama ada menerusi laman sosial, blog dan sebagainya. Kehadiran meme yang dihasilkan telah dikongsi dan diviralkan oleh kebanyakkan netizen. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi melihat impak daripada penghasilan meme terhadap sosiobudaya dan politik di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kritis (Critikal Discourse Analysis) oleh Fairclough (1985). Hasil kajian mendapati bahawa kehadiran meme dilihat sebagai suatu medium untuk meluahkan perasaan serta rasa hati terhadap sesuatu perkara. Perdebatan mengenai sesuatu isu telah merancakkan lagi penghasilan meme dan wacana awam sehingga turut melibatkan ahli politik dan pemerintah dalam sesebuah negara. Kajian ini adalah penting bagi melihat kesan penghasilan sesebuah meme dalam masyarakat di Malaysia selain mengenal pasti keberkesanan saluran meme dalam menyampaikan sesuatu isu ataupun perkara yang dirasakan menarik dan sangat penting untuk diperbincangka

    Pemilihan dan autoriti sumber berita bingkai pilihanraya di Malaysia

    Get PDF
    Dalam dunia kewartawanan, sumber memainkan peranan penting dalam sesuatu berita. Wartawan bergantung kepada sumber dalam pengolahan berita mereka untuk disampaikan kepada khalayak. Sumber dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya pegawai kerajaan, pengamal industri media, golongan elit awam, para saintis, doktor, peguam, profesional atau pakar. Kategori sumber politik menjurus kepada sumber yang lebih berkait rapat dengan individu yang aktif dalam aktiviti politik termasuklah dari kalangan rakyat biasa. Artikel ini membincangkan kategori sumber yang popular yang digunakan dalam berita pilihan raya kecil pada tahun 1987, 1997 dan 2014 dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kaedah analisis kandungan telah dilakukan ke atas sebanyak 419 artikel berita pilihan raya kecil yang dipilih secara rawak. Kaedah temubual mendalam bersama enam wartawan turut digunakan untuk memperkukuhkan pemilihan sumber yang berautoriti dalam berita pilihanraya. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun ahli politik tempatan merupakan sumber utama dalam berita bingkai pilihan raya sedangkan sumber yang menjadi pilihan adalah mereka yang berautoriti dalam sesuatu isu politik
    corecore