Representasi ‘keKelantanan’ dalam Sorok Bau Budu

Abstract

Kajian ini menganalisis representasi ‘keKelantanan’ menerusi telemovie Sorok Bau Budu (2011), arahan Sabri Yunus. Adalah penting untuk mendalami mengapa masyarakat Kelantan khususnya yang merantau di luar tanah air mereka menerima stigma yang cenderung menstereotaipkan identiti keMelayuan dan semangat kenegerian mereka oleh ‘masyarakat luar’. Fenomena ini akan cuba dihuraikan menerusi konsep batas etnik/sosial dan Teori Pilihan Rasional. Kedua-duanya digembelingkan untuk memberikan pencerahan betapa dinamika identiti etnik atau sosial seseorang individu bergantung kepada survival dan keperluan lingkungan sosiobudaya yang mendatangkan faedah bagi kepentingan individu. Menggunakan pendekatan interpretif, kaedah analisis kandungan menerusi analisis pembingkaian wacana kritis. Hasil dapatan kajian mendapati representasi ‘keKelantanan’ dalam Sorok Bau Budu telah mengabsahkan tanggapan bahawa orang Kelantan sememangnya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap nilai sosiobudaya mereka. Namun penstereotaipan ciri ‘asobiyah’ sebenarnya bersifat dinamik khususnya apabila mereka merantau, iaitu apabila penyesuaian jati diri dibuat sebagai usaha untuk menyesuaikan diri di tempat orang

    Similar works